BAB 9

Romance Completed 137457

AWAL PAGI lagi Aqil turun ke bawah meminta orang gaji menyediakan aiskrim berperisa coklat kepadanya. Tapi, permintaan budak itu tidak dituruti. Begitu juga dengan respons yang lain apabila Aqil meminta menyediakan aiskrim coklat itu kepadanya. Mereka panik apabila Aqil mula buat perangai.

“Aqil, awal pagi macam ni Aqil tak boleh makan makanan yang sejuk-sejuk. Nanti, perut Aqil sakit.” Kata Melli, orang gaji yang bertugas menjaga Aqil itu.

“Tak nak! Aqil nak juga aiskrim mama Faira! Aqil nak aiskrim!” Rengeknya.

Melli garu kepala. Susah betul bercakap dengan budak kecil ini tau, geramnya dalam hati.

“Aqil...”

“Aiskrim! Nak aiskrim!”

“Aqil Syauqi Naqiuddin!”

Terdiam terus Aqil apabila nama panjangnya serta nama arwah papanya disebut. Dia tunduk dengan penuh ketakutan. Siapa lagi yang berani memarahinya kalau bukan Qaiz Talha. Bibirnya diketap ketat menahan marah pada lelaki itu.

“Tuan muda Qaiz, tuan muda kecil ini mahu makan aiskrim tetapi saya bantah. Lagipun, makan makanan sejuk awal pagi macam ini tidak elok. Tapi, dia degil.” Beritahu Melli.

“Tak apa. Bawa saja aiskrim itu ke sini.” Arah Qaiz.

“Baik, tuan muda.” Laju Melli ke dapur mengambil aiskrim tersebut.

Qaiz menarik kerusi bertentangan dengan budak kecil itu. Tersenyum sinis dia melihat wajah monyok budak kecil itu.

“Kenapa tiba-tiba saja Aqil nak makan aiskrim ni, huh?”

“Sebab... sebab...”

“Cakap saja. Papa tak marah.” Suaranya berubah nada. Tenang dan mesra.

Aqil mengangkat wajahnya. Bukan boleh percaya dengan papa Qaiz ni. Pura-pura mesra. Lepas tu nanti marah Aqil balik. Dia memuncungkan mulutnya.

“Papa janji papa tak marah Aqil. Bagitahu saja papa kenapa Aqil nak makan aiskrim awal pagi begini, hmm? Aqil tahukan tak elok makan makanan sejuk awal macam ni.” Lembut bicaranya.

Melli muncul dengan membawa bekas berisi aiskrim coklat, piring kecil dan juga sudu untuk Aqil. “Ini aiskrimnya tuan muda.”

“Letak situ dan biarkan kami berdua di sini.”

Melli tunduk dan laju menghilangkan diri.

“Cepat cakap. Kalau tak, papa tak bagi Aqil makan aiskrim ni.”

Aqil menjuih bibir. “Mana boleh. Aqil nak makan juga. Aqil...”

“Jadi, cepat cakap. Apa sebabnya dulu.”

“Aqil nak makan aiskrim tu sebab aiskrim tu... aiskrim tu... mama Faira yang buat.”

Qaiz tersentak. Dia memandang aiskrim tersebut. Hati suruh kawal tapi tangan tetap mahu mengambil dan merasa aiskrim tersebut. Tercengang Aqil dengan perbuatan papanya itu.

“Papa! Itu aiskrim Aqil. Mana boleh papa makan. Mama Faira buatkan untuk Aqil saja.” Budak itu laju turun daripada kerusinya dan merampas semula aiskrim miliknya itu.

“Eee, budak ni. Papa tak habis makan lagi aiskrim tu tau.” Qaiz bengang. Dia mahu merampas semula aiskrim tersebut tetapi tidak jadi kerana Aqil laju bersembunyi di belakang Madam Alina yang baru sahaja muncul di ruang makan itu.

“Dah kenapa dengan kamu berdua ni, hah? Lari-lari dengan aiskrim ni.”

“Papa makan aiskrim Aqil. Mama Faira kata, aiskrim ini untuk Aqil seorang saja. Tak boleh kongsi. Tapi, papa dah makan separuh aiskrim ni. Papa jahat!” Sempat lagi dia menjelir lidah ke arah Qaiz.

Qaiz pula dengan reaksi selambanya. Dalam diam dia ketawa melihat wajah cemberut anak arwah kakaknya itu.

Sedap juga aiskrim coklat ni, pujinya dalam hati. Masih terasa lagi sisa aiskrim coklat itu di tekaknya.

“Yakah? Ada mama Faira cakap macam itukah, hmm? Bukan dia kata kongsi dengan orang rumahkah?”

Aqil tersengih. Dia tahu dia sudah menipu nenek dan juga papanya.

Madam Alina geleng kepala. “Bukankah menipu itu tidak bagus? Aqil Aqil.”

“Tapi... Aqil tak nak kongsi. Aiskrim ni untuk Aqil seorang saja.” Dia mendengus geram. Aqil membawa aiskrim itu lari naik ke atas. Lebih baik dia makan aiskrim itu di dalam biliknya sahaja.

Madam Alina geleng kepala. “Melli! Pergi tengok-tengokkan si Aqil itu.” Arah Madam Alina.

Melli laju keluar daripada dapur dan terus menuju ke atas.

Madam Alina memandang tajam anak bongsunya itu pula. “Hah, apa lagi Qaiz tercegat dekat situ. Naik atas pergi mandi. Kata nak selesaikan semuanya.”

Semalam bukan main lagi anaknya bercerita tentang hal dua tahun yang lepas. Cerita anaknya itu membuatkan hatinya berbunga-bunga. Dia memang sukakan Faira menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Senyuman Madam Alina tidak lekang di wajahnya. Tidak sangka pula Qaiz dan Faira bertemu jodoh lagi tahun ini. Mereka bertemu pun sebab Aqil juga.

“Sabarlah, ma.”

Madam Alina tersentak dari lamunannya.

“Tak lari juga dia tu.” Qaiz menjilat sudu yang masih melekat sisa aiskrim coklat tadi.

“Yalah tu. Kalau lelaki lain kebas dia baru padan dengan muka kamu.” Madam Alina menggeram.

“Pergi naik sekarang juga. Hal syarikat tu serahkan pada papa saja. Lagipun, semalam papa dan setuju nak bagi kamu cuti panjang. Sekarang mama nak kamu dapatkan mama Aqil tu saja. Lekas!” Sehabis mungkin Madam Alina bertegas dengan anaknya itu. Tetapi, Qaiz tetap dengan sikap bersahajanya.

Madam Alina menggeram. Lantas dia memulas telinga si teruna itu.

“Ya. Ya. Qaiz pergilah ni.”

“Cepat!”

Qaiz menayang gigi. Sudu bekas jilatannya tadi diberikan kepada mamanya dan kemudian berlalu naik ke atas.

KAFE SHAZ ALHENA. Qaiz duduk di hujung kafe itu sambil menikmati teh panasnya. Beberapa minit kemudian muncul Shazwan.

“Tak kerjakah hari ni?”

“Papa aku bagi cuti panjang.”

“Hah?!” Shazwan terkejut. Setahunya, temannya ini tidak pernah ambil cuti kerja. Pelik. Kenapa papa dia bagi dia cuti panjang pula?

Shazwan perasan sesuatu pada wajah temannya itu. Senyumannya senget ke kanan. “Bukan main gembira lagi kau ni, Qaiz. Kau gembira sebab papa kau bagi kau cuti panjangkah?” Shazwan duduk di sebelahnya, menghadap dinding kaca kafe.

“Aku gembira bukan sebab itu saja. Semalam aku berterus terang dengan mama dan juga papa aku.”

Shazwan mengerutkan dahi. “Kau berterus terang pasal apa? Takkan kau nak tamatkan zaman bujang kau ni? Atau kau nak kahwin dengan si Talita tu?”

“Jaga sikit mulut kau tu. Dia tak layak jadi isteri aku tau.”

“Siapa yang tak layak, hmm?”

Tersentak kedua-dua jejaka itu dengan kehadiran yang tidak diundang.

“Hoi, Talita. Kau ni tau-tau saja kami ada dekat sini. Kau nak apa, hah?” Shazwan menyoalnya dengan nada kasar.

Talita senyum sinis. Dia menarik kolar baju lelaki itu. Terangkat Shazwan dek perbuatannya. Talita kemudian menolak Shazwan ke tepi dan melabuhkan punggung di tempat bekas lelaki itu. Dia berubah riak sebaik sahaja memandang Qaiz.

“Tak guna punya perempuan.” Shazwan mendengus. Geram. Dua perempuan yang berdiri di sebelahnya itu tersenyum menggodanya.

“Ingat aku tergoda dengan kau orang berduakah, hah? Dasar perempuan tak cukup kain. Macam cantik sangat muka tu.” Macam-macam lagi dikutuknya. Dua orang perempuan yang berdiri di belakang Talita itu menggeram.

“Monyok. Monyok. Daripada aku tengok kau orang berdua baik aku tengok monyet dekat zoo tu. Mereka tahu malu lagi dari kau, kau, dengan bos kau ni. Menyampah!” Shazwan buat gaya ala-ala lelaki lembut. Dia betul-betul sakit hati dengan tindakan Talita tadi. Ditambah lagi dengan sikap dua teman si Talita ini. Panas hatinya.

Baik aku pikat Alya lagi bagus. Alya tolonglah sambut panggilan ni.

Shazwan beredar dari situ. Dia terus menghubungi Alya. Sejak bertemu dengan Alya tempoh hari hatinya sudah tertutup untuk perempuan lain. Hanya Alya yang bertakhta di hatinya sekarang. Dia mengatur langkah ke pejabat kecilnya sambil menunggu panggilan daripada Alya.

Kedua-dua teman Talita itu hampa. Gagal memikat jejaka yang bernama Shazwan itu.

“Talita, kami ke sana dululah.” Ujar Shalynda. Perempuan tinggi lampai dan berambut ikal. Mekapnya tebal mengalahkan badut di sarkas. Sama juga seperti temannya yang satu itu. Cuma, rambutnya diikat sanggul.

“Okey.”

“Jom, Vianly.” Ajak Shalynda.

Qaiz yang tidak senang duduk itu pun mahu beredar dari situ tetapi dihalang oleh Talita. Dia terduduk semula apabila perempuan itu menarik lengannya kuat.

Qaiz menahan sabar.

“Sayang, kejaplah. Saya nak bermanja dengan awak pun tak bolehkah?”

Menyampah Qaiz melihat wajah yang langsung tidak ada rasa malu itu.

“Tadi saya cari awak dekat pejabat tapi awak tak ada. Papa awak tu jahatlah tau. Halau saya macam tu saja. Bukankah papa awak tu tahu yang kita berdua ini sedang hangat bercinta?” Dia melunakkan suaranya sehabis yang mungkin. Jarinya pula bermain-main di lengan Qaiz.

“Cik Talita. Awak ni ada telingakah, huh?!”

Bulat mata Talita apabila Qaiz meninggikan suara kepadanya.

“Sayang. Awak ni dah kenapa?”

“Eh, Talita. Awak nak saya pakai bahasa apa lagi supaya awak faham, hah?! Tolonglah hentikan semua ni. Saya memang tak ada hati dengan awak. Kenapa awak nak paksa saya juga, hah?”

Talita geram.

“Qaiz. Awak tahukan yang saya cuma cintakan awak seorang saja. Mana mungkin saya mahu menduakan awak. Saya nak awak jadi teman hidup saya selamanya. Bukan lelaki lain tapi AWAK.” Dia menekan perkataan yang terakhir itu.

“Talita dengar sini. Saya dengan awak tidak akan pernah ada hubungan istimewa. Kalau awak ganggu saya lagi lepas ni, saya tidak akan teragak-agak untuk jatuhkan awak daripada dunia modelling awak tu.” Amaran keras dari Qaiz.

“Qaiz Talha! Sanggup awak buat macam tu dekat saya.”

“Ya. Memang saya sanggup. Saya orang berpengaruh di kota Allend ini. Saya juga pewaris kepada seorang jutawan. Setakat nak jatuhkan awak tu bukan bagi kesan apa-apa pun pada saya mahupun legasi keluarga saya. Lagipun, awak tu orang biasa sahaja. Bukan bangsawan atau anak orang kaya macam saya.” Angkuh nadanya.

Panas telinganya mendengar sindiran tersebut. Talita berdiri.

“Qaiz Talha. Kau dengar sini. Kalau aku tak dapat kau. Perempuan di luar sana juga sama. Aku tak akan sesekali biarkan perempuan lain dekat dengan kau selain aku. Kau hanya milik aku seorang saja.” Dia menunding jari ke wajah Qaiz.

Qaiz bangun dan tersenyum sinis. Dia mendekatkan wajahnya pada perempuan itu.

“Talita. Talita. Talita. Berani sungguh kau beri amaran pada aku. Kau tak kenal lagi siapa aku. Aku orang berpengaruh di sini. Aku boleh buat apa saja yang aku suka. Termasuklah musnahkan kau. Kalau kau nak hidup senang kau jauhkan diri kau dari aku. Aku tidak teragak nak upah seorang penembak tepat untuk tembak kau dari jauh.”

Lemah semangat Talita mendengar bicara lelaki itu. Dia mengetap bibir menahan amarah. Lantas dia berdiri dan meninggalkan Qaiz yang sedang mentertawakannya.

Hilang kelibat Talita muncul pula Shazwan.

“Hoi, Qaiz. Apa yang kau cakap dengan dia sampai dia kecut macam tu, huh?”

“Macam biasalah. Aku bagi dia amaran. Kalau dia boleh takutkan aku, aku pun boleh takutkan dia lebih daripada tu.”

Shazwan melopong. Biar betul teman aku ini?!

“Hebat! Kau memang hebatlah kawan.” Shazwan menepuk-nepuk bahu temannya itu.

“Sudahlah. Jom, teman aku pergi satu tempat. Aku yakin kau pasti suka dengan tempat tu.”

“Tempat apa?”

“Ikut sajalah. Kalau kau tak nak ikut tak apa. Kau juga yang rugi.” Qaiz mengorak langkah meninggalkan Shazwan yang terpinga-pinga di belakang.

“Wei! Tunggulah. Aku ikut!” Jeritnya. Sempat lagi dia berpesan pada salah satu pekerjanya untuk tengok-tengokkan kafe tersebut.

Share this novel

Endang Fitriani
2019-08-13 17:09:08 

14xxvi 6]i8


NovelPlus Premium

The best ads free experience