Bab 35

Drama Series 136190

Husna sudah sedar. Airmata tidak berhenti mengalir. Macam-macam dugaan dia lalui sejak lebih setahun ini. Husna lelah dan lemah. Seluruh badannya sakit kerana berlawan dengan penceroboh biliknya. Syukur walaupun dia pengsan kerana satu kali tamparan dan satu kali tumbukan, bantuan yang segera datang menyebabkan penceroboh segera lari tidak sempat berbuat tidak baik kepadanya.

Dia tidak sangka kerana penceroboh adalah suami penghuni bilik nombor tiga. Dia tahu Husna akan berseorangan jadi dia balik semula ke Ibu kota walaupun sudah sampai ke kampung di Kuala Selangor. Alasan diberi kepada isterinya panggilan kecemasan daripada kilang tempatnya berkerja.

"Mesti kau kaki melayan kan."

Husna dengar suara Idris yang baru masuk menegurnya... bukan lebih tepat menghinanya.

"Kalau kau tak bagi signal... dia tak akan berani nak buat bukan-bukan."

Wah! Idris rasa tanduk di dahinya semakin panjang sejak dia berdendam dengan si putih melepak ini. Gadis itu tetap baring membelakangkannya. Hanya terdengar bunyi hingus di sedut-sedut sahaja.

"Aku dah dapat cepatkan tarikh nikah. Doktor cakap esok hari Selasa kau dah boleh keluar. Petang esok kita nikah kat Masjid Gombak. Ustaz tu dah tolong uruskan semua. Kau esok... jangan nak macam-macam ye, jangan nak sakit lagi apa semua aku tak nak dengar."
"Bill hospital private ni dengan urusan kebumi haritu masuk dalam hutang besar kau. Lepas ni jangan sakit lagi kalau tak nak hutang kau bertambah!"

Idris yakin ketua mafia pun tidak sekejam dirinya. Rasa dendam ini membuat dia rasa seperti salah satu barisan tentera Dajjal.

Idris mengeluh. Kalau tidak disegerakan urusan pernikahan ini bermakna Husna akan kembali tinggal di bangunan yang pada pendapatnya sangat tidak sesuai untuk gadis yang cantik seperti Husna. Tiada sesiapa yang akan melindungi gadis itu jika perkara yang sama terjadi lagi.

Dia tidak boleh bercakap baik-baik dengan Husna. Dia risau nanti dia tidak akan nampak menakutkan dan gadis itu tidak rasa terbeban dengan perkahwinan mereka. Dia mahu gadis itu berada dalam perkahwinan yang sengsara barulah dia yakin dia telah membalas dendam atas apa tindakan akal singkat yang Bong ambil.

**************

"Na pindah mana?"

"Ada satu apartment dekat dengan ofis tu. Kawan Na bagi tumpang sampai Na dapat cari rumah yang kawasannya selamat." Husna jawab sambil tersenyum lemah pada Kak Badriah.

Husna tidak boleh memberitahu Kak Badriah yang dia akan duduk di apartment suaminya. Kerana dia adalah isteri yang tidak diiktiraf. Macam tajuk buku pula detik hati Husna. Tapi itulah yang berlaku. Semalam hari Selasa dia dibenarkan keluar hospital pada tengah hari dan petangnya selepas asar dia sah menjadi isteri Idris dengan tiga kali lafaz. Idris nampak sangat tidak sepenuh hati menikahi dirinya melihat pada akad yang terpaksa diangkat sehingga tiga kali.

"Akak minta maaf tak dapat tolong Na. Ni aje Akak dapat bagi Na." Kak Badriah hulur dalam tapak tangan Husna duit yang digumpal... rm15. Husna pandang duit di tapak tangan.

"Na bukan tak sudi. Bukan Na nak menyombong tapi Akak lebih perlukan duit ni. Akak ada anak-anak sekolah lagi. Na tak pe, Na hidup sorang." Husna pulang kembali duit rm15 masuk ke dalam tapak tangan Kak Badriah.

Merah mata Kak Badriah memandang duit di tangannya. Dia memang sudah tidak berduit. Duit ini pun dipinjam daripada simpanan duit raya Faiz.

"Sabar ye Na. InsyaAllah satu hari nanti Na hidup bahagia." itu sahaja ayat yang dapat difikirkannya untuk menenangkan Husna.

Dia sangat sedih apabila pulang semalam mendengar berita malang yang menimpa Husna. Kasihannya nasib anak gadis cantik ini. Adakah kerana dia dilahirkan dengan rupa paras yang secantik itu ujian hidupnya harus lebih dari orang lain.

Badriah sempat mengetahui kisah sedih hidup Husna daripada Aunty Mary. Sebelum Aunty Mary berpindah wanita separuh umur itu bercerita tentang Husna kepadanya dan meminta tolong dia untuk menjaga Husna.

Hari ini apabila Husna ditimpa malang sekali lagi dia tidak berdaya untuk menolong. Dia rasa ralat tapi apakan daya, dia tidak mampu dari segi kudrat dan wang ringgit.

"Okay Kak. Na dah siap kemas. Na pergi dulu ye."

"Husna nak naik apa?"

"Dekat aje kak. Dalam 15 minit jalan dah sampai."

"Dengan beg ni semua?"

"Beg yang dua ni Na nak tumpang simpan dalam stor belakang dulu. Nanti Na dah confirm duduk mana Na datang ambil. Akak cakapkan kat tuan rumah ye. Jangan buang ye barang ni."

"Yelah. Nanti Akak cakapkan... akak jagakan." Badriah berjanji. Perkara yang mudah satu ini sahaja yang mampu dia tolong untuk Husna.

Badriah bangun menolong Husna mengangkat satu daripada tiga beg pakaiannya sehingga ke bawah bangunan. Mereka berpeluk menenangkan hati masing-masing. Husna angkat beg dan jalan perlahan-lahan ke bangunan apartment Ehsan yang sekarang di sewa Idris.

***************

"Tuan, saya dah kat bawah ni."

Idris matikan panggilan. Idris capai t-shirt di kepala sofa. Idris capai juga kad akses apartment dan kunci di atas meja kecil bersebelahan pintu keluar.

Husna pandang telefon yang dimatikan tiba-tiba tanpa jawapan apa-apa. Maksudnya apa ni. Idris tidak mahu diganggu? atau tidak mahu menerima kedatangannya? tapi bukankah semalam lelaki itu juga yang mengugutnya supaya sampai seawal yang boleh.

Husna duduk di perhentian bas berhadapan kompleks apartment. Dia sudah pergi ke pengawal keselamatan tadi dan memberitahu tujuan kedatangannya tapi dia di minta beredar apabila panggilannya kepada Idris dijawab tanpa suara kemudian dimatikan tiba-tiba.

"Kau kat mana?" suara Idris keras kedengaran apabila Husna menjawab telefon.

"Bas stop."

"Sini cepat. Kau ingat kau siapa nak berjemput bagai?" Panggilan dimatikan. Apa cerita ni? bukankah mahu masuk ke dalam bangunan apartment memang begini caranya. Mengapa Idris sendiri tidak mengarahkan dari awal agar pengawal keselamatan melepaskan dia ke atas jika telah tiba.

Husna jalan kembali menuju post pengawal. Nampak Idris di sebelah sana post pengawal dan dia dilepaskan masuk ke dalam kompleks bangunan apartment.

Nampak sahaja Husna masuk segera Idris berjalan tidak menunggunya. Husna hanya diam mengekor laju bimbang Idris tidak menunggunya untuk masuk ke lift pula. Dia tidak sanggup menapak menaiki tangga ke tingkat lima.

Di dalam lift masing-masing senyap sahaja. Idris curi-curi memandang Husna yang penuh tangannya dengan tiga buah beg kecil dan besar. Berpeluh-peluh sehingga basah bahagian leher baju berkolar bulat itu. Masih ada kesan lebam di leher Husna akibat di cekik kelmarin walaupun sudah semakin samar.

"Bilik kau kat sini."
Masuk ke dalam rumah Idris pandu dia menuju ke sebelah dapur. Di situ ada sebuah bilik kecil. Husna tahu kerana dia sudah pernah di bawa Ehsan ke rumah ini untuk menolong mengemas rumah.

Bilik ini dahulu Ehsan jadikan stor kerana ruangnya kecil sahaja. Tiada perabot di dalamnya. Hanya ada satu kipas kecil yang dilekat ke dinding. Dan Husna lihat sudah diletakkan satu beg berisi Narita toto. Husna sudah faham di sinilah dunia Husna selepas ini.

******************

"Baju yang Abang bagi tu padan tak dengan Na?"

Kus semangat! terperanjat Husna yang sedang membasuh beberapa biji mug dan piring di dalam sinki tiba-tiba di sapa satu suara lelaki yang sangat hampir ke telinganya. Trauma malam raya tidak hilang lagi sudah dikejutkan lagi begini.

"En..Encik Onn! pa..padan Encik Onn." tergagap-gagap Husna menjawab seiring dengan dengupan jantungnya yang laju.

"Na ni... apa panggil Encik pulak. Panggil Abang je Na. Baru lebih mesra." Sambil mengambil mug di tempat pengering pinggan di sebelah kiri Husna Encik Onn bersuara sambil tidak putus senyumannya.

Mug, cawan dan gelas kering banyak bersusun di dalam kabinet, yang di tempat sempit begini juga mahu diambilnya. Husna merengus di dalam hati.

"Raya Na macam mana? seronok tak?"
Nampaknya Encik Onn tidak mahu peluang berdua-duaan dengan Husna di tinggalkan begitu sahaja. Budak cantik ini amat sukar di dekati.

"Ye, se.. seronok."

"Na janganlah tergagap-gagap dengan Abang. Mana ada Abang makan orang." Encik Onn ketawa kecil. Bunyinya miang sangat dipendengaran Husna. Naik meremang bulu romanya. Husna sudahkan kerjanya cepat-cepat. Dia mahu segera tinggalkan lelaki ini di sini.

"Onn!"

Bersembur air yang baru Encik Onn minum apabila namanya di sapa.

"Yess Boss!" Cekap dan pantas Encik Onn menjawab.

"Report account untuk suku tahun terakhir yang I minta, you dah siapkan?"

"Belum Boss"

"When do you think I can get that report?"

"Saya buat sekarang Boss." Kelam kelibut Encik Onn bangun dan bergerak keluar daripada pantry.

Sekarang tinggal Husna dan Idris di ruangan pantry. Husna tahu selepas ini giliran dirinya di sembur lelaki yang warna kulitnya sudah merah padam menahan marah.

"Kau memang miang kan. Jantan sana sini kau layan." Ayat pertama dari Idris. Dia melangkah lagi mendekati Husna yang sudah bagai disumpah menjadi batu.
"Kau kalau dah gatal sangat... dah miang sangat aku boleh bagi kau lah! Malam ni Khamis malam Jumaat kan paling afdal untuk malam pertama!. Tak payah gatal sangat dengan orang lain aku sendiri boleh hentak kau bagi puas!"
Suara keras Idris perlahan sahaja kerana dia bercakap betul-betul di hadapan muka Husna yang sudah seputih kertas A4 warna kulitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience