BAB 34

Romance Completed 137457

LORONG gelap itu menjadi tempat pertemuan di antara mereka berempat. Terdapat sebuah gerai makan di hujung lorong itu dan dia membawa mereka bertiga ke sana. Masing-masing memesan makanan dan minuman.

“Kenapa you pilih tempat menakutkan macam ni, hah?” Talita mengetatkan lagi pelukannya di lengan lelaki separuh abad itu.

“Tempat begini tak ramai orang yang datang tau. Sesuailah untuk pertemuan kita berempat ni.” Kata pengetua Shaun. Dia mengeluarkan cerutunya. Dua orang lelaki muda yang duduk di hadapannya itu sedang memerhatikan tingkah lakunya.

“Kenapa dengan kau orang berdua ni? Nak cerutu akukah?” Sinis nadanya.

Laju dua orang lelaki muda itu menggelengkan kepala.

Pengetua Shaun tidak jadi menyulut cerutunya. Dia menyimpan semula cerutu itu ke dalam poket seluar.

“Hah, Liam. Jay. Kau orang berdua datang sini tak ada yang tahu, kan?” Talita meminta kepastian mereka berdua.

“Tak ada, cik Talita.” Jawab Jay laju.

“Baguslah. Tapi, ingat. Ini pertemuan terakhir kita. Aku nak kamu berdua pergi jauh dari sini. Tinggalkan kota Allend ni dengan segera. Kalau tidak aku akan bunuh kamu berdua. Aku akan buat lebih kejam daripada apa yang kamu nampak sebelum ni.” Amaran keras dari pengetua Shaun.

Liam dan Jay berpandangan. Kedua-duanya menggigil ketakutan.

“Faham tak apa yang dia cakap ni?!” Talita mengernying seiring dengan mata yang terbuntang luas.

“Faham!” Serentak Liam dan Jay menjawab. Takut sungguh mereka melihat wajah model terkenal itu.

“Satu lagi. Kau orang dah tahu dia ni siapa, kan. Kalau aku tahu kamu buruk-burukkan dia dalam media sosial, tahulah aku apa nak buat nanti.” Kata pengetua Shaun.

Mereka berdua menelan liur.

“Ba... baiklah. Kami janji kami akan pergi dari kota Allend ini. Tapi... upahnya macam mana?” Liam masih tidak lupa janji lelaki itu pada mereka berdua. Sebelum melakukan tugas berat itu tempoh hari dia dengan Jay sudah berbincang dengan lelaki di hadapan mereka ini dan mereka mahukan upah yang tinggi. Kalau tidak mereka tidak akan menerima tugas tersebut.

Pengetua Shaun mengeluarkan sesuatu daripada poket jaketnya. Cek yang sudah sedia ditulis dengan sejumlah wang besar itu diberikan kepada mereka.

“Pandai-pandailah kamu berdua bahagikan duit tu.” Kata pengetua Shaun lalu berdiri. Talita juga ikut sama berdiri. Tangannya masih melilit lengan pengetua Shaun.

“Terima kasih, tuan!” Serentak mereka bersuara.

“Err... tuan dan cik Talita tak nak makan dulukah?” Tanya Jay.

“Tak apa. Kau orang habiskan saja makanan yang kami pesan tu.” Kata Talita.

“Mari, dear. Jom.” Pengetua Shaun memeluk pinggang ramping Talita dan membawanya pergi dari kawasan tersebut.

Hilang sahaja kelibat dua pasangan itu, Liam dan Jay serentak melihat jumlah wang yang tertulis di dalam cek tersebut.

“50,000 ribu!” Liam dan Jay berpandangan kemudian tersengih.

“Kayalah kita, Jay.” Kata Liam.

Saat itu pemilik gerai datang memberi pesanan mereka. Jay menolak bahu Liam.

“Cepat simpan cek ni.” Bisik Jay. Liam terus menyimpan cek itu ke dalam poket seluar. Mereka berdua tersengih sebaik sahaja pemilik gerai itu tiba di tempat mereka.

“Mana lagi dua orang?” Tanya pemilik gerai itu.

“Mereka ada hal. Tak apa. Makanan mereka biar kami saja yang habiskannya.” Kata Liam.

Pemilik gerai itu angguk lalu pergi dari situ.

Liam dan Jay melepas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience