BAB 46

Romance Completed 137457

TERKETAR-KETAR dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah itu. Abangnya juga ada di dalam dengan yang lain. Faira menoleh ke sebelah. Alya dari tadi lagi asyik menarik hujung pakaianya sahaja.

“Faira, aku takutlah.”

“Kau ingat kau saja yang takutkah? Aku lagi takut tau. Umi aku tak macam kau. Umi aku tu lagi garang. Lagi-lagi abang aku tu.” Faira telan liur. Ini semua kerja wartawan kampung yang tidak berbayar itulah. Habis satu keluarga dia dengan Alya tahu.

Sebelum ke sini tadi, Qisha adik sepupu Faira ada menelefonnya. Qisha memberitahu dia bahawa semua ahli keluarga termasuk keluarga Alya sudah berkumpul di rumahnya. Adik sepupunya itu sempat lagi menakut-nakutkannya sebelum mematikan talian. Bertambahlah sakit hatinya itu. Hari ini betul-betul hari malangnya dengan Alya.

“Ish, mulut kak Bibah tu kan. Kalau aku jumpa dia, aku sumbat banyak-banyak cili padi tu dalam mulut dia tau.” Alya mengetap bibir. Sakit hatinya dengan perempuan mulut celupar itu.

“Si kak Bibah ni mesti tahu dari cikgu Radhia tu kan. Maklumlah, dia orang berdua tu kawan karib. Apa saja yang berlaku di sekolah pasti cikgu Radhia luahkan pada teman baik dia tu.” Faira tidak rapat dengan cikgu Radhia di sekolah tetapi dia kenal dengan sikap cikgu itu. Cikgu Radhia itu lagi bahaya daripada cikgu Kiah. Dalam diam menyimpan cerita. Lepas itu memutar-belitkan pula cerita itu dengan orang lain terutama sekali dengan kawan karibnya itu.

“Faira Alisha! Alya Ufaira! Masuk sekarang juga!”

Kecut perut mereka berdua mendengar herdikkan Farish itu.

“Aku takutlah.” Alya sudah menggigil ketakutan.

“Abang Farish. Kenapa abang marah-marah ni?” Tanya Faira. Dia cuba untuk beranikan diri berhadapan dengan abangnya itu.

“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu pula kau orang berdua ni. Masuk!” Arah Farish dengan muka garangnya.

Laju Faira dan Alya masuk ke dalam rumah.

“MELUTUT sekarang juga!” Mencerlung tajam puan Daliya memandang dua anak dara itu.

“Umi...”

“Siapa umi kamu?! Melutut!”

Laju Faira menurut kata. Begitu juga dengan Alya.

“Betulkah apa yang umi dengan yang lain dengar, hah?!” Puan Daliya mundar-mandir di hadapan mereka.

“De... dengar apa umi?” Tanya Faira takut.

“Dengar khabar buruklah. Si Bibah bagitahu kami yang kamu berdua diberhentikan kerja dari sekolah tu. Betulkah?!” Puan Zaliah pula bersuara.

“Jawablah! Betul atau tak?!”

“Abang Farish janganlah tengking kami macam tu.” Alya terasa hendak menangis sahaja apabila Farish meninggikan suara.

“Habis nak kami berlembut dengan kamu, hah? Kamu berdua tau tak? Satu kampung tahu perbuatan kamu tu. Yang satu upah orang buat kacau di sekolah. Sabotaj pekerja-pekerja di kantin. Yang satu lagi sibuk pikat pengetua sekolah tu.”

Faira dan Alya memandang puan Qayla yang duduk di sofa.

“Mak ngah! Kami tak buat benda tu semualah. Kami di fitnah!” Faira berdiri. Alya juga berdiri sama.

“Huh! Fitnah kamu kata?!” Puan Qayla berdiri dan menuju ke tempat mereka.

“Mak ngah dengar sendirilah apa yang si Bibah dengan kawan dia tu cakap dalam telefon. Kawan dia si cikgu Radhia tu sendiri yang bagitahu mak ngah pasal perbuatan yang kamu berdua buat dekat sekolah rendah tu.”

“Mak ngah! Janganlah percaya sangat cakap cikgu Radhia dengan kak Bibah tu. Kata-kata mereka itu semuanya dusta. Tak boleh percaya.”

“Ada aku kisah! Heh, Faira. Alya. Kau orang berdua dengar sini.” Puan Qayla menunding jari ke arah mereka berdua.

“Kalau ada orang di kampung ni kaitkan hal kamu berdua dengan mak ngah, siaplah! Aku akan kerjakan kamu berdua tau!” Tengkingnya.

“Apa pula kena mengenanya kami dengan mak cik, hah? Siapa yang nak buruk-burukkan mak cik sedangkan perbuatan mak cik tu lagi buruk daripada kami.” Alya membalasnya dengan kasar.

“Alya Ufaira! Jaga sikit mulut kamu tu.” Puan Zaliah memarahi anaknya. Terdiam terus Alya di depan mereka.

“Assalamulaikum!”

Semua mata memandang ke arah pintu. Mereka memandang sesama sendiri. Terkejut dengan kehadiran Qaiz dan juga Shazwan yang tiba-tiba itu. Dua jejaka itu datang ditemani oleh pengawal-pengawal peribadinya yang sedang berjaga di luar rumah.

“Waalaikumussalam. Ada apa kamu berdua datang ke sini?” Soal Farish. Dia memandang tajam dua orang lelaki itu.

“Kami sebenarnya datang nak betulkan keadaan.” Kata Shazwan.

Alya yang mendengarnya mendengus geram. Dia menjeling lelaki itu.

“Apa yang kamu semua dengar itu adalah salah.” Qaiz bersuara membela dua perempuan itu.

Semua terdiam.

ALYA UFAIRA mundar-mandir di dalam bilik Faira. Dia berfikir. Entah apalah yang Shazwan dengan Qaiz bincangkan pada ibunya, puan Daliya serta abang Faira di halaman rumah. Pak long Faira pula tidak menyertai mereka. Hanya mak ngah si Faira sahaja yang beria-ia mahu masuk campur urusan mereka tetapi sayangnya dia tidak dibenarkan oleh Qaiz dan juga Shazwan. Qaiz siap menyuruh pengawal-pengawal peribadinya itu berjaga di belakang mereka lagi. Walau apa pun cara puan Qayla mahu mencelah mereka, pengawal-pengawal peribadi itu tetap menghalangnya.

“Kau ni risau sangat kenapa?” Tanya Faira yang berbaring di atas tilam empuknya.

“Risaulah! Dia orang langsung tak bagi kita dengar apa yang dia orang bincang dengan ibu, umi kau dan juga abang Farish dekat luar tu.”

Faira mencebik. “Ingatkan risau apalah tadi.”

“Kau ingat aku risau apa?” Alya menghenyakkan punggung di birai katil Faira.

“Aku ingatkan kau risau ibu kau marah Shazwan tu.” Faira ketawa terkekek. Laju dia menutup wajahnya dengan bantal peluk. Takut kalau temannya itu membuang bantal lain ke arahnya.

Alya menjeling tajam. “Siapa yang nak risaukan lelaki tu, hah!”

“Marahkah? Janganlah marah. Aku gurau sajalah.” Pujuk Faira.

“Faira! Alya! Keluar sekarang juga!” Suara nyaring puan Daliya membuatkan dua anak dara itu bergegas keluar daripada bilik. Sempat Faira menyarung tudung segerannya di kepala sebelum keluar tadi.

MEREKA berkumpul semula di ruang tamu rumah puan Daliya. Wajah mereka tidaklah setegang yang tadi. Cuma puan Qayla sahaja yang masih tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Apa tidaknya, dia langsung tidak dibenarkan untuk mendengar perbincangan mereka di luar halaman rumah tadi.

“Faira. Alya.” Farish memandang mereka berdua.

“Kami sebulat suara bersetuju dengan mereka berdua ni.”

Qaiz dan Shazwan menyimpul senyuman. Manakala Faira dan Alya pula masih bingung.

“Setujulah. Abang dengan yang lain bersetuju untuk terima mereka berdua ini.”

“Umi setuju. Mama Qaiz pun setuju.” Kata puan Daliya.

Faira bungkam. Dia rasa dia boleh agak apa yang dibincangkan oleh mereka tadi.

“Ibu pun setuju. Begitu juga dengan keluarga Shazwan dan keluarga dia mahu Shazwan membawa kamu ke sana.” Puan Zaliah pula bersuara dengan anaknya.

Alya bingung. “Ibu setuju apa?”

“Ya. Apa yang kamu bertiga dengan mereka berdua tu setuju, hah? Cuba bagitahu dengan aku.” Puan Qayla menyampuk.

“Tak payahlah kamu nak tahu. Bukannya urusan kamu pun.” Kata puan Zaliah.

“Err... Farish. Kalau boleh biar ini rahsia kita dulu. Faira dengan Alya tak perlu tahu.” Beritahu Qaiz perlahan. Dia tidak mahu mereka yang lain mendengarnya.

“Baiklah.”

“Hmm... Kalau macam tu kami minta diri dulu. Ada apa-apa nanti kami bagitahu.” Qaiz dan Shazwan meminta diri untuk pulang. Faira dan Alya pula langsung tidak ada peluang untuk bercakap dengan dua lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience