BAB 7

Romance Completed 137457

HUJAN turun dengan lebatnya. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Padahal, Faira sudah berjanji mahu membawa Alya ke kafe abangnya tetapi cuaca ini pula menghalang mereka. Jadi, mereka berdua terpaksa berehat di kafe Shaz Alhena terlebih dahulu sementara menunggu hujan berhenti.

Mereka berdua memesan minuman coklat panas. Hidangan sampingan pula kek tiramisu dan juga kek keju. Sementara menunggu pesanan sampai, Faira menelefon abangnya untuk memberitahu kelewatan mereka.

Sementara Faira berbual dengan abangnya di telefon, Alya melayan pelayan yang datang memberi pesanan mereka. Tersenyum manis Alya dengan pelayan tersebut. Pelayan itu meminta diri selepas menyelesaikan tugasnya di meja itu. Beberapa minit kemudian muncul pula seorang lelaki yang tidak dikenali. Dari atas ke bawah dia meneliti penampilan lelaki itu. Segak bergaya dan mempunyai wajah manis.

“Ya, ada apa?” Tegur Alya. Rambut panjangnya di selak ke belakang.

“Macam mana dengan hidangan yang cik pesan ni? Sedap atau tak sedap?”

Alya angkat kening. Faira pula masih sibuk dengan taliannya. Dia langsung tidak menoleh ke belakang.

“Awak ni butakah atau tak? Macam mana saya nak komen kalau saya tak sentuh lagi hidangan ni.” Alya menjelingnya.

“Maaflah. Tak perasan.” Ujar lelaki itu dengan tawa kecilnya.

“Maaf. Maaf.” Alya menjelingnya.

“Kalau tak ada apa-apa pergilah sana. Jangan ganggu kita orang.” Marah Alya.

“Saya ganggukah?” Lelaki itu ketawa. Entah kenapa dia rasa mahu mengusik perempuan ini.

“Cik, saya betul-betul minta maaf. Saya sebenarnya datang sekadar nak tanya tentang hidangan ni saja. Lagipun, saya pemilik tempat ni. Kalau ada apa-apa yang tak kena dengan hidangan ini saya boleh bagi yang lain.” Ujarnya dengan wajah tenang.

Alya menekup mulut. Dia sudah tersilap langkah. Matanya mengerling ke sebelah. Dia mendengar orang sebelahnya itu sedang mengatanya.

Itulah kau Alya! Suka sangat cari pasal. Dia mengetuk kepala. Geram dengan diri sendiri.

“Saya minta maaf. Saya salah.” Ujarnya dengan rasa bersalah.

Lelaki itu ketawa. “Tak apa. Saya Shazwan.” Dia memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan perempuan di depannya itu.

“Saya Alya Ufaira. Maaflah saya tak sentuh lelaki.”

“Oh... Saya minta maaf.”

Mereka sama-sama ketawa.

“Tak habis-habis dengan kata maaf kamu berdua ni. Kalau suka, cakap sajalah.”

Kedua-duanya tergamam. Mereka berdua langsung tidak perasan yang Faira memerhatikan mereka sejak dari tadi. Faira ketawa melihat dua orang di depannya ini tersipu malu.

“Hai, pemilik kafe ni. Silalah duduk kalau nak berkenalan dengan kawan saya ni. Orang ramai tengah tengok drama romantik kamu berdua tu.”

Laju mereka berpaling melihat orang sekeliling. Ada yang mentertawakan mereka dan ada juga yang sedang bergosip tentang mereka. Shazwan menarik kerusi lalu duduk. Alya pula sudah tidak keruan.

“Sekejap. Saya macam pernah tengok awaklah.” Shazwan baru perasan sesuatu. Gambar yang diberikan oleh Qaiz kepadanya masih segar diingatannya. Wajah perempuan di dalam gambar itu seiras dengan perempuan yang duduk di hadapannya sekarang.

“Awak pernah tengok kawan saya dekat mana?” Tanya Alya kehairanan.

“Dekat...”

“Cik Faira Alisha. Sila ikut saya ke sana.”

Terkejut mereka bertiga dengan suara garau tersebut. Laju Shazwan berdiri dan menyapa lelaki itu.

“Qaiz! Aku ingatkan kau tak datang.”

“Kau bagitahu aku dia ada di sini. Jadi, aku datang tengok dengan mata sendirilah.”

Faira dan Alya kebingungan. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Setengah jam sebelumnya, Shazwan keluar daripada pejabat kecilnya. Dia mengatur langkah menuju ke bahagian dapur dan pada masa itu dia ternampak kelibat Faira dan juga Alya. Mulanya, dia ragu-ragu. Tetapi, setelah dilihat dan diteliti dengan betul itu adalah Faira Alisha dan dia laju menghubungi Qaiz. Tidak sangka pula temannya akan sampai secepat ini.

Faira tidak jadi buka mulut kerana dia perasan yang pelanggan-pelanggan lain mula mengambil gambar mereka. Dia menangkap salah satu pasangan yang sedang bergosip. Mereka mengatakan yang lelaki baru muncul ini adalah anak jutawan yang selalu digosipkan oleh model terkenal yang bernama Talita itu.

Faira seakan tidak percaya. Dia mendongak dan memandang lagi lelaki itu. Dia anak jutawankah? Pewaris Legasi Sky Magellan?

“Apa sebenarnya yang berlaku ni? Macam mana kawan awak kenal dengan kawan saya? Setahu saya Faira tak ada kenalan lelaki macam dia ni. Kalau ada pun hanya kawan lelaki di tempat kerja kami saja.” Alya cuba menahan emosi. Di rumah memanglah keluarga Faira yang akan jaga dan tengok-tengokkan Faira. Tetapi, di luar rumah dia pula yang mengambil alih tugas ahli keluarga Faira itu. Sayang betul Alya dengan Faira.

“Err... Sebenarnya cik Alya... Err...” Shazwan jadi serba salah pula sebab membohong dua manusia di hadapannya itu.

Shazwan berdeham. Bersilih ganti dia memandang kedua anak dara itu.

“Begini. Kami berdua sebenarnya kenal dengan cik Alya dan juga cik Faira. Kami sudah selidik latar belakang cik Faira dan juga cik Alya sebelum ini.”

Alya melopong. “Untuk apa kamu berdua selidik kami?!” Nadanya tinggi. Terdiam dua jejaka itu apabila mereka diherdik oleh Alya.

“Ish! Aku tak sukalah dengan situasi begini. Faira jom pergi. Jangan percaya cakap mereka ni. Entah-entah penipu.” Alya berdiri dan menarik tangan Faira.

“Cik berdua tak boleh pergi. Saya ada sesuatu nak berbincang dengan cik Faira.” Qaiz meleraikan tangan itu lalu menolak Alya ke tepi. Faira pula sudah ditarik ke hujung kafe.

“Apa ni?! Apa dia nak buat dekat teman saya tu, hah?!” Alya mahu mengejarnya tetapi Shazwan cepat bertindak. Dia tidak peduli dengan pandangan orang lain. Dia menarik Alya mengikutinya ke pejabat kecil kafe itu. Dia juga mengarahkan pekerjanya agar menyimpan semula hidangan tersebut.

“ENCIK SHAZWAN! Apa yang kawan awak hendak buat pada kawan saya tu, hah?” Marah Alya. Dia tidak senang duduk. Risaunya lebih daripada risau seorang ibu. Kalau Faira diapa-apakan macam mana? Fikirnya.

Shazwan yang tenang duduk di kerusi kerjanya itu ketawa kecil melihat perempuan di depannya ini mundar-mandir dengan wajah ketat.

“Kalau Faira pengsan? Kalau tiba-tiba lelaki tu tolak dia lepas tu Faira terhantuk kepala macam mana? Ingatan dia pulihkah? Kalau pulih tak apa kalau sakit lain yang datang macam mana pula?” Alya gigit jari. Dia betul-betul tidak keruan. Pandangan lelaki itu padanya langsung tidak diendahkan olehnya.

Aduh, tak boleh jadi ni! Aku kena tolong Faira.

Alya laju melangkah ke arah pintu. Shazwan yang perasan arah tuju perempuan itu terus bertindak cepat. Dia menarik tangan Alya dan membawa perempuan itu ke sofa.

“Cik Alya duduk dulu. Tak payahlah risau sangat.” Shazwan menolak Alya duduk di sofa.

“Awak jangan nak halang saya. Saya nak pergi tengok kawan saya.” Alya berdiri tetapi sekali lagi tubuhnya di tolak kasar oleh Shazwan. Lagi dia tergamam apabila lelaki itu memampan laluannya. Shazwan mengunci tubuhnya dengan kedua belah tangan yang dilekapkan di sofa.

Alya panik kerana wajah mereka terlalu dekat. Lelaki itu mempamerkan senyuman yang menjengkelkan hatinya.

“Cantik juga cik Alya ni. Nak jadi teman wanita saya tak?”

Bulat mata Alya mendengarnya. Dia mendengus geram. Dia perlu fikir cara untuk melepaskan diri daripada pemilik kafe Shaz Alhena ini.

Kacak tapi gatal! Lelaki buaya darat! Macam-macam lagi Alya menyumpahnya di dalam hati.

“Cik Alya tak boleh tipu saya tau. Saya dah selidik semua tentang cik Alya. Kalau cik Alya kata ada teman lelaki, saya tak akan percaya. So, awak sudi tak jadi teman wanita saya?” Sekali lagi dia mengajukan soalan tersebut.

Alya mengetap bibir. “Awak siapa nak selidik pasal saya, hah?! Awak ingat saya sukakah orang buat macam tu dekat saya?” Omelnya.

“Cik Alya. Cik Alya. Bukankah tadi saya kata yang saya selidik kawan awak. Jadi, apa-apa tentang cik Faira saya kena tahu termasuklah teman rapat dia ni.” Dia mengelus pipi gebu Alya.

“Eee! Gelilah!” Tidak semena-mena dia menanduk kepala Shazwan. Lelaki itu mengadu kesakitan. Alya cepat-cepat menjauhkan dirinya dari lelaki itu.

“Padan dengan muka! Tak senonoh!” Alya laju keluar daripada bilik pejabat itu.

“CIK FAIRA ALISHA. Nama yang cantik. Macam orangnya juga.” Puji Qaiz. Dia meneliti Faira dari atas hingga ke bawah.

“Awak siapa, hah? Macam mana awak tahu nama saya?” Faira cuba bertenang. Sebelum bertindak dia perlu tahu dulu punca dan sebabnya.

“Saya Qaiz Talha. Saya tahu nama awak pun daripada Aqil Syauqi. Saya pasti, awak kenal dengan nama tu, bukan?”

Wajahnya berkerut. Dia memang kenal dengan nama itu. Dia memandang lelaki yang duduk di hadapannya. Lelaki ini cukup bergaya dengan pakaian kasualnya. Setiap gaya yang ditunjukkan dari cara dia minum dan juga cara dia duduk itu mencerminkan dirinya itu berkelas tinggi.

Faira buat muka. Ingat dia seorang sahajakah boleh buat gaya macam tu.

Betulkah dia ini papa Aqil? Dia meneliti wajah tampan itu. Entah, bahagian mana yang sama dengan wajah anak lelakinya itu. Satu pun tak ada yang sama.

Faira mencebik seiring dengan jelingan.

“Kenapa dengan muka tu?”

“Terkena dengan alahan.” Jawabnya.

“Tak tahu pula cik Faira ni ada alahan.” Senyumannya senget ke sebelah.

“Ya. Saya memang ada alahan terutamanya kaum lelaki. Baik awak berterus terang saja dengan saya. Apa sebenarnya yang awak mahu daripada saya, huh?”

“Saya bercadang nak...” Dia diam. Sebelah tangan mengusap dagu. Pandangannya masih melekat pada Faira.

“Cadang apa?! Kalau awak nak tanya pasal anak awak si Aqil Syauqi tu saya boleh ceritakan.” Faira meneguk air kosong yang disediakan oleh pelayan tadi.

“Saya tak tahu dari mana budak tu datang. Tiba-tiba saja menangis bersembunyi dekat pondok sekolah. Lagi saya terkejut bila dia panggil saya ni mama dia. Eh, papa Aqil...” Sempat dia menarik nafas sebelum meneruskan bicaranya.

“awak tak kesiankah dengan anak awak tu? Dia rindukan mama dia tau. Awak buat apa dengan mama dia sampai dia jadi begitu, hah?”

Qaiz berubah riak. Dia mengepal tangan menahan marah.

“Cik Faira boleh jaga mulut tu sikitkah? Jangan nak memandai buat andaian tentang saya. Kalau cik Faira nak tahu, keluarga Aqil tu...”

“Faira mari pergi!” Tiba-tiba Alya muncul menarik Faira pergi. Terbantut terus apa yang Qaiz hendak sampaikan kepada Faira.

“Kau marah-marah ni kenapa, Alya? Apa lelaki tadi dah buat dekat kau, huh?” Faira meneliti tubuh Alya kalau ada kesan-kesan pelik di tubuh temannya itu.

“Aku okey. Nasib baik aku ada pertahanan diri. Sudahlah. Baik kita pergi dari sini.”

“O... Okey.” Faira tidak tahu apa yang sudah terjadi di antara temannya dengan lelaki tersebut. Wajah temannya itu nampak sangat marah.

Dia bangkit dan memandang lelaki di hadapannya itu. Ada sesuatu yang dia hendak katakan kepadanya.

“Encik Qaiz, lepas ni tolong jaga sikit anak encik tu. Jangan sampai dia melarikan diri lagi. Jangan nanti encik Qaiz menyesal kerana mengabaikan anak sendiri sebabnya encik Qaiz ni asyik kejar harta saja. Bahagia itu hanya sekejap saja. Ajal kita pula tuhan sudah tentukan. Kalau Aqil tak dapat bahagia, itu salah encik Qaiz.”

“Sudahlah, Faira. Mari pergi.” Gesa Alya.

Faira menggeram. Dia menoleh ke belakang dan mengucapkan salam kepada lelaki itu. Mereka terus bergerak pergi. Qaiz menghantar dengan pandangan kosong.

“Qaiz, mana mereka?” Shazwan muncul.

“Dah pergi.”

“Hah?! Aku penat-penat tahan mereka tu supaya kau boleh jumpa dan bercakap dengan dia. Kenapa cepat sangat kau suruh dia pergi?” Melepas Shazwan mahu memikat Alya.

“Bukan aku yang suruh dia pergi. Kawan dia tu yang tarik dia pergi dari sini.”

“Aduh, kau ingat senangkah nak jumpa mereka tu lagi? Aku tak sempat pun soal dia apa-apa tadi.”

“Tenanglah, Shaz. Masih banyak masa lagi. Bukankah kita dah ada maklumat tentang mereka tu?” Qaiz main kening dengan temannya.

“Maklumat saja tak cukup. Aku nak tengok wajah dia dekat-dekat. Tengok senyuman dia. Suara dia...”

“Angau kau ni. Kenapa? Perempuan sebelum ni tak buat kau macam inikah?” Qaiz berdiri dan merapikan pakaian.

“Aku tak suka perempuan-perempuan sebelum ni. Aku dah buang semua perempuan-perempuan tu. Hanya cik Alya yang bertakhta di hati aku sekarang ni.”

Ayatnya itu membuatkan Qaiz ketawa.

“Amboi, cepatnya. Kau betul-betul dah jatuh cintakah ni?”

“Entahlah. Aku tak tahu sama ada itu perasaan cinta atau sebaliknya. Tapi yang pastinya aku nakkan si Alya tu.”

Metelus tawa Qaiz. Dia membuka langkah.

“Kau nak ke mana?”

“Pulanglah. Aku tak ada nak buat apa-apa lagi dekat sini, kan. Apa-apa nanti aku beritahu kaulah. Jumpa lagi.”

Shazwan mencebik. Temannya melangkah pergi dengan penuh bergaya. Pelanggan-pelanggan dan juga pekerja-pekerjanya juga turut sama memaku ke arah Qaiz Talha itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience