BAB 63

Romance Completed 137457

“ABANG ZAHWAN!” Faira menyergahnya dari belakang.

“Terkejut abang tau.” Zahwan mengurut dada.

Faira tersengih. Pantas dia menarik kerusi di hadapan lelaki itu. Sekarang mereka berada di Bamboo Cafe.

“Nah. Cuba periksa.” Zahwan terus ke topik utama. Dia memberikan bakul kertas itu kepada Faira.

Tangan Faira bergerak mengeluarkan setiap barang yang ada di dalam bakul kertas tersebut. Tidak sangka pula telefon lamanya juga ada bersama dengan barang-barang yang lain.

“Abang Zahwan terima kasih banyak sebab tolong Faira.”

“Sama-sama.” Tiba-tiba dia mengeluh.

“Bukan senang tau nak berlakon depan abang Faira tu. Macam-macam soalan yang dia ajukan dekat abang ni.”

Faira tersengih. “Jadi, macam mana abang boleh terlepas?”

“Macam mana abang terlepas tu tak payahlah Faira nak tahu.” Zahwan terus diam.

Dia sebenarnya sudah menipu Faira. Dia masih ingat lagi dua hari lepas. Berfikir panjang juga dia mahu berjumpa Farish. Dia tidak sanggup menipu temannya sendiri kerana dia tahu temannya itu sangat merindukan adiknya. Jadi, dia berterus terang sajalah. Cuma, dia minta Farish untuk merahsiakan daripada uminya dan dia juga tidak mahu Farish ke sini.

Zahwan terfikir sesuatu. Dia sudah tahu cerita Faira. Dia juga tahu yang ingatan perempuan itu sudah pulih. Tapi...

“Faira,”

“Ya.”

“Kenapa Faira tak balik saja ke rumah? Kenapa masih nak bersembunyi di sini?”

Faira tidak menjawab.

Zahwan menghela nafas berat. “Abang ada dengan Faira, kan. Buat apa Faira nak takut dengan ancaman si Talita tu. Dia takkan boleh buat apa-apa pada Faira. Faira lupakah yang Qaiz dan orang-orang dia ada untuk lindungi Faira dengan keluarga Faira?”

“Abang cakap senanglah. Abang tak kenal lagi siapa Talita tu sebenarnya. Dia bukannya seperti yang kita nampak di kaca televisyen.”

Zahwan terdiam. Geram pula dia dengan perempuan ini.

“Kalau Faira rasa abang ni tak kenal sangat dengan si Talita tu, Faira cubalah bagitahu abang sekarang. Abang cuma tahu dia tu jahat. Buktinya, dia pernah kurung Faira masa kita dalam kapal layar. Lagi?”

Faira tunduk.

“Apa lagi yang abang tak tahu pasal Talita tu, huh? Faira bagitahulah. Abang dengar.”

Faira diam apabila suara Zahwan naik satu oktaf.

“Cik Faira!”

Faira dan Zahwan serentak berpaling.

“Kenapa ni Miena?”

“Mister QT tunggu cik Faira dekat bawah.”

Faira menggeram seiring dengan mata yang dijulingkan ke atas.

“Yalah. Sekejap lagi saya turun.” Kata Faira.

Miena angguk dan terus pergi.

“Lelaki pelik tu tak habis-habis nak kacau hidup aku tau.”

“Siapa mister QT tu Faira?” Tanya Zahwan. Hilang terus rasa marahnya tadi.

“Kalau abang nak tau, jom.” Faira mengambil barang-barangnya dan mengajak Zahwan turun ke bawah.

KEMESRAAN dua pasangan itu membuatkan hatinya panas. Dia menjatuhkan wajahnya. Bunga daisy dan hadiah coklat itu dipandang lama. Dengusan kecil dilepaskan.

“Mister QT.”

Lelaki itu diam. Hatinya tidak tenteram melihat Faira bersama dengan lelaki lain.

“Dia siapa?”

“Ini abang Zahwan. Dia kawan baik abang saya.” Faira memperkenalkan Zahwan kepada lelaki berhelmet itu.

“Err... dia tak nak buka helmet diakah?” Zahwan perhatikan lelaki itu dengan helmetnya. Gelap. Langsung tak nampak wajah.

“Kalau abang Zahwan nak tau, mister QT ni memang macam ni. Dari awal perkenalan pun dia memang pelik. Sia-sia saja kalau abang Zahwan paksa dia buka helmet dia tu.” Faira menjeling lelaki di hadapannya.

Lelaki itu mendengus kasar. Bunga dan coklat dibuang ke dalam tong sampah. Dia terus pergi.

Faira tergamam.

“Kenapa dengan dia tu, hah?!” Sakit pula hati si Faira. Tiba-tiba nak marah dengan aku ni dah kenapa?!

FAIRA ALISHA menghentak kaki seiring dengan geramnya.

“Dia marah satu hal. Yang dia pergi buang bunga dengan coklat tu kenapa?” Dia sudah tiba di caletnya. Dia meletakkan bakul kertas di atas tangga. Bunga dan coklat juga ada dengannya.

Selama pertemuan mereka, lelaki itu tidak pernah lagi buat perangai macam tadi. Apa yang lelaki helmet itu buat sudah memalukannya di depan beberapa pengunjung dan pekerja tadi termasuklah Zahwan.

Faira mengipas wajahnya dengan tangan. Kemarahannya masih lagi belum reda. Ekor mata mengerling ke arah bakul kertas.

“Lebih baik aku cek barang-barang ni semua.” Dia menarik bakul kertas itu dan membawanya ke dalam. Bunga dan coklat pula diletakkan di atas meja beranda itu sahaja.

MALAM itu dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar melalui rakaman-rakaman yang diterima olehnya itu langsung tidak masuk akal.

“Aku perlu bagi semua ni pada Qaiz. Dia perlu tahu niat jahat pengetua Shaun tu dan dia juga perlu tahu perangai sebenar Talita dua tahun lepas.”

Faira mengiring ke kanan. “Tapi... macam mana aku nak bagi dekat dia?” Faira meramas kasar rambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience