BAB 56

Romance Completed 137457

PUAN DALIYA dilanda risau. Duduknya juga tidak senang. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. Anak bongsunya dari pagi sampai sekarang ini masih lagi belum pulang. Sham dan Rais sudah menceritakan apa yang berlaku pagi tadi dan mereka juga tidak tahu ke mana Faira pergi. Hanya beg tangan dan telefon milik Faira sahaja yang ada di dalam kereta itu.

Saat itu Farish baru pulang daripada kafenya. Terkejut dia melihat uminya yang sedang menangis di hadapan dua pengawal peribadi itu. Laju dia mengatur langkah ke arah uminya.

“Sham. Rais. Kenapa dengan umi saya ni, hah?” Suaranya agak keras.

“Err... Encik Farish. Sebenarnya...”

“Farish, umi risau ni. Adik kamu tak pernah lewat balik macam ni.” Puan Daliya memotong bicara Sham.

Berkerut wajah Farish. Dia bingung.

“Apa dah jadi dengan Faira, umi? Bukan dia jumpa Aqilkah?” Farish bersilih ganti memandang uminya dengan dua pengawal peribadi itu.

“Begini encik Farish...” Rais terus menceritakan apa yang berlaku pagi tadi.

Farish mundar-mandir di ruang tamu sambil mendengar cerita mereka. Ya, sebelum pulang tadi dia sempat melihat berita tentang kemalang besar yang berlaku di jalan Alpha itu. Tapi, mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian itu tidak pula dipaparkan dalam berita tersebut.

Sham juga memberitahunya bahawa dia dengan Rais sudah memeriksa cctv di sekitar kawasan pasaraya Magellan. Mereka mendapati ada tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai penutup mulut sedang memerhatikan kereta mereka. Sebaik sahaja Faira keluar daripada kereta tersebut mereka terus mengejarnya dan sampai sekarang mereka tidak tahu ke mana Faira pergi.

“Encik Farish jangan risau. Gambar tiga orang suspek itu ada dengan kami.” Kata Sham.

Farish meramas rambutnya kasar. Hatinya gusar. Macam-macam yang difikirkan olehnya saat ini. Mungkin juga tiga lelaki itu mempunyai niat yang sama dengan dua lelaki misteri yang datang ke kafenya tempoh hari. Dia juga takut sekiranya Faira terlibat dalam kemalangan besar itu. Lagipun dalam berita itu langsung tidak dipaparkan gambar mahupun nama mangsa-mangsa kejadian tersebut.

“Sham. Kamu dah telefon tuan muda kamu?” Tanya Farish pada Sham.

“Belum. Saya tak berani nak kacau tuan muda sekarang. Lagipun, ada banyak benda lagi yang dia nak kena selesaikan di sana.” Beritahu Sham.

Farish diam.

“Buat masa sekarang, kita jangan beritahu sesiapa dulu. Kita tunggu sampai esok hari. Kalau Faira tak balik juga kamu telefon tuan muda kamu. Saya pula akan minta bantuan polis nanti.” Farish dengan tenang memberi cadangan. Sham dan Rais angguk kepala.

MALAM semakin kelam. Farish masih berbual dengan Sham dan juga Rais. Macam-macam rancangan yang dua pengawal peribadi itu beri kepadanya. Tapi satu pun tidak masuk di fikiran.

Sesekali dia memalingkan wajah ke arah bilik uminya. Pintu yang terbuka sedikit itu membolehkan dia melihat uminya dari sini. Sudahlah fikirannya berserabut memikirkan keselamatan Faira, keadaan uminya lagi merisaukannya sekarang.

“Encik Farish, rasanya teman encik dah datang.” Rais dari tadi berdiri menunggu kedatangan teman baik Farish itu.

“Suruh dia masuk.” Kata Farish. Tadi zahwan ada menghubunginya mahu mengajaknya lepak di gerai burger dekat dengan kawasan perumahannya. Tapi dia menolaknya disebabkan hal Faira itu. Apabila temannya tahu tentang hal tersebut laju temannya itu ke sini.

“Farish. Apa dah jadi sebenarnya ni?” Zahwan meluru masuk ke dalam rumah. Sham yang tadinya duduk terus berdiri menuju ke arah teman sekerjanya.

“Tenang. Duduk dulu. Nanti aku cerita.” Kata Farish.

“Macam mana kau nak aku tenang, huh? Hati aku ni bukan main risau lagi tadi bila kau bagitahu aku yang Faira tak balik lagi. Ke mana sebenarnya dia pergi, hah?”

Sham dan Rais berpandangan sesama sendiri.

“Err... Encik Zahwan. Sebenarnya...” Sham terus menceritakan hal yang berlaku di pasaraya Magellan itu.

QAIZ TALHA duduk sambil memerhatikan kota malam Delbin. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati malam itu. Dia sudah menghubungi keluarganya tadi dan semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Aqil pula banyak ceritanya.

Qaiz tersenyum sendiri. Tidak sangka pula Faira buatkan biskut dan juga aiskrim yang banyak untuk budak itu. Bukan main gembira lagi Qaiz mendengar suara budak itu tadi bila memuji setiap makanan yang dibuat oleh Faira. Sempat juga dia berpesan pada Aqil supaya tinggalkan sedikit untuk dia tetapi budak itu tidak mahu. Qaiz hanya ketawa.

Namun, dalam ketawanya terselit juga kemarahan. Marah kerana apa yang terjadi pada syarikat barunya itu adalah berpunca daripada orang yang sama. Nampaknya kali ini mereka berjaya menjauhkan dia daripada keluarganya. Apa yang membuatkan dia rasa takut lagi sekarang ini adalah Faira Alisha. Dia tahu mereka akan cari Faira dan dia perlu segera pulang ke sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience