BAB 33

Romance Completed 137457

SEMINGGU telah berlalu sejak kejadian di dalam kapal layar Qalisha’Qil Star Cruise. Mujurlah apa yang berlaku pada tempoh hari itu tidak diketahui oleh orang ramai. Tentang kes dua orang pekerja kapal yang hilang itu pula dia mahu mereka merahsiakan daripada pengetahuan orang ramai dan hanya beberapa pihak tertentu sahaja yang tahu akan hal tersebut.

Qaiz menyandarkan tubuh di kerusi kerjanya. Dia mengurut dahi. Kepalanya pening sedikit. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan lembaga-lembaga pengarah dari beberapa syarikat besar yang bekerjasama dengan Legasi Sky Magellan.

“Kamu okey tak ni?” Tuan Hafizuddin muncul. Dia menarik kerusi di hadapan anaknnya itu dan melabuhkan punggung.

“Qaiz okey saja, pa. Cuma pening sikit.” Qaiz masih mengurut dahinya. Dia melonggarkan tali lehernya.

“Kalau pening, pulang rumah sajalah. Hal kerja biar papa sajalah yang selesaikan.” Kasihan pula Tuan Hafizuddin melihat anak terunanya itu.

“Tak apa, pa. Pening Qaiz ni sekejap saja. Lagipun, dah banyak kerja yang terbengkalai dekat sini sejak Qaiz cuti.”

Tuan Hafizuddin ketawa kecil. “Kamu cuti pun sebab papa dengan mama yang suruh. Jadi, cuti sajalah. Selesaikan dulu masalah kamu dengan Faira.”

“Macam mana nak selesai, pa. Sejak balik dari percutian kapal tu sampailah sekarang ni dia langsung tak nak layan Qaiz. Telefon tak nak jawab. Mesej pun tak nak balas. Keras betul hati dia nak terima Qaiz ni. Dengan lelaki tu bukan main mesra lagi dia. Dengan Qaiz pula langsung tak nak berlembut. Asyik nak berkasar saja.” Luahnya.

“Siapa lelaki tu?”

“Siapa lagi kalau bukan kawan baik abang dia tu. Zahwan. Masa dekat kapal layar tu, Aqil merajuk pun pasal dia rapat dengan lelaki itulah.” Qaiz melepas keluhan kasarnya.

“Cucu papa tu pun satu. Merajuk dia sampai sekarang tak habis-habis. Asyik nak mama dia saja.” Qaiz menggeram.

“Dah tu, bawa sajalah mama dia ke rumah kita. Bila lagi nak bawa bakal menantu papa tu ke rumah, kan.”

“Papa cakap senanglah. Yang nak ajak tu Qaiz. Qaiz ni sebenarnya malas nak berlagak serius depan dia, pa. Tapi, kalau sikap dia dah macam tu terpaksalah.”

“Yang kamu serius layan dia macam bos layan pekerja tu dah kenapa? Layanlah dengan cara yang romantik. Sweet gitu. Papa pasti hati keras dia tu nanti akan cair. Lembut macam marshmellow.”

Qaiz pandang papanya. Macam tidak percaya sahaja yang papanya boleh bagi tip cinta macam tu kepadanya.

Tuan Hafizuddin tersengih bila anaknya memandangnya begitu. “Papa pun pernah macam kamu, Qaiz. Ingat senang nak dapat hati mama kamu tu.” Dia ketawa pula.

“Sikap Faira tu tak ubah macam mama kamu masa dia muda-muda dulu. Degil. Keras hati. Bila papa berlembut dengan mama kamu barulah mama kamu tu cair. Itu pun ambil masa yang lama juga.” Sambung Tuan Hafizuddin lagi. Teringat dia zaman mudanya bersama isteri. Bukan main susah lagi dia mahu mendapatkan cinta isterinya itu.

“Nanti Qaiz fikirkanlah. Bukan dia saja masalah Qaiz sekarang ni. Masalah cucu papa tu. Kes dekat kapal tu lagi. Dua orang tu lagi. Kerja dalam ni lagi.”

Tuan Hafizuddin senyum segaris. “Qaiz, macam yang papa cakap tadilah. Pasal kerja di sini tak payah risau. Semuanya papa dengan orang kanan kamu yang akan uruskan. Kes dua pekerja tu pula kan dah selesai.”

“Eh, pembetulan papa. Kes dua pekerja yang hilang tu memang sudah selesai. Tapi pelakunya tu belum selesai lagi.”

“Bukan pelakunya tu...”

“Ya. Tapi, kita biarkan dulu pelaku tu papa. Kalau kita tangkap sekarang pun kita tak akan dapat apa-apa. Mereka tak akan mengaku apa yang mereka buat sebelum ni. Lagipun, separuh bukti tu dah dihapuskan.” Kata Qaiz. Wajahnya serius.

Tuan Hafizuddin berfikir dalam. “Kalau kamu dah kata begitu...” Tuan Hafizuddin berdiri dan membetulkan sut hitamnya.

“papa akan arahkan beberapa orang lagi untuk awasi pelaku tu dari jauh. Papa juga akan minta beberapa orang-orang kita untuk lindungi Faira sekeluarga.”

“Terima kasih, pa.”

“Tak payahlah nak berterima kasih dengan papa. Apa yang kita buat sekarang ni pun untuk arwah kakak kamu dengan suami dia juga. Kalau ikutkan hati papa, papa memang nak tangkap pelaku tu sekarang juga. Tapi disebabkan bukti tidak ada terpaksalah ikut rancangan kamu tu.”

Qaiz hanya membalas dengan senyuman tawarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience