BAB 35

Romance Completed 137457

KESIHATANNYA sudah pulih sejak daripada kejadian tersebut. Kini, dia menyibukkan dirinya di sekolah mengajar anak-anak muridnya seperti biasa. Di Sekolah Rendah Polaris, Faira mengajar subjek matematik dan murid-muridnya suka dengan cara dia mengajar mereka.

Beberapa minit lagi waktu rehat. Murid-murid 4 Galaksi sudah tidak sabar lagi hendak ke kantin untuk membeli makanan. Tersenyum sahaja Faira melihat gelagat murid-muridnya itu.

“Kenapa semua buat muka lemah ni, hmm?” Faira mahu gelak tetapi ditahannya.

“Lapar!” Jawab mereka serentak.

“Alalala... Sabarlah, ya. 20 minit lagi.”

“Ala, cikgu. Kami dah lapar sangat ni.” Kata seorang murid perempuan bernama Dina itu. Siap buat muka kesian lagi.

Lantas pipi Dina menjadi sasaran Faira. Dia mencubit lembut pipi gebu muridnya itu

“Kalau lapar laju saja menjawab. Tapi, soalan matematik yang cikgu bagi ni tak pula kamu laju jawab.” Faira geleng kepala.

Dina dan yang lain tersengih.

“Okeylah. Cikgu bagi peluang pada kamu semua. Siapa yang siap awal dulu cikgu bagi keluar awal.”

“Yeah!!” Bukan main seronok lagi mereka semua. Laju terus murid-muridnya membuat kerja sekolah matematik itu.

FAIRA ALISHA merehatkan diri di dalam bilik guru sahaja. Temannya pula ke kantin membeli makanan untuk mereka berdua. Biasanya mereka berdua itu membawa bekal dari rumah tetapi tidak untuk hari ini.

“Cikgu Faira tak pergi rehatkah?”

“Cikgu Kiah. Rehat dekat sini sajalah. Malas nak ke kantin.” Kata Faira.

“Macam mana kursus hari tu? Seronok tak?” Tanyanya pula. Dia dengan cikgu-cikgu yang lain sudah sedia maklum dengan kursus jati diri untuk guru sebelum ini dan hanya beberapa daripada mereka sahaja yang mengikuti kursus tersebut.

“Tak seronok pun. Bosan.”

“Memanglah bosan sebab dalam diri cikgu Kiah tu tak pernah ada jati diri pun. Asyik nak bergosip. Cakap buruk pasal orang. Tahu nak jatuhkan orang lain saja.”

Serentak mereka berpaling ke depan.

“Eh, cikgu Helmi. Ikut sedap mulut saja nak mengata saya, ya.” Cikgu Kiah menjeling tajam.

“Suka hati sayalah. Mulut saya.” Balas cikgu Helmi. Dia berpaling ke arah Faira pula.

“Hah, cikgu Faira. Cikgu jangan dengar sangat cerita cikgu 'bawang' ni. Bukan boleh percaya pun.” Bisik cikgu Helmi. Dia kemudian mengatur langkah keluar dari bilik guru itu.

"Hoi, cikgu Helmi. Apa yang cikgu bisik dengan cikgu Faira tadi, hah?”

“Rahsia.” Cikgu Helmi terus menghilangkan diri dari situ. Cikgu Kiah menggeram.

“Tak payahlah cikgu nak marah-marah. Cikgu Helmi saja nak mengusik saya tadi.” Faira menyedapkan hati cikgu Kiah.

“Yalah tu.” Cikgu Kiah menjelingnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Ekor matanya mengerling ke kanan dan kiri.

“Dah kenapa cikgu Kiah ni?” Faira pelik melihat tingkah cikgu Kiah itu. Dia pun terikut-ikut dengan tingkah cikgu Kiah itu.

“Cikgu Faira. Saya ada dengar yang cikgu dengan cikgu Alya pergi bercuti.”

“Ya.”

“Dengar kata lagi cuti atas kapal layar yang mewah. Betulkah?”

“Tahu dari mana cikgu Kiah ni?” Banyak-banyak cikgu yang ada di dalam sekolah ini Faira paling tidak suka dengan cikgu Kiah. Cikgu itu suka bawa mulut tentang hal orang lain.

“Tahu dari cikgu Wiyahlah. Dia kan orang paling rapat dengan pengetua Shaun tu.”

Faira mula tidak sedap hati. Janganlah cikgu Kiah ini cakap pasal hal yang berlaku dalam kapal tu. Kalau dia tahu pasal keluarga jutawan tu lagi, habislah aku. Faira cuba mengawal emosinya.

“Katanya, si pengetua tu pergi bercuti dekat kapal layar mewah tu. Cikgu Wiyah cakap lagi yang pengetua Shaun terserempak cikgu dengan cikgu Alya.”

“Lepas tu?”

“Itu saja yang dia bagitahu tadi.” Dia tersengih.

“Eh, sejak bila cikgu Kiah dengan cikgu Wiyah ni berbaik pula? Bukan kalau berjumpa asyik nak bergaduh sajakah?” Muncul Alya membawa makanan dari kantin. Dia meletakkan makanan itu di atas meja kerja Faira.

“Bila masa kami berbaik pula? Kami bergaduhlah. Dia sendiri yang lepas cakap. Dari situlah aku tahu.”

Alya mendekatkan dirinya pada cikgu Kiah. “Mesti cikgu Kiah ugut cikgu Wiyah, kan? Berapa banyak info yang cikgu dapat dari dia?” Tanya Alya yang masih tidak tahu pangkal cerita itu.

“Tak banyak. Info yang saya dapat itu sajalah. Saya tahu yang kamu berdua pergi bercuti atas kapal mewah. Pengetua Shaun pun ada sekali.”

Alya melopong. Dia ingatkan gosip tentang hal lain. Rupanya cerita pasal mereka berdua dengan pengetua Shaun.

“Err... Betul ni? Itu sajakah yang cikgu Kiah tahu?” Alya sekali lagi meminta kepastian.

“Yalah. Kenapa? Ada apa-apa yang saya tak tahukah? Ada apa-apakah yang berlaku dalam percutian cikgu berdua dengan si pengetua tu?” Cikgu Kiah panasaran.

Alya dengan Faira tersengih. Laju mereka geleng kepala.

“Sudahlah. Saya nak ke kantin dulu. Lapar.” Cikgu Kiah menggosok perutnya.

“Pergilah.” Kata Alya.

Sejurus sahaja kelibat cikgu Kiah menghilang daripada pandangan, Alya laju menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya dekat dengan Faira.

“Faira, apa saja yang dia tahu pasal percutian kita tu?”

“Manalah aku tahu. Yang dia bagitahu itu saja. Pengetua Shaun terserempak dengan kita. Itu saja.” Faira membuka bungkusan makanan yang dibeli oleh Alya tadi.

Faira menghidu bau nasi ayamnya. “Masakan kak Riya tak pernah mengecewakan aku tau.” Dia menyuap sesudu nasi dan lauk ayam itu.

“Faira.”

“Hmm.”

“Tadi, Shazwan telefon aku.”

“Kenapa dia telofon kau?”

“Dia kata nak jumpa kita berdua. Mr. Richest kau pun nak jumpa kau sekali.”

“Kalau aku tak nak?”

Alya menggeram. “Kau mahukah dia orang berdua tu datang sini lagi kacau kita? Tak pasal-pasal nanti jadi gosip si cikgu Kiah tu pula.”

Faira menjelingnya. “Bila dua orang tu nak jumpa kita?”

“Malam ni. Tak pun hujung minggu ni.”

Faira berfikir.

“Tengoklah kalau aku tak sibuk.” Faira menyambung semula suapannya. Nanti-nanti saja dia fikir pasal hal itu.

“Ish, kau ni.” Alya memuncungkan mulut. Dia menyumbat kasar nasi ayamnya ke dalam mulut.

“Aik. Merajukkah? Atau... kau rindu dengan si Shazwan tu?” Faira main kening dengannya.

“Wekk! Bila masa aku rindu dengan dia? Aku cuma malas kena ganggu dia saja.” Alya mencebik.

“Kau tau tak. Semalam banyak kali dia telefon aku. Aku tak jawab. Lepas tu, dia mesej aku pula. Bukan sekali dia hantar mesej tapi berkali-kali. Macam-macam ayat manis yang dia bagi dekat aku. Tapi, mesej terakhir tu dia bagitahu yang dia dengan Qaiz nak jumpa kita.”

“Kenapa pula mereka nak jumpa kita berdua?” Faira angkat kening sebelah. Takkanlah dia nak jumpa aku pasal cincin tu dan juga pasal si Aqil? Hmm... Sejak aku turun dari kapal layar sampailah sekarang ni aku masih tak berjumpa dengan mereka berdua. Terutamanya si Aqil. Apa agaknya khabar budak itu sekarang? Aku tak naklah dia sakit sebab aku pula.

“Hoi, Faira!”

Faira tersentak.

“Teremenung pula kau ni.” Alya mendengus kecil.

“Sudahlah. Baik habiskan makanan ni dulu. Hal tu nanti sajalah kita bincang lepas habis sekolah nanti.” Ujarnya pula.

Faira diam tidak membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience