BAB 4

Romance Completed 137457

LEGASI SKY MAGELLAN. Qaiz Talha mundar-mandir di ruang pejabatnya sambil menunggu seseorang. Dia perlu berbincang hal ini dengan orang tersebut.

Dia memejam mata untuk seketika. Masih terngiang lagi suara lunak itu di kotak mindanya. Perempuan yang hubungi aku tempoh hari itu adakah dia orang yang sama dalam gambar yang aku simpan selama ini?

Keluhan dilepaskan. Dia mengurut belakang tengkuk. Fikirannya masih memikirkan gambar perempuan itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi kerja dan ketika itu juga pintu biliknya diketuk dari luar.

“Masuk!”

Pintu dikuak perlahan. Seorang lelaki berkaca mata hitam dengan pakaian kasual menghampirinya dengan senyuman.

“Kau panggil aku ke sini tiba-tiba ni kenapa?” Dia duduk di bahagian sofa. Kaca matanya dibuka dan diletakkan di atas meja. Dia duduk sambil menyilang kaki.

“Shaz, aku nak minta pertolongan kau boleh?” Qaiz beralih ke sofa.

“Tolong? Tak pernah-pernah kau minta tolong dengan aku. Kenapa pula tiba-tiba hari ini?” Dia ketawa.

“Shazwan, aku seriuslah. Aku nak kau siasat perempuan ni.” Qaiz memberi gambar tersebut kepada Shazwan yang diambilnya dari Aqil malam itu.

Shazwan meneliti wajah perempuan bertudung di dalam gambar tersebut.

“Cantik. Manis orangnya.”

“Aku bukan suruh kau puji. Aku nak kau siasat latar belakang perempuan ni. Semua tentang dia aku nak tahu.”

“Amboi, ada apa-apakah ni sampai nak siasat semua tentang dia? Perempuan ni ada buat salah besar dengan kaukah?”

Qaiz tersenyum senget mendengar ayat tersebut.

“Ya. Kesalahan yang dia buat ni sangat besar. Melibatkan nyawa aku dengan budak tu sekali."

Syazwan tercengang. “Apa yang perempuan berhijab ini dah buat, hah?”

“Dia dah curi hati aku dengan Aqil. Sebelum parah baik kau tolong aku siasat dia ni. Aku tak nak tersilap langkah nanti.”

“Kau biar betul Qaiz?! Sejak bila? Habis, si Talita tu kau nak campak dekat mana?”

Qaiz berdiri dan merapikan kotnya. Dia kembali ke meja kerja.

“Aku dengan dia tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa pun. Kalau kau nak dia kau ambillah. Lagipun, Talita tu bukan spesis yang aku suka.”

“Kau nak suruh aku ambil dia? Wei, aku tak naklah. Perempuan tak cukup kain tu buat apa aku nak jadikan teman hidup aku.” Dia berdiri dan mengambil kaca mata hitamnya.

“Hai, korang! Berbual apa tu?”

Tersentak kedua-dua pemuda itu. Mereka baru sahaja bercakap tentangnya.

Qaiz memberi isyarat agar gambar itu di simpan. Dia tidak mahu orang di depan mereka ini tahu apa yang mereka bualkan tadi.

“Err... Qaiz, aku pergi dulu. Apa-apa nanti aku telefon kau, ya.”

Qaiz angguk kepala sahaja. Syazwan laju melangkah keluar daripada bilik tersebut. Dia tidak mahu cari pasal dengan orang itu.

SEJAM lebih sudah berlalu dan dia masih menyibukkan dirinya memerhatikan dokumen-dokumen yang berlambak di atas meja kerja. Talita yang duduk menghadap telefon di atas sofa itu langsung tidak dihiraukan olehnya.

“Sayang, awak tak nak keluar makankah? Dah tengah hari ni.” Talita merengek sambil mengusap perutnya.

Qaiz melepas keluhan kecilnya. Dia sebenarnya sudah banyak kali memberi amaran kepada Talita tetapi perempuan itu langsung tidak mahu mendengarnya. Bukannya dia tidak tahu Talita ini sudah banyak kali merancang untuk memerangkapnya tetapi malangnya semua rancangan itu gagal.

Nak aku jadi milik dia, huh? Jangan haraplah, sindirnya dalam hati.

Selesai sahaja kerjanya dia terus beredar tetapi di halang pula oleh Talita. Dia menggeram. Dia menepis tangan yang memeluk lengannya itu.

“Talita, tolonglah jangan begini. Bukankah saya dah bagi amaran dekat awak yang saya tak nak tengok muka awak lagi dalam bangunan ni? Kenapa awak tak faham-faham lagi, hah?”

“Faham apanya? Saya ni teman wanita awak. Semua orang tahu yang saya ni teman wanita kepada seorang jutawan. Awak tak takutkah kalau media tahu yang kita bergaduh, hmm?” Jari telunjuknya bermain-main di dada Qaiz.

“Takut?” Qaiz tersenyum sinis. Tubuh Talita di tolak ke tepi. Setakat perempuan macam dia ini buat apa dia hendak takut. Nak bagitahu dengan media, pergilah. Kau tu hanya model terkenal. Bukan orang berpengaruh pun.

Talita seorang model yang cukup terkenal di kota metropolitan Allend ini. Kepopularitinya bukan sahaja di sini malah sampai ke luar negara. Kebanyakkan masanya habis di negara sana. Pulang ke tanah air hanya melepas rindu dengan anak jutawan Tuan Hafizuddin ini sahaja.

Tapi, kepopulariti perempuan itu bukan setanding dengan dia pun. Qaiz adalah lelaki berpengaruh dalam dunia perniagaan. Banyak syarikat dari dalam dan luar negara yang mahu bekerjasama dengan syarikat milik keluarganya ini. Kalau ada kontroversi dengan model bernama Talita itu pun tidak akan menjejaskan perniagaannya. Silap hari bulan, Talita itu sendiri yang akan merana.

“Setakat hubungan kita yang tak ada hala tujuan ini buat apa saya nak takut? Atau awak yang takut sebab tak ada tempat untuk minta duit lagi, huh?”

Talita berubah riak. Qaiz tersenyum sinis lalu meninggalkan perempuan itu di situ.

“QAIZ TALHA ada masalahkah? Cuba cerita dekat papa.” Tuan Hafizuddin meneguk jus epal yang di pesan olehnya sebentar tadi.

Qaiz mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja seiring dengan keluhan kasar. Dia langsung tidak menjamah hidangan yang di pesan olehnya itu.

“Papa boleh tak ketatkan lagi kawalan dekat tempat kerja tu. Qaiz tak sukalah perempuan tu datang mengacau Qaiz dekat sana.”

“Siapa? Talita tu?” Ketawa Tuan Hafizuddin melihat wajah cemberut anak terunanya.

“Biarkan saja perempuan tu. Dia bukan boleh buat apa pun dengan kamu.” Tuan Hafizuddin menyambung semula suapannya.

“Hah, hari ini Aqil buat masalah lagikah?” Tuan Hafizuddin menukar topik.

“Macam biasalah. Tapi, papa jangan risaulah. Tadi mama telefon bagitahu Qaiz yang dia nak bawa Aqil jalan-jalan."

“Hmm... Qaiz. Papa sebenarnya kesianlah dengan Aqil tu. Kamu cepat-cepatlah carikan mama untuk dia. Semalam, mama kamu beritahu papa yang Aqil rindukan mama dia sangat. Mama kamu ada bagitahu juga yang Aqil dah jumpa mama dia. Betulkah?”

“Ya. Entahlah si Aqil tu. Suka bagi Qaiz masalah. Kalau dia nak mama, Qaiz memang tak boleh bagi. Qaiz tak sedia lagi nak menempuh alam baru.”

Tuan Hafizuddin ketawa kecil. “Qaiz. Qaiz. Sampai bila Qaiz nak membujang? Qaiz tu dah 27 tahun. Sepatutnya dah boleh kahwin dah sekarang ni.”

“Ah, malaslah Qaiz nak fikir pasal hal kahwin. Qaiz tak minat.”

“Yalah tu. Perempuan dalam gambar tu macam mana pula? Kenapa Qaiz masih simpan gambar tu? Jangan ingat papa tak tahu siapa mama Faira yang dikatakan oleh Aqil tu. Faira Alisha binti Alias itu adalah perempuan dalam gambar itu, kan?”

Qaiz mendengus geram.

“Qaiz tak nak cakaplah pasal hal tu sekarang. Lebih baik kita makan. Sekejap lagi ada mesyuarat.” Qaiz terus menyumbat nasi itu ke dalam mulutnya. Tersengih Tuan Hafizuddin dengan kerenah anaknya ini.

“GRANDMA, inilah sekolah mama.” Aqil menunjukkan sekolah rendah yang pernah dia masuk sebelum ini kepada neneknya.

“Sekolah Rendah Polaris. Mama Faira yang kamu jumpa tu mengajar di sekolah inikah? Dia guru?”

“Ya. Mama Faira guru dekat sekolah tu. Jom, grandma. Aqil nak jumpa dia.” Baru sahaja Aqil mahu buka pintu kereta tetapi dihalang oleh neneknya.

“Tak payahlah, Aqil. Lagipun, mama Faira mesti tengah mengajar sekarang ni.”

“Ala...”

“Lain kali sajalah kita jenguk dia, ya?”

“Betul ni?” Aqil berasa hampa.

“Ya.” Madam Alina mengukir senyuman.

“Apa kata, kita pergi shopping carikan hadiah untuk mama Faira. Nak?” Pujuk Madam Alina. Aqil diam. Mungkin dia tengah berfikir tentang jawapannya.

“Aqil, grandma janji. Lepas kita cari hadiah untuk mama Faira, grandma temankan Aqil jumpa mama Faira. Tapi, bukan hari ini. Esok. Okey?”

“Betul?! Grandma janji?” Aqil memandang neneknya dengan harapan.

Madam Alina ketawa. “Ya, grandma janji.”

Aqil tersenyum senang. Macam-macam hadiah sudah bermain di fikirannya sekarang. Madam Alina terus mengarahkan pemandunya ke bandar Islean. Hari ini adalah harinya bersama dengan cucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience