BAB 67

Romance Completed 137457

SEMINGGU telah berlalu dan semunya telah selesai. Pengetua Shaun, Talita dan orang-orang mereka semuanya telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Bukti-bukti yang dikumpul sebelum ini juga sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Qaiz melepas lega. Akhirnya dia dapat juga membela kematian arwah kakak dan abang iparnya.

“Jadi, sekarang macam mana? Semuanya dah selesai, kan.” Shazwan menghirup kopi panasnya perlahan. Ketika itu mereka berada di kafe Shaz Alhena.

“Lepas ni aku nak kejar cinta akulah. Kau ingat senang nak dapatkan dia tu.”

“Baru tau susahkah?” Shazwan mentertawakan Qaiz.

“Kau tau tak. Aku punya main susah nak dapatkan si Alya tu. Tapi, aku berterima kasih jugalah dengan si Faira. Disebabkan dia hilang aku dengan Alya jadi rapat dan sekarang kami dah jadi pasangan kekasih.” Bukan main gembira lagi si Shazwan.

Qaiz mencebik.

“Dalam minggu depan atau minggu ni aku nak lamar dia. Aku tak sabar nak bina istana dengan dia.”

“Ceh! Tapi kau kena ingat. Kau tak boleh kahwin selagi aku tak berjaya pikat dia.”

Shazwan mencebik. “Kalau kau berjaya?”

“Kalau aku berjaya, kita kahwin dalam tarikh yang samalah. Jimat tok kadi. Jimat masa. Jimat tempat. Segala-galanya jimat.”

“Amboi, kau ni Qaiz. Majlis kahwin sekali saja tau. Aku nak juga ada majlis kahwin aku sendiri. Aku tak naklah kongsi-kongsi majlis.”

“Aku okey saja tapi Alya tu macam mana pula? Kau tau kan dia dengan Faira tak boleh nak berenggang. Pergi mana-mana mesti nak sama-sama.”

Shazwan diam. Dia terfikir dengan kata-kata Alya sebelum ni. Alya pernah memberitahunya sewaktu dia masih sedih dengan kehilangan Faira. Macam-macam yang diluahkan oleh kekasihnya itu. Alya mengatakan kepadanya sekiranya berkahwin, dia mahu perkahwinannya disamakan dengan tarikh perkahwinan Faira. Jadi, selagi Faira belum mahu berkahwin selagi itulah mereka berdua bergelar kekasih tak halal.

“Ish, kau ni. Yalah. Aku ikut saja cadangan kau tu. Tapi, kalau kau tak berjaya jangan salahkan aku ya. Aku memang nak kahwin dalam tahun ni juga,”

“Ya. Ya. Aku tahulah. Kau jangan risau.” Ujar Qaiz.

MALAM itu Alya datang bertandang ke rumah Faira. Dia sahaja mahu melepak ke sana. Lagipun, bosan duduk di rumah. Zahwan juga ada di sana.
. “Betulkah tangan abang Zahwan dah okey ni?” Tanya Alya.

“Okey. Dah nak baik dah ni.” Zahwan siap mengerak-gerakkan lagi tangannya ke kanan dan kiri.

“Kau betul-betul buat aku risau tau. Kalau kau mati masa tu aku memang tak boleh maafkan diri aku.” Kata Farish.

“Ish, mulut kau. Aku masih hidup lagilah. Lagipun, tangan saja yang kena tembak, kan.”

“Syukurlah abang tak apa-apa. Salah Faira sebab...”

“Faira tak salah pun. Abang memang ada niat nak ke sana jumpa Faira. Tapi, kan...” Dia baru teringat situasi itu.

“Apa dia?” Alya ingin tahu.

“Kau orang tak perasankah masa tu. Lepas aku parkir kereta dekat luar Bamboo Inn tu aku perasan ada beberapa kereta yang mencurigakan sedang memerhatikan tempat tu dari jauh.”

“Tak pula aku perasan. Masa tu aku cuma fikir keadaan adik aku saja.”

“Yakah? Atau itu cuma perasaan aku saja.” Zahwan diam seketika. Dia cuba mengimbas kembali memori itu.

“Tak payahlah abang Zahwan fikir hal tu lagi. Semuanya dah lepas. Sekarang ni kita fikir pasal majlis kenduri. Lagipun, umi nak sangat adakan majlis kecil-kecilan dekat sini.”

Alya senyum lebar. Terangguk-angguk dia mendengar perkataan ‘majlis’ itu.

“Aku sedia bantu apa saja.” Alya siap menawarkan perkhidmatannya.

“Kau tu memang wajib diperlukan, Alya.” Faira menjelingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience