BAB 45

Romance Completed 137457

FAIRA ALISHA sakit hati. Qaiz betul-betul mengotakan janjinya. Lelaki itu buat benda yang dia tidak suka di sekolah tempat dia mengajar.

Dia tahu lelaki itu sudah memberi amaran kepadanya sebelum ini. Qaiz memberinya masa untuk membuat keputusan dan lelaki itu mahu dia berhenti mengajar di sekolah itu dalam masa seminggu ini. Tetapi dia langsung tidak mahu mendengarnya.

Jadi, Qaiz dan Shazwan menghantar beberapa orang untuk buat kacau di sekolah tersebut. Dalam seminggu itu mereka menyuruh orang-orang mereka menghantar bunga kepada Faira dan juga Alya. Bukan itu sahaja, mereka juga menghantar bunga kepada setiap murid di sekolah itu. Ditambah lagi dengan makanan dan minuman yang mereka hantar untuk murid-murid di sana. Sehinggakan tidak ada seorang pun yang datang ke kantin untuk membeli makanan. Hanya cikgu-cikgu sahaja yang ke sana memesan makanan dan minuman mereka.

Habis pekerja-pekerja kantin itu marah. Mereka membuat laporan pada penolong kanan sekolah dan juga pengetua sekolah itu. Bila pihak sekolah dapat tahu yang semua itu ada kena mengena dengan Faira dan Alya terus mereka diambil tindakan oleh penolong kanan dan juga pengetua sekolah tersebut. Mereka dibuang kerja gara-gara hal itu.

Faira mengerling teman baiknya yang duduk di sebelah. Temannya itu dari tadi lagi mengomel. Sampai kasutnya dibuka dan dilontar jauh ke hadapan. Nasib baik tidak masuk ke dalam tasik.

“Kenapa dengan mereka berdua tu, hah?! Elok-elok kita jadi cikgu tiba-tiba pula dia orang nak kita berhenti.” Alya mendengus kasar. Pagi tadi Shazwan menelefon memberitahunya bahawa dia sudah kalah.

Sebelum ini Alya dengan Shazwan ada bertaruh. Jika Shazwan menang, dia tidak boleh menolak lagi lamaran yang lelaki itu buat nanti. Tetapi sekiranya kalah dia akan berundur daripada mengacau Alya dan tidak akan muncul lagi di depan perempuan itu. Tapi nampaknya lelaki itu sudah menang.

Alya mendengus sambil berpeluk tubuh. Kalau aku kalah pun aku tak akan terima lamaran dia begitu saja.

“Alya. Aku tak tahulah sama ada Shazwan ada cakap macam ni dekat kau atau pun tak. Tapi minggu lalu, Mr. Annoying ada cakap dengan aku. Dia suruh aku berhenti mengajar pun sebab dia nak lindungi aku. Katanya lagi, niat Shazwan pun sama.”

Alya pandang Faira. “Ya. Dia pun cakap benda yang sama dengan aku. Tapi aku tak faham. Mereka nak lindungi kita daripada apa? Sampai sanggup buat perbuatan macam tu. Lepas tu kita pula yang dituduh oleh pihak sekolah.” Alya menggeram.

“Entahlah. Tapi waktu aku tanya dia tu, dia memang serius.”

Alya senyum sinis. “Memang serius pun. Lepas apa yang jadi, tengoklah sekarang ni. Apa yang kita nak cakap dekat keluarga kita lepas ni.”

“Tapi, Alya. Aku...” Faira terdiam. Di fikirannya masih lagi teringat dengan kata-kata pengetua Shaun sebelum dia keluar daripada bilik pengetua itu. Waktu itu, Alya naik marah dan terus keluar meninggalkannya dengan pengetua Shaun di dalam bilik tersebut.

Pengetua Shaun memberi amaran kepadanya. Walaupun dia sudah berhenti mengajar dari sekolah ini pengetua Shuan tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Pengetua Shaun akan buat hidupnya susah lagi selepas ini. Bila ditanya kenapa, pengetua Shaun itu menjawab yang dia ada menyimpan sesuatu yang pengetua itu mahu darinya.

“Eh, Faira. Kau termenung kenapa? Apa yang kau nak cakap tadi?” Alya mencuit bahu temannya.

“Tak adalah. Kita pergi makan aiskrim nak?” Faira ubah topik.

“Kau ni tak habis-habis dengan aiskrim. Dari hari tu lagi kau asyik cakap pasal kedai Cutie Ice Cream tu. Memang sedap-sedapkah aiskrim dekat sana?” Tanya Alya ingin tahu.

“Dah berapa kali aku kata dengan kau. Memang sedap aiskrim dekat sana. Rugi kalau kau tak merasanya.”

“Eleh. Mentang-mentanglah Mr. Richest kau tu bagi kedai tu dekat kau.”

Faira tersengih. “Tapi, aku tak setuju lagi nak ambil alih kedai aiskrim tu. Yang kau tu,” Faira mencuit bahu Alya pula.

“Shazwan bagi kau butik pakaian, kan.”

“Ya, tapi aku tolak.”

“Kenapa kau tolak?”

Alya memandangnya dengan kening yang terangkat sebelah. “Kau tanya aku pula. Kau pun sendiri tolak mahu uruskan kedai aiskrim tu.”

Faira tersengih lagi.

“Ah, malaslah nak fikir pasal tu. Sekarang ni masalah kita nak berdepan dengan keluarga kita tu. Apa alasan kita nak bagi dekat dia orang?” Alya berdiri. Takut juga dia di marah oleh ibunya nanti.

“Entahlah.” Faira jungkit bahu.

QAIZ TALHA tersenyum puas. Shazwan juga begitu. Rancangan mereka berdua akhirnya berjaya juga. Tidak sia-sia mereka mengupah orang untuk buat kacau di tempat Faira dan juga Alya mengajar. Apa yang menyeronokkan lagi apabila puan Hida, penolong kanan sekolah itu bekerjasama dengan mereka.

Shazwan berhenti ketawa. Dia memandang temannya.

“Eh, Qaiz. Kita dah berjaya berpakat dengan puan Hida tu tapi kenapa tak nak berpakat sekali dengan pengetua Shaun, huh? Bukankah orang tua tu rapat dengan keluarga kau? Lagipun, dia bapa saudara arwah abang ipar kau tu kan.”

Qaiz menyandarkan tubuh di kerusi. Dia menghela nafas panjang. Pandangannya di hala ke luar dinding kaca kafe milik Shazwan itu.

“Aku boleh saja minta pengetua Shaun tu berhentikan mereka berdua tapi masalahnya situasi sekarang tak boleh. Sebab tu aku guna puan Hida. Lagipun, puan Hida tidak suka kalau ada orang buat kacau di sekolah tu. Dia lagi pantang kalau tahu orang dalam yang buat kacau di sana.”

“Oh, ya. Aku lupa pula. Hal tu kan ada kena mengena dengan orang tua tu.”

“Ya.”

“Jadi, sekarang mereka berdua dah tak ada kerja. Senanglah aku nak pikat Alya. Rancangan aku lepas ni nak bawa dia jumpa keluarga aku.” Shazwan tersengih-sengih memberitahu rancangannya pada temannya itu.

Qaiz geleng kepala. Ada-ada sahaja temannya ini.

“Haaih... Sukalah kau, kan. Aku ni pula susah sikit nak berdepan dengan Faira. Kena guna Aqil juga baru dia nak berlembut dengan aku.”

“Ala, kau ni. Guna anak buah kau untuk lembutkan hati dia buat apa. Nama saja anak jutawan tapi langsung tak ada idea nak pikat dia baik-baik.”

“Habis, kalau kau ada idea sangat cubalah kongsi dengan aku.” Qaiz menjelingnya.

Shazwan ketawa. “Betul kau nak tip dari aku?”

“Yalah.”

Shazwan menyimpul senyuman. “Okey. Sebelum tu, aku ambilkan makanan dulu, ya. Aku lapar. Kau pun mesti lapar, kan.”

“Dah tahu tanya pula. Bawa banyak sikit makanan tu.”

“Ewah. Ewah. Ewah. Mentang-mentanglah aku bos dekat sini. Ikut suka hati kau saja nak itu ini, ya.”

“Aku bayarlah.”

Shazwan tersengih. “Oh, okey. Kalau kau bayar tak apa. Aku pergi dapur dulu.” Shazwan meminta diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience