BAB 58

Romance Completed 137457

PENGETUA SHAUN menyelak langsir seluas-luasnya membiarkan cahaya kota Allend menerangi bilik suram itu. Dia sangat marah ketika ini. Habis satu kotak cerutu disulutnya.

“Argh!! Tak guna!” Dia melepas marah. Orang-orangnya langsung tidak boleh di harap. Tiada satu pun kerja yang berjalan lancar.

Dia menumbuk dinding hingga tangannya berdarah. Geram kerana kedua-dua rancangannya mencuri dokumen harta dan juga menculik Faira itu gagal.

Bertahun-tahun dia merancang mahu mengambil semua dokumen harta milik jutawan itu tetapi rancangannya asyik gagal sahaja. Arwah anak saudaranya itu juga tidak berguna. Langsung tidak mahu bekerjasama dengannya. Disebabkan itu dia terpaksa menyimpan niatnya hingga ke hari ini. Namun, segalanya sia-sia.

Beberapa hari yang lalu, dia ke rumah agam selepas Tuan Hafizuddin dengan Qaiz bertolak ke kota Delbin. Dia ke sana berpura-pura mahu melawat cucunya. Padahal, dia sudah merancang sesuatu. Dia ke situ sekadar ingin tahu aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Madam Alina sepanjang suami dan anaknya tidak ada di sana.

Salah seorang pekerja kebun di situ memberitahunya yang Madam Alina sudah menempah beberapa pokok baru untuk halaman belakang rumah. Tempahan itu sampai dua hari kemudian. Apabila dia mengetahui aktiviti Madam Alina yang satu itu dia terus mendapat idea melaksanakan rancangan jahatnya.

Pada awalnya rancangan mereka berjalan lancar. Mereka membunuh dan menyembunyikan mayat pemandu dan tiga pekerja itu di semak dalam hutan. Mereka kemudiannya menyamar menjadi pekerja tanaman. Tapi, belum sempat kenderaan mereka memasuki kawasan rumah agam ada pula kenderaan lain muncul. Sebuah kereta polis bergerak masuk ke perkarangan rumah itu.

Orangnya sempat bertanya dengan pengawal keselamatan di situ. Pengawal itu memberitahu mereka yang polis mahu berjumpa dengan Qaiz. Tapi pengawal itu tidak pula beritahu apa tujuan polis berjumpa dengan anak jutawan itu.

PENGETUA SHAUN mendengus geram. Talita juga mengecewakannya kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Dia sudah dimaklumkan oleh orang upahannya tentang rancangan Talita.

Tidak sangka kemalangan yang berlaku di jalan Alpha adalah sebahagian daripada rancangan perempuan itu. Orangnya memberitahu dia yang Talita telah mengupah tiga orang lelaki untuk menculik Faira. Tapi rancangan menculik itu pula diubah menjadi rancangan pembunuhan.

Talita menyuruh tiga orangnya mengumpan Faira hingga ke jalan besar kerana dia sudah merancang sesuatu di jalan Alpha. Tapi malangnya, disebabkan kecuaian Talita rancangannya gagal apabila perempuan itu hilang dari pandangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience