BAB 65

Romance Completed 137457

QAIZ TALHA dan yang lain masih mengekori kereta hitam di hadapan mereka. Sesekali dia memberi arahan kepada pemandunya supaya berhati-hati.

“Tuan! Mereka berpecah.”

Qaiz mengetap gigi.

“Shaz, macam mana?” Dia mengerling ke arah temannya yang sibuk memerhatikan alat pengesan itu.

“Kereta yang bawa Faira tu bergerak ke sebelah kiri.” Beritahu Shazwan.

Qaiz terus mengarahkan pemandunya masuk ke lorong sebelah kiri jalan. Orang-orang mereka dan juga pihak bantuan lain sedang mengekori mereka dari belakang.

Saat itu telefon Shazwan berbunyi. Dia segera menjawab. Sekejap-kejap dia mengerling ke arah Qaiz. Beberapa minit kemudian dia mematikan talian.

“Qaiz.”

“Hmm.”

“Alya bagitahu aku yang Faira ada bukti-bukti tu semua.”

Qaiz pandang temannya.

“Aku suruh dia bawa semua bukti-bukti tu ke rumah kau.”

“Okey.” Balas Qaiz sepatah. Hatinya tidak tenteram selagi Faira dalam bahaya. Dia memang sudah mengagak semua ini akan berlaku. Mujurlah Faira memakai cincin pemberiannya itu. Cincin itu dia telah pasang dengan alat pengesan dan memudahkannya untuk mencari Faira sekiranya perempuan itu hilang.

“FARISH! Ke mana kamu pergi ni, hah?” Risau puan Daliya.

“Ya, Farish. Kamu tau tak kamu dah buat umi kamu ni risau.” Madam Alina pula menegurnya.

Farish garu kepala. Alya yang berdiri di belakangnya hanya tersengih.

Sejam tadi mereka sampai ke rumah dan mendapati tidak ada orang di situ. Setelah mendapat panggilan daripada uminya, mereka bergegas ke tempat Tuan Hafizuddin. Tidak sangka pula ahli keluarga mereka berkumpul di sana. Ahli keluarga Shazwan juga turut ada di situ.

“Sebenarnya kami dari tempat penginapan Bamboo Inn.”

“Qaiz ada beritahu yang kamu semua dari sana. Katanya lagi ada kes culik di situ tadi. Siapa sebenarnya yang kena culik?” Tanya Madam Alina.

Farish mengerling Alya. Rasanya mereka tidak tahu lagi tentang Faira.

“Sebenarnya aunty...” Farish menceritakan segalanya. Tentang Zahwan dan juga apa yang berlaku di Bamboo Inn itu. Tapi ada sesuatu yang dia musykil. Macam mana Qaiz tahu Faira ada di sana?

Share this novel

comelll
2019-09-14 18:14:14 

x sbar nak tggu ..update lgi... tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience