BAB 51

Romance Completed 137457

MEREKA mengukir senyuman jahat. Akhirnya rancangan mahu menjauhkan lelaki itu daripada Faira sudah berjaya. Baru senang mereka hendak melakukan kerja mereka pada perempuan itu nanti.

“Kerja I dah selesai. Sekarang giliran you pula hancurkan perempuan tu.” Pengetua Shaun tersenyum puas.

“Boleh saja. Nanti, I akan upah beberapa orang untuk culik dan bunuh dia.” Kata Talita.

“Oh, sekejap. I lupa. Sebelum you hancurkan dia, you kenalah tanya dia dan paksa dia beri bukti yang I nak tu.”

Talita mengerutkan dahi. “Macam mana? Bukti yang you nak tu you tahukah dia simpan dekat mana?”

“I yakin dia masih simpan bukti tu dalam telefon. Tapi, I tak rasa dia simpan bukti tu dalam telefon yang dia pakai sekarang ni.”

“Habis tu telefon yang mana pula?”

“Talita. Talita. Itu you punya kerjalah. You tanya dia. Paksa dia sampai dia bagitahu di mana dia simpan bukti-bukti tu.” Sedikit kasar bunyinya.

Talita mencebik. Sikap pengetua Shaun ini ada kalanya buatkan dia berasa geram.

Tersenyum senget pengetua Shaun melihat wajah tegang itu dari tepi. Perlahan dia mendekati Talita dan memeluk pinggang ramping itu.

“Ish, lepaslah!” Rimas.

“Janganlah merajuk.”

“I merajuk? Huh!” Talita menolak kuat tubuh lelaki itu ke tepi.

Pengetua Shaun ketawa kecil. Dia tahu, tadi dia sudah berkasar dengan perempuan ini. Dia memeluk semula pinggang Talita dan mengelus lembut pipinya.

“I minta maaf kalau I cakap kasar dengan you tadi. I tahu you sebenarnya boleh buat, Talita. Kalau you boleh kunci dia dalam stor gelap, kenapa you tak boleh culik dan paksa dia sendiri untuk beri bukti-bukti tu pada you?”

Talita menjelingnya.

Pengetua Shaun hanya membalas dengan senyuman. Lantas lelaki itu mengucup pipi Talita sebelum keluar daripada bilik hotel.

FAIRA ALISHA baru sahaja mahu melelapkan mata dan tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia menggeram. Tengah-tengah malam macam ini pun masih ada lagi yang rajin menghantar mesej kepadanya.

Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja tepi katil.

“Ish! Dia ni tak tidur-tidur lagikah?” Malas Faira mahu membalasnya.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Kali ini bukan mesej tetapi bunyi panggilan.

“Eee!! Dia ni. Tak bolehkah telefon aku waktu pagi saja. Baru empat hari pergi dah rindu dengan aku. Ish!”

Walaupun dalam keadaan marah dia menjawab juga panggilan tersebut.

“Awak ni kenapa, hah?! Saya nak tidur pun tak boleh.” Faira mendengus kasar.

Qaiz ketawa di hujung talian.

“Marahkah?”

“Tak. Ketawa.” Balas Faira dengan geram.

Qaiz tersengih. “Maaflah. Saya telefon ni cuma nak pesan dekat awak saja. Lusa nanti jangan lupa jaga Aqil. Kalau tak nak ulang alik, tidur saja dekat sana.”

Faira mengajuk katanya. “Saya tahulah. Saya ingat. Tapi saya tak nak tidur dekat sana.” Mana boleh dia lupa pesanan lelaki itu. Sebelum ke luar kota, lelaki itu sempat berpesan kepadanya dan memberinya masa untuk berehat selama seminggu sebelum dia ke rumah agam untuk menjaga Aqil.

“Sudahlah. Saya nak tidur.”

“Kejaplah.”

“Apa lagi?” Tidak jadi Faira memutuskan talian.

“My sweety,” Qaiz berdeham.

Faira berasa geli apabila lelaki itu memanggilnya begitu.

“saya nak cakap sesuatu pada awak. Boleh?”

“Apa?”

“My sweety. Rindu itu tak semestinya diungkap, kan.”

“Jadi?”

“Jadi, saya simpan rindu tu dalam hati dan tukar kepada doa. Doa supaya awak menjadi permaisuri hati saya.”

Faira terus mematikan panggilan. “Tak habis-habis dengan ayat manis dia tu.”

Faira kembali tidur dan melelapkan matanya. Tapi tidak boleh. Kata-kata Qaiz tadi masih mengusik jiwanya. Perasaan yang dirasakan olehnya pada malam itu juga aneh.

“Ini semua pasal kaulah! Tak guna punya Mister Annoying!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience