Anak rusa Nani baru tumbuh ekor
Apa salah kami lalu tidak tegur
Husna baca mesej yang di hantar Ehsan. Kemudian meletak telefon bimbit ke atas meja. Husna capai gelas minuman dan menyedut perlahan. Matanya tidak lepas merenung wajah di hadapannya.
Sudah hampir setengah jam mereka duduk berhadapan di restoran mamak itu. Sudah beberapa kali Ehsan memujuk rayu Husna. Tapi Husna sekadar mendiamkan diri dengan raut wajah yang sedih. Kerana itu Ehsan menghantar mesej what's up.
"Abang tau tak Na takut?."
"Please sayang... Abang minta maaf. Abang janji perkara macam ni tak akan jadi lagi." Entah kali ke berapa Ehsan merayu Husna memaafkannya.
"Kita tak setaraf."
Husna berkata benar. Dia bukan cemburu bukan juga marah dengan apa yang dia lihat berlaku di depan matanya sendiri tapi dia rasa rendah diri. Husna tiada apa-apa dalam hidupnya. Selepas episod lintah darat dia tahu, dia sedar dia hidup atas ihsan Ehsan. Kerana itu dia sangat takut jika itu berlaku dia harus memulakan hidup atas kaki sendiri.
Selama ini juga dia sentiasa hidup atas ihsan orang lain. Ihsan Mek, Ihsan Mary dan Kak Intan. Dirinya benar-benar umpama pasir melata.
"Jangan macam ni Na. Jangan takutkan Abang. Abang cuma nak Na sorang je".
"Na minta maaf... kalau jadi sekali lagi macam ni, Na tarik diri". gugur air mata Husna ketika melafazkan ayat itu. Seperti kata pesan dari Mek jika akan memudaratkan dirinya segera tarik diri. Takutnya Husna memikirkan itu.
"Tak akan berlaku lagi! Na pegang cakap Abang. Abang nak berubah hanya Na boleh tolong Abang tinggalkan semua cerita Abang yang dulu".
Menitis lagi air mata Husna. Hidup dia terluka lagi dengan cara yang berlainan pula. Tapi peluang yang diberikan kepada Ehsan adalah untuk dirinya dan Tok Udin juga. Husna tiada sesiapa lagi di sini selain Ehsan.
******************
(BLUR TERUS LA. TAK ADA IDEA! MACAM MANA NAK BAWA WATAK IDRIS MASUK!. BAHAGIAN NI JOM KITA SAMA-SAMA PENING OK! HA HA HA)
"Cantik tak Kak Yong?"
"Cantik... Tapi tak kan belah rotan je".
"Na nak yang ni. Na cakap dia lasak, kalau yang ada batu dia takut tercabut"
Ehsan ketawa besar ketika bercerita pendapat Husna tentang cincin belah rotan dengan cincin bermata. Datin Hasiah turut sama ketawa.
Datin Hasiah senyum suka memandang Ehsan yang ketawa besar bercerita telatah si pujaan hati. Dia tumpang gembira dengan kegembiraan Ehsan. Walaupun Ehsan itu cuma adik angkatnya sahaja tapi rasa sayangnya pada Ehsan tetap tidak bertepi seperti dia menyayangi adik beradik kandungnya sendiri.
Dia saksi utama perjalanan tumbesaran Ehsan dalam keluarga mereka. Ketika ibu dan arwah bapanya mengambil Ehsan sebagai ahli keluarga mereka, dia telah berumur 30 tahun dan telah mempunyai dua orang anak. Adik kembar bongsunya yang beza umur dengannya 22 tahun ketika itu berumur lapan tahun.
Ketika itu Hajjah Hassanah telah berumur 50 tahun. Seorang teman baik Hajjah Hassanah yang berkerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat bercerita tentang seorang bayi cacat yang baru dilahirkan dan ditemui ditinggalkan di sebuah pondok perhentian bas. Kerana kasihankan Ehsan, Hajjah Hassanah bersungguh-sungguh memujuk suaminya Haji Hassan mengambil Ehsan sebagai anak angkat.
Awalnya Haji Hassan keberatan kerana faktor aurat di kemudian hari tapi apabila Hajjah Hassanah sanggup mengambil ubat sehingga dapat mengeluarkan susu badan Haji Hassan beralah dengan Hajjah Hassanah.
Datin Hasiah saksi bertapa susah payah kedua ibu bapanya mahu menolong Ehsan membesar. Ehsan mampu berjalan hanya selepas usianya tiga tahun. Segala saranan fisioterapi dan tempat urutan terbaik mereka bawa Ehsan pergi. Begitu juga dengan masalah sumbing Ehsan, beberapa siri operasi mereka biayai supaya Ehsan tidak rendah diri dengan parasnya.
Ehsan membesar dengan sikap rendah diri yang agak memudaratkan dirinya. beberapa siri buli yang agak teruk terpaksa Ehsan hadapi sepanjang zaman persekolahannya. Membesarnya Ehsan dia seorang yang pasif dan introvert. Hanya selepas berusia 16 tahun barulah masalah buli berkurangan dan Ehsan dapat mencari rakan sebaya.
Kerana itu Datin Hasiah gembira sekali apabila Ibunya memberitahu Ehsan telah bertemu Suri hati. Selama ini mereka tidak pernah mendesak Ehsan tentang pasangan hidup kerana cuba memahami masalah rendah diri Ehsan. Mereka tidak mahu Ehsan tertekan dan menghadapi masalah yakin diri seperti dahulu.
Cumanya ibunya sedikit tidak berpuas hati dengan calon pilihan Ehsan. Bukan kerana sikap atau pemakaian tetapi kerana faktor umur. Bukan juga kerana umur yang jauh bezanya tetapi kerana calon Ehsan di bawah umur!.
15 tahun!
Datin Hasiah sendiri turut terperanjat. Tetapi apabila Ehsan bercerita tentang calon Suri hatinya Datin Hasiah bersangka baik dan memujuk ibunya untuk berlapang dada menerima gadis itu. Ehsan berniat baik untuk menolong gadis yatim piatu itu.
Cincin itu kata Ehsan cincin tanda untuk mengikat Husna. Ehsan akan menunggu tahun hadapan yang tidak beberapa bulan lagi untuk menikahi gadis itu apabila sudah genap umurnya 16 tahun. Umur yang dibolehkan nikah mengikut undang-undang Majlis Agama Islam.
Lagipula menurut kata ibunya, datuk Husna yang lumpuh dan di dalam kondisi kesihatan yang merundun mahu cucunya itu segera bernikah sebelum dia kembali kepada pencipta. Lelaki itu risaukan Husna yang yatim piatu itu jika dia telah tiada.Dia hanya percayakan Ehsan yang sentiasa ada untuk Husna.
"Ris balik bila Kak Yong?"
"InsyaAllah awal tahun depan. Suka dia dengar Ehsan nak kahwin. Dia nak sponsor semua katanya".
Ehsan tahu berita itu dia sentiasa berhubung dengan Idris. Sekadar berbasa basi dengan kakak sulungnya yang jarang-jarang dapat bertemu muka kerana tuntutan seharian masing-masing.
"Perghh! berita baik ni!.
"Iya. Dia cakap dengan Kak Yong nanti Bong sediakan badan je" cerita Datin Hasiah mengajuk cara anak lelaki bongsunya bercakap.
Idris itu sememangnya budak baik. Jika ada keraian keluarga laju sahaja dia mahu menaja majlis. Walaupun Idris habis sahaja SPM tingkatan lima sudah pergi melanjutkan pelajaran ke universiti di United Kingdom tetapi tetap tidak melupakan keluarga di Malaysia.
Lagipula Idris berkemampuan kerana punya pendapatan sendiri. Video-video di you tube, content creator di media sosial, pelaburan di pasaran saham dan syarikat yang ditubuhkan hasil buah fikiran dan modalnya sendiri menggunakan nama ibunya. Semuanya di mulakan ketika di sekolah menengah. Hebat anak muda.
Idris yang sekarang ini berumur 25 tahun sebenarnya sudah habis belajar tapi tetap tinggal di United Kingdom kerana telah membuka perniagaan di sana. Perniagaan berkaitan pengurusan majlis itu memberi pulangan lumayan. Asalnya Idris melakukan perniagaan itu secara kecil-kecilan ketika baru mula belajar di universiti. Lama kelamaan sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun ianya dilakukan sambil Idris menamatkan kuliahnya. Maka habis sahaja belajar Idris menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan tersebut.
Idris dan Ehsan berbeza usia sepuluh tahun. Dari dahulu Datin Hasiah berkerja, lalu Idris kerap ditinggalkan di rumah Hajjah Hassanah maka Ehsan sama-sama menolong ibunya dan pembantu rumah menjaga Idris. Kerana itu Idris sangat rapat dengan Ehsan.
Kecilnya Idris di sekitar usia lima atau enam tahun dia menjadi saksi bagaimana Ehsan melalui trauma akibat dibuli. Cerita-cerita Ehsan di buli berlegar dipersekitan Idris membesar menjadikan dia sangat jatuh kasihan kepada Ehsan dan kerap memberi semangat kecilnya kepada Ehsan yang dipanggil Bong dalam keluarga.
"Kak Yong ikut tak nanti hantar tanda?"
"Mestilah ikut. Adik bongsu Kak Yong yang nak bertunang. Semua orang tak sabar tau tak Bong. Nanti masa Bong kahwin mesti majlis Bong jadi wedding of the year" .
Lebar senyuman Ehsan. Memikirkan sahaja sudah sebegini gembira. Bagaimana pula jika telah tiba harinya. Mesti ini dunia ana yang punya.
"Nanti jangan lupa pesan kat Na tunggu je dalam bilik kat hotel tu. Kak Yong dah ready kan MUA untuk makeup Na".
"Dah pesan Kak Yong tapi budak kecik tu semedang cakap tak payahlah membazirlah dia nak biasa-biasa aje. Dia tak faham Bong ni excited nak jadi tunang orang nak ikat dia jangan lari dari Bong." Ehsan tergelak kecil mengingat Husna yang langsung tidak boleh bertenang sejak tarikh pertunangan yang hampir tiba. Kalau tarikh nikah bagaimana kalutlah gadis kecil itu nanti. Jangan pengsan sudah.
Datin Hasiah semerta teringat raut wajah Husna yang Ehsan bawa pulang untuk dikenalkan kepada Ibunya dan mereka adik beradik. Gugup gadis kecil itu tidak boleh dibincang. Nampak bibir dan pipinya sehingga bergetaran. Sampai begitu sekali.
Jatuh kasihan Datin Hasiah dan mereka sekeluarga. Mendengar kisah latar belakangnya lagilah bertambah sedih dengan nasib gadis yang sangat cantik itu. Kerana itu Ibunya Hajjah Hassanah tidak bertapi lagi terus sahaja setuju dengan pilihan Ehsan.
Datin Hasiah juga tidak pelik jika Ehsan tidak dapat melepaskan Husna itu dari hatinya untuk dianggap hanya sebagai anak, adik atau kenalan. Gadis itu sangat cantik semulajadi. Mungkin kerana darah campur itu menjadikan Husna secantik itu.
Datin Hasiah setuju sahaja. Semua baik-baik sahaja. Istilahnya umpama win win situation. Menang menang. Ehsan dapat isteri yang cantik. Husna dapat suami yang baik. Saling melengkapi mudah-mudahannya.
Share this novel