BAB 55

Romance Completed 137457

“KAU pastikah Amir?! Betulkah orang yang mati tu dia?”

“Ya, cik Talita. Ramai yang mengerumuni tempat tu tadi.” Jawab lelaki di hujung talian itu.

“Aku tak percaya. Kau hantar gambar dia dekat aku sekarang juga.”

“Err... Maaf. Kami tak sempat nak ambil gambar mayat dia tadi.”

“Hah?! Macam mana aku nak percaya cakap kau kalau kau tak bagi tengok aku gambar mayat dia tu?” Marah Talita.

“Ma... maaf cik Talita.”

“Aku tak terima maaf kau dengan kawan-kawan kau tu. Selagi kau orang tak bagi tengok aku gambar mayat dia selagi itulah upah kau orang aku tak bagi.” Talita mendengus dan mematikan talian. Dia mencampak telefonnya di atas sofa.

“Argh!! Tak guna!” Talita melampiaskan amarahnya pada majalah-majalah yang tersusun di atas meja ruang tamu. Habis semua majalah-majalah itu dilempar jauh. Tidak cukup dengan itu bantal-bantal kecil di atas sofa itu pula menjadi mangsanya.

“Aku nak perempuan tu mati. Aku nak perempuan tu mati!” Jeritannya bergema di segenap ruang tamu kondominiumnya itu. Habis barang-barang rumah bersepah sana-sini.

“Faira. Faira. Kau memang buat-buat lupa dengan aku, kan. Kau berani lawan aku, ya. Kau langsung tak dengar amaran aku sebelum ni.” Talita senyum sinis. Dia menuju ke dapur dan mengambil minuman kerasnya yang di simpan di dalam almari dapur.

Dia meneguk rakus minuman itu. Tidak cukup sebotol diambilnya lagi di dalam almari dapur itu. Tidak lama kemudian fikirannya mula melayang. Serasa masalahnya tadi sudah hilang. Terhuyung-hayang dia berjalan menuju ke ruang tamunya semula.

Dia membuka televisyen. Sambil meneguk air kencing syaitan sambil dia menekan butang-butang pada alat kawalan jauh televisyen itu. Tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya malam itu.

“Bosan!” Dia meneguk sekali lagi minumannya.

Sedang dia melayan perasaan tiba-tiba matanya segar kembali apabila mendengar berita yang disiarkan di kaca televisyen itu. Kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki air dan beberapa buah kenderaan itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Dikatakan lagi bahawa ada beberapa orang maut termasuklah empat orang pejalan kaki dalam kejadian tersebut dan tiga orang daripadanya mengalami cedera ringan. Dua lagi pejalan kaki mati secara mengejut di tempat kejadian.

“Bukan inikah yang dikatakan oleh Amir tadi?” Talita masih khusyuk mendengar berita yang disampaikan itu. Hatinya tidak sabar mahu tahu siapa dua pejalan kaki yang dikatakan oleh berita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience