EPILOG

Romance Completed 137457

FAIRA ALISHA geram sungguh dengan perangai temannya ini. Awal pagi lagi Alya memaksanya ikut ke tasik Nerium. Katanya hendak bersenam. Lagipun, sudah banyak makanan sedap yang dia makan sejak empat hari yang lepas. Itu semua gara-gara Shazwan yang membawanya ke tempat makan yang sedap.

“Alya. Kita rehatlah dulu. Aku penat ni.” Faira menghentikan lariannya. Tubuhnya penuh dengan keringat.

“Ala, sikit lagi. Kita berhenti dekat pokok besar itulah, ya.” Alya menarik tangannya.

“Tak nak. Kalau kau nak rehat dekat sana kau pergilah. Aku nak rehat dekat sini.” Tegas Faira. Dia terus duduk di bawah pokok rendang itu.

“Ish, kau ni. Dekat sini panaslah. Dekat sana teduh sikit.”

Kecil besar sahaja Faira tengok temannya itu. “Kau ni Alya. Apa beza kita lari tadi dengan duduk di sini. Sama panas juga, kan.” Dia menggeram.

Alya mencebik.

Sedang mereka berehat tiba-tiba Shazwan muncul. Dia membawa tuala kering untuk Alya. Bukan main mesra lagi dua pasangan itu di depan Faira.

“Tahu-tahu saja kita orang dekat sini. Siap bawa tuala lagi untuk cinta dia.” Faira mencebik. Dia mengelap dahi dengan tuala keringnya.

“Yalah. Aku yang suruh. Aku mesej abang kesayangan aku ni tadi.” Alya buat muka comelnya di depan Shazwan.

“Kalau kau orang nak bermesra sangat pergi kahwin. Sakit mata aku tengok pasangan tak halal ni tau.” Faira menyindirnya.

“Bagus juga idea Faira tu. Kita kahwin lusa nanti, nak?” Shazwan pandang Alya.

“Betul ni?”

“Betullah. Kita kahwin dekat kapal layar. Terus bulan madu di situ.” Shazwan mengenyitkan mata pada Alya.

Faira tersenyum sinis. “Kamu berdua ni biar betul? Kursus kahwin pun tak pergi lagi. Barang-barang kahwin tak sedia lagi. Ada hati pula nak kahwin cepat .”

“Buat apa nak lambat-lambatkan benda yang baik, kan.” Shazwan pandang Alya. Perempuan itu mengangguk menyokong katanya.

“Lagipun, semuanya saya dah sediakan. Kursus kahwin buat esok. Pasal majlis pula memang semua dah siap. Tinggal tunggu pengantin saja.” Kata Shazwan. Tapi Faira tidak mempercayainya.

Faira berdiri. Lebih baik dia pergi dari situ. Makin lama dia duduk situ makin cair dia tengok kemesraan dua pasangan itu. Namun, sebaik sahaja dia berpaling ke belakang muncul pula Aqil.

“Aqil datang dengan siapa ni?” Terkejut dia apabila budak itu tiba-tiba muncul di hadapannya.

Aqil senyum lebar. “Dengan papa.”

“Papa? Mana papa?” Faira meliau mencari kelibat Qaiz.

“Ada dekat sana. Kejap lagi papa datang. Mama...”

“Kenapa ni?” Faira duduk semula. Aqil duduk berhadapan dengannya.

“Nah.” Aqil memberikan bakul kertas kecil pada Faira.

“Apa ni?”

“Mama bukalah.”

Faira pandang Alya dan juga Shazwan. Mereka hanya tersenyum kepadanya.

“Okey. Mama buka.” Lantas Faira membuka bakul kertas itu. Di dalamnya ada dua mangkuk aiskrim yang berperisa coklat dan vanila.

“Untuk mama?”

Aqil angguk. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi Faira itu nanti.

Faira membuka penutup mangkuk aiskrim vanila dan merasa sedikit sebelum memberi kepada Aqil. Selepas itu dia membuka pula aiskrim mangkuk berperisa coklat itu. Dia mengerutkan dahi.

“Kosong?” Faira pandang budak itu semula.

Aqil mengukir senyuman manisnya.

“Kosong mangkuk aiskrim ni sebab tak ada isinya, kosong hati aqil ni sebab tak ada mama di sisi aqil.”

Faira ketawa kecil. Dia mengusap kepala budak itu. “Aqil ni. Boleh cair mama tau.”

“Amboi budak ni. Kecil-kecil dah pandai ayat manis.” Geram si Alya.

“Sikit sajalah aunty Alya. Lagipun, papa yang ajar semalam.”

“Papa?”

“Ya, saya.” Qaiz pula muncul di situ. Aqil berdiri dan menuju ke tempat Alya dan Shazwan.

Faira bingung seketika. Dia pandang mereka silih berganti sebelum beralih semula pada lelaki itu.

“Apa semua ni? Kenapa awak pakai macam tu, hah?” Faira pandang Qaiz. Dia memerhatikan penampilan lelaki itu. Pakaian Qaiz agak pelik. Dia memakai baju kulit dan juga berhelmet.

“Kejap!” Faira seperti ingat sesuatu. Semakin lama semakin besar bola matanya.

“Awak! Awak mister QT itukah?!”

Qaiz membuka helmetnya. Dia tersenyum angguk.

“Abanglah mister QT tu.”

“Ta... Tapi macam mana?”

“Itu. Cincin yang sayang pakai itulah. Sebenarnya cincin tu abang dah pasang dengan alat pengesan. Jadi mana saja sayang pergi abang tahu.”

Faira melopong. Dia pandang cincin yang tersarung di jari manisnya itu.

“Jadi, cincin ni cincin palsulah?!”

“Ya. Itu bukan berlian sebenar. Tapi tiruan. Berlian sebenar yang Aqil pernah bagi dekat sayang masa di kapal layar tu.”

Faira mengetap bibir. Sungguh dia tidak percaya dengan semua ini.

“Okey. Abang tahu sayang marah. Tapi, abang janji akan sarungkan cincin sebenar dekat jari sayang tu lusa nanti.”

“Lusa? Apa lagi kejutan yang awak bagi ni, hah?”

Qaiz senyum. Dia duduk melutut di depan Faira dan memandang dalam wajah manis itu.

“Dear Lisha. Abang tak nak tangguh lagi. Seperti mana Aqil perlukan sayang begitu juga dengan abang. Abang nak sayang jadi permaisuri hati abang ni.”

Faira telan liur.

“Tapi...”

“Please? Terima abang. Abang janji akan jaga sayang dengan baik dan abang janji akan sentiasa lindungi sayang.”

Faira menjuling mata ke atas. Dia menarik nafas yang panjang sebelum memberikan jawapan.

“Hoi, kawan. Janganlah seksa hati kau tu. Aku boleh lihat sendirilah cara kau layan dua orang tu. Kau sayang sangat si Aqil. Hati kau pula terpaut dengan papa dia. Jadi, jangan kusutkan fikiran lagi. Terima sajalah.” Alya menyampuk. Dia sekadar mahu menyedarkan temannya itu sahaja.

Faira menggeram. Dia mengetap bibir.

“Dear Lisha. Sudi tak awak jadi isteri saya?”

“Hmm...”

“Mama, please?” Aqil pula memujuknya.

“Ergh! Yalah. Yalah. Saya terima awak.” Faira tidak boleh kalau Aqil sudah memujuknya.

“Yeah!” Aqil menjerit gembira. Begitu juga dengan yang lain.

“Jom, pulang! Tidur awal malam ni. Esok kita nak pergi kursus kahwin.”

“Hah?! Kita? Maksudnya kita pergi berempatkah?”

“Yalah. Esok selesaikan apa yang patut. Lusa nanti kita dah naik kapal layar.” Kata Alya.

“Kalau Faira nak tahu. Lusa nanti majlis besar kita. Kita berempat akan kahwin dekat kapal layar yang kita naik sebelum ni.” Beritahu Shazwan.

“Maksud kamu semua kapal layar Qalisha’Qil Star Cruise itukah?”

“Ya.”

Faira pandang Qaiz. Lelaki itu masih tersenyum.

“Awak jangan main-main dengan saya, Qaiz.”

“Saya tak main-mainlah. Saya betu-betul nak jadi suami awak.”

Faira mahu marah tapi tidak jadi. Lelaki di hadapannya ini nampaknya bersungguh-sungguh mahu mendirikan rumah tangga dengannya. Sudahlah, Faira. Kau pun suka dengan lelaki ni, kan. Terima sajalah dia.

Faira memandang Qaiz. “ Saya pegang tau janji-janji awak tu. Kalau awak buat saya menangis saya tak teragak nak larikan diri.”

“Sayang boleh percayakan abang. Abang janji akan setia dan lindungi sayang selagi abang masih hidup.”

Faira senyum puas. “Terima kasih.”

“Sama-sama kasih sayang.” Ucapnya.

Mereka tersenyum gembira.

~ TAMAT ~

Share this novel

wish_scj69
2019-10-09 21:41:07 

awesome

wish_scj69
2019-10-09 21:41:07 

awesome


NovelPlus Premium

The best ads free experience