(Situasi dan nama dalam bab ini hanya rekaan. Tidak berkenaan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. HKL Hanya sebagai Latar Tempat Tidak Berkaitan Tempat Sebenar . Penulis amatur Haila Mat)
"Kami cuba telefon Encik Idris. Tapi Encik Idris tengok sendiri kan nombor yang Puan Husna tulis di buku pink ni salah. Alamat yang diberikan juga milik sebuah restoran vegetarian. Kami cuba cari telefon bimbit dia tapi tak ada."
"Ketika Puan Husna masih sedar dia kata dia datang tanpa ahli keluarga atau waris. Dia datang sendiri."
"Pembedahan kecemasan itu terpaksa kami lakukan untuk menyelamatkan Puan Husna dan bayi. Tekanan darah Puan Husna terlalu rendah dan paras oksigen juga menurun."
"Puan Husna baru sedar petang semalam. Kami terpaksa tidurkan dia selepas pembedahan supaya oksigen dalam badan stabil."
"Kami minta maaf bayi Encik Idris gagal diselamatkan. Kandungan Puan Husna baru 28 minggu. Terlalu lemah kerana kekurangan oksigen. Harap Encik Idris bersabar dengan ujian ini. Jenazah bayi ada di rumah mayat HKL. Ini surat berkaitan untuk Encik Idris tuntut jenazah anak."
"Pihak kami ucapkan takziah atas kehilangan bayi Encik Idris."
Pakar Obstetrik & Ginekologi, Doktor Kavita Kaur Singh menerangkan dengan panjang lebar keadaan Husna sebelum dan selepas pembedahan.
Idris sudah di bangku menunggu di perkarangan lobi hospital. Di tangannya surat izin untuk menuntut jenazah bayinya. Titisan air jatuh menimpa surat yang di pegang. Dia menangis tanpa dia sedar. Kecewa yang amat tanpa kata dapat diungkap.
Siapa dia untuk melawan kekuasaan Allah. Dia fikir dia sudah cukup bijak. Merancang sebaik-baiknya supaya Husna tidak hamil.
Allah! Allah! kerdilnya Idris rasa. Tiba-tiba rasa dirompak. Rasa kerugian pada suatu yang tidak dia sangka dia punya. Idris angkat tangan kiri. Pukul 4:07 petang. Waktu melawat pada pukul 4:30 petang.
Idris bangun menuju ke surau terdekat. Asar pukul 4:13 petang. Solat dulu baru lawat Husna. Dia kecewa dan dia mahu mengadu kekecewaannya. Serasa Tuhan menghukumnya kerana dia pernah dengan sombong mengatakan Husna tidak layak untuk menjadi Ibu kepada zuriatnya.
Dia berdosa dan dia mahu memohon keampunan. Tidak pernah dia melangkah dalam keadaan sebegini kecewa dalam hidupnya.
Allahuakbar!
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
"Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya."
Allahummaghfir li khathi'ati wa jahli, wa israfi fi amri, wa ma anta a'lamu bihi minni. Allahummaghfir li jiddi wa hazli, wa khatha’i wa ‘amdi. Wa kullu dzalika ‘indi. Allahummaghfir li ma qadamtu wa ma akhkhartu, wa ma asrartu, wa ma a‘lantu, wa ma anta a'lamu bihi minni. Antal muqaddimu wa antal mu’akhkhiru, wa anta ‘ala kulli syai’in qadirun.
"Ya Tuhanku, ampunilah kekeliruan dan kebodohanku, kelewatan batasku dalam sebuah hal, dan dosaku yang mana Kau lebih tahu dariku. Tuhanku, ampunilah dosaku dalam serius dan gurauanku, kekeliruan dan kesengajaanku. Apa pun itu semua berasal dariku. Tuhanku, ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang kusembunyikan dan kunyatakan, dan dosa yang mana Kau lebih tahu dariku. Kau Maha Terdahulu. Kau Maha Terkemudian. Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka."
Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasabihi wassalam Walhamdulillah hirabbil a’l-amiin.
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."
Allahuakbar!
***************
Dari jauh Idris nampak Husna baring rata di atas katil hospital. Dia mahu menukarkan Husna ke hospital swasta akan tetapi doktor bertanggungjawab kes Husna tidak menggalakkan buat masa sekarang. Bimbang pergerakan yang banyak mungkin memudaratkan Husna. Jadi Idris minta jika boleh di tempatkan Husna ke wad kelas pertama hospital kerajaan ini. Mereka berjanji jika ada kekosongan pihak wad O&G akan melakukannya.
"Assalamualaikum."
Husna baring terpejam. Wajahnya sedih dan keruh. Apabila di sapa dengan salam dari Idris, Husna buka matanya. Berlumba-lumba air mata mengalir keluar dari tubir mata yang sembab itu.
"Baby dah tak ada. Anak saya dah tak ada. Saya tak dapat jumpa baby." Suara Husna sayu dan hiba. Husna mengongoi sedih. Sangat sedih. Idris tergamam di situ. Dia fikir dia sudah bersedia seperti di suruh doktor. Rupanya tidak! Dia sendiri berada pada paras paling rapuh dengan kehilangan ini. Husna pasti lebih lagi. Anak itu ada di dalam rahimnya selama tujuh bulan ini.
"Shhhuuu... it's okay. Tak pe. Baby Allah punya. Allah bagi pinjam setakat ini aje. InsyaAllah nanti ada ganti lain." Idris genggam jari jemari Husna.
"Sabar Okay. Allah uji sebab Allah Sayang."
"Taaakkk... Allah marah saya sebab rahsiakan dari Tuan. Sebab tu Allah ambil baby semula." Husna mengongoi lagi.
"Saya memang malang... baby jadi mangsa sebab saya maknya."
"Please Husna jangan macam ni. Nanti Na sakit semula. Tolonglah bersabar."
Dan Husna terus mengongoi.
"Please... sabar okay. Istighfar banyak-banyak ye."
"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"
"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"
"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"
Idris temukan dahinya ke dahi Husna isterinya sambil beristighfar. Cuba menyalurkan kekuatan dan kesabaran buat isteri yang sedang rapuh itu.
Idris juga sedang menangis tapi di dalam hatinya kerana kehilangan bayi itu dan keadaan Husna yang menyedihkan.
*****************
Dua minggu Husna di wad O&G dia terpaksa di rujuk ke doktor Psikiatri. Kemurungan yang melampau. Husna menyalahkan dirinya kerana kehilangan bayi itu.
Idris buntu untuk memujuk Husna kerana dia juga merasa bersalah atas kehilangan bayi mereka.
Idris ingat lagi ketika dia menuntut jenazah bayinya. Kecilnya bayi yang pucat itu. Raut wajah si kecil seiras dirinya. Hanya bibirnya yang mugil mirip Husna. Idris namakan syurga kecilnya Ahmad yang bermaksud terpuji. Nama yang diperlukan untuk urusan pengebumian bayi syurganya.
Bayi yang tidak sampai dua kilo itu dirasa amat berat untuk di letak ke dalam liang lahad yang telah digali. Mengeletar teruk tubuh Idris untuk memujuk hatinya reda melepaskan anak yang dipinjamkan Allah hanya untuk dilihat, hanya untuk di tinggalkan di perkuburan sunyi ini bukan untuk di tatang dengan kasih yang tak bertepi.
Dia sahaja ketika itu memerlukan ustaz yang menguruskan pengebumian si kecil Ahmad untuk ditenangkan. Ustaz ingatkan dirinya janji Allah untuk orang yang sabar. Ustaz ingatkan dirinya hidup ini tentang ujian dan menanganinya dengan sabar.
Allah! Allah! jika dia serapuh itu Husna pasti lebih lagi. Puas dia meyakinkan Husna dia tidak menyalahkan isteri itu untuk ujian yang menimpa tapi belum masanya untuk Allah angkat kesakitan itu dari hati dan fikiran Husna.
*****************
"Encik Idris kena banyak bersabar. Sakit perasaan bukan seperti sakit fizikal. Tapi sebagai umat Islam kita kena yakin Allah Maha menolong. Sabar banyak-banyak. Berikan sepenuh perhatian kepada isteri untuk dia menghadapi kehilangan ini dengan ikhlas."
"Faktor umur yang masih muda dan berbagai ujian yang pernah dia lalui salah satu faktor Puan Husna lambat menerima kehilangan paling besar ini. Anak ini dia pernah letakkan titik paling tinggi untuk dia bertahan dengan ujian sekelilingnya. Dia menjadikan anak inilah yang akan buat dia gembira. Encik Idris kena pujuk dia untuk melepaskan cerita semalam dengan reda, dengan ikhlas baru dia dapat memaafkan dirinya sendiri."
Dan ketika berurusan dengan Doktor pakar Obstetrik & Ginekologi mereka menyarankan agar Husna tidak hamil untuk tempoh waktu terdekat atas faktor kesihatan kesan daripada pembedahan dan masalah tekanan darah rendah Husna yang agak berat dan perlu di rawat sebaiknya dahulu.
Apa sahaja untuk kebaikan Husna. Demi cinta hatinya yang sanggup berkorban untuk melahirkan anak syurganya.
Lebih sebulan kemudian barulah Husna dibenarkan pulang ke rumah. Husna yang parah di hati dan fikirannya.
Share this novel