(Saya sebenarnya angan-angankan sesuatu yang berlainan untuk Siti Husna apabila tiba bab 40. Tapi jika saya tulis begitu ianya akan mejadi sangat panjang kerana Siti Husna akan lebih kasihan hidupnya. Mohon kawan-kawan tetap sudi membaca cerita ini. Kepada yang masih setia membaca ribuan terima kasih saya ucapkan)
Husna usap perutnya yang sudah berusia lima bulan. Sudah ada pergerakan pada kandungannya. Perasaannya tentang anak ini usah ditanya. Terlalu gembira yang berbahagia. Husna sudah ada teman untuk berbual-bual walau si anak hanya sedang membesar dalam rahimnya.
Video call semalam Idris menegur pipinya yang agak semakin bulat. Tapi Idris kata lebih baik begitu, perempuan tidak elok terlalu kurus tambah Idris lagi. Husna ketawa kecil teringat kata-kata Idris yang sama dengan Faiz anak Kak Badriah.
Tapi senyuman Husna mati bila teringat Idris yang akan pulang dua bulan sahaja lagi. Bagaimana penerimaan 'terpaksa' Idris dengan kandungannya ini. Jauh di sudut hatinya Husna amat takut. Dia tiada tempat mahu bermukim dengan anaknya jika benar dia terpaksa pergi. Adakah Idris akan memberinya modal awal untuk dia memulakan hidup baru bersama anaknya?.
******************
"Sebelum pregnant awak ada masalah tekanan darah rendah. Kandungan sudah tiga bulan baru awak tahu awak mengandung. Sepatutnya folic acid awak ambil awal lagi. Sekarang kandungan dah lima bulan tekanan darah awak masih belum cantik."
Husna hanya mampu memandang sedih wajah doktor yang menerangkan masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.
"Banyakkan berehat. Makan makanan sihat dan berzat. Kalau kandungan semakin banyak hari dan tekanan darah awak masih tak cantik awak mungkin terpaksa bersalin awal. Sekarang kandungan awak 20 minggu."
"Banyak risiko tekanan darah rendah ketika hamil bukan sahaja kepada Ibu tapi juga kepada bayi."
"Apa juga masalah awak tolong jaga kesihatan, jangan stress okay".
Doktor kata jangan stress dan sekarang dengan kata-kata daripada doktor, dia semakin stress.
***************
Husna rasa dia sudah cukup sangat menjaga kesihatannya. Cuba mengawal fikirannya jangan merayau-rayau mencari kisah itu atau kisah ini.
Tapi tekanan darahnya tetap sama. Masih rendah. Kerap kali dia merasa pening, loya, merasa seram sejuk. Husna agak kecewa. Ye, dia tidak dapat membohong dalaman dirinya. Semakin hampir tarikh kepulangan Idris semakin dia risau. Rahsia yang dia simpan daripada pengetahuan Idris ini memudaratkan dirinya dalam senyap. Idris akan pulang minggu hadapan.
Kandungannya sudah 28 minggu. Setiap kali tarikh rawatan yang sekarang sudah dua minggu sekali dia akan diceramah panjang lebar.
Husna sentiasa berzikrullah untuk memujuk hatinya bertenang.
Tolong Husna Ya Allah.
***************
Hari ini Husna teragak untuk makan sup ayam. Husna sediakan sup ayam yang paling ringkas untuk sekadar melepaskan keinginannya kepada makanan itu. Selesai memasak dan selepas di ceduk Husna letak mangkuk sup di atas meja. Ketika berpaling pandangannya tiba-tiba gelap.
Husna pejam mata dan menggeleng perlahan kepalanya, mengharap apabila celik semula keadaan akan lebih baik seperti ketika memasak. Husna berkuat kepada kabinet dapur untuk menyokong dirinya jangan jatuh. Apabila membuka mata semula dunianya berpusing. Husna turunkan dirinya perlahan-lahan ke lantai dapur. Duduk bersimpuh di situ bersandar badan dan kepalanya ke kabinet. Perlahan-lahan sekelilingnya menjadi senyap.
Husna terjaga ketika entah berapa lama dia duduk bersimpuh di situ. Husna paut kabinet untuk menolongnya berdiri. Perlahan-lahan Husna berpapah kepada setiap perabot yang Husna kira mampu meyokongnya masuk ke bilik air di dalam bilik Idris.
Husna cuci mukanya supaya dia lebih segar. Perutnya rasa tidak selesa. Husna rasa mahu membuang air kecil. Ketika membuka seluar kecilnya Husna tergamam. Tompokan darah di situ! walau tidak banyak tidak sepatutnya ada. Pandangannya masih berpinar dan berpusing-pusing. Macam mana ni?.
Jangan panik Husna!.
Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Ulang tiga kali.
Husna sudahkan urusannya di bilik air. Mengganti seluar kecilnya dan mencuci seluar yang telah terkena darah. Sebelum keluar Husna rapikan ikatan pada rambutnya. Perlahan-lahan kembali ke meja makan. Husna hirup sedikit sup ayam yang sudah sejuk kaku. Sekadar mengikut pesan Mek. Menyamah makanan yang dia sudah teringin. Husna kemas meja makan. Lebihan makanan Husna simpan di dalam peti sejuk.
Dari peti sejuk yang terbuka Husna pergi ke laci bahagian sayur. Husna ambil mangkuk tipuware bertutup hijau. Di dalamnya ada rm1k seperti kata Idris. Husna menapak lagi perlahan-lahan menuju ruang tamu. Satu beg pakaian kecemasan sudah Husna sediakan, Husna sumbat mangkuk tipuware itu ke dalam beg pakaian. Husna capai pula beg kecil kanvas berisi buku pink, surat rujukan hospital jika berlaku kecemasan dan dokumen peribadinya.
Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim.
Dari atas meja kecil bersebelahan pintu keluar Husna ambil kad akses dan kunci pintu. Husna keluar, menutup rapat dan mengunci pintu rumah.
*****************
Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Malaysia Airlines MH3
11 pagi waktu tempatan (London UK)
6 petang waktu Malaysia
jangkaan tiba 7:15 pagi waktu Malaysia
Idris sudah tidak sabar. Idris periksa sekali lagi tiket dan jadual penerbangan yang dibeli secara dalam talian.
Tidur malamnya sudah tidak lena. Mimpinya hanya bersama Husna. Idris rindukan bau badan Husna. Sehelai baju t-shirt yang di bawa bekal ke London sudah hilang bau Husna. Idris tahu mabuk rindunya sudah tenat.
Melalui panggilan telefon tiga hari lepas Idris tipu Husna mengatakan dia hanya akan pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. Sebenarnya dia sudah menempah tiket penerbangan pulang pada esok pagi waktu UK. Sekitar enam petang waktu Malaysia. InsyaAllah sekitar pukul lapan pagi waktu Malaysia dia akan sudah berada di tanah air.
Tidak sabar mahu melihat reaksi isterinya itu. Idris sudah membuat keputusan mahu berterus terang dengan ahli keluarganya. Mahu mengenalkan Husna yang memabukkan itu sebagai isterinya yang sah.
Dia tidak risau dengan reaksi keluarganya. Idris kenal mereka. Keluarganya tidak pernah mahu memanjangkan sesuatu isu secara berlebihan. Idris yakin keluarganya dapat menerima Husna sebagai isterinya walau Husna pernah menjadi tunangan Bong. Lagipula daripada cerita-cerita Ummi dan Tok Ibu mereka amat menyenangi peribadi Husna.
Segala kerjanya di sini telah Idris sudahkan sebaik-baiknya. Sudah dilantik juga mereka yang terbaik dalam bidang perniagaan baru ini untuk menguruskan syarikat kerjasamanya bersama Syeikh Hussein. Seperti mana perniagaannya di Malaysia yang Idris lantik mereka yang terbaik dalam menjalankan setiap syarikat begitu juga perniagaannya di London. Satu syarikat perancang majlis dan satu syarikat pengedar makanan halal untuk serata Eropah.
Idris dan Syeikh Hussein hanya akan memantau perniagaan dari jauh sahaja. Dan Idris gembira kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang melalui caranya itu.
Di dalam bagasi sudah disiapkan hadiah buat Husna. Hadiah kerana sudi menjadi isterinya. Hadiah kerana mengembirakan Idris sebagai lelaki yang menyintai. Hadiah kerana menjadi seorang Siti Husna untuk Muhammad Idris. Semakin di ingat semakin tersimpul-simpul senyumannya.
Hatinya menyanyi lagu cinta yang mengasyikkan. Dalam kepalanya berdendang lagu riang. Hikmah berjauhan dia berjaya memaksa hatinya mengakui siapa Husna hingga boleh duduk di situ mengebu-gebu semakin merebak di seluruh ruang hatinya. Husna yang terpaling di Sayang.
*******************
Husna tekan butang turun di pintu lift. Menunggu dengan sabar lift untuk membawanya turun ke aras lobi apartment. Dia akan memesan teksi di situ.
Pintu lift terbuka seorang lelaki kulit hitam berada di dalamnya. Tersenyum mesra apabila nampak Husna mahu masuk ke dalam. Berundur ke belakang memberi ruang buat Husna.
Husna juga beri senyum tipis. Dia merasa tidak selesa pada perutnya. Lelaki kulit hitam ini biasa Husna terserempak di dalam lift atau di aras lobi. Di dalam lift Husna berdiri menghadap pintu.
Perut Husna semakin tidak selesa. Rasa menyucuk-nyucuk di bahagian bawah perut. Pandangannya mula pening dan kelam. Rasa loya dan seram sejuk.
Ya Allah tolong Husna dan baby.
"Ma'am are you okay?"
"I... I don't think so. I'm not feeling well."
"Hold on ma'am. I'll help you go to the hospital. Please hold on."
Pintu lift yang telah terbuka di aras lobi lelaki kulit hitam itu tutup semula dan lift terus turun ke ruang bawah tanah seperti yang telah lelaki kulit hitam itu tekan sebelum Husna masuk.
Badan Husna bertambah seram sejuk. Dia tergigil kecil. Pandangannya semakin kelam.
Tolong Husna Ya Allah.
Share this novel