Bab 47

Drama Series 136190

Ustazah Radiah sudah mengajar Al Quran di madrasah anak-anak yatim dan asnaf di Kuala Selangor. Sebelum pergi Ustazah Radiah berpesan agar Idris memastikan Husna sentiasa sibuk dengan sesuatu aktiviti supaya dia tidak keseorangan.

Idris runsing sebenarnya. Apa lagi aktiviti yang boleh di beri kepada Husna jika bukan bekerja semula di pejabat. Itu satu-satunya tempat Idris boleh memerhatikan Husna dengan tidak meninggalkan pekerjaannya pula.

Idris sekarang sibuk dengan projek baharu. Menyediakan cadangan awal kertas kerja untuk satu lagi projek usahasama perniagaan dengan Syeikh Hussein. Sekali lagi taikun perniagaan dari Asia Barat itu mempelawa dirinya sebagai rakan kongsi selepas melihatkan kecekapannya menguruskan kerjasama yang semakin berjaya walaupun masih baru perniagaan usahasama pertama mereka itu.

Sebelum habis tahun ini mereka merancang untuk membeli beberapa hotel murah sekitar Eropah untuk dijadikan rangkaian hotel mesra Muslim.

Idris bercadang mahu membawa Husna bersama kali ini. Memastikan Husna sentiasa di bawa walau ke mana dia pergi. Walaupun dia tahu akan ada sedikit sebanyak ketidak sesuaian dalam beberapa hal untuk Husna, dirinya dan perniagaannya tapi dia sudah belajar dari kesilapan yang lalu.

Apabila projek ini berjaya mudah-mudahannya atau sedang berkembang sekurang-kurangnya, waktu itu Husna sudah cukup 18 tahun dan dia bercadang untuk berehat untuk suatu tempoh yang panjang. Perancangannya mahu memastikan Husna dalam keadaan yang cukup sihat untuk dia memulakan keluarga besar... menambah ahli keluarga.

Dan ketika itu juga barulah dia akan memberitahu seluruh ahli keluarganya berita pernikahannya bersama Husna. Buat masa sekarang dia belum bersedia untuk drama berat memandangkan apa yang telah terjadi kepada Husna dan bayi mereka.

Itulah perancangannya.

Jadi minggu hadapan Husna terpaksa masuk bekerja semula di syarikat pengangkutannya. Dia suka untuk kekal di pejabat yang ini berbanding syarikat perniagaannya yang lain kerana berdekatan dengan tempat tinggal dan kenangan istimewanya bersama Bong.

Dendamnya untuk membela Bong telah hilang seiring perjalanan masa. Perjalanan masa telah menabur baja cinta merimbun kepada rasa hatinya untuk Husna sang isteri yang terpaling disayangi.

Maafkan Ris Bong.

******************

Husna keluar dari bilik air sekadar berkemban tuala putih yang singkat. Dan sehelai tuala kecil di tangannya, sedang diguna mengeringkan rambut. Isteri itu mesti tidak perasan Idris yang duduk di birai katil memandangnya membuat persembahan.

"Aaa!... bila Tuan balik?"

"Baru kejap."

Husna sudah kelam kelibut mahu ke almari mengambil pakaian apabila dilihat Idris sudah berdiri mendekati. Idris tarik tangan Husna supaya mengikutnya duduk di birai katil.

Dari dalam laci meja kecil bersebelahan katil Idris keluarkan pengering rambut. Barulah badan Husna tidak lagi tegang. Barulah Husna boleh menenangkan hatinya.

"Na ingat Abang nak apa?" Soal Idris sambil ketawa. Dia perasaan air muka Husna yang cuak sebentar tadi. Selain terperanjat ada perkara lain yang hanya Idris dan Husna sahaja yang faham. Sudah lama mereka tidak 'bersama'.

"Tuan dah makan? Saya dah masak. Asam pedas ikan kembung. Saya tak masak sayur sebab dalam asam pedas dah ada bendi. Satu lauk aje hari ni. Tapi boleh ulam timun." panjang lebar Husna menerangkan tentang menu makan tengah hari. Dia masih tidak berjaya mengubah kata ganti nama antara dirinya dan Idris. Jauh di sudut hatinya dia masih takutkan Idris.

Idris diam sahaja. Dia dengar cerita Husna tentang menu tapi bunyi pengering rambut yang kuat menahan dulu dirinya dari menjawab cerita Husna.

"Okay dah!" Idris gulung semula wayar pengering rambut dan menyimpan kembali ke dalam laci.

"Terima kasih." Husna sudah mahu bangun. Dia jarang sekali menggunakan pengering rambut. Tapi sepanjang Husna tidak sihat memang Idris yang menolong menguruskan rambutnya yang panjang.

"Tak de upah ke?"

"Ha..." Semakin kuat genggaman tangan Husna ke balutan tuala.

Idris tarik semula Husna duduk di sebelahnya di birai katil.

"Saya nak pakai baju." sedikit mengeletar bunyi suara Husna.

Idris buat tak dengar. Dia lakukan jarinya ke lengan Husna yang terdedah. Menelan air liur. Sudah hampir setahun berpuasa daripada sesuatu yang paling enak memang menyakitkan.

Tangannya mengelus pula rambut coklat gelap panjang Husna. Husnanya tak bergerak. Bulat matanya memerhati perlakuan Idris.

"Na dah ready tak?"

Husna diam tegak macam batu. Matanya yang bulat merenung Idris pun tidak berkelip. Dia malu, takut, serba salah dan mahu!

"Boleh ye. Kesianlah kat Abang."

Idris elus pula bibir Husna dengan ibu jari. Perlahan-lahan Idris mendekat dan mencakup bibir mugil Husna.

*****************

Idris terjaga. Husna hilang dalam tindihan pelukannya. Idris angkat tangan yang memeluk Husna kemudian membetulkan letak kepala Husna kemas-kemas ke atas bantal. Bimbang jika sudah sedar Husna sakit tengkuk.

Idris kucup puncak hidung Husna sekali dan bibir mugil itu sekali. Idris baring terlentang.

Tak boleh jadi ni! pakai sarung tak seronok!

Dia akan mengikut saranan doktor yang merawat Husna untuk menggunakan pil perancang. Penerangan doktor itu memahamkan Idris bahawa ubat itu tidak memudaratkan. Hanya perlu makan mengikut aturan.

Idris belum bersedia untuk Husna mengandung lagi. Tunggu Husna betul-betul sihat, Husna 18 tahun, projek baru selesai dan sudah kembali daripada Eropah.

*****************

"Na juga yang kerja bagus. Setahun Na tak ada dah tiga kali cleaner atas tukar-tukar. Abang Bob kat bawah tak kan nak buat atas pula kan. Kesian juga dia."

Kak Jun bercerita dengan mulut penuh mengunyah sebiji donut. Husna selesai membancuh teh tarik, menuang secawan dan menghidangkan kepada Kak Jun yang duduk di bangku pantry. Tidak lama kemudian masuk beberapa kakitangan ke dalam ruang pantry.

"Eh! Na kerja sini semula?"

"Eh! Na... Alhamdulillah!"

"Waaah! sedaplah ngeteh kat office je lepas ni"

"HeHeHey! Husna Alhamdulillah! Rindulah kopi Na."

Pagi itu meriah ruang pantry dengan mereka yang riuh kerana gembira Husna masuk bekerja kembali. Sepanjang Husna tiada tiga kali bertukar pekerja pembersihan. Macam-macam cerita berlaku. Kecurian, pantry terbakar dan yang terakhir sekali meletakkan kamera tersembunyi di dalam tandas perempuan.

*****************

"Na... Kak Siti minta maaf ye. Terikut-ikut cerita orang."

"Tak pelah Kak Siti. Na tak ambil hati pun. Salah faham je."

"Na memang budak baik. Na tak de akak menyesal tau. Selalu fikir janganlah akak tak sempat jumpa Na. Masa akak beranak yang kecik tu tiga hari jalan tak buka... akak cakap ni mesti sebab dosa akak dengan Na."

"Akak baru dapat baby ke?"

"Taklah baru. Baby dah enam bulan. Ni Na budak montelnya." Kak Siti hulur telefon bimbitnya kepada Husna. Husna sambut telefon Kak Siti. Comelnya... kalau Ahmad ada mesti sebaya anak Kak Siti. Husna usap-usap skrin telefon Kak Siti menghayati kecomelan wajah bayi kecil itu.

"Boss! minum Boss."

"Ye. Minum Siti. Buat apa tu?"

"Tunjuk Husna gambar baby saya."

Husna yang berdiri membelakangkan Idris tetap tegak merenung skrin telefon Kak Siti. Seolah tidak mendengar perbualan antara Idris dan Kak Siti. Idris sudah tidak sedap hati.

"Husna... kopi susu hantar bilik saya."
"Husna..."

"Na Boss nak kopi susu.!" Kak Siti jerit sedikit kuat kerana pelik Husna begitu asyik merenung gambar bayinya sehingga seolah tidak mendengar arahan Idris.

"Ye!?"

"Boss nak kopi susu. Na okay ke?"

"Okay." Husna jawab sepatah kemudian pergi ke kabinet membancuh secawan kopi susu untuk Idris.

"Hantar bilik saya ye." Idris yang sudah tidak sedap hati memberi arahan akhir kemudian berlalu meninggalkan pantry.

*****************

Husna masuk ke bilik Idris setelah mendapat kebenaran.

"Kunci pintu tu."

Husna ikut.

"Letak Kopi situ."

Husna ikut.

"Na sini."

Husna datang pada Idris yang duduk di bangku meja kerja. Idris raih Husna supaya duduk di atas ribanya.

"Tadi kenapa?"

"Baby tu comel."

"Na ingat kan Acik Radiah pesan apa... jangan melayan fikiran jauh-jauh."

Husna angguk kepala. Idris peluk Husna dari belakang mencium tepi kepala Husna.

"Na jaga kesihatan baik-baik. Vitamin jangan lupa makan. Dah berapa kali kita check last ni pun tekanan darah Na dah baik kan. Kita bagi badan Na masa beberapa bulan je lagi. Lepas tu Na ready je... tahulah Abang buat kerja Abang." Idris cium sekali lagi tepi kepala Husna.

"Okay Sayang?"

"Okay." Husna toleh dan dia pula mencium bibir Idris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience