Bab 25

Drama Series 136190

Idris sampai awal pagi.

Keluar dari KLIA dia tidak terus pulang ke rumah. Lagipun tiada sesiapa di rumah. Ummi dan Walid ke Korea untuk pembedahan lutut Walid yang lama dahulu sudah di atur temujanjinya. Oleh kerana Ummi dan Walid ke luar negara maka pemandu dan pembantu rumah juga diberikan cuti.

Kakak sulungnya tiada di Malaysia. Mengikut suami yang bekerja sebagai pengawai khas kepada duta Malaysia ke Rusia. Abangnya seorang pensyarah bertugas di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor. Mereka tiga beradik sahaja.

Patutkah dia terus ke Muar, Johor? Ummi memberitahunya keluarga di Muar Johor mengadakan tahlil di surau terdekat dengan rumah Pak Ngah Hasman setiap hari selepas solat isyak.

Encik Mislan pengurus besar syarikat yang mengambilalih kuasa syarikat buat sementara waktu pula memberi laporan terkini yang beberapa urusan penting tergendala kerana ketiadaan Bong yang tiba-tiba.

Syarikat pengangkutannya itu memang sepenuhnya diuruskan oleh Bong yang telah Idris lantik sebagai CEO. Sama seperti beberapa perusahaannya yang lain di Malaysia. Semuanya ada pegawai yang di lantik untuk menguruskannya. Dia sekadar memantau dari jauh melalui laporan yang dihantar atau mesyuarat maya secara mengejut yang suka dilakukannya untuk memastikan semuanya berada di landasan yang sepatutnya.

Ke mana dia harus pergi dahulu?.

"Where do you want to go sir?"

Fikiran Idris yang merayau jauh terhenti seketika dengan soalan itu. Dia sudah dapat mengagak pemandu teksi dari lapangan terbang ini akan tersilap agak tentang dirinya.

"Boleh encik hantar saya ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara?"

"Eh! Melayu ke? Pakcik ingat saudara Cristiano Ronaldo tadi. Maafkan pakcik ye."

"Saya Melayu pakcik."

"Muka macam orang Latin. Handsome!"

"Tak adalah pakcik."

Pakcik pemandu teksi tertawa dengan kesilapannya. Sebenarnya perkara itu bukan sesuatu yang asing kepada Idris. Salah faham seperti itu sentiasa dia terima ketika di United Kingdom.

"Mak ayah kahwin campur ke?"

"Ayah saya ada darah Arab."

"Oh! Patutlah handsome."

Setakat itu Idris bercerita, sebenarnya keturunan dari sebelah ayahnya lagi panjang cerita kahwin campurnya. Datuk Idris Arab kerana bapanya seorang Arab dan berkahwin dengan Ibu kepada datuknya yang ada campuran Spanyol. Tapi ayah Idris mungkin sudah cair darah Arabnya kerana datuk Idris berkahwin dengan seorang Melayu daripada Acheh.

(Pening tak kawan-kawan. Hahaha. Saya tak ada idea tapi saja nak panjangkan word)

"Tadi nak ke mana ye? Dah gelak-gelak lupalah pulak pakcik."

"Kubur Bukit Kiara pakcik."

"Oh! Okay kita ke sana ye."
"Nak melawat kubur siapa?

"Pakcik saya."

"Baru meninggal ke.?"

"Ye. Hari Jumaat baru ni."

"Oh ye ke... Takziah ye. Tapi Alhamdulillah dia meninggal hari Jumaat. Mudah-mudahan dapat fadhilat Jumaat."

Idris tidak pasti tentang itu. Besar harapannya begitu juga.

"Terima kasih pakcik. Mudah-mudahan."

"Sakit apa? Sakit tua ke.?"

"Bukan. Arwah accident."

"Owh! Sekarang ni memang bahaya. Kenderaan laju-laju atas jalan. Kita dah berhati-hati pun kalau nak malang dan dah tertulis umur kita habis atas jalan nak kata apa lagi kan."

"Ye betul tu pakcik." Idris sekadar bersetuju supaya punca sebenar hanya di dalam hati dan fikiran sahaja kemusykilannya.

"Maaf ye pakcik ni memang suka berborak dengan penumpang. Nak elak mengantuk."

"Tak pe pakcik. Saya faham."

"Kita dah sampai. Nak pakcik tunggu ke?"

"Boleh ke pakcik.?"

"Boleh aje. Tapi meter jalan lah." Pakcik pemandu teksi menjawab sambil berseloroh.

"Boleh pakcik. Tak pe saya faham."

Idris turun daripada teksi. Cuaca tidak panas kerana mendung. Mendung tapi hawa terasa berbahang. Mungkin sebentar nanti akan hujan. Idris melepasi pintu pagar kawasan perkuburan.
Ada dua orang lelaki di sebelah kiri pintu pagar memegang cangkul dan penyodok tanah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."
"Yes sir, can I help you."

"Boleh saya jumpa penjaga kawasan ni. Nak minta tolong cari kubur saudara saya."

"Oh Melayu... Saya jaga sini. Encik nak cari kubur siapa ye. Nama... bila meninggal... orang mana."

"Dia meninggal hari Jumaat. Orang Bukit Kiara sini. Nama arwah Ehsan bin Abdullah."

"Owh! yang meninggal terju... ja jatuh bangunan tu ye."

"Ye." sepatah sahaja Idris dapat menjawab. Hatinya terbakar. Dia tahu perkataan tersasul apa yang lelaki itu terhenti untuk disebut.

"Encik nampak tu yang ada lelaki baju biru tu... dia pun melawat kubur arwah tu." Salah seorang dari lelaki berdua itu menjawab. Oleh sebab kawasan kubur lapang begitu jadi walaupun jauh sudah nampak susuk lelaki berbaju biru yang mereka maksudkan. Siapa tu ye? Saudaranya jugakah? Tetapi susuk itu membelakangkan mereka. Idris tidak dapat menekanya kerana jarak mereka.

"Terima kasih Encik." Idris ucap terima kasih menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan not rm50 yang memang ada di dalam kocek kanan seluarnya lalu menghulur kepada salah seorang daripada dua lelaki itu.

"Buat ngeteh Encik." sambung Idris lagi.

"Eh! tak apalah. Tak kan setakat menolong tunjuk arah nak belanja pula. Tak pe... tak pe, memang selalu tolong orang bertanya arah.

"Saya ikhlas Encik. Doakan rezeki saya berkat."

"Kalau begitu saya ambillah ye. Amin Ya Allah. Terima kasih banyak-banyak Encik." Lelaki berdua itu beralah dan mengambil duit yang Idris hulur.

"Sama-sama. Saya jalan dulu."

"Baik. Sila... Sila."

Idris melangkah berhati-hati. Tapi kawasan perkuburan ini tersusun setiap kuburan itu. Pengurusannya patut dipuji kerana sistem susun atur yang terancang. Idris berhati-hati untuk menghormati tempat istirehat hamba Allah yang lebih dahulu pergi, sementara menunggu hari di bangkitkan.

"Assalamualaikum" Idris beri salam kepada lelaki yang berdiri membelakangkannya di hadapan kubur Bong. Terhinjut bahu lelaki itu. Pasti terperanjat disapa salam secara tiba-tiba.

"Waalaikummussalam" Terperanjat, terkedu dengan susuk Idris tatkala dia menoleh ke belakang. Lama dia tidak nampak lelaki kacak yang sinis dengannya ini. Tangannya dihulur supaya tidak nampak terlalu ketara rasa canggungnya dengan lelaki itu.

"Maaflah hari Jumaat tu aku tak dapat datang. Aku pergi pelantar. Bila aku balik darat baru tau cerita arwah." Firdaus terangkan ketidakhadiran dirinya pada hari pengebumian Ehsan.

"Aku pun tak ada hari Jumaat. Ni baru sampai dari UK. Passport aku hilang." Idris menjawab santai. Dia sendiri tidak tahu kenapa harus menerangkan kepada Firdaus. Dia tidak berapa gemarkan Firdaus rapat dengan Bong kerana dia tahu lelaki ini suka mengikis Bong dengan alasan dialah sahabat sejati Bong.

"Takziah Ris. Nanti kirim salam Ibu ye cakap aku ucap takziah."
"Aku macam tak boleh terima San dah tak ada. Selalu aku fikir sejak San tak ada ni... kalaulah aku tak pergi Terengganu mesti benda ni tak jadi. Dia tak ada orang guide sebab tu jadi macam ni."

"Apa maksud kau?"

"Dia kan hati lembut mudah kasihan kat orang. Lepas tu ramailah yang nak menempel kat dia tumpang senang."

"Kau dah lama ke pergi Terengganu?" Soal Idris. Dia memang ber 'aku kau' sahaja dengan kebanyakan kawan-kawan Bong. Mereka lelaki dan hanya berbeza umur sepuluh tahun. Tetapi ada juga kawan-kawan Bong yang lebih sopan pembawakan diri Idris memanggil abang.

"Ada dalam setengah tahun."

"Kau tak ada telefon dia?"

"Dia tak jawab call aku. Dia sendiri memang tak pernah nak telefon aku."

"Kau orang bergaduh ke?"

"Aku nak gaduh dengan dia? Kau tau kan macam mana kamceng kami berdua? Aku pun pelik macam mana dia boleh nekad friend zone kan aku."

"Bong ada masalah ke?"

"Dia tak ada masalah. Aku tahu hidup dia selama ni okay sahaja sampailah dia jemput masalah datang dalam hidup dia." sambil bercakap Firdaus tunduk memandang kubur Ehsan yang masih hanya bertanda papan.

"Maksud kau?"

"Kau tak rasa kita patut cari tempat untuk duduk bercerita? Tak selesa pula nak bercerita pasal San yang dah tak ada depan kubur dia."

"Okay. Bagi aku seminit dengan Bong. Kau tunggu dulu dekat depan sana. Nanti aku datang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience