BAB 52

Romance Completed 137457

MACAM-MACAM yang dia bualkan dengan Aqil tadi. Madam Alina juga ikut sama menyertai mereka di ruang tamu. Gelak tawa mereka memenuhi segenap ruang tamu besar itu. Pengawal-pengawal peribadi dan pembantu-pembantu rumah yang berdiri tidak jauh dari mereka itu tersengih-sengih melihat kebahagian mereka.

“Aunty. Dah nak petang ni. Saya balik dululah.” Faira berdiri dan mengambil beg sandangnya.

“Eh, kenapa tak tidur dekat sini saja?”

“Tak apalah, aunty. Saya tak biasa tidur dekat rumah orang.” Balas Faira dengan lembut.

“Ish, budak ni. Kalau tak biasa kena biasakanlah diri tu. Nanti, kalau dah kahwin kena tinggal sini juga kan.”

Faira garu kepala. Tidak tahu hendak beri alasan apa pada wanita ini.

“Err...”

“Dah. Tak payah nak bagi alasan dengan aunty. Malam ni, Faira kena tidur sini juga. Sekejap lagi aunty telefon umi Faira. Aunty bagitahu dengan umi kamu yang kamu tidur dekat sini.”

“Ta...” Faira mengetap bibir. Madam Alina sudah berlalu pergi.

“Yeah! Yeah! Mama tidur sini!” Bukan main gembira lagi Aqil. Sampai melompat-lompat di atas sofa itu.

Faira menghela nafas berat. Dia akur.

SELESAI solat asar dia terus menyiapkan diri. Petang ini dia mahu membawa Aqil ke taman tema kanak-kanak. Bertambah ceria budak itu apabila Faira mengajaknya ke situ.

Faira mengatur langkah keluar daripada bilik tetamu. Namun langkahnya terhalang apabila mendengar bunyi deringan telefon di atas tilam. Faira menepuk dahi. Laju dia ke katil semula.

“Nasib baiklah kau berdering. Kalau tak, memang kau tinggallah dalam bilik ni.” Faira mengambil dan melihat pemanggil tersebut.

Dia buat muka. Siapa lagi kalau bukan papa angkat si Aqil itu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, my dear.”

Lagi panggilan yang dia tidak suka.

“Hah, nak apa pula kali ni?” Tanya Faira malas.

“Eee, dia ni. Sayang tak bolehkah lembutkan suara tu, huh? Nak abang merajukkah, hmm?” Qaiz menggeram.

“Mister Qaiz. Tolonglah jangan ber’manis-manis’ dengan saya. Geli tau!”

“Salahkah?”

“Memang salah! Saya tak suka.”

“Eleh! Cakap saja tak suka. Padahal dalam hati suka, kan?”

“Mana ada!”

“Ada.”

“Tak adalah!”

“Ada.”

Faira menggeram. “Tak ada. Saya memang tak sukalah benda-benda tu semua.”

“Tapi, hati saya kuat mengatakan yang awak suka dengan panggilan saya tu.”

“Eee! Itu hati awak. Tapi hati saya kata tak.” Faira mengetap bibir.

“Kalau awak telefon saja nak sakitkan hati saya baik tak payah. Saya nak keluar. Kalau nak bergaduh juga kita gaduh dalam mesej nanti.”

“Siapa yang nak gaduh dengan awak. Awak sendiri yang cari gaduh dengan saya.”

Ish! Dia ni suka betul bengkakkan hati aku ni tau.

“Okjey. Okey. Awak janganlah marah. Saya telefon ni cuma nak pesan dengan awak saja. Kalau pergi taman tema tu hati-hatilah. Jaga Aqil. Jangan jauh daripada Sham dan juga Rais. Nanti, susah dia orang nak lindungi awak dengan Aqil.”

“Macam mana awak tahu saya nak bawa Aqil pergi taman tema?” Setahunya, dia tidak bercakap pun tentang taman tema tadi.

“Mama yang bagitahu tadi. Sebab itulah saya telefon awak. Satu lagi dear.”

“Apa?”

“Lepas ni panggil saya abang. Tak pun sweet Talha. Dah tak boleh guna perkataan 'awak' lagi, ya. Kalau dear Lisha panggil dengan panggilan biasa lagi abang tak teragak nak bawa terus dear Lisha pergi pejabat agama. Abang tak kisah kalau kita kahwin dekat sana.”

Tiba-tiba dia terasa lain. Nama panggilan itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Namun, Faira cepat menangkis perasaan pelik itu.

“Dalam telefon sukalah awak cakap macam tu. Kalau di depan mata bukan buat pun. Asyik nak berlagak serius saja.”

“Oh, jadi dear Lisha sukalah kalau abang jadi romantik.”

Faira menggosok-gosok telinganya yang terasa geli itu.

“Bila masa saya cakap saya suka, hah? Ish, sudahlah. Aqil dah panggil tu.”

“Okey. Okey. Nanti, abang telefon lagi.”

“Tak payah telefon. Mesej saja pun cukup.”

“Kalau mesej nanti sayang tak balas.”

Argh! Alasan saja dia ni tau. Makin lama aku layan penyakit gatal dia ni makin bengkaklah telinga aku ni.

“Mister Qaiz, assalamualaikum!” Terus Faira menutup panggilan dan keluar dari bilik tersebut. Aqil sudah menjerit-jerit memanggil namanya di bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience