Bab 19

Drama Series 136190

16hb Januari. Hari Khamis.

"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan budak sayang bucuk Mek"
"Allah selamatkan kamu"

"Terima kasih Mek. Lama tak dengar Mek bahasakan diri Mek" Husna tersengih-sengih gembira.

"Aku nak kau jadi gagah perkasa macam aku. Sebab tu aku tak boleh manjakan kau sangat. Tapi kau rasa kan kasih sayang melimpah-limpah kat kau!"

"Ye rasa... tak ada siapa sayangkan Na macam Mek sayang Na. I love you Mek till jannah."

"Aku pun I love you more kat kau Na. Okaylah ramai pulak orang datang, tadi tak de. Kau pun nak pergi kerja kan. Baik-baik tau jaga diri."

"Okay Mek... Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Husna tersenyum gembira menerima panggilan di pagi hari daripada Mek dengan ucapan Selamat hari lahir untuknya. Husna turun tangga terlompat-lompat kecil sambil tidak habis tersenyum senang hati.

"Assalamualaikum sayang. Selamat pagi. Happy birthday."

Terkujat besar Husna apabila buka sahaja pintu grill di tangga masuk bangunan kediamannya disapa suara Ehsan di balik jambangan besar 16 kuntum mawar pelbagai warna.

"Semoga Na sentiasa ceria macam warna-warna bunga Ros ni."

"Terima kasih Abang"

"Sama-sama sayang. Kita pergi breakfast dulu baru masuk ofis."

Husna sekadar menurut. Ehsan mengait jari jemari Husna memimpinnya melintas jalan. Membukakannya pintu kereta apabila tiba dengan pakej memakaikan tali pinggang keselamatan sekali seperti selalu.

"Mudah-mudahan hari ni semuanya baik-baik sahaja kan Sayang." Sebelum memandu Ehsan berdoa ringkas.

"Amin Ya Allah."

Husna tahu seperti dirinya Ehsan juga sudah lelah dengan beberapa kali siri drama bloopers yang telah terjadi.

Mereka singgah makan di restoran berdekatan pejabat. Hari masih awal. Tapi ketika waktu jam sebegini ada aksi serangan telah mereka terima daripada skandal-skandal Ehsan. Jadi nampak pergerakan Ehsan yang sedikit tidak selesa.

"Tak sangka Abang akan hidup dalam keadaan serba salah macam ni. Yang tak bestnya Abang libatkan Na. Abang minta maaf ye Na."

Husna capai tangan kanan Ehsan di atas meja meramas perlahan menghantar sokongan.

"Jangan pernah tinggalkan Abang ye Na. Lagipun Abang dah tua, InsyaAllah tak berapa lama Na kena temankan Abang"

Husna tepuk sedikit kuat tangan Ehsan yang sedang di genggamnya.

"Apa cakap macam tu."

"Kata orang kalau minta nak mati minta pada ketika iman kita tengah betul-betul harap keampunan." sambung Ehsan.

"Abang mana boleh minta mati. Abang dah janji kan nak jaga Na."

"Kalau Abang tak berjaya tunaikan Abang dah mati, Na ampunkan Abang ye."

"Abang! hari ni hari jadi Na tau. Kenapa cakap bukan-bukan ni!. Malaslah kawan Abang." Husna bersuara sebal menolak pinggan roti canai yang baru separuh dimakan.

"Okay Sayang... Sorry okay. Abang cuma nak pancing ihsan Na je. Kan sejak seminggu dua ni Abang banyak buat Na sedih."

"Patutnya dah macam tu minta maaf sungguh-sungguh. Cari penyelesaian supaya semua tu tak jadi lagi. Ni...cakap bukan-bukan macam tu!"

"Okay Sayang. I'm sorry Sayang. A big sorry. Makan ye sayang. Habiskan nanti lapar. Kejap lagi dalam pukul sepuluh ada meeting staff. Nanti Na lapar kalau meeting habis lambat." Ehsan tolak kembali pinggan dua keping roti canai rapat ke hadapan dada Husna.

"Mana Na terlibat. Na kan cleaner."

"Bukan... kalau meeting lambat habis macam mana Na nak pergi lunch tak ada Abang kan." Ehsan pujuk Husna lembut. Silapnya memancing simpati Husna dengan ayat sebegitu. Itu sahaja cara yang dapat difikirkannya. Semenjak dua menjak ini dia sukar tidur malam. Kerisauan Husna meninggalkan dirinya mengganggu waktu tidurnya. Dia habiskan malamnya dengan solat taubat dan tahajut memohon Allah menetapkan hatinya untuk melupakan terus kesukaan kepada maksiat, cintakan dunia dan sifat lagha.

Husna pandang wajah subal Ehsan yang kelihatan lingkaran hitam di bawah matanya. Sedikit cengkung dan pucat. Lelaki ini kerap kali demam kebelakangan ini. Pasti Ehsan sangat stress. Husna jatuh kasihan. Malam tadi juga Husna telah berazam untuk kekal di samping Ehsan selagi lelaki ini memerlukannya. Dia memilih untuk membalas budi Ehsan. Husna fikir Allah telah tulis begini jalan hidupnya dan Ehsan. Jalan di mana ke dua mereka saling menyokong atas ujian hidup masing-masing sehingga sampai waktu yang Allah telah tetapkan.

******************

"Kalau kita tak payah keluar lunch nanti boleh tak?"

"Na okay je. Abang sibuk kan. Nanti terkejar-kejar masa. Abang nak makan apa Na tolong belikan bungkus."

"Tak pe. Nanti Abang order. Meeting nanti untuk staff tingkat tiga dan empat aje. Budak logistics dengan store tak terlibat tapi Abang nak belanja semua makan. Last Abang belanja sebagai bujang."

"Cantekkk... Na ikut aje".

"Na nak makan apa."

"Tak taulah Abang. Na ikut Abang." Ehsan senyum sahaja sambil mata memandang jalan dan Husna bersilih. Dia tahu Husna memaksudkan cakapnya sebab gadis itu tidak banyak kerenah.

"Biryani sedap kan. Order daging separuh ayam separuh. Total staff berapa Na?"

"15...25...32 budak logistics ada berapa ye...32...32...44 campur guard 48. Senang Abang order je 50. Kalau ada lebih bagi Ijal bawak balik sebab mak dia masuk hospital. Adik- adik dia semalam dia cerita makan beli bungkus. Na rasa hari ni mesti ada yang cuti atau MC. Tapi tak pe kalau 50 okay tu, cukup untuk tolong Ijal bagi adik-adik dia."

Ehsan tahu sebenarnya jumlah kakitangannya. Sengaja dia mahu Husna berbual dengannya. Mahu mendengar suara Husna yang merdu di telinganya. Mahu merakam dan menyimpan gerak-geri Husna dalam kotak fikirannya.

Kebelakangan ini dengan dosa-dosa silam yang mengekor dan memunculkan diri bagai bayang-bayang hitam itu mengusarkan hatinya. Maka dalam seluruh doanya setiap malam yang terganggu tidurnya Ehsan berdoa untuk menyerah segalanya kepada Allah. Mengampunkan dosa-dosanya yang menggunung dan menyimpan aib-aib yang telah ditinggalkan. Dan lagi Ehsan pohon jika Husna itu sememangnya bukan jodohnya dengan terlalu banyak tanda-tanda dia hanya akan menginaya gadis kecil itu biarlah gadis itu lepas darinya tanpa sengketa, tanpa rasa benci dan jijik pada dirinya.

Kerana dia ikhlas menyayangi gadis itu walau dia tahu dia tidak layak untuk gadis semuda, sebaik dan senaif Husna.

Dia pasrah dan berserah.

******************

"Tak habis lagi ke Na meeting?... Dik ikut lorong tu, pantry belakang. Letak je atas kabinet pantry okay."

Kak Siti receptionist aras bawah orang pertama yang Husna jumpa ketika hari pertama mendaftar kerja di sini menegurnya. Kak Siti memandu arah dua orang budak lelaki dari catering yang menghantar nasi biryani yang Ehsan pesan.

"Belum Kak Siti, Na rasa kejap lagi habislah. Dah dekat pukul satu. Separuh lagi diaorang dah hantar pantry tingkat dua kan Kak Siti?"

"Dah!.. Okay dik terima kasih banyak-banyak ye." Sambil menjawab soalan Husna sambil Kak Siti berterima kasih kepada dua orang remaja lelaki tadi.

"Lepas rehat kata Encik Mislan dia nak meeting kejap dengan budak logistics. Na tolong prepare meeting room ye."

"Okay Kak Siti."

"Akak turun dulu. Lunch Akak kat pantry orang bawah."

Kak Siti menghilang di sebalik pintu. Husna pandang jam di tangan. Kejap lagi.

"Encik Mislan nak guna meeting room after lunch. You pergi kemas dulu bilik tu angkat semua botol air dan buah tu.

"Okay Cik Sheila."

Husna sebenarnya terperanjat tapi dia berjaya mengawalnya. Hebat betul Cik Sheila kerana berjaya memeranjatkannya pada setiap kali sergahan.

Husna berselisih dengan beberapa orang staff yang baru keluar dari bilik mesyuarat. Akhir sekali berselisih dengan Ehsan.

"Jom makan. Na mesti dah lapar. Tadi sarapan awal."

"Kejap Abang Na..."

"Boss!, call dari Perlabuhan Klang. Pasal dokumen incomplete. Urgent"

"Okay Sheila thanks."
"Abang jawab call dulu ye Na. Nanti saing makan kat pantry okay."

"Okay Abang."

Alamak! tertinggal kain lap pulak. Husna tepuk dahi. Patah balik ke pantry mengambil kain lap dan cecair pencuci.

"Makan Na."

"Dia makan dengan Cik Abang"

"Ye la kau ni. Mana ada selera tak makan bersama"

"Nanti cakap kat Encik tunang kau terima kasih belanja ye Na."

Husna sekadar ketawa dengan gurauan mereka. Mereka ramai-ramai makan di meja kerja kerana ruang pantry mejanya terlalu kecil untuk makan bersama serentak.

Husna menuju kembali ke bilik mesyuarat bersama kain pengelap, cecair pencuci dan plastik sampah. Bilik mesyuarat tidaklah kotor cuma perlu mengumpul botol-botol air miniral, plastik gula-gula dan pinggan buah-buahan. Buah-buahan itu idea Ehsan untuk mengelakkan kakitangan mengantuk ketika mesyuarat sedang berlangsung. Ehsan tidak berapa setuju dengan gula-gula kerana tidak bagus untuk kesihatan katanya.

Alamak! beberapa biji buah anggur bergolek jatuh merata lantai. Ada yang bergolek masuk ke bawah meja dan di sebalik langsir tingkap. Husna kutip dulu anggur yang bergolek ke bawah meja kemudian sambil tertunduk pergi pula ke belakang langsir yang tebal dan labuhnya hingga ke lantai itu. Macam main sorok-sorok pulak.

"No! Enough is enough!"

Husna terperanjat besar mendengar pintu bilik mesyuarat yang ditutup kuat dan suara keras Ehsan. Husna kekal di balik langsir.

"You know you can't do this to me. You owe me!"

Husna jengah sedikit di sebalik langsir. Mengintip. Husna pekup mulut apabila melihat lawan bicara Ehsan. Kenapa? Apa cerita?.

"I owe you nothing!. I already told you we are over!. Don't you dare come to me to claim something that already ended long ago. I don't want it to happen again!"

Ayat Ehsan hanya mengundang marah lawan bicaranya. Sebelum dia hampiri Ehsan, memegang wajah Ehsan dengan ke dua tangan dan mencakup bibir Ehsan dengan kasar tapi penuh bernafsu.

Ehsan awalnya meronta-ronta cuba melepaskan diri sebelum ikut terbuai dengan si dia yang mendominasi. Beberapa ketika kemudian apabila akal mampu berkerja Ehsan tolak kuat hingga terlepas dari tangan yang memegang kuat wajahnya.

PANGGG!!!

Ehsan layangkan tamparan paling kuat ke wajah itu. Husna pekup mulut supaya tidak mengeluarkan bunyi esakan.

"Go!"
"Goo!!! don't you dare show your face in front of me again! ever!!!"

Dan dia pergi.

Pergi sambil memegang pipinya yang pijar ditampar Ehsan.

Husna keluar perlahan-lahan dari sebalik langsir tebal. Ehsan berdiri membelakangkannya sedang meramas kuat rambutnya dengan ke dua tangan. Terdengar Ehsan menyumpah-nyumpah dan kemudian teresak kecil.

Apabila Ehsan berjaya mengawal perasaannya dia beristighfar panjang beberapa kali. Menggigil-gigil Ehsan mengeluarkan sapu tangan dari kocek kanan seluarnya dan mengelap bersih wajahnya. Ehsan lap juga bibirnya berulang kali.

Ehsan pusing mahu keluar dari bilik mesyuarat sebelum ikut terkaku seperti Husna yang sudah lencun dengan airmata. Ya Allah tolonglah. Bukan begini caranya menguji aku Ya Allah jerit Ehsan dalam hati. Tergigil-gigil bibir, pipi dan seluruh tubuhnya melihat Husna dalam keadaan paling rapuh pernah Ehsan lihat.

"Naaa...."

Husna pusing dan lari laju keluar dari bilik mesyuarat. Beberapa kakitangan yang telah sudah makan tengah hari berkumpul di hadapan lift untuk turun solat di surau aras dua. Mereka terperanjat melihat Husna yang berlari bagaikan lipas kudung dan Ehsan mengejar di belakang.

Ehsan dapat memintas Husna meraih pinggang Husna agar berhenti. Husna tolak dada Ehsan sehingga terundur beberapa langkah ke belakang kerana tidak bersedia dengan tindakan Husna. Merah mata Husna dengan muka yang lencun dengan air mata. Husna tanggalkan cincin pertunangan dan letak di atas lantai. Mereka yang di hadapan lift terperanjat dengan drama pasangan itu. Husna lari buka pintu kecemasan dan pantas menuruni tangga. Tiba di aras satu Husna keluar pintu utama. Laju berlari menyeberang jalan meninggalkan bangunan pejabat.

Menyusup-nyasap Husna berlari tanpa arah sama seperti akalnya yang tidak mampu berfikir lagi. Ya Allah tolong Na. Tolong Na takut. Apa yang patut dia lakukan. Bagaimana...

Husna termengah-mengah kepenatan. Berlari sambil menangis dengan fikiran yang kusut menyebabkan penafasannya jadi pendek. Husna tercungap-cungap mencari udara. Dia merasakan dadanya sempit tiada oksigen. Husna terbongkok-bongkok menekan dada. Bertenang Husna. Semua hamba di uji. Bertenang... bagai terngiang-ngiang suara Mek entah dari arah mana. Husna berjalan lambat-lambat menekan dada. Nampak sebuah bangku Husna duduk di situ.

"Eh! Nana you okay ka." satu suara menyapa.

Husna angkat tangan sebelah cuba memberitahu yang dia sedang menenangkan diri. Husna tarik nafas dan lepas perlahan-lahan. Husna ulang lagi sehingga dia mampu menarik nafas seperti biasa tapi Husna rasa sangat penat. Sepertinya dia telah berkerja sehari suntuk tanpa henti.

"Ini...ini kasi minum air. Ada anjing ka kejar sama lu Nana?" satu botol kecil air miniral di hulur kepada Husna.

"Tak... terima kasih Uncle Wong". Husna angkat separuh tinggi botol air miniral.
"Tak tau kenapa tiba-tiba macam sesak nafas" Husna berbohong.

"Aiya! itu macam ka. You banyak penat la Nana. Kerja lagi mahu jaga Udin lagi" teka Uncle Wong prihatin.

"Mungkin la Uncle".

"Okay la. You duduk saja sini. Nanti sudah okay baru balik. Kalau tak ada okay kasi jerit panggil sama uncle."

"Terima kasih Uncle."

Husna juga tidak perasan bagaimana larian langkah kakinya membawa Husna ke sini. Laluan belakang Restoran vegetarian milik Uncle Wong. Mungkin kerana dahulu di sini ada Mek.

Husna di serbu rasa sedih. Rasa sedih yang tak mampu dibendungnya lagi. Husna mahu Mek. Husna tak mampu jadi kuat seperti yang Mek mahukan. Sekarang ini Husna hanya mahu Mek. Tersedu-sedu Husna menangis tanpa bunyi. Basah lengan bajunya cuba menampung si air mata.

Husna takut jika Uncle Wong menelefon Aunty Mary. Nanti bukan sahaja berita tiba kepada Aunty Mary tetapi juga kepada Tok Udin dan akhirnya kepada Mek.

Husna tidak mahu sesiapa tahu jika ada yang bertanya. Bagaimana mahu Husna menjawabnya. Kerana Ehsan? maka adakah dia akan menceritakan apa yang dilihatnya?.

Memikirkan itu Husna jadi pening teramat. Husna bangun dari duduk di bangku kemudian mencangkung ke pinggir longkang di hadapannya dan memuntahkan seluruh isi perutnya. Berpinar-pinar pandangan Husna setelah selesai.

Husna paut bangku tadi, duduk dan cuba menyusun nafas kembali.

Pandangannya yang berpinar kabur dengan air mata. Berpusing-pusing rasanya seluruh alam.

Di hujung lorong Husna nampak kelibat seseorang semakin menghampirinya. Siapa tu? Mek ke? Melangkah perlahan semakin mendekati dengan Husna yang tidak mampu lagi nampak dengan jelas. Husna pening, mual, rasa sakit dan matanya penuh dengan air mata yang tidak mahu berhenti keluar.

"Husna Sayang..."

Siapa tu? suaranya tidak asing di telinga Husna. Kenapa Husna tidak mampu berfikir. Ya Tuhan tolong kembalikan kewarasan Husna.

"Husna...ampunkan Abang Sayang. Tolong ampunkan Abang." Mujur telefon Husna itu Ehsan pasang tracker apps. Dapat dia menjejaki segera gadis itu. Ehsan mahu selesaikan segalanya dengan Husna hari itu juga.

Husna mahu lari tapi dia benar-benar tidak berdaya. Mahu meruit satu jarinya sahaja dia berasa tidak mampu. Husna black out!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience