Bab 42

Drama Series 136190

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Penerbangan selama kurang lebih 14 jam itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Jam di tangannya menunjukkan pukul lapan pagi ketika Idris mengambil bagasi di ruang dalam KLIA.

Idris melangkah laju menuju ke luar bangunan KLIA mahu menyewa teksi yang akan membawanya ke Ibu Kota.

Tak sabarnya mahu melihat wajah yang dirindui itu terperanjat dengan kepulangannya pagi ini. Sedang buat apa isterinya itu ye. Idris yakin Husna sudah bangun. Isterinya sebelum Subuh biasanya sudah bangun. Rasa Sayang semakin mengebu-gebu apabila teringat Husna yang taat urusan agama.

Kerana trafik yang agak ketat di pagi hari, Idris tiba di apartment pukul sepuluh pagi, hampir dua jam di atas jalan.

***************

Assalamualaikum!

Idris sekadar berbisik memberi salam ketika sesenyap yang boleh membuka kunci rumah dan pintu rumah. Tersimpul-simpul bibirnya menahan senyum jangan sampai jadi tertawa.

Kad akses, kunci rumah dan telefon bimbit Idris letak di meja kecil di tepi pintu utama, perlahan-lahan. Bagasi juga Idris letak sahaja di kaki meja kecil. Ruang tamu tersusun kemas. Hanya benang kait Husna yang yang berwarna merah dan kuning terletak di atas meja kopi, yang lainnya berhimpun cantik di dalam bakul yang juga di atas meja kopi. Rumah senyap sahaja tiada bunyi pergerakan.

Dengan kaki yang terjengket-jengket berjalan perlahan Idris tuju ke ruang dapur. Perlahan-lahan bersembunyi di balik dinding di tepi pintu masuk ke dapur. Idris jenguk kepala melihat ke dalam dapur jika-jika Husna sedang khayal mengelamun sambil menyiang ikan bilis atau taugeh.

Ruang dapur kemas tersusun, terang dengan sinaran matahari pagi yang belum cukup tinggi menembak ruang dapur dari arah tingkap kaca yang tertutup rapat. Peliknya...

Idris terus tegakkan badan. Malas mahu membongkok lagi sambil terjengket-jengket. Langkah Idris lajukan menuju bilik tidur utama pula. Pintu bilik memang sudah terbuka luas. Katil dan cadarnya tersusun kemas. Idris tuju pula ke bilik air di dalam bilik. Kosong dengan lantai dan meja batu sinki kering menunjukkan tiada penggunaan bilik air untuk tempoh yang agak lama.

Ke mana Husna pergi?

Cepat pantas Idris melangkah laju ke almari pakaian memastikan semua pakaian Husna masih ada di situ. Ye, masih di situ cantik berlipat.

Idris duduk di birai katil. Jam digital di atas meja kecil bersebelahan katil menunjukkan pukul sepuluh suku pagi. Mungkin Husna ke kedai. Mungkin Husna berjalan-jalan di bawah di taman apartment bersebelahan kolam renang.

Kriukkk...

Perut Idris berbunyi. Dia hanya makan ketika dalam penerbangan. Ketika penerbangan baru dua jam berlepas. Apabila tiba di KLIA dia terlalu teruja untuk bertemu Husna hingga tidak mahu membuang masa singgah sarapan pagi. Idris fikir mahu makan bersama-sama Husna. Mahu membawa Husna turun ke kafe bawah.

Idris bangun menuju ke luar bilik tidurnya. Idris sempatkan membuka pintu bilik sebelah, juga kosong dan cadar di katil bilik itu juga kemas sahaja. Perabot di dalamnya juga tersusun cantik.

Idris tuju kembali ke ruang dapur. Membuka kabinet dan mengambil sebiji mug. Sebelum mengambil sepeket kecil kopi, segera Idris menyambil membuka pintu keluar balkoni belakang. Matahari pagi sudah tidak secerah tadi kerana kedudukannya yang semakin naik tidak lagi menembak ruang dapur apartment. Idris buka pula pintu bilik kecil bersebelahan dapur jika-jika Husna di situ dan sesuatu kecelakaan terjadi.

Tiada!

Sepeket kecil kopi segera Idris keluarkan dari dalam kabinet di atas 'rice cooker'. Cantik tersusun serbuk kopi dan Milo bersebelahan, kemudian balang gula pasir dan gula merah. Betul-betul cara kerja seorang Siti Husna.

Idris capai tin biskut kering membawa ke meja makan bersama mug berisi kopi segera panas berasap nipis. Alas perut bisik Idris di dalam hati. Kot-kot sekejap lagi Husna pulang bolehlah di bawa isteri yang dirindui itu makan di luar.

***************

Idris celikkan mata yang masih terasa kelat. Mengelip-ngelip sekejap ketika otaknya cuba berfikir keberadaan dirinya. Idris di sofa, tadi sekadar mahu baring sebentar sementara menunggu Husna pulang entah dari mana.

2:00 pm!

Idris bingkas duduk dari berbaring. Meraup muka beberapa kali terus Idris berdiri kemudian berjalan menuju ke dapur. Kosong!

Idris tuju pula ke bilik tidur. Juga kosong! Ke mana Husna? Akalnya mula berfikir yang tidak-tidak. Husna larikah? Husna accident? Husna diculik? Apa? yang mana? Arghhh...

Baik dia mandi dahulu kemudian solat Zuhur. Lepas itu baru fikirkan kebarangkalian keberadaan Husna.

*****************

Idris toleh ke kiri untuk salam akhir solat Isyaknya. Kemudian menadah tangan berdoa supaya Allah membantunya menjejaki keberadaan Husna.

Sesudah menyidai sejadah Idris duduk di birai katil. Idris capai telefon bimbit di atas meja sisi katil. Sudah tidak mampu menahan kemusykilannya tentang ketiadaan Husna di dalam rumah. Dia harus menurunkan egonya sekarang juga. Bimbang dia juga yang akan menyesal.

Tut Tut
Tut Tut
Tut Tut

Idris mencari bunyi yang mengiringi panggilannya ke telefon bimbit Husna. Di mana? Idris angkat bantal. Allahuakbar! apa sebenarnya yang berlaku. Telefon Husna cantik duduk di atas tilam di bawah bantal.

Segera panggilan dimatikan. Sudah tidak berguna usaha yang ini. Idris belek telefon bimbit Husna di tangannya. Bateri masih penuh. Telefon ini dia yang belikan selepas dia mengambil telefon lama pemberian Bong. Telefon yang baru dengan nombor yang baru dan senarai kenalan yang baru.

Ketika itu dia bimbang jika-jika Ummi dan Tok Ibu menelefon Husna. Bimbang rahsianya pecah kerana itu dia menukar yang baru. Dia juga ketika itu tidak percayakan Husna, kebimbangan lainnya jika-jika skandal Husna di tempat tinggal lama menelefon dan Husna berbuat jahat di belakangnya.

Idris belek senarai kenalan jika Husna ada menambah nombor baru. Tiada, yang ada nombornya, Kak Jun dan Ijal. Aplikasi what's up hanya ada satu pesanan daripada Kak Jun empat bulan lepas sekitar seminggu sebelum pemergiannya ke London. Lainnya hanya daripadanya. Gambar-gambarnya di pejabat perniagaannya di London atau ketibaannya di bandar-bandar sekitar Eropah. Tujuannya menghantar ketika itu untuk memberitahu Husna dia sememangnya berpergian kerana urusan perniagaan.

Log menerima panggilan terakhir juga darinya. Sememangnya yang lain-lain dulu juga datang darinya dan Kak Jun. Kali terakhir tiga setengah hari yang lepas ketika dia menipu Husna bahawa dia akan hanya pulang seminggu dari tarikh dia menelefon.

Sekarang bagaimana? Husna tidak bersaudara. Dari gertakkan yang di buat kepada isterinya itu Husna juga tiada kawan rapat. Di pejabat yang rajin melayan Husna hanya Kak Jun dan Ijal. Onn juga rajin melayan Husna dengan niat yang berlainan.

Patutkah Idris ke balai polis?

Sudah 24 jamkah kehilangan Husna? Bagaimana jika pihak polis kata harus menunggu 24 jam dari masa pengetahuannya maka bila itu? Jam sepuluh esok pagi. Allahuakbar! Otak Idris mahu meletup, dadanya berkompang antara marah dan risaukan Husna.

Jika Idris dapat Husna ada di depannya dalam keadaan sihat walafiat sekarang ini akan dijerkahnya isteri itu kerana membuatnya kebimbangan seperti ini, tapi bagaimana kalau Husna pulang dipangkuannya dalam keadaan tidak sempurna, cedera atau sudah tidak bernyawa?

Allah! Allah! Allah!

Bergetaran urat perut Idris membayangkan. Ada apa dengan Siti Husna yang tidak berketurunan yang sempurna itu, ada apa dengan gadis yang mahu makan pun meminta ihsan daripadanya? ilmu apa yang perempuan itu pakai sehingga dia hilang ketenangan membayangkan kebajikannya? Adakah Bong juga begini sehingga sanggup berpisah roh dari jasad asal sahaja Siti Husna itu sihat walafiat?!.

******************

Hari ke dua kepulangan Idris.

"Sheila! This last four month... Has Husna come to work?"

"No at all Boss!. I already told you, something wrong with her. She's..."

"Enough! you can go now."

Idris campak pen di tangan ke atas meja kerja. Idris capai kunci kereta, telefon bimbit dan beg duit langsung melangkah keluar meninggalkan pejabat syarikat.

Idris tuju kembali ke apartment.

Idris segera ke bilik pengurusan apartment di aras lobi. Berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan penduduk apartment.

"Encik Idris tolonglah faham. Kami cuma menjalankan tugas. Saya akan tolong Encik Idris tapi Encik buat dulu police report baru kami boleh tengok Cctv. Sebab ini melibatkan privacy penduduk. Kami boleh kena saman jika mendedahkan aktiviti penduduk tanpa surat kebenaran dari pihak authority."

Selepas hampir setengah jam bertekak dengan bahagian keselamatan penduduk apartment!

Idris sudah meramas-ramas rambutnya. Marah, geram, takut, risau dan segala macam perasaan bergumpal sesama sendiri dalam fikiran dan hatinya.

Apa sebenarnya berlaku kepada Siti Husna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience