BAB 14

Romance Completed 137457

TUAN HAFIZUDDIN geleng kepala melihat tingkah laku cucunya itu. Sebaik sahaja kereta berparkir di tempatnya, Aqil terus keluar daripada perut kereta dan meluru masuk ke dalam kafe D’Raish.

“Mana mama Faira ni?” Gerutunya. Dia berjalan ke hadapan sambil matanya meliar mencari kelibat Faira. Atuknya yang berada di belakang langsung tidak diendahkan olehnya. Mama Faira lagi penting, katanya dalam hati.

“Abang. Abang.” Aqil menarik hujung pakaian salah satu pekerja kafe itu.

“Ya, dik. Adik nak apa?” Tanya pekerja lelaki itu.

“Abang kenal tak perempuan namanya Faira Alisha? Itu mama saya.”

Pekerja lelaki itu tergamam. Dia meneliti budak lelaki di depannya ini. Siapa budak ni?

“Maaf, ya. Dia cucu saya. Kami ke sini nak cari mama dia. Kamu ada kenal siapa-siapa yang namanya Faira Alisha?” Giliran Tuan Hafizuddin pula bertanya.

“Err... kenal. Dia adik kepada pemilik kafe ni. Tapi, setahu saya cik Faira tak berkahwin lagi.”

“Macam mana abang tahu mama saya tak kahwin lagi? Habis saya ni nak campak dekat mana? Takkan saya ni anak hantu? Saya mestilah keluar dari perut mama saya, kan? Mama Faira tu mama saya.”

Pekerja lelaki itu tidak terkata. Tapi, apa yang dia cakapkan tadi itu adalah benar. Faira sendiri yang beritahu dia dengan yang lain bahawa dia masih bujang.

“Jangan hiraukan budak ni. Kamu boleh panggilkan cik Faira? Saya nak berjumpa dengan dia.” Mahu sahaja Tuan Hafizuddin marah cucunya di situ. Tapi, dia sabar. Biasalah perangai budak-budak memang macam tu. Lagi-lagi budak aggresif dan nakal macam Aqil ini.

“Baiklah.” Segera pekerja itu memanggil Faira yang sibuk di bahagian dapur.

“ASSALAMUALAIKUM.”

“Waalaikumussalam.” Terdiam seketika Tuan Hafizuddin sebaik sahaja melihat wajah manis itu. Memang sepadan dengan anak aku, katanya dalam hati.

“Mama Faira! Aqil rindulah dengan mama tau.” Laju Aqil turun dari kerusi dan memeluk tubuh langsing itu. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Melepaskan rasa rindu yang terkumpul di jiwa.

“Mama pun rindu Aqil. Kenapa Aqil tak jumpa mama?” Tanya Faira. Dia terlupa yang Tuan Hafizuddin ada di situ.

Aqil menarik Faira ke kerusi dan menyuruh Faira duduk di sebelahnya.

“Papa yang tak bagi Aqil jumpa mama. Papa jahat. Papa pentingkan diri.” Luahnya dengan rasa geram.

“Yakah?”

“Yalah. Aqil nak jumpa mama pun tak boleh. Papa kata mama sakit. Tunggu mama sihat baru papa bawa jumpa mama. Tapi papa tipu. Papa bohong dengan Aqil.” Dia menjuih bibir dengan wajah tidak puas hati.

Faira mengusap lembut pipi Aqil. Dia mahu meredakan perasaan marah budak itu.

“Aqil. Aqil dah lupakah janji kita, huh?” Tuan Hafizuddin menyampuk.

Faira tersentak. Baru dia tersedar akan kehadiran orang tua itu.

“Maaf. Aqil lupa.” Dia menundukkan wajah. Malu.

“Err... uncle ni mesti suami aunty Alina, kan?” Teka Faira.

“Ya. Nama uncle, Hafizuddin.” Senyuman diukir.

“Sepatutnya aunty kamu ikut sekali tapi dia ada hal. Jadi, uncle sajalah yang temankan Aqil ni jumpa kamu.”

“Susahkan uncle saja.”

“Tak susah pun. Lagipun, uncle memang nak jumpa kamu. Uncle nak tengok dengan mata sendiri bagaimana orangnya yang Aqil dengan nenek dia selalu sebut-sebutkan tu.”

Faira malu.

“Uncle, saya ni biasa-biasa saja. Kehidupan saya dengan keluarga pun tidak setanding dengan uncle.” Faira tersenyum nipis. Dia tahu siapa diri dia. Jauh di lubuk hatinya dia tidak pernah langsung mengharapkan apa-apa daripada keluarga kaya ini.

Faira menoleh ke sebelah. Dia perasan ada beberapa orang sedang memerhatikannya. Siap tangkap gambar mereka senyap-senyap lagi. Faira berpaling semula. Dia tahu kenapa dia menjadi perhatian mereka. Sebab di hadapannya ini adalah seorang jutawan.

Dalam media massa, Tuan Hafizuddin tidak lekang dengan gosip dan cerita mengenai legasinya. Bukan itu sahaja, kehidupan Tuan Hafizuddin dan juga isteri menjadi perhatian masyarakat di sini. Tapi, hanya gambar mereka berdua sahaja yang selalu dimuat turun dalam media massa. Jarang sekali mereka meletakkan gambar anak dan juga cucu Tuan Hafizuddin. Itu pun atas arahan Tuan Hafizuddin sendiri yang mahu melindungi anak dan cucunya dari bahaya.

“Darjat bukan jadi ukurannya. Uncle dengan isteri uncle tak memlih siapa calon untuk bakal menantu kami. Apa yang kami nak hanyalah hati budi yang baik dan menghormati orang yang lebih tua daripada dia.”

“Tak sangka masih ada lagi orang macam uncle sekeluarga ni.”

“Bukan semua orang kaya jahat, Faira. Kalau mereka masih berpegang pada agama dan juga percaya kepada Tuhan, mereka tidak akan berperangai tamak dan jahat seperti yang Faira bayangkan. Setengah daripada mereka yang berperangai begitu adalah disebabkan sikap mereka yang sudah melupakan akhirat. Pentingkan diri. Sombong pada Tuhan mereka. Jadi, kesimpulannya kita harus beringat di mana saja kita berada. Jangan pernah lupa siapa diri kita dan juga siapa yang jadikan kita.”

Terangguk-angguk Faira mendengar tazkirah pendek dari Tuan Hafizuddin itu. Aqil pula hanya diam membisu sejak dari tadi. Tangannya masih memeluk pinggang Faira. Sekejap-kejap Faira mengelingnya.

“Aqil kenapa diam saja? Bukan selalunya Aqil banyak cakapkah?” Pelik Faira.

“Aqil cuma nak jadi budak baik saja. Lagipun, Aqil dah janji dengan grandpa yang Aqil tak boleh berkelakuan nakal atau jahat di depan mama.”

“Baguslah kalau macam tu. Aqil mana boleh nakal. Buat jahat pun tak boleh. Kalau Aqil terus buat perangai macam tu nanti terbawa sampai ke besar tau.” Faira tidak tahu apa yang telah Tuan Hafizuddin katakan pada Aqil. Tetapi, dia tetap menyokong jika itu adalah kebaikan untuk Aqil sendiri.

“Siapa ni Faira?” Muncul Farish. Dia menghadiahkan senyuman pada lelaki separuh abad itu.

“Abang, ini suami aunty Alina. Uncle Hafizuddin.”

“Farish. Abang Faira.” Farish bersalaman dengan Tuan Hafizuddin.

“Tak silap uncle, Farish sebaya dengan anak uncle. Bukan?”

“Ya. Kami berdua sudah bertemu hari tu. Terima kasih jugalah sebab dia bawa adik saya ke hospital masa dia pengsan.”

“Mama Faira pengsan!” Aqil bersuara setelah lama berdiam.

“Ya. Tapi, Aqil jangan risau. Mama okey saja.” Faira menenangkannya.

“Papa tak cakap pun yang mama pengsan. Papa cuma cakap yang mama sakit saja. Ish! Papa jahat. Papa tipu Aqil.” Dia mula membentak di situ.

“Aqil, tak baik cakap macam tu. Papa cakap begitu supaya tak nak Aqil risau dengan mama. Papa tu sayang dengan Aqil tau.” Farish menegurnya.

“Maaf.” Perlahan suaranya meminta maaf.

“Hmm, Farish. Faira. Uncle tinggalkan Aqil di sini, ya. Uncle ada urusan di pejabat.” Tuan Hafizuddin berdiri dan merapikan pakaian. Sebentar tadi dia menerima mesej daripada setiausahanya yang mengatakan ada pelanggan penting datang untuk berbincang mengenai projek bangunan beli-belah.

“Baiklah. Uncle hati-hati dalam perjalanan.” Pesan Farish.

“Aqil, salam grandpa.”

Kata Faira diturutinya. Aqil salam dan meminta maaf pada atuknya atas kesalahan yang dia buat tadi.

“Uncle pergi dulu. Assalamualaikum.” Tuan Hafizuddin berlalu pergi.

“Waalaikumussalam.” Serentak adik-beradik itu menjawab salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience