PROLOG

Romance Completed 137457

“TUAN!!”

Dia berpaling dengan wajahnya yang ketat. Orang-orang kanannya di pandang satu persatu.

“Apa yang kecoh sangat ni, hah?!” Soalnya dengan nada keras.

“Tuan, tuan muda kecil melarikan diri lagi.” Beritahu salah seorang daripada orang-orang kanannya. Dia telan liur. Takut melihat wajah majikannya itu.

Dia memicit dahi seiring dengan keluhan kasar. Budak kecil yang berusia 6 tahun ini betul-betul menyusahkannya. Bukan sekali budak itu buat perangai yang menaikkan darahnya. Tetapi, sudah berkali-kali sehinggakan orang-orang kanannya dan juga orang-orang gaji di rumahnya pun berputus asa dengan budak kecil itu.

Tidak apalah kalau budak itu buat perangai di rumah sahaja. Ini tidak! Menyusahkannya mencarinya sampai ke luar kawasan rumah. Betul-betul memeningkan kepala.

Dia melonggarkan tali leher. “Kamu teruskan mencari. Saya yakin dia tidak jauh dari sini.” Dia menghela nafas berat. Budak kecil itu langsung tidak memberinya ruang untuk bernafas. Asyik buat hal sahaja.

“Baik tuan!” Mereka beredar dengan segera.

Dia membuang pandang ke arah luar dinding kaca bangunan Legasi Sky Magellan ini. Kota metropolitan Allend yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang pesat membangun itu langsung tidak menyejukkan matanya.

Cara apa lagi yang harus aku guna untuk melembutkan hati budak tu, ya? Fikirnya.

Share this novel

Saidatul Najwa
2020-10-07 09:52:36 

besnye citer ni.. lain dari yg lain siyes.. new alhamdulillah

ct ayu
2019-09-03 13:44:59 

ending dia takde ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience