Bab 67

Drama Series 136190

"Izzah dah telefon Mak Uda, Izzah cakap hari ni kita semua tak dapat datang. Mak Uda faham. Dia cakap settle kan dulu hal kat sini." Kak Izzah.

"Anuar dengan Idrus belum balik lagi ke?" Walid.

"Restoran tu memang ramai orang. Kalau sanggup menunggu dapatlah roti canai dia. Tapi pada Ummi kan... roti dia tu kalau makan sana sedap, tapi dah bungkus bawa balik tak sedap. Sebab dah tak garing terkempam bungkus panas-panas." Ummi.

"Tak pe Ummi buat tambah-tambah, bihun goreng ni sekuali besar ni." Kak Roza.

"Pedas tak Za? takut cucu kecik berdua tu tak tahan." Ummi.

"Tak sangat Mi. Boleh ni." Roza.

"Mana kembar tu Bu? dah turun ke?" Nurul anak bongsu Kak Roza dan Abang Idrus.

"Kembar tu gang Adib ye. Nurul jangan kacau." Adib.

"Tak kira. Budak kecik aje kalau kat rumah Tok Ummi auto permainan ye. Kena share!" Nurul.

"Suka-suka korang je. Kena marah dengan Pak Busu nanti buli anak dia." Adibah anak ke dua Kak Izzah.

"Bukan bulilah. Ganggg" Adib

"Dah! dah! malu dengan Tok Abah dengan Mak Tok ni bertekak pepagi macam ni." Ummi.

"Alah Siah bergurau... biasalah budak-budak sekali sekala berkumpul." Acik Enon.

"Ibrahim! Ismail!"

Jerit Nurul melihat Ibrahim dan Ismail turun tangga berpimpinan tangan dengan Idris dan Husna.

"Assalamualaikum" Idris beri salam pada semua di dapur.

Nurul terus pimpin Ibrahim dan Ismail ke meja makan dan dudukkan di bangku. Idris dan Husna biar sahaja ada dayang menguruskan anak-anak.

"Waalaikummussalam!!!" Semua di dapur.
"Waalaikummussalam... apa macam Ris. Mahal dan terbaik kan hadiah kitaorang?" Kak Izzah.

"Alhamdulillah... terima kasih semua dengan hadiah paling hebat ni." Mengungkapkan ayat begitu sahaja menerbitkan sayu di hati Idris.

"Mana nak sangka kan rupanya Kak Izzah tolong jaga adik ipar dengan anak-anak saudara." Izzah.

"Kak Izzah tak tengok wasap group ke?" Roza.

"Baca... tapi mana akak kenal. Dulu mana ada Kak Izzah jumpa Na. Akak kat Moscow."
"Nama bagitau kat group pun Na aje. Tak kanlah kebetulan sangat. Macam tak sangka kan. Nak jadi cerita." Izzah.

"Tak apelah... Alhamdulillah, Na dengan cucu berdua ni selamat, sihat walafiat." Acik Enon.

"Na... lain kali ada masalah jangan ambil tindakan sendiri. Bincang dengan keluarga dulu." Acik Yem.

"Ye, pengajaran ni Na." Walid.

"Na minta maaf semua... Na terbayang Cik Syikin muntah darah dulu. Na takut sangat." Husna

Idris paut bahu Husna menenangkan si isteri yang trauma.

"Manalah Pak Busu dapat psycho macam tu ambil kerja?" Adibah.

"Entahlah... Nak mengingat dia pun mendidih darah ni." Idris.

"Habis tu... dapat sangkutkan dia kes tu tak?" Walid.

"Kes pecah maklumat tender aje Walid." Idris.

"Kes ugut macam mana?" Acik Yem

"Ris rasa yang tu tak payahlah, sebab nanti Na kena panggil naik turun mahkamah sebagai saksi. Ris tak nak Na dekat dengan dia lagi."

"Betul juga tu. Cukup-cukuplah apa Na dah lalui. Sedih Ummi."

Ummi berdiri belakang Husna dan cium puncak kepala Husna. Husna raih tangan Ummi dan cium kekura tangan Ummi. Sebak.

Semua orang sebak.

"Kenapa semua orang sedih ni?" Ismail
"Yelah!" Ibrahim

Semua ketawa dengan soalan kepelikan kembar berdua.

"Assalamualaikum!"
"Assalamualaikum"
"Assalamualaikum!"
Anuar, Idrus, Naim dan Nazri anak Idrus nombor satu dan dua.

"Patutlah tadi Walid tanya dah habis fikir ke nak ke kedai tu... ramai gila!" Anuar.

"Ummi dah cakap. Mesti serik kan." Ummi ketawa.

"Okay dah boleh hidanglah. Bawa keluar sekali Adibah kek keju semalam." Kak Izzah.

"Adillah mana?" Kak Izzah.

Adillah anak sulung Kak Izzah.

"Toilet." Adib.

Semua sibuk menyusun meja makan dengan jamuan pagi untuk hari ini.

"Na buat teh tarik. Teh Na sedap." Acik Enon.

"Boleh! boleh!" Husna.

Meriah sarapan pagi di banglow Datuk Idham pagi itu. Nyanyian Allah Selamatkan Kamu diulang lagi pagi itu, memandangkan semalam Ibrahim dan Ismail telah pun tidur dan Husna pula di paksa menyorok oleh semua orang.

*****************

Ramai di banglow Datuk Idham tengah hari itu. Selepas mengajak tetamu makan tengah hari mereka duduk berkumpul di ruang tamu.

Anak-anak kecil besar Idris bagi sejumlah duit kemudian pemandu Datuk Idham membawa mereka ke pusat membeli belah berdekatan untuk menonton wayang. Suka sungguh Ibrahim dan Ismail dilayan Abang Akak yang tiba-tiba mereka ada. Kemudian mereka akan pergi dahulu ke rumah arwah Tok Ibu untuk rewang kenduri bertunang anak Mak Uda Hasidah.

"Aunty tak kira ye Ris, Aunty tau awak kena buat majlis satu satu."
"Awak dah buat anak Aunty macam tak ada keluarga sahaja."

Aunty Mary memang nampak tak puas hati sungguh. Dia kehilangan jejak Husna apabila Idris merampas telefon lama Husna dan menukar nombor menyebabkan Aunty Mary terputus hubungan dengan Husna. Dia pula kehilangan nombor Datin Hasiah.

Sepanjang setahun pertama dia kehilangan Husna ada juga dia bertanya Uncle Wong tapi ketika itu Uncle Wong belum bertemu Husna.

Jarak yang jauh dan keterbatasan kewangan dan masa tidak membolehkan Aunty Mary untuk mencari Husna. Dia sudah tua dan Sam yang sudah berkahwin ada pekerjaan yang membatas kepulangan ke Malaysia.

Hanya bulan lepas barulah dia berkemampuan untuk pulang ke Malaysia malangnya dia mendapat cerita sedih terbaru tentang Husna daripada Uncle Wong dan April.

"Maaflah Datin saya cakap macam ni."

"Tak apa Mary, Akak bagi peluang Mary marah dia. Memang patut kena marah."

"I know you are rich. You can give all your wealth to her... but all you did to her cannot accepted. Cara awak ambil dia tu sedih sangat tau tak? Budak Husna ni dari dulu baik perangai. Ramai Sayang Husna."

Idris tertunduk malu. Dia tahu dia bersalah. Dia sendiri menyesal teruk dengan sikapnya kepada Husna di awal perkenalannya sehingga membawa kepada pernikahan mereka.

Husna diam sahaja. Tidak berani menyahut. Dia tidak mahu mengecilkan hati Aunty Mary yang banyak berjasa pada dia, arwah Mak, arwah Mek dan Tok Udin. Dia sudah menerangkan itu kepada Idris dan Idris setuju dengan Husna kerana Idris tahu kasih Aunty Mary pada Husna sangat ikhlas walau tiada hubungan darah.

"Boleh ye Datin saya minta ikut adat. Walau dah lama nikah pun tak apalah."
"Buat majlis tunang dulu. Idris kena bagi tanda risik dengan tanda tunang. Majlis tu makan-makan aje, tapi saya nak ada majlis. Lepas tu buat majlis kahwin. Beritahu satu dunia anak Aunty, si Husna ni isteri Ris satu-satunya!"
"Boleh gitu Datin?"

"Ye Mary. Akak setuju."

Semua di situ diam sahaja. Tidak berani menyahut. Nampak keikhlasan Aunty Mary yang mahu keadilan untuk Husna.

Setelah apa yang Husna terpaksa lalui kerana salah faham Idris yang membuta tuli jadi apalah salahnya Idris mewar-warkan pernikahannya dengan cara begini. Elok juga sebagai menebus kekhilafnya.

"Aunty balik Australia lepas raya Cina tahun depan. Ris ada masa beberapa bulan fikir tarikh yang sesuai."

"Baik Aunty. Ris usahakan yang terbaik untuk majlis tu."

Suka sungguh Datin Hasiah membayangkan sebuah majlis perkahwinan untuk anak bongsunya. Sebelum ini dia seram juga bila Idris tidak kisah berkahwin. Bimbang pisang berbuah dua kali. Di suruh-suruh kahwin tidak mahu rupanya ada cerita seram lain.

Idris pula bukan ada cerita seram tapi rupanya dia buat cerita telenovela sedih tahap yang amat untuk semua orang.

Alhamdulillah. Tidak sabar Datin Hasiah mahu menguruskan sebuah majlis perkahwinan.

******************

Malamnya semua berkumpul di rumah arwah Tok Ibu untuk rewang kenduri bertunang anak Mak Uda Hasidah.

Mereka berbincang sekali tentang majlis pertunangan dan perkahwinan yang di minta Aunty Mary. Bunyinya pelik tapi mereka mahu lakukan juga. Lagipula mereka tahu Idris mampu untuk beberapa kali sekalipun majlis diadakan.

*****************

Sementara menunggu majlis perkahwinan, Idris tidak benarkan lagi Husna bekerja. Tapi Husna tolong juga Kak Izzah menyiapkan tempahan dari rumah Ummi sahaja.

Ibrahim dan Ismail sudah di tukarkan ke sekolah berdekatan. Pelik anak itu dalam masa kurang setahun sudah kali ke tiga mereka bertukar sekolah. Tapi mereka amat gembira kerana sekarang ada Mak, Ayah, Tok Walid, Tok Ummi, Mak Tok, Tok Abah, Nenek Mary, Wong yeye dan abang akak yang ramai.

Tiba-tiba aje ada semua orang.

Ramainya! Seronok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience