BAB 12

Romance Completed 137457

SEMINGGU telah berlalu. Faira juga sudah sembuh dari sakitnya. Sekarang ini pula cuti sekolah dua minggu sudah bermula. Bolehlah dia berehat dan meluangkan masa dengan dengan keluarganya.

Faira bangun awal dan menyediakan sarapan untuk mereka. Selesai tugas dapur dia ke ruang tamu untuk menyapu. Masa-masa beginilah dia hendak menolong uminya. Dia tidak mahu mensia-siakan cuti yang dia ada untuk perkara yang tidak berfaedah.

“Faira, sini kejap. Abang nak cakap sesuatu.” Farish memanggilnya ke meja makan.

“Kejap.” Laju Faira memasukkan sampah-sampah yang dikumpulnya ke dalam penyeduk sampah. Dia kemudiannya membawa sampah-sampah tersebut ke tong sampah.

“Dah siap?” Tanya Farish sebaik sahaja adiknya menapak ke ruang makan.

“Dah.” Faira tersengih. Dia menarik kerusi lalu duduk.

“Apa yang abang nak cakap dengan Faira ni?” Soalnya sambil menuang teh ke dalam cawan.

“Begini, abang nak minta tolong sesuatu. Itupun, kalau Faira tidak keberatanlah.”

“Tolong apa?”

“Bantu abang dekat kafe abang. Boleh?” Farish menarik cawan yang berisi teh itu lalu diteguk perlahan.

“Mestilah boleh! Bila abang nak Faira tolong abang?” Teruja sungguh si Faira mahu membantu abangnya itu.

“Hari ni. Kejap lagi.”

“Okey!”

“Hah, apa yang kamu bualkan dari tadi ni? Suara kamu berdua dari bilik lagi umi dengar tau.” Puan Daliya mengambil tempat di kepala meja. Ketawa dua beradik itu.

“Umi, sebenarnya Farish nak bawa Faira ni ke kafe. Farish nak dia bantu Farish dekat sana.”

“Eloklah tu. Budak ni bukan buat apa-apa pun dekat rumah ni. Tak bawa si Alya tu sekalikah?”

“Alya tak ada dekat sini sekarang. Dia bawa adik-adik dia pergi bercuti.”

“Budak baik Alya tu. Mak, ayah dia ikut sekali?”

“Manalah Faira tahu. Umi tak pergi jumpa mak diakah? Bukankah selalunya umi dengan mak Alya tu lepak dekat rumah Mak Teha? Bercerita, bergosip dekat sana.”

“Ya. Tapi, kelmarin umi tak pergi sana. Umi tak jumpa dia pun. Umi malas nak keluar rumah.”

“Umi, kalau boleh hari ni pun umi tak payahlah keluar rumah. Farish tengok cuaca awal pagi ni mendung saja. Takut nanti hujan lebat pula turun.”

“Yalah. Umi duduk rumah sajalah.” Puan Daliya mengambil pinggan dan mengaut nasi goreng ke dalam piringnya. Faira menghulurkan cawan berisi teh panas kepada uminya.

“Jadi, kamu berdua bila nak pergi kafe?”

“Sekejap lagi.” Beritahu Farish. Mereka terus berbual dan menikmati sarapan.

“PAKAIAN barukah yang Faira pakai tu?” Farish yang sedang memandu itu baru perasan pakaian yang dipakai oleh adiknya.

“Mana abang tahu ini pakaian baru?” Dia mengerling abangnya. Pakaian baru yang dipakai olehnya itu adalah salah satu hadiah yang Aqil dengan Madam Alina beri kepadanya. Hari itu, hanya separuh sahaja hadiah yang dia buka. Hadiah-hadiah lain masih lagi tersimpan kemas di atas almari bajunya.

“Mestilah tahu. Semua tentang Faira abang tahu.”

Faira angkat kening. “Yakah? Kalau abang tahu semua pasal Faira, abang mesti tahu apa yang jadi pada Faira dua tahun lepas. Kan?”

Farish terkelu lidah. Dia sudah berjanji dengan Qaiz tidak akan menceritakan hal dua tahun lepas itu kepada Faira.

“Abang Farish. Abang bagitahulah apa yang jadi pada Faira dua tahun lepas. Kalau abang tak bagitahu Faira, macam mana Faira nak ingat balik apa yang jadi sebelum ni.” Faira memuncungkan mulut.

“Faira. Sekarang ni, Faira jangan fikir dulu tentang hal itu semua. Abang tak nak Faira tertekan nanti. Abang tak nak Faira paksa diri Faira untuk ingat memori lepas tu, ya?” Sesekali dia mengerling adiknya yang berwajah masam.

“Yalah. Faira takkan paksa abang Farish. Tapi tak bermakna Faira sudah berputus asa tau. Faira akan cari tahu sendiri apa yang berlaku pada diri Faira sebelum ni.”

Farish hanya mengeluh. Dia meneruskan pemanduannya ke tempat kerja.

KAFE D’RAISH. Farish membawa Faira masuk ke dalam kafe dan berkenalan dengan pekerja-pekerjanya. Faira tersenyum gembira kerana mereka semuanya mesra. Tapi, wajahnya berubah sebaik sahaja melihat teman baik abangnya itu.

“Eh, Faira. Datang sini bantu abang Farishkah?” Tanyanya. Senyuman diukir buat Faira. Faira tertunduk malu.

“Ya. Abang Zahwan pula buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya ada di kafe abang sendirikah?” Giliran Faira bertanya. Sejujurnya, dia masih lagi kekok berdepan dengan lelaki itu. Lagipun, mereka berdua bukannya selalu berjumpa. Mereka bertemu pun hanya di kafe abangnya ini sahaja.

Zahwan ketawa kecil. “Ya. Tapi, abang nak jumpa kawan baik abang tu dulu. Ada hal nak bincang.”

“Pasal apa?”

“Pasal perniagaan kita orang.”

“Oh,” Faira angguk kecil.

“Zahwan. Bila kau balik dari luar negara ni?” Farish muncul dengan senyuman lebar. Gembira dia melihat rakan sebayanya itu.

“Semalam. Bangun saja aku terus ke sini dulu."

“Abang Zahwan pergi luar negara? Buat apa?” Faira tiba-tiba menyampuk.

“Abang melawat keluarga abang yang tinggal dekat sana.” Beritahunya. Dia menoleh semula ke arah Farish.

“Farish, aku datang ni ada hal nak bincang dengan kau. Pasal kursus perniagaan kafe."

Farish terangguk-angguk. Dia memandang adiknya.

“Hah, Faira. Lebih baik Faira ikut Tina. Dia nak ajar Faira buat kek dan juga pencuci mulut tu.” Farish menghalaunya.

Faira geram. Dia belum puas lagi hendak bertanya dengan Zahwan tetapi sudah dihalau oleh abang sendiri ke sana. Zahwan pula hanya tersenyum kecil melihat telatah dua beradik itu.

“Zahwan, kita bincang dalam pejabat aku sajalah.” Ujar Farish. Dia membawa Zahwan ke bilik pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience