BAB 31

Romance Completed 137457

RISAUNYA semakin menjadi-jadi. Ke mana pula anaknya itu menghilangkan diri. Aqil pula dari tadi asyik menangis. Puas neneknya memujuknya tetapi Aqil tetap merengek menangis mencari mamanya.

“Grandma. Nenek. Aqil nak mama. Mana mama hilang nenek? Grandma?” Aqil dari tadi mengulang soalan yang sama pada mereka berdua.

“Aqil janganlah begini. Kalau Aqil nangis macam mana anak nenek nak pulang.” Puan Daliya memujuknya.

“Ya, Aqil. Sabar sayang. Kalau nangis macam ni nanti mama Aqil tak datang.” Madam Alina pula memujuknya.

Aqil cuba menahan tangisannya. Namun, tangisannya semakin kuat apabila Qaiz dan Farish muncul di depan mereka. Madam Alina segera menenangkan cucunya.

“Hah, Farish. Qaiz. Kamu dah jumpa Faira?” Tanya puan Daliya.

Farish dan Qaiz saling berpandangan sebelum mereka menggelengkan kepala.

“Ya, Allah. Manalah anak aku ni menghilangkan diri?” Bertambah risau puan Daliya dibuatnya. Takut sahaja Faira itu diapa-apakan oleh orang lain. Apa yang menakutkannya lagi sekiranya Faira terjatuh atau ditolak ke laut. Runsing sungguh dia.

“Sabar mak cik. Tenang. Saya dah suruh pekerja-pekerja saya cari dia.” Beritahu Qaiz.

“Mama peliklah. Kenapa pula Faira menghilangkan diri tiba-tiba?” Madam Alina tertanya-tanya. Dia memang perasan dengan sikap Faira semasa mereka makan malam semalam. Apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dengan dua orang ni? Madam Alina memandang Qaiz dengan Aqil silih berganti.

“Qaiz pun tak tahu, ma. Apa yang penting sekarang ni kita doakan saja semoga Faira tu selamat.”

“Macam mana pula kalau Faira tak ditemui? Mak cik takut. Mak cik tak bersedia lagi untuk kehilangan dia.” Kata puan Daliya. Dia mengurut dadanya yang mula terasa sakit.

“Janganlah umi cakap macam tu. Farish yakin Faira masih ada di sini.” Kata Farish dengan yakin.

“Pekerja-pekerja yang lain pun tengah usaha mencari Faira. Tapi, kalau kita tak jumpa Faira dalam masa 24 jam juga nanti kami akan panggil bantuan.” Tenang Qaiz memberitahu puan Daliya dan juga mamanya.

“Mak cik! Aunty!” Tercungap-cungap Alya berlari ke arah mereka.

“Kenapa ni Alya?” Puan Daliya berdiri.

“Tadi...” Alya mengurut dada. Sesak nafasnya akibat berlari. Puan Daliya membantu anak dara itu. Dia mengusap belakang Alya.

“Tarik nafas dulu, Alya. Tenangkan diri baru cakap.” Ujar Farish.

Saat itu, puan Zaliah dengan yang lain datang mengerumuni mereka. Beberapa pengawal keselamatan keluarga jutawan itu juga turut sama berkumpul dengan mereka untuk mendengar cerita yang di bawa oleh Alya.

“Tadi... Tadi Alya nampak model terkenal tu...” Alya membetulkan pernafasan lagi.

“Cik Alya. Ni air untuk cik Alya.” Sempat lagi pengawal peribadi yang bernama Eddy itu memberikan air kosong kepada Alya.

“Terima kasih.” Alya mengambil dan meneguk rakus air tersebut. Dia kemudiannya memberikan semula gelas kosong itu kepada Eddy.

“Tadi, saya dengan Shazwan ke...”

“Qaiz!” Shazwan pula muncul. Terbantut terus bicara Alya.

“Kenapa ni Shazwan?” Tanya Qaiz.

“Tuan Shazwan. Ini airnya.” Sekali lagi Eddy datang menyampuk. Kali ini dia memberikan pula segelas air kepada Shazwan. Semua mata memandang ke arah pengawal peribadi itu dengan riak yang dia sendiri tidak pasti.

Ada sesuatu yang tak kena dengan akukah? Tanya Eddy dalam hati.

Shazwan mengambil dan meneguk air itu.

“Nah.”

Segera Eddy mengambil gelas kosong itu dan terus berlalu dari situ.

“Aku rasa aku tahu di mana Faira disembunyikan.”

“Dekat mana?” Serentak mereka semua bersuara.

“Wo... Wo... Wo! Boleh buat koir ni.” Shazwan tersengih.

“Ish, main-main pula dia ni.” Marah Alya.

“Maaf sayang.”

“Bila masa aku jadi sayang kau? Perasan!” Alya menjelir lidah, kemudian menjauhkan diri daripada lelaki itu.

“Ish, boleh tak kamu berdua jangan bergaduh dulu. Cuba beritahu kami. Jelaskan pada kami apa yang kamu nampak tadi.” Tegur Tuan Hafizuddin.

“Maaf, uncle. Macam ni.” Shazwan memulakan ceritanya. Sesekali Alya menyampuk membetulkan apa yang salah pada bicara lelaki itu.

QAIZ TALHA memberi arahan kepada semua pekerja-pekerjanya. Dia mahu mereka semua ada di dalam dewan Q’Star ini dalam masa 30 minit. Pengawal-pengawal peribadinya sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugas mereka yang telah diberikan tadi. Mereka akan mengawasi pekerja-pekerja itu. Beberapa pengawal peribadinya yang lain pula diarahkan untuk mengawasi semua ruang yang ada di dalam kapal layar itu.

Marah sungguh Qaiz apabila mendengar cerita itu. Rupanya, Talita sudah merancangnya. Shazwan dan Alya tahu pun sebab mereka sembunyi-sembunyi dengar perbualan Talita dengan seorang pekerja lelaki tadi di luar kawasan tempat penginapan pekerja.

Kata Alya dan Shazwan, ketika itu mereka mendengar Talita memarahi pekerja tersebut kerana salah seorang daripada mereka tidak ada di situ. Mereka juga mendengar Talita bertanya tentang keadaan Faira yang disembunyikan di satu tempat yang mereka tidak pasti.

Alya memberitahunya lagi, dia dengar jelas yang Talita ada menyebut perkataan ‘stor’. Tetapi Alya tidak tahu stor mana yang dimaksudkan oleh perempuan itu.

Qaiz mengepal tangannya. Kalau terjadi apa-apa pada Faira, dia memang tidak akan lepaskan orang tersebut.

PINTU utama dewan Q’Star ditutup dan diawasi oleh dua pengawal. Pengunjung-pengunjung yang lain pula sudah diarahkan berpindah ke dewan Light yang berada di tingkat bawah.

Suasana ketika itu agak hingar-bingar. Qaiz, papanya dan juga yang lain sedang berbincang. Sementara itu, Madam Alina dengan puan Daliya cuba menenangkan Aqil yang masih dalam keadaan tidak tenang itu. Saudara-mara yang lain pula masing-masing mendoakan keselamatan Faira.

Beberapa minit kemudian perbincangan mereka selesai. Qaiz, Farish, Zahwan, Alya dan beberapa pengawal peribadinya akan keluar mencari Faira. Urusan di dalam dewan ini pula akan diserahkan kepada papanya dan juga Shazwan.

“Kalau ada apa-apa cepat-cepat bagitahu papa.” Pesan Tuan Hafizuddin.

“Baiklah.”

Mereka segera keluar daripada dewan tersebut. Enam orang pengawal keselamatan diamanahkan untuk mencari Talita dan juga pengetua Shaun yang sudah menghilangkan diri.

QAIZ TALHA mendapat perkhabaran dari salah seorang pengawal peribadinya. Katanya, mereka sudah memeriksa semua pekerja-pekerja di dalam dewan Q’Star tersebut. Tetapi, dua orang daripada mereka tidak ada di dalam dewan ini. Pengawal peribadi itu sudah mengarahkan beberapa orang untuk mencari dua pekerja lelaki yang bernama Toni dan Paul itu.

Pencarian Faira masih diteruskan. Alya menunjukkan lokasi di mana dia dengan Shazwan melihat Talita dan juga pekerja lelaki itu.

Sampai di tempat tersebut mereka berpecah. Masing-masing mencari Faira. Ada yang mengetuk pintu dan ada yang menjerit nama Faira. Qaiz ditemani oleh seorang pengawal peribadi menuju ke lorong hujung sebelah kanan tempat itu. Sementara yang lain mencari di bahagian tengah dan hujung kiri kawasan tersebut.

“Tuan muda, semua stor dekat sini langsung tak ada bunyi cik Faira minta tolong.” Kata Waiz, pengawal peribadinya. Tadi, dia sudah meminta kepastian daripada mereka di sana tentang Faira dan jawapan mereka tidak ada.

“Kamu arahkan seorang untuk tolong ambilkan kunci setiap stor di sini.”

“Baik, tuan muda!” Segera Waiz bertindak mengikut arahan.

Beberapa minit kemudian salah seorang pengwal peribadinya datang memberikan kunci. Qaiz mengagih-agihkan kunci stor itu kepada mereka dan kemudian memberikan arahan.

PENGETUA SHAUN duduk dengan tenang sambil menghirup kopi panasnya. Telinganya menangkap cerita-cerita pengunjung di situ. Semuanya bercerita tentang hal yang berlaku di dalam dewan Q’Star itu.

“You, macam mana ni? I takutlah.” Talita yang duduk di sebelahnya mula menggigil ketakutan.

“Memang patut pun you takut. I dah kata jangan tergesa-gesa nak buat benda tu. Tengok sekarang ni. Gara-gara you habis satu kapal ni kecoh pasal kehilangan Faira tu.”

“Betulkah? Semua orang dah tahu pasal kehilangan Faira itukah?”

“Ya. Kecuali orang-orang yang ada di dalam dewan Light ni. Mereka masih lagi tertanya-tanya tentang apa yang berlaku di atas tu.”

Talita memerhatikan pengunjung-pengunjung di dalam dewan Light. Dia berharap agar tidak ada seorang pun yang tahu pasal benda ini.

“I mana tahu akan jadi macam ni. Semalam, I betul-betul marah dengan perempuan tu. I dah puas pujuk rayu dengan Qaiz. Tapi lelaki tu sebaliknya pula. Siap pertahankan lagi perempuan tu.”

Pengetua Shaun senyum sinis.

“Akibat marah, you sembunyikan perempuan tu di tempat yang gelap. Kalau perempuan tu mati you sendiri tahukan apa yang lelaki itu akan buat nanti.”

Talita telan liur. Tangannya yang berpeluh itu menyentuh lengan pengetua Shaun. “Kita lari. Kita ambil bot kecemasan dan larikan diri dari sini.”

“Talita. Tenang. Tak payahlah sampai nak larikan diri.”

“You senanglah cakap. Yang buat benda ni I. Bukannya you. I sedar I tak fikir semua tu sebelum bertindak.”

Pengetua Shaun meletakkan cawan kopinya di atas bar minuman. Dia menarik dagu Talita dekat dengannya. Satu kucupan di pipi diberikan kepada perempuan itu.

“Ish, orang tengoklah.”

“Ada I kisah.”

Talita mendengus geram. Dia mengelap bekas ciuman itu.

“I sebenarnya nak hukum you tau. You dah buat sesuatu yang I tak suka.”

Talita cuak. “Bu... buat apa?”

“You tanya I sedangkan you dah tahu kesalahan you tu. You tahukan yang tubuh you tu milik I. Tapi, you dengan senang hatinya beri pada lelaki lain. I tak suka tau.”

“Sorrylah. I terpaksa.”

Pengetua Shaun diam.

“You, tolonglah. I tak ada orang lain lagi selain you. You saja yang boleh tolong I sekarang ni.” Talita memujuknya lagi.

“Pujuk lagi I. Kalau you berjaya pujuk I, I akan tolong you. Maybe... malam ni juga kita larikan diri.”

Talita menggeram. Orang tua ni mengada-ngada pula, getusnya dalam hati.

“My dear, Shaun. Tolonglah, ya. I minta maaf pasal hal tu. Lain kali I tak buat lagi.” Talita memujuknya dengan nada yang menggoda. Siap menghadiahkan satu ciuman di leher lelaki separuh abad itu lagi.

“Okey. I terima. I puas hati dengan pujukan you.”

“Betul? So, bila kita nak larikan diri ni?”

“Kita tak payahlah larikan diri. Nanti, pandai-pandailah I uruskannya. Pasal dua pekerja lelaki tu pun I dah uruskannya.”

Talita tercengang. “Urus macam mana?”

Pengetua Shaun senyum sinis. “I sebenarnya cemburu. Yang seorang I dah bunuh semalam dan yang seorang lagi I dah bunuh tadi. Mayat mereka berdua I buang ke laut.”

“Apa?!” Talita menekup mulutnya.

“You... you... janganlah main-main dengan I. Tak mungkin you bunuh mereka berdua.”

“I tak kisah pun kalau you tak percaya. Tapi jujur I katakan yang dua orang pekerja tu dah mati.”

Talita sudah menggigil ketakutan. Dia tidak menyangka pengetua Shaun akan buat perkara kejam itu.

“Jangan risaulah. I tahu apa yang I buat. Yang penting, tak ada seorang pun yang nampak I buat benda tu.”

Talita melepas lega. Kalau terkantoi perbuatan jahat lelaki ini habislah mereka. Mana mahu dia melarikan diri terjun dari kapal ni. Dia tidak mahu mati selagi kemahuannya itu belum tercapai.

“Tapi, lepas ni you kena bagi I lebih daripada tu tau. Itu upah yang I nak daripada you.” Pengetua Shaun mengelus manja pipi Talita. Perempuan itu hanya membalas dengan senyuman.

Share this novel

Syura Sakura
2019-08-04 22:56:37 

sambunglah lagi akak...


NovelPlus Premium

The best ads free experience