Bab 59

Drama Series 136190

"Kita nak pergi mana ni?"

"Adalah..."

Sedari tadi kereta meluncur laju sahaja membelah jalan dan pemandangan kesibukan jalan kota telah berubah menjadi pemandangan menghijau.

"Abang bukan nak jual Na ke Thailand kan."

Akhirnya Husna menyuarakan juga kegusaran dalam hatinya. Dan soalannya itu Idris sambut dengan ketawa terbahak-bahak sehingga mengalir air mata dari tubir matanya. Hanya selepas tawanya reda barulah Idris mampu menjawab.

"Sayang ni kan pandai buat lawak sebenarnya."

Jawab Idris dalam sisa tawa yang masih belum hilang. Husna merengus dalam hati. Dia bimbang.

"Susah payah Abang cari Sayang boleh pulak nak jual kat Thailand.

"Dulu Abang pernah cakap macam tu. Kalau Na buat perangai Abang nak jual Na kat Thailand."

"Allah Sayang ni. Abang guraulah. Abang minta maaf tau dulu Abang jahat dengan Sayang."

Idris raih tangan Husna di atas riba Isterinya itu dan bawa ke bibir. Dikucup lama tangan putih melepak isterinya penuh kasih.

"Okay dah sampai."

Kereta masuk ke ruangan pakir. Suasana berkabus tebal. Idris keluar dari kereta kemudian menolong membuka pintu kereta untuk Husna dari luar.

"Kita kat Genting Highland Sayang."

Husna keluar dari kereta memandang persekitaran yang berkabus tebal. Dia pernah mendengar kawan sekerja bercerita Genting sekarang sudah tidak berapa sejuk tapi sekarang Husna sudah berada di sini dia tidak bersetuju dengan kata-kata itu.

Husna peluk dirinya sendiri. Idris sudah membuka pintu belakang kereta. Kemudian mengeluarkan sebuah beg kecil. Dari beg kecil Idris keluarkan sehelai sweaters berwarna pink. Sangat sesuai dengan Husna yang memakai shawl abstrak bertanah putih merah, blouse berwarna putih dan berskirt labuh berwarna merah darah yang Idris minta dia salin sesampainya dia di apartment Idris pagi tadi.

Idris raih tangan Husna dan mereka berjalan keluar dari ruangan pakir yang Husna tidak tahu ke mana Idris mahu bawa dia pergi.

"Kita naik cable car sampai atas"

Husna sekadar menurut. Teruja pertama kali menaiki cable car. Husna tidak lepaskan tangan Idris. 'Gayutnye saye' tiba-tiba terfikirkan dialog Johan RajaLawak. Idris pula bukan setakat tolong menggenggam tangan Husna diberinya sekali pakej peluk dan cium tepi kepala Husna.

"newlyweds?" Sambil tersenyum seorang wanita seakan sebaya kakak sulung Idris yang sama-sama di dalam cable car Idris dan Husna bertanya.

"Taklah. Ni tahun ke enam." Senyum gembira Idris menjawab. Bersyukur dia berjumpa Husna semula untuk meraikan perjalanan enam tahun pernikahan mereka.

"Oh ye ke! Macam pengantin baru sweetnya."

"Alhamdulillah. Terlalu menghargai dia yang sabar dengan saya sepanjang enam tahun ini."

****************

Mereka sekadar di ruangan dalam Arena Genting kerana di luar hujan turun lebat. Oleh kerana itu ruangan permainan dalam juga agak padat sehingga menjadi tidak selesa. Idris tarik Husna keluar dari area permainan dalam Arena Genting.

Husna mengekor sahaja langkah Idris. Rupanya Idris menempah sebuah bilik hotel. Idris kata sudah hampir masuk waktu Zuhur.

Mereka makan tengah hari dahulu di dalam bilik. Set KFC yang Idris beli bungkus sebelum menuju ke hotel. Mereka sekadar bebual kosong. Tidak perlu memasang penyaman udara. Suasana sangat sejuk kerana di luar hujan lebat.

Masuk sahaja waktu Idris ajak solat cepat-cepat. Husna hanya menurut mungkin Idris mahu pulang awal memandangkan tiada apa yang dapat dibuat di sini.

Sudah solat Idris bukan berkemas untuk pulang sebaliknya Idris naik atas katil dan masuk dalam selimut tebal.

"Come! Sini Sayang!"

"Bukan nak balik ke?"

"Bila pulak Abang cakap nak balik?"

Husna datang pada Idris yang sudah berbaring masuk ke dalam selimut. Di angkat tinggi selimut supaya Husna turut masuk ke dalam pelukannya di bawah selimut tebal.

Mula-mula Idris sekadar memeluk Husna yang matikan diri dan mula rasa terbuai dengan bau wangi maskulin badan Idris. Bila dirasa tiada penolakan dan Husna nampak selesa di peluk begitu tangan Idris mula tidak diam. Idris yang berbaring mengiring di belakang mula menggosok-gosok perut Husna.

"Sayang!"

"Errmm?"

"Boleh ye?"

"Boleh apa?"

"Kesian Abang"

"Kesian kenapa?"

"Lama tak dapat."

"Aritu dah dapat"

"Tak cukup! boleh ye... Abang tak tahan Sayang."

Husna diam sahaja tidak menjawab. Mahu mendengki Idris. Nampaknya Idris bukan jenis menunggu izin kali ini. Mungkin bagi pihak satu lagi sudah tidak mampu bertahan.

Husna biar sahaja Idris buat kerja apa yang dia mahu. Sebab Husna sendiri mahu tapi malu.

**************

"Aku geram betul dengan samdol tu. Dia ingat dia pegawai dia bagus sangatlah. Dia tak tahu dari pejabat sampai kat mall semua mengutuk dia!"

Kus semangat. Terperanjat Husna apabila Kak Lin masuk ke dalam pantry dan membebel panjang.

"Kenapa Kak Lin. Siapa yang berani buat Kak Lin marah ni?"

"Eyy! Sakit betul hati aku! tulah! perempuan perasan cantik tu! Sheila!"

Oh! Maka tak dapatlah Husna nak menolong. Dengan Cik Sheila lebih baik buat bodoh sahaja. Sepanjang Husna mengenali perempuan itu tidak menjawab dan pura-pura blur adalah lebih baik daripada menjawab atau menunjuk cara yang betul kepada kesalahan perempuan itu. Husna malas cari isu.

"Aku kalau dapat satu aje silap dia... siaplah aku canang satu dunia. Biar dia kena halau dari syarikat ni!"

"Uishh! marah betul Kak Lin ni."

"Kau ingat aku main-main? Ni Fadzlinlah! Jangan berani sebut nama aku kalau ilmu kau tak cukup di dada!"

Husna datang dekat Kak Lin dan raih Kak Lin masuk kepelukannya dari tepi bahu. Husna sengetkan kepala ke bahu Kak Lin dan menepuk-nepuk perlahan bahu Kak Lin.

"Sabar ye Kak Lin... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar."

Husna memujuk. Lebih kepada menyakat sebenarnya, kerana Kak Lin jenis sekejap sahaja panasnya. Bebelannya sahaja yang lama.

"Na rasa baik Kak Lin pasang muka comel semula. Kang Encik Rizal datang, mesti dia takut tengok akak yang macam Hulk ni."

"Betul jugak kan."

Kak Lin keluar dari pelukan Husna menggoyang-goyangkan badannya bagai orang menurun dengan Tok bomoh kemudian menoleh kepada Husna dengan senyuman.

"Okay tak senyum macam ni."

Husna angkat dua-dua Ibu jari tangannya.

"Macam gini Kak Lin. Terbaik!"

Kak Lin tunjal bahu Husna agak ganas menggunakan jari telunjuknya sekali, kemudian keluar dari ruang pantry bersama penyapu dan penyodok sampahnya. Husna geleng kepala dan tersenyum, terhibur dengan sikap Kak Lin yang 'rare'.

*****************

"Pakcik Ayah!"
"Pakcik Ayah!"

Lebar senyuman Idris melihat kembar berdua yang terlompat-lompat di balik pagar rumah Acik Yem dan ketawa gembira. Idris parking kereta betul-betul di hadapan pagar rumah.

"Pakcik Ayah lambat. Kami dah balik sekolah dah."

"Ye la. Pakcik sangkut jam. Ada accident tadi. Kesian Pakcik tak dapat ambil Ibrahim dan Ismail balik sekolah."

Acik Enon menuju ke pintu pagar dari dalam rumah dengan segugus kunci.

"Masuk Ris... Ya Allah! apa jugalah Ris bawa kali ni. Acik sekarang dah kurang masak dah asyik makan free. Nanti Acik dah tak pandai masak macam mana?"

Idris hulur bungkusan lauk. Ikan sembilang asam pedas, gulai pucuk paku telur itik, ikan kembung goreng dan sayur cendawan tumis air.

"Acik Enon kamu timbang semalam naik dua kilo Ris. Belum hujung tahun dah tercapai azam dia."

Acik Yem yang duduk di sofa menyakat isterinya yang baru mahu menuju ke dapur dan turut ikut ketawa.

"Gemuk pun Abahnya Sayang kan."

Acik Enon pulang kata-kata suaminya.

"Gila tak sayang awak? Intan payung tu..."

Dan mereka semua sama-sama ketawa termasuk cucu berdua. Suka mendengar Atok Abah dan Mak Tok bergurau begitu. Idris lebih lagi gembiranya. Maklumlah hidupnya berganda-ganda bahagia. Ada Husna dan kembar berdua.

Hari Isnin dia bersama Husna, Selasa bersama kembar berdua, Rabu dia di pejabat syarikat hartanah yang lebih kepada untuk dekat sahaja dengan Husna, Khamis bercinta memadu kasih lagi dengan Husna atau pergi berjalan-jalan atau kedua-duanya sekali. Dan hari Jumaat bersama kembar berdua sekali lagi. Sabtu dan Ahad hari beriadah sambil mencari peluang perniagaan kerana itu dia akan bersukan golf, polo, memanah atau berkuda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience