Bab 57

Drama Series 136190

Idris duduk di bangku sebuah restoran di dalam sebuah kompleks membeli belah. Dia datang awal dari masa yang dijanjikan pihak yang mempelawanya menjadi rakan kongsi sebagai pelabur di sebuah syarikat hartanah.

Dari tempat Idris duduk dia dapat memerhati ruang perniagaan kompleks membeli belah. Tiada apa yang menarik hati sekadar suka melihat pergerakan manusia dengan ragam dan urusan masing-masing.

Sedang Idris menyedut kopi ais, pandangannya terhenti kepada beberapa orang pekerja pembersihan yang sedang jalan bersaing.

Matanya tidak silap kan!

Husna!

Idris berdiri kemudian menyelesakan duduknya bagi memastikan dia dapat sudut yang jelas supaya dapat mengesahkan apa yang dilihatnya.

"Cantik kan"

Idris tersentak apabila seseorang berbisik ke telinganya.

"Tapi dia cakap dah ada boyfriend. Ramai yang crush dia frust Encik Idris." sambung lelaki itu lagi.

"Siapa nama dia?". soal Idris sebagai pengesahan kerana jarak yang jauh mungkin juga dia tersilap orang.

"Husna!"

Alhamdulillah...

"Dia kerja dengan company awak?"

"Soalan Encik Idris ni... dia kerja sama company dengan saya. Saya kuli juga macam dia. Cuma adalah pangkat kecik."

Lelaki itu ketawa membetulkan soalan Idris dan memberi jawapan yang tepat mengikut fikirannya.

"Big Boss ajak Encik Idris ke pejabat sekarang. Diaorang semua dah tunggu Encik Idris."

"Sampai berjemput? Kenapa tak call aje? saya boleh ke sana."

"Eh! tak boleh macam tu. Big Boss suruh jemput dia rasa sangat berbangga Encik Idris sudi mempertimbangkan tawaran dia."

"Okay jomlah. Siapa nama ye saya lupa pula."

"Nama saya Rizal, Encik Idris."

Mereka kemudiannya bersaing menuju ke pejabat besar syarikat hartanah tersebut yang berada di hujung kompleks membeli belah.

Mesyuarat berlangsung untuk satu tempoh yang agak lama. Setelah kata putus dapat dicapai Idris bersetuju menjadi pelabur dalam syarikat tersebut. Antara syarat Idris dia mahu berada di syarikat pada hari-hari tertentu untuk memantau perjalanan operasi semasa.

Idris juga menjadi antara pemegang saham terbesar dalam syarikat. Syarikat hartanah tersebut sangat gembira dengan penyertaan Idris kerana nama besar Idris dalam dunia perniagaan tempatan dan antarabangsa akan membawa nama syarikat menjadi gah.

Gembira syarikat itu tidak terbanding dengan kegembiraan Idris. Kali ini Husna akan pulang ke rumah sebagai isterinya. Akan Idris war-warkan ke seluruh dunia cinta hatinya itu.

Idris sudah tidak sabar untuk mengucapkan hanya kata-kata cinta kepada Husna. Dia akan memastikan Husna tidak lagi takut dan berperasangka buruk kepadanya.

Kali ini Idris mahu merasa pengalaman mencintai dan dicintai. Dia mahu menjalani hidup dua orang bercinta. Dia mahu mengembirakan Husna.

Husna Sayang!
Tunggu Abang datang Sayang!

*****************

Sebulan berlalu.

"Kenapa kecoh sangat semua orang hari ni Kak Lin?"

"Na tak tau ke?... hari ni ada salah seorang Big Boss datang. Katanya antara pemegang saham terbesar. Level International. Pelabur dari Arab Kak Lin dengar orang pejabat cerita."

"Uish! dahsyat tu!" Husna tergelak
"Kot ye pun tak kan dari pintu depan sampai ke pantry ni orang duk cerita pasal dia"

"Handsome nak mampus Na... tu yang orang seronok sangat bergosip."

"Ye ke?... kadang-kadang dengar cerita orang ni ye ye aje, sekali tengok sendiri setakat boleh la."
Husna gelakkan cerita Kak Lin.

"Kat depan tu orangnya. Tengah sesi berkenalan dengan staff office. Na lalu nak masuk pantry ni tadi belum mula briefing ke? Kalau dah mula mesti Na nampak."

"Tadi belum"

"Patutlah... Eh! Encik Rizal! cari saya ke?"

Husna toleh ke pintu pantry. Encik Rizal berdiri di tengah laluan masuk sambil tersenyum takut.

"Errmm... bukan. Saya cari Husna."
"Na... boleh tolong buatkan kopi susu. Our new Big Boss nak kopi susu."

"Boleh Encik Rizal."

Husna terus ke kabinet mencari bahan yang diperlukan untuk secawan kopi susu. Minuman kesukaan Idris ni. Husna geleng-geleng kepala tak mahu ingat.

Mesti briefing pagi dah habis. Semakin ramai masuk ke pantry mengambil minuman pagi. Di syarikat ini Husna juga mendapat jawatan tea lady dengan tambahan gaji lain. Dia tidak sengaja dipilih, apabila menolong membancuh air untuk satu mesyuarat suatu masa dahulu. Tiba-tiba sahaja ditawarkan menjadi tea lady selepas itu.

Ruang pantry yang semakin sibuk melambatkan kerja Husna padahal dia sekadar mahu membancuh secawan kopi susu tapi kerana beberapa kakitangan yang mahu mengambil cawan atau makanan di kabinet melambatkan kerja Husna kerana tidak mahu berhimpit-himpit.

"Na... Boss cakap hantar kat bilik dia ye sebab sini dah crowded. Bilik yang biasa kosong dekat hujung sebelah meeting room." Encik Rizal masuk semula memberitahu arahan terkini.

"Baik Encik Rizal."

Husna cepat-cepat siapkan kerjanya kemudian membawa secawan kopi susu dan segelas air suam di atas dulang. Husna melangkah perlahan-lahan ke bilik paling hujung di bangunan pejabat ini.

Sampai di hadapan pintu Husna ketuk dua kali. Setelah mendengar arahan masuk barulah Husna memulas tombol pintu. Big Boss yang diperkatakan sedang berdiri berdekatan pintu membelakangkan Husna sambil berurusan menggunakan telefon bimbitnya. Husna tuju ke meja kerja yang agak jauh ke hujung bilik bersebelahan tingkap kaca besar.

Husna letak cawan kopi susu dan gelas air suam di atas meja kerja Big Boss. Tiba-tiba Husna terdengar bunyi pintu bilik pejabat bagai dikunci dari dalam. Husna pusing menoleh jika dia tersilap. Semerta dulang ditangannya jatuh ke lantai tapi tiada bunyi terhasil kerana lantai berkarpet tebal.

Idris sua senyum lebar di wajah kacaknya. Husna yang tergigil kecil sudah tersandar di pinggir meja kerja. Idris menghampiri Husna yang sudah disumpah menjadi batu. Mata bulatnya yang merenung Idris tidak berkelip hanya bibirnya tergigil kecil.

Idris paut rahang kiri Husna masuk ke dalam tapak tangan kanan. Ibu jarinya mengusap-usap bibir yang tergigil kecil. Rindunya!

Idris rapatkan wajahnya mendekat kemudian mencakup bibir mugil itu. Tiada penolakan daripada Husna kerana isterinya terlalu terkejut hingga tidak mampu bergerak.

Apabila Husna mula tercungap baru Idris lepaskan bibir mugil itu. Idris paut pinggang Husna masuk dalam pelukannya menggunakan tangan kiri, menyangkut wajah Husna ke bahu kanannya. Posisi yang menyebabkan Husna terjengket berdiri kerana ketinggian mereka yang tidak sama. Idris peluk Husna erat. Menggosok-gosok lembut belakang badan Husna. Tangan kanan Idris menahan di belakang tengkuk Husna agar isterinya kekal dalam pelukan.

"Tu... tuan."

"Ye Sayang."

"Saya ada kerja."

Idris ketawa. Itu yang diucap Husna ketika dia yang kerinduan memeluk erat. Idris kekal memeluk dan berfikir. Dia harus ambil pendekatan berlembut dengan Husna jika mahu Husna kekal berada dengannya dengan ikhlas bukan kerana takut. Jika Idris mahu isteri yang terdera emosinya untuk sekian lama ini seikhlas hati menyintainya dia harus mengawal emosi Husna supaya sentiasa merasa selesa, selamat dan rasa disayangi dicintai.

"Abang lepaskan Sayang tapi... janji jangan lari lagi dari Abang. It's okay kalau Sayang nak ambil masa percayakan Abang tapi jangan tinggalkan Abang lagi. Tak baik buat macam tu. Berdosa! Tapi Abang dah ampunkan semua dosa Sayang. Abang pun minta maaf untuk semua salah faham Sayang dengan sikap Abang."

Husna terketul keras di bahu Idris. Betulkah ini Idris. Betulkah yang bercakap penuh sopan ini suaminya yang dia tinggalkan lari.

Husna tekap perlahan-lahan tapak tangannya ke dada Idris. Cuba merenggangkan tubuh mereka yang melekat. Idris lepaskan Husna kemudiannya.

Husna pandang wajah Idris takut-takut. Jangan mudah percaya Husna. Mungkin dia sekadar berlakon. Mungkin dia sudah tahu tentang kembar berdua dan mahu merampas mereka dari kau. Husna bermonolog sendiri dalam hati.

"Hey! kenapa ni pandang Abang macam nak telan. Berselera ke? kalau nak... jom balik rumah."

Seusai bercakap Idris terasa sesal. Bimbang Husna fikir dia datang hanya untuk tubuh isterinya itu.

Idris!... tolong belajar dari cerita lepas. Tenang Idris jangan gelojoh. Pahat dulu kepercayaan Husna pada kau!

Idris tuju pintu bilik dan membuka kunci pintu. Kemudian Idris kembali kepada Husna yang berdiri kaku di tepi meja kerja.

"Na duduk. Kita bincang."

Idris raih tangan Husna membawa ke bangku hadapan meja kerja. Kemudian menekan perlahan bahu Husna supaya segera duduk. Husna hanya menurut. Idris capai bangku kosong di sebelah Husna dan duduk berhadap. Idris lepaskan tangan Husna supaya dia boleh meraih kepercayaan Husna dia seikhlas hati mahu kembali dalam hidup isteri itu.

"Abang tak pegang Na... Supaya Na percaya Abang serius dan ikhlas nak pulihkan hubungan kita. Supaya kita boleh bincang secara dua orang dewasa. Sebelum tu Abang nak cakap... happy belated birthday Sayang. Na officially adult kan. Happy 21st birthday."

Hanya mata Husna yang terkebil-kebil. Lainnya auto terdiam tak bergerak. Akalnya sedang memproses perilaku Idris. Sakitkah Idris?

"Abang minta maaf semua salah silap Abang pada Na. Abang rindukan Na dan Abang nak Na balik pada Abang. Balik rumah kita dan kita mulakan hidup baru."

Idris pandang muka Husna tunak mengharap.

"Boleh bagi saya masa? Boleh saya fikir dulu?"

Perlahan dan tergigil. Idris dengar getaran suara itu. Dia jatuh kasihan. Sebesar mana ketakutan Husna kerana sikapnya dahulu. Ini balasan yang Idris dapat kerana kerap menengking Husna.

"Okay Sayang... Na ambil masa Na, tapi tak mahulah lama sangat. Na kena bagi peluang pada Abang betulkan keadaan. Kita kena selamat kan rumahtangga kita. Okay Sayang?"

Husna takut-takut mengangguk. Bolehkah dia percaya pada Idris. Selama dia bersama Idris lelaki ini bukan penipu. Dia cuma terlalu tegas dan garang.

Tapi...

Idris sangat berkuasa dan berduit. Jika semua ini sebenarnya ada cerita di sebaliknya... bagaimana?

Bagaimana kalau kembar berdua sebenarnya Idris sudah ketahui dan rancang bawa lari. Terlalu pelik Idris tidak lagi marah dia lari dari lelaki itu. Husna harus berhati-hati. Dia harus beri masa pada dirinya sendiri untuk memastikan Idris tidak menipunya dan tiada tujuan tersirat.

"Sayang!"

Husna tersentak. Jauh dia mengelamun.

"Boleh tak... kita ambil masa untuk saling memahami. Boleh tak kalau... kita kawan dulu? Kita berkenalan dulu. Kita tak kenal satu sama lain masa tuan nikah dengan saya. Saya bukan nak minta cerai, saya cuma nak kenal tuan. Saya nak Tuan kenal saya betul-betul. Tuan fikir sungguh-sungguh saya ni sesuai tak jadi isteri Tuan?"

Allah! Allah!

Lima tahun Husna pergi, isterinya ini semakin matang. Inilah yang Idris mahu lakukan tapi dia tiada ayat seperti Husna fikirkan. Tapi dia bukan mahu berpisah dengan kesayangannya ini. Sekadar satu tempoh masa untuk saling berkenalan seperti dua orang bercinta.

Idris senyum lebar. Husna pula takut-takut balas senyuman Idris dengan senyuman dari bibir yang tergigil kecil.

"Okay Sayang... mula-mula! Hai, nama saya Muhammad Idris bin Muhammad Idham, umur 31 tahun, asal Muar Johor dan sudah berkahwin."

Idris senyum lebar dengan jenakanya. Husna turut tersenyum. Gementarnya sudah berkurangan. Saat manis mereka terganggu dengan ketukan di muka pintu.

"Ye masuk!" laung Idris dari hadapan Husna.

"Encik... ops! maaf saya tak tau Encik Idris ada tamu."

"No! tak pe Encik Rizal. Sila masuk."

Idris tidak beralih dari hadapan Husna. Husna serba salah mahu bangun atau kekal duduk. Dia bimbang melanggar arahan awal Idris yang menyuruhnya duduk.

"Encik Rizal... saya tanya Husna kalau dia boleh kemas beberapa rumah saya hari Isnin dan Khamis tapi dia tak berani nak bagi jawapan sebab tertakluk bawah syarikat kan. Saya nak bertanya siapa ye?"

Encik Rizal terdiam. Advance sungguh Encik Idris ini. Kelmarin baru survey hari ini sudah diminta mengemas rumah. Bukankah cerita-cerita daripada sumber yang boleh dipercayai lelaki berdarah Arab ini alim orangnya. Tiada skandal, tiada teman wanita.

Jangan buruk sangka Rizal mungkin benar dia sememangnya mahu khidmat pencuci untuk beberapa rumahnya.

"Encik Rizal!"

"Oh! maaf! Saya tengah fikir ni siapa yang in charge bahagian cleaning and services. Awak bawah siapa Husna? Siapa officer awak?"

"Miss Lim Encik Rizal."

"Oh! kalau macam tu Encik Idris, meeting yang kita nak attend sekejap lagi ada Miss Lim. Nanti Encik Idris boleh tanya dengan dia sendiri."

"Okaylah kalau macam tu. Untuk maklumat Encik Rizal, Husna ni sebenarnya... staff saya dulu. Sebab tu hari tu nampak dia kat sini saya rasa macam kenal. Sebab tu juga saya cuma nak dia aje kemas rumah saya sebab dah tahu cara kerja dia."

"Ooo... Patutlah!" Ucap Encik Rizal lega. Maknanya dia yang membuat andaian bukan-bukan. Mereka berdua saling mengenali.

"Awak boleh pergi ye Husna. Nanti saya dah dapat jawapan dari Miss Lim awak kena datang cuci rumah saya okay!"

"Baik Tuan."

Husna bangun dari duduk dan mengutip dulang di atas lantai. Semasa melewati Encik Rizal dia nampak wajah kehairanan Encik Rizal kerana dulang berada di atas lantai.

"Bagi saya lima minit ye Encik Rizal. Nak minum air ni dulu."

Dia rindukan air bancuhan Husna. Walaupun sudah mula sejuk dia rela minum.

"Okay Encik Idris. Sila! Sila! saya tunggu di luar ye."

"Okay"

Idris sua senyum yang nampak gembira pada pandangan semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience