BAB 61

Romance Completed 137457

KEJADIAN itu membuatkan dia trauma sehingga ke hari ini. Apa tidaknya, semua itu berlaku di depan mata. Mujurlah Aqil selamat pada masa itu. Tapi, dia kesian dengan apa yang menimpa pada papa dan mama Aqil.

“Tapi...” Faira berfikir. Setahu dia benda itu tidak ada di dalam biliknya.

“Siapa yang simpan telefon dengan kotak kecil tu, huh?”

Faira menyandarkan tubuh di kerusi. Suasana malam yang hanya ditemani dengan cahaya bulan dan bunyi-bunyi cengkerik itu sedikit sebanyak menenangkan fikirannya.

“Kenapa duduk luar ni? Tak sejukkah?”

“Aunty. Miena.” Terkejut Faira dengan kehadiran mereka berdua.

“Terkejut?” Puan Iyza ketawa kecil. Dia meletakkan mangkuk tingkat di atas meja. Miena pula meletakkan tiga botol mineral di sebelah mangkuk tingkat itu.

“Mestilah terkejut. Ingatkan hantu tadi.”

“Kalau hantu mesti cik Faira dah lari masuk dalam, kan.” Tersengih si Miena.

Puan Iyza geleng kepala. Ada-ada saja si Miena ni tau. Dia terus membuka mangkuk tingkat itu.

“Kalau hantu betul memang saya larilah. Tapi kalau hantu macam Miena buat apa saya nak lari. Balas baliklah.” Giliran Faira pula mengenakannya.

Miena mencebik.

“Ish, kamu berdua ni. Sudah. Mari makan.” Ajak puan Iyza. Dia sudah menyediakan makan malam mereka.

“Wah! Bau masakan aunty ni sedaplah. Kalah masakan saya tau.” Puji Faira.

“Kenapa? Masaka cik Faira selama ni tak sedapkah?”

“Eee! Miena ni, kan. Nak saya ketuk kepala itukah, huh!” Geram si Faira.

Miena jelir lidah. Dia ketawa pula.

“Si Miena ni memang begini. Suka menyakat orang. Jadi, janganlah ambil hati sangat.” Kata puan Iyza.

“Tak ambil hati pun.”

Mereka ketawa bersama.

“Sebenarnya aunty bosan makan seorang-seorang di rumah. Tak ada teman nak berbual. Kalau bawa makanan makan sini barulah rasa seronok sikit.”

“Kesian puan Iyza. Tak apa. Berborak-boraklah dengan kita orang ni.” Kata Miena. Dia berpaling pula ke arah Faira.

“Cik Faira kalau nak cerita hal yang berlaku sebelum ini pun boleh. Kami sedia mendengar. Kami janji kami tutup mulut kami ni. Kami tak akan bagitahu sesiapa pun pasal cerita cik Faira tu.”

“Amboi, siap angkat tangan lagi.”

“Ini maksudnya janji sumpah.” Miena tersengih.

“Ish, budak ni. Tak payah nak bersumpah-sumpah sangat. Mulut kamu tu bukan boleh percaya sangat. Cakap saja rahsia tapi terlepas juga.” Puan Iyza menjelingnya.

Faira ketawa. Dia tidak minta pun ceritanya ini dirahsiakan. Dia akan ceritakan juga kepada mereka apa yang berlaku. Tapi, dia tidak bagitahu mereka pasal ingatannya yang sudah pulih dan juga kisah lepasnya.

SUDAH seminggu lebih berlalu sejak kejadian di jalan Alpha itu. Aqil asyik meminta mamanya pulang ke rumah. Qaiz pula tidak tahu hendak pujuk macam mana lagi budak itu. Mama dan papanya pula sudah mengetahui hal yang berlaku pada Faira dan dia minta supaya mereka tidak memberitahu budak itu.

Qaiz bersandar di kerusi sambil memikirkan rancangannya. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri di ruang makan itu. Kelakuan peliknya dilihat oleh mamanya sendiri.

“Tersenyum sendiri tu dah kenapa?” Tegur Madam Alina.

“Mana ada.” Qaiz menafikannya.

“Ingat mama tak nampakkah.” Madam Alina menjelingnya. Dia kemudian memanggil pembantu rumah untuk sediakan sarapan untuk mereka.

“Qaiz, mama risau sangat dengan Aqil tu. Dia rindukan Faira sampai kena demam. Kalau kamu tahu mana Faira berada sekarang, tolonglah bawa dia balik ke sini cepat. Mama ni pun rindu sangat dengan dia. Tak pasal-pasal nanti mama pun kena demam juga. Macam umi Faira tu. Kesian si Farish tengok umi dia sakit-sakit macam tu.”

Qaiz tersentak. Mamanya seperti dapat mengagak sesuatu darinya.

“Ma, manalah Qaiz tahu di mana Faira sekarang. Orang-orang Qaiz dengan papa pun masih lagi tengah cari dia. Nasib baik jugalah dia tidak terlibat dalam kemalangan tu.” Qaiz masih ingat lagi sewaktu Shazwan menelefon dan memberitahunya tentang Faira.

Mahu gugur jantungnya apabila mengetahui Faira ada di tempat kejadian. Temannya sudah meminta orang-orangnya untuk memeriksa mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan Faira tidak tersenarai pun dalam senarai mangsa kemalangan di jalan Alpha itu.

Namun, kehilangannya itu tetap membuatkan mereka semua risau. Orang-orang Shazwan sudah menangkap suspek-suspek yang mengejar Faira tempoh hari dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan.

“Ya. Nasib baik dia tidak ada di sana. Tapi, kalau dia tak lari ke jalan besar dia lari ke mana pula?”

Qaiz menepuk dahi. Ingatkan mamanya berhenti sudah bertanya tentang bakal menantunya itu.

“Mama janganlah terlampau fikir pasal Faira. Doakan saja dia selamat.”

Madam Alina angkat kening sebelah. Tenang sahaja suara anaknya ini.

“Mama sentiasa doakan bakal menantu mama tu. Tapi cara kamu cakap tu macam kamu tahu saja di mana Faira sekarang ni, kan?” Dalam renungan Madam Alina pada anak terunanya itu.

Qaiz berdiri. Makin lama dia duduk di situ makin banyak pula soalan yang keluar dari mulut mamanya.

“Nak larikan dirilah tu. Siaplah kalau mama tahu kamu menipu mama.” Kata Madam Alina sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience