BAB 23

Romance Completed 137457

“ALYA UFAIRA! Kau biar betul?!” Terbeliak matanya mendengar cerita Alya. Semalam mereka tidak sempat berbual panjang kerana dia mahu cepat-cepat pergi dari situ sebelum lelaki itu mencarinya.

“Jadi, kau terimalah si Shazwan tu?”

Alya buat muka meluatnya. “Aku nak terima dia? Memang taklah. Siapa suka playboy macam dia tu. Harapkan muka saja lawa tapi kalau perangai ke laut nak buat apa. Tak layak jadi suami aku tau.”

“Uik. Aku ingatkan kau pandang rupa saja. Rupanya kau tengok hati dia juga.” Faira senyum kambing.

“Mestilah. Siapa yang nakkan lelaki macam dia tu. Perempuan yang pilih lelaki kaya, playboy macam dia tu hanya perempuan yang mata duitan yang obses dengan kekayaan dia saja. Tak pun perempuan tu sama saja macam lelaki tu. Yang satu kaki perempuan yang satu lagi kaki lelaki. Tak pun...”

Faira menekup mulut temannya. Bingit telinganya mendengar leteran itu.

“Ish, banyak sangat ‘tak pun’ kau ni.” Faira membawa bekas-bekas makanan itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudiannya menuju ke katil dan berbaring di atas tilam. Alya juga ke situ berbaring di sebelah teman baiknya.

“Alya, kita tukar cerita lain. Cerita pasal semalam.” Faira ubah topik.

“Cerita semalam? Cerita apa, ya?” Dia berfikir.

“Oh, ya! Cerita kau semalam gantunglah. Balik terus kau angkut semua barang-barang kau ke sini. Ada apa-apa yang berlaku masa aku tak ada dekat dalam majlis itukah?” Alya mengubah posisinya. Dia mengiring menghadap temannya. Tangan kiri dijadikan bantal untuk kepalanya.

Faira melepas keluh. Dia mengerling temannya dengan ekor mata. Jarinya bermain-main di atas dada yang tertutup dengan selimut tebal itu.

“Alya, aku tak tahulah. Aku rasa aku dah ingat sikit. Tapi, tak semua.”

Alya bangkit dan matanya terbeliak. “Betulkah, Faira?! Kau ingat tak dulu-dulu waktu petang kita selalu saja lepak dekat gerai Mak Tia. Mak Tia pula selalu saja minta tolong dengan kita berdua?”

Faira tersengih. “Maaflah, Alya. Aku tak ingat lagi pasal tu. Kepala aku ini ingat sikit saja. Aku rasa apa yang aku ingat tu memori dua tahun lepas. Tapi, bayangan-bayangan yang muncul tu masih samar-samar. Aku tak kenal sangat.”

“Ala...” Alya menjuih bibirnya. Kecewa.

“Bayangan yang macam mana kau nampak?” Tanya Alya ingin tahu.

“Aku tak pastilah. Sebenarnya, semalam masa kau tak ada dalam majlis tu aku bergaduh dengan seorang perempuan. Aku tak sangka pula Mr. Annoying jemput perempuan tu.”

“Siapa yang kau cakap ni? Siapa lagi Mr. Annoying yang kau gelar ni, hah?” Alya bingung.

Faira menepuk dahi. “Ish, kau ni. Itu gelaran si anak jutawan itulah.”

“Bukankah kau gelar dia Mr. Richest?”

“Ya. Tapi, sebab perangai dia buat aku meluat. Sakit hati. Jadi aku gelarlah dia Mr. Annoying.”

Alya geleng kepala. Entah, apa pula lagi lepas ini gelaran yang temannya ini akan bagi dekat anak jutawan itu.

“Habis, siapa pula perempuan yang kau bawa gaduh ni?”

“Kekasih dialah. Model terkenal kota Allend. Jangan pula kau tak kenal, ya. Aku ketuk kepala kau tu nanti.” Faira sudah bersedia mahu mengetuk kepala Alya sekiranya temannya itu buat-buat tidak kenal dengan model terkenal itu.

“Talita model terkenal yang selalu digosipkan dengan Mr. Richest kau itukah?”

“Ya.”

“Macam mana kau dengan dia boleh bergaduh? Dia cari pasal dengan kaukah? Atau..”

Sekali lagi Faira menekup mulutnya. “Kau jangan banyak tanya boleh tak.” Faira mendengus. Geram.

Alya tersengih.

“Jadi, cepatlah cerita. Apa yang berlaku malam tu?”

“Begini ceritanya...” Faira menceritakan dari awal perbualan dia dengan Talita sehinggalah perempuan itu menampar pipinya. Rasa sakit hatinya pada lelaki itu juga diluahkannya sekali.

“Eee, tak guna punya Talita! Nasib baik aku tak ada dekat sana semalam. Kalau tak, dia kenalah dengan penampar cap naga aku ni." Sakit pula hati si Alya.

“Simpan-simpan sajalah penampar kau tu.”

“Jadi, kau dengan Qaiz dah kenal lamalah ni?” Alya kembali tenang.

“Mungkin.”

Alya diam. Tak pernah pula dia cerita dekat aku sebelum ni pasal Mr. Richest dia tu. Alya merenung temannya.

Dalam diam Alya mengeluh. Kalau saja aku tak sambung belajar masa tu, mungkin aku tahu apa yang terjadi dekat dia masa tu. Sepanjang aku belajar dekat luar negara dia tak pernah pula cerita apa-apa dekat aku. Masalah dia pun dia tak pernah cakap dekat aku. Apa yang aku ingat, kalau kami berhubung sama ada menggunakan media sosial atau telefon hanya gosip kampung dengan model terkenal itu saja yang keluar dari mulut kami. Maklumlah, masa tu Talita hangat diperkatakan oleh orang ramai.

“Alya. Alya!”

Alya tersentak.

“Kau mengelamunkah?”

“Mana ada. Aku cuma tengah fikir benda lepas. Sebelum ni, kau tak pernah pun cerita apa-apa dekat aku.”

“Yakah? Bukan kau ada dengan aku selama inikah? Kalau aku tak cerita mesti kau tau sendiri, kan.”

Alya menggeram. “Aku mana ada masa tu. Aku pulang ke sini pun lepas aku tahu kau masuk hospital dan hilang ingatan. Lepas tu aku pindah universiti dekat sini. Kau tau tak, jantung aku ni nak tercabut bila kau tak sedarkan diri. Kau satu-satunya kawan baik aku dan aku sudah anggap kau macam ahli keluarga aku sendiri. Kita berdua ni ibarat adik-beradik kembar. Cuma perangai sajalah yang tak sama.” Di hujung ayat itu dia menyengih.

Faira mencebik. Sejujurnya, dia masih belum ingat lagi memorinya dengan teman baiknya ini. Tapi, bukan bermakna dia sudah berputus asa. Faira sentiasa cuba untuk mengingat masa lepasnya tetapi gagal. Mungkin juga selama ini tiada yang memaksannya seperti mana Qaiz buat pada dirinya ini.

Faira menghela nafas kecil. “Aku tak tahulah setakat mana hubungan kami sebelum ini. Tapi aku sakit hati betul bila lelaki tu buat tak tahu saja masa perempuan tu serang aku. Dia duduk tengok kami bergaduh saja.”

“Kalau kau nak lari dari perempuan tu pun tak boleh. Sebab kita dalam kapal layar. Bukannya dekat darat.” Alya kembali membaringkan tubuhnya di tilam.

“Aku sendiri pun tak boleh nak lari dari lelaki gatal tu.” Alya pula mengeluh berat. Semalam teruk dia kena dengan lelaki itu. Sudah berkali-kali dia menolak tetapi lelaki itu buat tidak tahu sahaja. Macam-macam cara lelaki itu guna tetapi satu pun tidak dapat menambat hatinya.

Mahu ketawa juga Alya bila teringat usaha Shazwan itu semalam. Apa yang dia tidak boleh lupa apabila lelaki itu buat muka comel sambil memujuknya. Tapi yang terpikat bukannya dia. Kebetulan seorang nenek lalu di depan mereka dan nenek itu memuji Shazwan. Nenek itu kemudiannya menarik Shazwan menjauhinya dan meminta lelaki itu buat sekali lagi muka comelnya.

“Memang kau tak boleh lari dari dia pun. Habislah kau, Alya. Kau dah masuk dalam senarai calon menantu Tuan Izdiyad.” Faira mentertawakannya. Dia teringat dengan cerita Madam Alina dengan Tuan Hafizuddin semalam tentang keluarga Shazwan itu. Kalau aku cerita dekat dia ni, agaknya macam manalah reaksinya itu nanti?

“Ketawakan aku pula dia ni.” Meluat si Alya melihat ketawa temannya.

“Kau nak informasi dari aku tak?” Dia berhenti ketawa.

“Pasal apa?” Tanyanya malas. Matanya sudah mengantuk.

“Pasal Shazwanlah. Pasal keluarga dia. Nenek si Aqil kata, keluarga dia dah tahu pasal kau.”

“Hah?!” Terus dia bangkit, terkejut.

“Baik kau cerita dekat aku semua yang kau tahu pasal dia dengan keluarga dia.” Air mukanya berubah riak sebaik sahaja mendengar informasi itu.

“Tenang. Tenang. Aku akan ceritakan pada kau. Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya ni. Lagipun kau tak ada semalam, kan. Kau nak tahu lagi, Pengetua Shaun pun ada sekali tau dalam kapal ni. Dia pergi majlis semalam.”

“Faira! Baik kau ceritakan aku semuanya. Semua yang berlaku dalam majlis tu aku nak tahu.”

Faira ketawa melihat wajah geram itu. “Okey. Okey.”

PENGETUA SHAUN tersenyum sinis memandang Talita yang dari tadi mundar-mandir di dalam bilik penginapannya ini. Halkumnya bergerak-gerak melihat tubuh yang menggiurkan itu. Perlahan-lahan dia menghampiri dan memeluk tubuh Talita dari belakang.

“Pengetua Shaun!” Talita sekuat hati menarik tangan yang mengunci tubuhnya itu. Sebaik sahaja dia berjaya melepaskan diri dia terus menjauhkan dirinya daripada lelaki tua itu.

Pengetua Shaun ketawa melihat wajah cemas Talita.

“Tenanglah. You jerit pun tak akan ada yang dengar. Lagipun, bilik ni kedap bunyi.”

Talita mendengus kasar. Pakaiannya di tarik-tarik hingga menutupi bahagian lutut yang terdedah.

“Tak ada gunanya you tarik kain you tu. Kalau bawah tak nampak bahagian atas tu yang nampak.” Pengetua Shaun menyambung tawanya. Dia membelakangi perempuan itu dan mengeluarkan sebatang cerutu bermutu tinggi dan menyulutnya.

“Pengetua Shaun! You jangan ingat I tak tahu apa-apa pasal you.” Talita menunding jari ke arah lelaki separuh abad di hadapannya itu.

Pengetua Shaun menghembuskan asap cerutunya. Dia mendekati Talita semula dengan senyuman senget. Matanya langsung tidak berkedip memandang wajah dan tubuh itu.

“Tahu apa, huh?” Sekali lagi dia menghembuskan asap cerutu itu. Kali ini asap cerutu mengena pada wajah cantik Talita. Perempuan itu mengibas-ngibas asap cerutu itu dengan tangannya.

“You ingat I tak tahu apa niat you dengan keluarga jutawan tu.” Talita berundur ke belakang namun pengetua Shaun berjaya mengunci tubuh itu semula.

“Kalau you tahu you diam. I tak akan benarkan sesiapa termasuk you untuk gagalkan rancangan yang I dah lama rancangkan ni.” Dia memegang cerutu itu sambil mengelus lembut leher Talita. Sebelah tangannya memaut erat tubuh yang cuba melepaskan diri darinya.

“Pengetua Shaun. Lepaskan I.” Pintanya. Namun tidak didengari oleh lelaki tua itu.

“I tau you cinta dengan Qaiz Talha tu. Tapi, you kena ingat sayang...” Dia membelai pula rambut panjang milik Talita sebelum mengucup hujung rambut itu. Talita berasa rimas.

“Selama ini pun you berhubungan dengan I. Disebabkan I, you rapat dengan dia semula.” Wajah mereka terlalu rapat. Kakinya bergerak ke hadapan seiring dengan langkah Talita yang mengundur ke belakang. Pengetua Shaun meletakkan cerutunya di dalam bekas rokok.

Talita cuba menolak tubuh itu tetapi gagal. Pengetua Shaun memperkemaskan lagi pelukan tersebut.

“Talita...” Bau haruman Talita menggetarkan nafsunya.

“You...” Talita tidak keruan dengan tangan yang mengusap belakang tubuhnya itu. Nafasnya juga tidak teratur.

“I tahu you nakkan I.” Gemersik suaranya membuatkan perempuan di dalam dekapannya itu terbuai seketika.

Mata Talita terbuka luas. Dia tidak mahu jatuh ke dalam perangkap lelaki ini lagi. Dia cuba mengelak tetapi nafsu wanitanya bergelora dek perbuatan lelaki itu. Dia gagal seperti selalunya. Pengetua Shaun tersenyum puas.

“Kalau you puaskan I, I akan bantu you untuk dapatkan apa yang you nak Talita.” Pengetua Shaun meneruskan perbuatannya pada perempuan itu.

“Huh! You nak bantu dapatkan apa yang I nak? Satu benda yang you bantu pun tak menjadi tahu.” Talita mendengus geram. Pada masa yang sama dia cuba untuk lepaskan diri.

“Itu sebab you tak sabar. You tak pernah nak dengar cakap I pun. Cuba kali ini ikut cakap I pula.” Dia mengelus pipi Talita. Jarinya kemudian bergerak turun ke bahagian rahang.

“Shaun... please...” Talita sudah tidak tahan. Dia kalah pada nafsunya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience