BAB 43

Romance Completed 137457

KAFE SHAZ ALHENA. Mereka memilih tempat di tingkat dua kafe itu kerana pengunjung tidak ramai yang duduk di atas disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Kafe tingkat dua itu sebenarnya tidak berbumbung. Setiap meja di atas diletakkan payung besar sebagai tempat berteduh pelanggan-pelanggan yang datang berkunjung di kafe itu.

Qaiz dan Shazwan memilih tempat hujung kawasan kafe tingkat dua. Tempat itu agak terlindung daripada hujan renyai. Shazwan meminta dua orang daripada pengawal peribadi itu untuk mengelap tempat duduk yang basah itu.

“Sudah tuan.” Mereka serentak bersuara.

“Okey. Terima kasih.” Balas Shazwan. Dia kemudiannya menyuruh Alya dengan Faira duduk di hadapan mereka.

Sempat Alya dengan Faira mengerling pengawal-pengawal peribadi yang mengelilingi mereka itu. Pengawal-pengawal peribadi itu berdiri tegak sambil berpayung. Mereka membelakanginya dengan yang lain.

“Hati manis.”

Alya menjelingnya. Faira turut sama memandang ke arah lelaki itu.

“Apa hati manis, hah?!” Marahnya pada Shazwan.

Shazwan senyum. “Kita baru duduk dah nak marah-marah. Janganlah begitu my sweetheart.”

Alya menggosok-gosok telinganya yang terasa geli. Malas dia hendak balas kata-kata lelaki itu.

Sementara itu, Qaiz pula masih tidak melepaskan pandangannya pada Faira. Perempuan itu hanya mendiamkan diri mendengar pergaduhan kecil Alya dengan Shazwan sahaja.

“Siapa lelaki tu?” Qaiz bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Faira memandang Alya. Temannya itu menjungkit bahu.

“Apa maksud awak? Lelaki mana?” Faira membalas pandangan tajam itu.

“Lelaki tadilah. Lelaki yang ada bersama dengan kamu berdua.” Shazwan mencelah. Dia kembali serius.

“Maksud kamu berdua cikgu Helmikah?” Alya memandang Shazwan dengan Qaiz silih berganti.

“Oh, jadi Helmi nama lelaki tu.” Shazwan mengerling teman baiknya.

“Ya. Apa masalahnya dengan cikgu Helmi tu?” Faira pula bertanya.

“Kalau saya cakap saya tak suka. Apa awak nak balas?” Qaiz memandangnya tajam.

Faira diam. Dia tidak mahu membalas pertanyaan itu. Dia tahu, lelaki ini sengaja mahu memanjangkan perbualan kalau dia memberi alasannya.

Faira menggigit bawah bibirnya. Geram melihat sikap Qaiz melayannya. Dia masih ingat lagi kata-kata lelaki itu sebelum ini. Bila berdua-duaan bukan main lagi dia jadi ulat bulu. Tapi depan orang lain bukan main kasar lagi dia dengan aku. Tengoklah apa aku buat nanti kalau kau ajak aku jalan lagi.

“Kenapa diam?” Shazwan mencelah. Dia memandang Faira dan kemudian memandang Alya.

“Kenapa? Kami tak boleh diamkah?” Alya membalas renungan tajam itu.

“Saya nak balik. Alya, jom balik.” Faira berdiri dan menarik tangan Alya.

Laju Qaiz memberi arahan kepada pengawal-pengawal peribadi itu agar menghalang laluan mereka berdua. Faira dan Alya mendengus geram.

“Duduk!” Arah Shazwan kepada dua orang perempuan itu.

“Untuk apa, huh? Kau orang suruh aku dengan Faira duduk supaya dengar kau orang berleterkah? Begitu?” Marah Alya.

“Eee! Sayang ni. Jangan salah faham boleh tak!” Shazwan berdiri.

“Main sayang-sayang pula dia ni.” Alya menjulingkan mata ke atas.

“Hoi! aku bukan sayang kau, ya. Kau jangan sesekali panggil aku macam tu. Kalau tak aku tumbuk muka kau tu.” Alya bersuara kasar.

Shazwan bercekak pinggang. Dia mendekati Alya dengan senyuman miringnya.

“Cik Alya Ufaira bakal isteri saya dengar sini. Saya tak takut kalau awak nak tumbuk muka kacak saya ni. Tapi, awak tak boleh halang saya untuk panggil awak sayang. Kalau awak tak suka dengan panggilan tu saya ada beribu-ribu lagi panggilan manja untuk awak, tahu.” Dia mengenyitkan mata.

Alya menhentakkan kaki. Hatinya sudah panas. “Ergh!!!”

Shazwan menahan tawanya dan kembali ke tempat duduk.

Faira yang menjadi pemerhati dua pasangan itu berpaling semula ke arah Qaiz.

“Mister Qaiz. Tolonglah lepaskan kami berdua. Kami ada benda penting lagi nak buat daripada layan awak dengan kawan awak ni. Murid-murid dekat sekolah tu lagi perlukan kami berbanding kamu berdua.” Faira cuba berlembut.

“Tapi kami juga perlukan kamu berdua. Kami nak kamu berdua berhenti mengajar di sekolah tu.”

Faira dan Alya tergamam.

“Amboi. Amboi. Amboi! Kau orang ingat, kau orang berdua ni pengetua dekat sekolah itukah. Ikut sedap mulut saja suruh kami berdua berhenti mengajar.” Alya membalas Qaiz dengan suara tingginya.

“Saya tahulah tapak sekolah tu awak punya. Tapi, sekolah tu tempat kami mengajar. Kalau awak dengan teman awak nak kami berhenti, mana kami nak mengajar lagi? Kalau saya berhenti tak apalah. Saya masih ada kafe abang saya. Saya boleh kerja sana. Tapi, Alya? Sudahlah dia anak sulung. Kalau awak suruh dia berhenti macam mana pula dengan keluarga dia?”

“Tak payah kerja. Kalau saya kata berhenti, berhenti sajalah. Saya boleh tanggung awak. Shazwan pula boleh tanggung Alya.”

Faira melopong.

“Apa tanggung-tanggung pula! Saya tak suka orang yang tak ada kaitan dengan saya tanggung saya macam tu saja.” Marah Faira. Alya mengangguk menyokong kata temannya itu.

“Okey. Kalau macam tu kita kahwin. Lepas kahwin saya boleh tanggung awak.” Qaiz memandang temannya meminta sokongan darinya.

“Ya. Betul apa yang Qaiz cakap tu. Alya kahwin dengan saya. Nanti, lepas kahwin awak bolehlah hidup senang. Keluarga awak pun saya tanggung.”

“Dasar lelaki kaya! Kau cakap seribu kalikah. Berkali-kalikah. Saya tetap tak akan setuju. Hal keluarga saya, sayalah yang tanggung.” Mahu sahaja Alya menjerit di situ.

Faira menepuk dahi. Sekali lagi temannya itu naik angin. Alya dan Shazwan saling berbalas kata. Sempat dia mendongak ke langit yang semakin gelap itu. Hujan renyai bertukar lebat.

Faira terkejut. Tiba-tiba saiz payung pengawal-pengawal peribadi itu bertukar menjadi payung besar. Sejak bila mereka tukar payung-payung kecil tadi jadi besar macam payung pasar ni? Tanya Faira dalam hati. Dia betul-betul tidak perasan dengan tingkah mereka itu.

“Takkan nak bertekak dalam hujan lebat begini juga. Baik kita masuk ke dalam.” Faira bersuara.

“Tak payah.” Qaiz berdiri dan merapikan pakaiannya.

“Shazwan, kau uruskanlah buah hati kau tu. Aku nak bawa Faira pergi.” Qaiz bergerak ke arah Faira dan menarik perempuan itu pergi dari situ.

“Eh, mana boleh. Saya nak pulang dengan Alya.” Faira mengeraskan tubuh. Dia tidak mahu berganjak dari situ.

“Ya! Awak mana boleh larikan teman baik saya ni. Kami nak balik sama-sama.” Alya menggenggam kuat tangan Faira. Tidak mahu dia melepaskan tangan temannya itu.

“Alya, lepaskan tangan Faira. Dia urusan Qaiz. Awak tu urusan saya.”

“Tak nak! Saya tak nak jadi urusan awak.” Alya mengherdiknya.

“Pengawal!” Qaiz mula memberi arahan kepada pengawal-pengawal peribadi itu.

Alya gerun melihat wajah-wajah tegang di hadapannya. Terpaksa dia melepaskan tangan Faira.

“Alya!”

“Faira. Kau pergilah dulu. Aku okey. Kau tak payah risau.” Alya tidak boleh melarikan diri lagi kerana pengawal-pengawal peribadi itu sudah mengepungnya.

FAIRA ALISHA berpeluk tubuh di belakang tempat duduk kereta itu. Kereta panjang sudah bertukar jadi kereta mewah yang berwarna putih. Qaiz telah menyuruh salah seorang pemandunya membawa pulang kereta panjang itu ke rumah.

“Saya tak akan tarik balik kata-kata saya tu. Saya nak awak berhenti juga dari mengajar dekat sekolah tu.” Qaiz bersuara. Dia mengerling Faira yang duduk di sebelahnya.

Faira membalas dengan jelingan tajam. Dia kemudian memandang ke depan. “Encik driver, tolong hantar saya pulang ke rumah.” Pintanya pada pemandu itu.

“Pian, jangan dengar cakap dia ni. Kamu terus memandu ke tempat yang saya arahkan tadi.”

“Ya, tuan muda.” Pian memanaskan enjin kereta.

Faira mendengus. “Awak ni dah kenapa, hah? Saya nak pulanglah!”

“Sebelum awak pulang, saya nak bawa awak melawat tempat-tempat yang menarik dulu. Kita dating sekejap.”

“Tak nak! Saya tak suka! Baik awak hantar saya pulang saja.” Pangkah Faira.

Qaiz menjuling mata ke atas. Malas dia hendak melayan kerenah Faira yang degil itu.

“Pian. Gerak.” Arah Qaiz. Pian si pemandu kereta itu menurut kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience