"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam. Eh! Na dah sihat ke?. Seminggu tak nampak Na macam dah susut badan Na. Pucat lagi Na muka tu."
"Alhamdulillah Abang Rahim. Na dah okay. Na naik atas dulu ye."
"Okay Na. Baik-baik jalan."
Husna menyapa ringkas Abang Rahim pengawal keselamatan di muka pintu masuk bangunan syarikat. Dia harus cepat kerana jam sudah hampir tepat pukul lapan pagi.
"Eh! Na kerja hari ni? Dah sihat Na?" keluar daripada lift Husna di sapa pula Kak Jun yang sudah duduk tercongok di kaunter hadapan ber'window shopping' bersama Cik Shoppe.
"Alhamdulillah Kak Jun." Husna jawab soalan Kak Jun sambil meletakkan ibu jari di mesin kedatangan.
"Cepatnya Kak Jun datang?"
"Kau jangan tak tau akak nak jadi staff terbaik... hahaha tak adalah Na. Motor laki akak rosak. Kena keluar sekali sebab tu cepat. Laki akak hantar akak dulu."
"Takziah ye Na. Banyak-banyak bersabar tau. Tak pe Na muda lagi. Mungkin jodoh Na dengan orang yang lebih baik."
Husna sekadar mengangguk dan tersenyum lemah.
"Na masuk pantry dulu ye Kak Jun"
"Okay Na."
Husna buru-buru masuk ke dalam panty. Menyimpan begnya ke dalam laci paling bawah bersebelahan sinki. Husna tadah air panas di mesin air berpenapis kemudian memasukkan ke dalam cerek elektrik. Pada Husna teh tarik akan lebih sedap jika dibancuh menggunakan air panas yang menggelegak.
Husna masukan teh tarik yang siap di bancuh ke dalam sebuah termos besar. Siap urusan teh tarik Husna basuh mug dan gelas serta piring yang telah Husna kumpul dari meja kakitangan ketika menunggu air mendidih.
8:15 am
Husna mesti cepat sebelum lebih ramai kakitangan sampai dan berada di ruang kerja mereka.
Siap ruangan kakitangan Husna beralih ke ruang kerja Cik Sheila. Satu yang Husna suka dengan Cik Sheila dia memang seorang pengemas dan pembersih. Ruang kerjanya sentiasa di tinggalkan dalam keadaan bersih seolah-olah tiada aktiviti berlaku di tempatnya.
Husna bawa segala alat pembersihan bergerak pula ke bilik pejabat Ehsan. Husna terhenti di muka pintu berharap ada magik akan berlaku apabila dia membuka pintu itu masa berundur dan Ehsan ada di meja kerjanya seperti selalu.
Husna geleng kepala. Menyahkan segala fikiran negatif. Berpijaklah di bumi yang nyata Siti Husna. Hadapilah hidup ini dengan fikiran yang waras.
"Oh! Sorry... I thought there was no one in this room" Husna terperanjat besar buka sahaja pintu bilik Ehsan seorang lelaki berwajah kacak duduk di bangku meja kerja.
Lelaki itu kemudiannya berdiri dengan ke dua tangan di dalam kocek seluar. Tinggi, sasa dengan susuk tubuh seorang atlit, dada yang bidang dan wajah kacak itu menunjukkan dia bukan seorang Melayu.
"Who are you?". Idris sudah boleh agak siapa dia sebenarnya.
"My name Siti Husna sir, I am tea lady and I am also a cleaner here." Husna menjawab kelam kelibut. Dia tidak pernah nampak lelaki ini dan Husna pasti lelaki ini orang penting di syarikat ini melihat daripada aura dan pembawakan dirinya.
Idris pandang Husna atas bawah. Merenung wajah yang sedikit pucat tapi tidak menghilangkan raut cantiknya. Dengan mata berwarna coklat gelap yang bundar, bulu mata yang lentik, bibir yang mugil, hidung kecil yang comel dan berkulit putih melepak tidak mustahil Bong sanggup meniarap di kaki gadis ini. Mata lelakinya tidak menidakkan kecantikan semulajadi gadis ini seperti yang di cerita Tok Ibu, Ummi dan seperti kata Firdaus potongan badan tidak seperti gadis berusia 16 tahun. Gadis ini tidak berpakaian seksi tetapi mana-mana lelaki pasti bersetuju gadis ini ada tarikan tersendiri.
"Do your work" Idris bersuara datar dan duduk kembali meneruskan kerjanya.
Untuk beberapa saat terawal Husna mengumpul kekuatan untuk menarik kewarasannya. Dia terperanjat. Siapa lelaki asing ini tapi dia tiada daya untuk bertanya. Melihat pada air mukanya dia tidak suka Husna berada di situ. Husna teruskan kerja yang tertangguh. Mengelap segenap ceruk kecuali meja kerja lelaki itu.
"Do you want me to clean up your desk sir?" soal Husna takut-takut.
Idris terhenti dari kerjanya tapi dia tidak mendongak memandang Husna. Sambil memusing-musing pen di jari Idris berfikir daripada cara Husna berbahasa Inggeris tidak menunjukkan gadis itu bersekolah setakat darjah enam. Mungkinkah persekitarannya? Betulkah cakap Firdaus gadis ini hanya berlakon naif dan hanya Bong yang kasihan itu tidak dapat membaca gadis ini.
Idris bangun dari duduk dengan tiba-tiba. Husna yang berdiri jauh di tengah bilik terundur dua langkah ke belakang dengan tindakan Idris.
"Kemas cepat. Lepas tu bawa kopi susu kurang manis." Idris bersuara sambil melangkah keluar dari ruang bilik yang dirasakan semakin sempit apabila terpaksa berkongsi dengan Husna di dalamnya.
"Ba..baik Tuan" Oh! boleh berbahasa Melayu bisik Husna dalam hati.
Husna tidak bertangguh segera dia mengelap meja kerja Idris. Mengeluarkan bakul sampah di bawah meja kemudian menggantikan plastik sampah sebelum meletakkan kembali ke tempat asalnya.
Siap semuanya Husna toleh keliling bilik memastikan semuanya telah selesai di kemas. Husna pula melangkah keluar setelah berpuas hati dengan kerjanya.
***************
Idris baru masuk ke ruang lobi. Tadi Idris keluar makan tengah hari untuk sesi berkenalan dengan beberapa pelanggan tetap syarikat pengangkutannya.
"Kak Siti... nanti kalau jumpa Abang Bob cakapkan Na dah tambah sabun dalam toilet bawah dengan tingkat dua ye. Na balik dulu."
"Okay Na. Baik-baik jalan."
Idris tetap berdiri di kawasan hadapan lift walaupun satu daripada pintu lift untuk ke tingkat atas telah terbuka. Bila dia nampak kelibat Husna sudah hilang di pintu hadapan Idris segera turut keluar daripada bangunan pejabat.
Idris nampak Husna menyeberang jalan dan mula mengekor gadis itu dalam jarak yang dia anggarkan selamat untuk gadis itu tidak menyedarinya. Lebih lima minit berjalan dia nampak Husna berhenti di hadapan sebuah kedai menjual buah dan Husna mula memilih pisang yang bergantungan.
"Beautiful right. Nice bumper!"
Idris tersentak, terperanjat besar apabila tiba-tiba ada suara berbisik di telinga kirinya. Tindakan refleksnya dia mencekak leher empunya suara. Beberapa orang yang lalu lalang mula memerhati mereka berdua. Idris lepaskan leher lelaki itu.
"Kau siapa?"
"Aik! Melayu rupanya... Aku pun macam kau peminat dia." lelaki itu tersenyum tapi lebih tepat menyeringai.
"Tapi dah ada orang bela jadi batalkan niat kau tu."
"Mana kau tau?"
"Atok dia berhutang dengan aku. Tak mampu bayar dia tolak budak ni pada lelaki kaya tu. Sekarang lelaki tu bela dia. Hidup senang sekarang budak ni dengan atok dia."
"Mana kau kenal atok dia?"
"Orang tua tu dulu kaki botol tahi judi memang melepak tempat aku. Dari dulu berhutang dengan taukey aku. Apa susah dulu dia suruh anak dia berniaga sekarang giliran cucu dia pulak berniaga. Anak dengan cucu cantik berniaga memang laku keras la."
"Berniaga apa?"
"Janganlah buat bodoh bro... perempuan cantik berniaga apa lagi. Jual apam lah!"
"Anak dia ada lagi?" Kata Ummi Siti Husna itu yatim piatu.
"Dah mati dah... batuk kering. Agaknya sebab customer ramai Asia Selatan. Kau tengoklah anak dia kan rupa orang sana. Bodohlah lelaki kaya tu nak kan perempuan macam ni. Perempuan ni cuma nak hidup senang aje. Tengok sekarang dia dengan atok dia dah kaya."
Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Keluar dua orang lelaki berbadan besar mendekati mereka.
"Siapa ni Rock? ada orang report cakap kau kena serang" Salah seorang daripada dua lelaki itu menyoal lelaki di sebelah Idris yang di panggil Rock.
"Mana ada orang serang aku. Ni kawan baru dari overseas." Rock tepuk dua kali bahu Idris dan segera Idris berdiri dalam posisi bersedia. Bersedia untuk melawan jika terpaksa.
"Okaylah bro. Gua blah dulu. Jumpa lagi." pamit Rock kepada Idris. Idris sekadar memerhati ke tiga mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Nampaknya benarlah kata Firdaus bahawa datuk Husna dan Husna terkenal di kawasan lorong ini. Kali ini dia nekad ada hutang yang harus dituntut dari gadis itu. Siti Husna itu harus membayar harga atas kematian Bong yang sia-sia. Jika kematian Bong menyebabkan dia terseksa di alam sana ada orang lain yang akan terseksa di alam sini.
Siti Husna Binti Abdullah bersedialah kau membayar harga kematian Bong yang sia-sia kerana cintanya yang kau tidak hargai!
Share this novel