Sangat meriah!
Itulah yang boleh digambarkan tentang majlis perkahwinan Idris dan Husna. Tiada flower girl yang ada flower boys. Nampak lucu tapi sangat comel dan menghiburkan. Ibrahim dan Ismail juga menjadi pengapit pengantin lama Idris dan Husna.
Walau pengantin lama tapi rasa syukur kepada Allah dengan ujian yang menyusun hampir sempurna kisah cinta Idris dan Husna menyebabkan wajah pengantin sangat berseri.
Semua berwajah gembira. Baba Syeikh, Ummi dan Walid, Acik Enon dan Acik Yem, Aunty Mary, Uncle Wong, seluruh keluarga besar Idris, rakan-rakan Husna dan Idris. Mereka tumpang gembira dan berbahagia untuk kedua pengantin yang bagai pinang di belah dua.
Sangat cantik dan sepadan.
*******************
"Sayang..."
"Ermm..."
"Terima kasih..."
"Kerana...?"
"Bertahan..."
"Betul ke belakang Na sekarang ni Tuan Idris yang macam stone tu?"
Husna lawakkan kata-kata Idris yang sedang mahu syahdu-syahdu dengannya.
Terasa Husna sedang mentertawakan dirinya Idris picit dada Husna sekali.
"Arghhh...! Abang!"
"Abang baru nak romantik ni, Na bantai gelak."
Mengekek-ngekek Husna ketawa kerana Idris sentap dengan gurauannya. Husna pusing dan kucup sekilas bibir Idris.
"Na yang patut cakap terima kasih. Na hilang pun Abang tetap cari. Walaupun Na cuma sebiji kentang."
Kedengaran Ikhlas tapi Husna masih berkata-kata dalam ketawa kecil yang belum sudah.
"Na jangan tinggalkan Abang lagi tau. Cukuplah Na hilang tiga kali. Kalau kali ke empat... sasau Abang Sayang."
"Tiga kali?... Na tinggalkan Abang dua kali ajelah."
"Tiga... jumpa kat hospital yang first tu."
"Tu bukan lari... Na sakit"
"Ye... tapi tak cakap Abang. Kira larilah tu."
"Maaf Abang... Tapi masa tu Na takut dengan Abang. Tiba-tiba Na pregnant, walaupun Abang 'hebat' merancang."
Idris paut Husna semakin erat, dan cium sekilas bahu Husna yang terdedah. Jahatnya dia dahulu mengugut Husna yang tidak-tidak.
"Janji tau jangan tinggalkan Abang. Na sekarang dah millionaire."
"Millionaire tu Abang. Na suri rumah aje."
"Abang millionaire dalam Ringgit Malaysia... Na millionaire dalam Pound Sterling."
"Yang jutawan tu Baba, Sayang... bukan Na."
"Baba dah cakap dengan Na kan?"
"Dah."
Selepas kedatangan Syeikh Hussein bersama Aunty Mary dan Uncle Wong membawa rahsia besar secara mengejut, Syeikh Hussein mohon kepada Idris untuk dia membawa Husna melakukan ujian DNA, bukan kerana dia tidak yakin, cuma dia mahu bukti untuk tujuan rasmi.
Syeikh Hussein juga mempunyai sejarah hidup yang kasihan sejak kecil. Ibu bapanya juga berkahwin tanpa restu. Bapanya keturunan Arab manakala ibunya berketurunan Pakistan. Percintaan mereka dihalang sehingga membawa kepada pernikahan yang tidak direstui kedua buah keluarga. Ianya berlaku juga kepada dirinya kemudian, seolah sejarah yang berulang.
Bapa Syeikh Hussein kemudiannya meninggal dunia ketika Syeikh Hussein berusia sepuluh tahun. Keluarga ibunya membawa mereka pulang ke daerah mereka dan mengahwinkan ibunya dengan sepupu jauh ibunya sebagai isteri ke tiga.
Bapa tiri yang sangat kejam. Syeikh Hussein dan Ibunya didera dengan teruk. Walaupun ibunya melahirkan adik-adik daripada bapa tiri itu tetap juga ibunya didera dengan teruk. Ibunya hanya mampu menurut kerana tiada tempat lain untuk pergi dan berlindung.
Apabila dia berusia 18 tahun dia mengikut bapa tirinya yang keluarganya berniaga permaidani datang ke Malaysia membuka sebuah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di situlah dia berkenalan dengan Siti Salina, Ibu Husna.
Siti Salina bekerja sebagai pembantu kedai di kedai permaidani mereka. Hubungan yang pada awalnya hanya sebagai rakan sekerja berubah menjadi percintaan yang tidak dapat dibendung lagi. Mereka akhirnya lari ke Thailand untuk bernikah.
Pulang daripada Thailand keadaan baik-baik sahaja. Itu yang Syeikh Hussein fikir. Tok Udin memang sudah dapat menerima dirinya, yang pelik ialah dari pihak bapa tirinya yang seolah-olah tidak terkesan dengan pernikahan itu.
Sampai suatu masa dia harus pulang ke Pakistan untuk memperbaharui passport dan visa, di situlah segalanya bermula. Tiba di Pakistan dia dipukul dengan teruk dan dikurung. Langsung gagal menghubungi Siti Salina dan Tok Udin untuk menerangkan keadaan dirinya.
Beberapa kali ibunya cuba menyelamatkan Syeikh Hussein tapi gagal. Ibunya juga turut dipukul dengan teruk, membawa kepada kesihatan yang sangat merosot kepada Ibunya.
Bapa tirinya kemudian bertindak memaksa dia berkahwin dengan anak daripada isteri pertama bapa tirinya. Pada hari pernikahan ibunya yang sudah sakit tenat meninggal dunia membawa kepada dia mendapat kekuatan yang tiba-tiba kerana merasa amat marah ibunya dinafikan hak untuk mendapat rawatan.
Dia ceraikan isteri yang baru dinikahi tidak sampai beberapa jam itu dengan talak tiga kemudian melarikan diri.
Dia lari ke sebuah perlabuhan. Di situ dia berkenalan dengan seorang lelaki yang entah siapa dan membantunya dengan memberi sejumlah wang. Dia dapat membeli tiket penerbangan ke Malaysia dan sedikit duit belanja.
Sampai Malaysia kisah sedih terjadi lagi seperti yang telah Aunty Mary ceritakan.
Apabila Uncle Wong menolong dia melarikan diri ke United Kingdom di situlah dia bermukim memulakan kehidupan baru.
Suatu ketika di United Kingdom dia bertemu lagi dengan lelaki yang menolongnya di perlabuhan. Barulah dia tahu lelaki itu adalah peguam keluarga arwah ayahnya yang membawa sebuah wasiat daripada arwah datuknya.
Dia mewarisi sejumlah wang, aset dan perniagaan textile yang tidak pernah dia tahu keluarga arwah ayahnya miliki. Barulah juga dia ketahui selama ini bapa tirinya sudah tahu tentang wasiat itu. Kerana itu bapa tirinya mahu dia berkahwin dengan anak lelaki itu dan menggunakan arwah ibunya sebagai bahan ugutan ketika itu.
Dia menerima wasiat itu dengan rasa syukur yang amat. Apabila hidupnya semakin tersusun dia datang lagi ke Malaysia, malangnya kekasih hati sudah pulang ke negeri abadi. Dia terlalu bersedih dan rasa bersalah sehingga tidak mencari pengganti sampailah ke hari ini.
Ujian DNA yang Syeikh Hussein lakukan adalah kerana mahu memastikan tiada lagi orang berhati jahat cuba mengambil kesempatan ke atas harta yang dia ada, kerana dia tahu bapa tirinya masih tidak berputus asa mahu merampas hartanya melalui adik beradik seibu dengannya.
"Na dah cakap Baba... semua tu letak nama anak-anak Na aje. Na tak nak."
"Na kan ada Abang, lagipun Na makan bukan banyak... Abang Sayang Na kan."
Husna ketawa lagi kerana rasa apa yang dikata melucukan. Husna tidak tahu kata-katanya menghiris tangkai hati Idris. Sangat ngilu. Malu dengan diri sendiri. Pernah satu ketika dia mengarahkan Husna makan daripada duit gaji Husna sendiri. Sedangkan ketika itu duit gaji Husna juga dipotongnya sebagai membayar hutang. Zalimnya dia!.
"Abang minta maaf Sayang."
Suara Idris yang kedengaran sebak menyedarkan Husna yang dia tersalah memilih ayat bergurau. Husna pusing tubuhnya menukar posisi supaya baring di atas dada Idris dan memeluk erat suami itu.
"Na Sayang Abang. Janganlah macam ni... Macam mana Na nak bergurau dengan Abang kalau semua Abang bawa pada cerita dulu. Yang dah lepas tu jangan diingat lagi."
Idris paut Husna semakin erat. Sayangnya dia pada Husna tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
"Na minta maaf okay kalau Na sedihkan Abang."
"Okay tapi ada syarat..."
"Apa?"
Idris tidak menjawab, dia letak kepala Husna atas bantal dan menyelesakan posisinya. Idris hempap Husna dan sambung kerja keras yang belum sudah sejak tadi.
Husna terjerit kecil kemudian mengekek-ngekek ketawa. Mujur sahaja mereka bukan di rumah tapi di honeymoon suite. Hadiah daripada Baba untuk majlis perkahwinan mereka.
Selamat pengantin lama Husna dan Idris.
****************
Baba hadiahkan lagi percutian ke Kashmir. Dari Kashmir mereka ke United Kingdom pula. Idris bawa Husna, Ibrahim dan Ismail ke seluruh Eropah, ke tempat-tempat percutian yang ada hotel milik Baba dan Idris.
Pulang ke Malaysia mereka hantar pulang Aunty Mary ke Australia. Bercuti ke rumah Aunty Mary pula. Suka sungguh Ibrahim dan Ismail melihat cuaca yang pelbagai dari satu tempat ke satu tempat.
Pulang dari Australia Idris bawa pula Husna, Ibrahim dan Ismail pusing satu Malaysia jalan-jalan lagi. Sampailah masa cuti sekolah tamat dan anak-anak harus mendaftar penggal baru persekolahan.
Idris minta maaf kepada Kak Izzah kerana tidak dapat mengizinkan Husna bekerja semula.
Bagaimana mahu bekerja jika Husna mabuk teruk. Kasihan sungguh Idris melihatnya. Bagaimanalah agaknya Husna mengandungkan Ibrahim dan Ismail seorang diri dahulu?.
Idris mahu Husna rehat sahaja di rumah menjaga kandungan sebaiknya. Idris amat berharap kandungan Husna kali ini seorang bayi perempuan supaya Husna ada kawan.
Mudah-mudahan bayi perempuan itu mewarisi kecantikan dan kelembutan sifat Husna.
Ya Allah terima kasih untuk jodoh ini.
Terima kasih untuk seorang Siti Husna Binti Abdullah.
Ops... Siti Husna Binti Syeikh Hussein.
Tamat.
Share this novel