BAB 57

Romance Completed 137457

QAIZ TALHA sedang bersarapan di bilik penginapannya sambil melihat berita-berita terkini di applikasi Line-News. Gosip-gosip tentang artis langsung tidak menarik minatnya untuk membaca. Lagi-lagi gosipnya dengan Talita.

Dia tahu Talita itu seorang yang keras kepala walaupun sudah berkali-kali diberi amaran. Talita tidak akan berhenti membuat gosip panas tentang mereka selagi dia tidak menerima perempuan itu kembali. Tapi dia tidak peduli dengan semua itu.

Ibu jarinya terus bergerak ke atas melihat satu persatu tajuk berita di dalam applikasi tersebut. Bola matanya besar apabila melihat tajuk berita kemalangan besar yang berlaku di jalan Alpha, kota Allend itu.

“Brek lori rosak...” Farish menutup telefonnya. Dia berdiri dan menuju ke ruang tamu. Hilang terus seleranya mahu bersarapan.

“Ini kali kedua kemalangan besar berlaku dekat jalan Alpha tu.” Dia mundar-mandir di ruang tamu itu. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kemalangan tersebut.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.

“Kenapa ni Aqil?” Tanyanya sambil melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Dia sudah lewat ke tempat kerja.

“Papa. Hari ni mama tak datang sinilah. Papa telefonlah mama.”

“Kenapa pula mama tak datang?”

“Manalah Aqil tahu. Papa telefonlah mama. Aqil dah cuba banyak kali dah tadi tapi mama tak jawab. Aqil risaulah papa.”

Tak jawab? Tak pernah lagi Faira buat macam ni dekat Aqil.

“Tak apa. Nanti papa telefon mama. Aqil jaga diri. Papa nak pergi kerja dulu.” Ujar Qaiz sebelum menamatkan panggilan.

MEREKA saling berpandangan. Hampir sepuluh panggilan dari telefon Faira itu tidak di jawab. Kesemua pemanggil itu adalah daripada orang yang sama.

“Macam mana ni encik Farish? Kita nak jawab jugakah panggilan daripada Tuan Qaiz ni?” Rais sudah menggigil ketakutan. Begitu juga dengan Sham.

“Kita biarkan dulu. Nanti...”

“Assalamualaikum, Faira!”

Semua mata memandang ke arah pintu. Alya tersenyum memandang mereka bertiga. Apa yang membuatkan mereka telan liur lagi adalah lelaki yang berdiri di belakang Alya itu. Tidak sangka pula Shazwan ikut sekali.

“Terpaksalah kita ceritakan hal sebenar dengan mereka ni.” Sham garu kepala. Saat itu juga puan Daliya muncul di ruang tamu.

TUGASNYA selesai waktu petang itu. Segala urusan dia serahkan kepada orang kanannya. Dia perlu segera kembali ke kota Allend. Risaunya sudah semakin menjadi-jadi. Dari pagi tadi sehinggalah sekarang ini panggilannya langsung tidak dijawab oleh Faira.

Dia mematikan langkah sebaik sahaja menapak keluar daripada lif bangunan syarikatnya. Mesej yang dihantar oleh teman baiknya itu amat mengejutkannya sekali. Patutlah dia berasa tidak senang hati semalam. Hal yang ditakutkan itu rupanya benar-benar telah berlaku. Langkah seribu dia menuju ke tempat parkir kereta. Pemandunya yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta itu terus ditolak ke tepi. Kunci dirampas dari tangan pemandu itu dan meluru masuk ke dalam perut kereta. Dia terus memecut laju meninggalkan kota Delbin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience