BAB 37

Romance Completed 137457

RISAUNYA masih tidak surut lagi. Sejak uminya memberitahunya tentang keadaan Aqil, hatinya terus dilanda risau yang teramat. Dia menelefon semula Qaiz dan meminta alamat tempat tinggal mereka. Dia mahu melawat budak itu.

Apabila Dean membawanya masuk ke dalam rumah agam ini dia mula terasa kekok dengan keadaannya. Bukan kerana dekorasi dan gaya rumah itu tetapi kerana terlalu ramai orang gaji dan pengawal peribadi berdiri di hadapannya. Semuanya tersenyum menyambut kedatangannya.

“Cik Faira. Silalah duduk dulu. Sekejap lagi Madam Alina akan turun.” Kata salah seorang daripada orang gaji itu.

“Ba... baiklah.” Faira menurut kata.

SAMBIL-SAMBIL dia meneliti ruang rumah itu sambil dia bermesej dengan teman baiknya. Pada masa yang sama, dia berasa tidak selesa kerana dirinya menjadi perhatian mereka. Orang-orang gaji dan pengawal-pengawal peribadi di dalam rumah itu semuanya memakukan pandangan mereka ke arahnya. Ada yang tersenyum-senyum dan ada yang sedang berbisik sesama sendiri. Bergosip apa agaknya mereka itu, ya?

“Mama!!”

Faira terkejut dengan jeritan itu. Aqil berlari ke arahnya dan memeluknya erat. Madam Alina pula hanya berjalan menuju ke arahnya.

“A... Aqil.” Faira memandang Madam Alina dan Aqil silih berganti. Dia kemudiannya menyentuh dahi budak itu.

“Panas. Aqil demam lagi, ya.” Faira mengusap lembut kepala Aqil.

“Ya. Aqil demam sebab Aqil rindukan mama.” Dia memuncungkan mulut.

“Maafkan mama. Mama tak sepatutnya buat Aqil macam tu. Mama sepatutnya tanya Aqil lembut-lembut.” Faira benar-benar kesal atas perbuatannya itu.

“Maafkan mama, ya.” Faira mengusap pipi Aqil. Budak itu membalas dengan senyuman.

“Faira jalan-jalanlah dulu tengok rumah ni. Aunty nak bawa Aqil naik atas sekejap. Budak ni baru saja bangun. Belum mandi lagi.” Tersengih-sengih Madam Alina memberitahu anak dara itu.

“Patutlah bau busyuk.” Faira mencuit hidung Aqil. Budak itu tersengih.

“Faira tunggu, ya. Sekejap lagi Qaiz sampailah. Uncle pula masih ada urusan di tempat kerja.” Beritahu Madam Alina.

“Kalau Faira nak apa-apa cakap saja dengan mereka ni semua.” Pesannya sebelum membawa cucunya itu naik ke atas.

“Yalah.” Balas Faira dengan senyuman. Dalam hati sempat dia berdoa agar lelaki itu tidak datang ke sini. Dia tidak suka.

Share this novel

Syura Sakura
2019-08-09 13:56:52 

nak lagiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience