Fadzlin keluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek seluar, mencari video yang telah disimpannya. Kemudian menghulurnya kepada Idris.
Cepat pantas Idris capai dari tangan Fadzlin dan mula menonton.
****************
"Encik Mislan!"
"You buka semula fail kes pecah amanah Sheila!"
"Ye!, Kes dia bocorkan maklumat tender tu!"
"I ubah fikiran! I nak report polis!. You call Encik Salim minta nasihat guaman supaya perempuan tu merengkok dalam penjara!"
Encik Rizal dan Fadzlin yang berada di situ kecut perut mendengar suara Idris yang bagai jeneral tentera Jepun ketika memberi arahan dalam panggilan telefon.
Muka kacak Idris sudah merah padam. Bukan muka sahaja tapi cuping telinganya dan batang lehernya juga turut merona merah. Fadzlin yang memandang membayangkan jika dia letak sebiji telur di atas kepala Idris mesti telur itu meletup. Cepat-cepat Fadzlin tunduk memandang lantai bimbang dia tertawa. Biasanya sikap mudah terhibur dalam dirinya bukan boleh diajak berbincang.
"Fadzlin!"
"Opocot Mak Eton! Maaf Boss... Ye Encik Idris"
Meranjat aje Encik Idris ni. Adoi la!
"You hantar video tu pada I"
"Baik Encik Idris."
Hu hu kena jackpot hari ni. Padan muka kau mak lampir!
Kegembiraan Fadzlin terkujat apabila telefon Idris berbunyi.
"Waalaikummussalam"
"Sabar... sabar... jangan nangis"
"Baik! jangan menangis saya ke sana sekarang!"
*************
"Macam mana ni Ris?"
"Allah! Allah! Macam mana ni. Mana budak-budak tu?"
"Enon... bawak mengucap Non, awak tu ada darah tinggi."
"Abahnya! saya ni risau. Senah tu tak pernah ke sana. Dah ke sana bertiga beranak aje pulak tu."
"Macam mana ni Ris? Telefon tak dapat! bukan tak berjawab! tak dapat!"
"Acik Enon... boleh tolong cerita satu-satu. Saya minta maaf, saya tak faham."
Semenjak Idris datang yang dia dengar keluar daripada mulut Acik Enon hanyalah tangisan dan 'macam mana Ris, macam mana Ris'. Duduk perkaranya langsung Idris tak faham.
"Nah Non!"
Acik Yem hulur Acik Enon sebiji gelas berisi air kosong.
"Baca Bismillah, selawat baru minum."
Acik Yem sambung lagi menasihati isterinya.
"Tarik nafas, lepas perlahan-lahan. Sabar, bertenang. Sekarang awak nak cerita ke saya cerita?"
"Abah ajelah cerita. Saya dah tak boleh bercakap ni."
Acik Enon sambung menangis.
Acik Yem capai bangku meja makan dan tarik berdekat dengan Idris.
"Gini Ris..."
"Senah dah pindah Pulau Pinang."
"Dia, Ibrahim dengan Ismail"
"Hari Jumaat tu dia balik lambat kerja... lepas tu dia cakap dengan Acik Enon kamu dia nak pindah Pulau Pinang ikut majikan lama dia nama Miss April."
"Katanya kerja yang ada sekarang tak sesuai tak serasi."
"Kami ni memujuk jugak dia janganlah ke sana. Jauh sangat nanti kalau kerja siapa nak jaga anak-anak... tapi si Senah cakap tak pe, majikan dia dah carikan sekolah."
"Memang cara Senah bercakap tu tak boleh dirunding lagilah. Bulat keputusan dia nak ke sana."
"Dipendekkan cerita... pagi Sabtu kami menghantar dia ke Terminal Bersepadu."
"Janjinya, dia telefon bila sampai."
"Pergi naik bas hari Sabtu, hari ni dah Selasa..."
"Langsung tak ada khabar berita."
"Kami ni risau sangat. Senah tu tak pernah berjalan jauh lepas tu bawak anak kecik."
"Dah risau-risau sangat... Acik Enon Ris pun dah tak boleh tidur malam... kami pagi tadi ke butik depan ni yang dulu Senah kerja. Mintak nombor telefon si April tu."
"Malangnya!... dia... si April tu cakap tak ada pulak dia berjanji dengan Senah nak ajak kerja ke sana!"
"Macam mana Ris? Apa pendapat Ris? kami ni dah risau... kot lah si Senah tu ada masalah... Ahlong ke, suami dia ke yang menyebabkan dia tak dapat ditelefon sampai sekarang!"
"Risau kami ni Ris... cucu berdua tu entah apa khabarlah."
Menitis air mata Acik Yem sehabis bercakap. Idris terketul di bangku meja makan. Mahu memberi buah fikiran pun rasa sudah tidak mampu. Otaknya jam. Dia sedang berdepan masalah Husna yang menghilangkan diri kerana diugut oleh Sheila sekarang sekecil kembar berdua pula tak dapat di kesan kerana dibawa sang Ibu yang bernama Senah entah ke mana?.
"Apa kata kita report polis aje Acik Yem? Saya ada kenalan polis yang mungkin boleh minta tolong."
Idris beri juga buah fikiran akhirnya. Lagipula kehilangan anak Acik Yem ini melibatkan kesayangannya Ibrahim dan Ismail. Dia juga rindukan anak-anak itu.
Sekarang dia risaukan Ibrahim dan Ismail. Dan dia juga risaukan Husna. Kepalanya amat berserabut dan sakit. Perutnya rasa pedih dan terjerut menggigit. Sejak pagi tadi dia hanya makan tiga keping biskut tawar dan secawan Milo panas. Itu sahaja yang mampu tekaknya telan. Dia hilang selera apabila stress teruk begini.
"Pada handphone saya ni cuma ada gambar Ibrahim dan Ismail. Acik Yem bagi saya gambar Senah, kalau ada dengan Ibrahim dan Ismail sekali, lagi bagus."
"Saya hantar ke kawan saya yang kerja polis tu."
"Dan kita terus ke balai buat report."
Acik Yem pandang Acik Enon.
"Ada Non gambar anak cucu tu? Gambar yang masa raya tahun ni ada kan?"
"Sekejap saya tengok kat wasap Angah yang lepas-lepas. Rasanya ada kat situ."
Acik Enon bangun mengambil telefonnya di atas kabinet dapur. Kemudian menskroll aplikasi what's up. Beberapa ketika kemudian datang mendekati Acik Yem.
"Ni Bah. Gambar Senah tiga beranak."
Acik Enon hulur telefon kepada Acik Yem menunjukkan gambar di dalam skrin telefon.
"Boleh tak ni Ris?"
Idris maju sedikit tubuhnya yang duduk untuk mencapai telefon yang di hulur Acik Yem. Idris pandang gambar Ibrahim dan Ismail bersama ibunya. Idris dekatkan lagi muka telefon. Kalau-kalau dia tersilap. Tidak! dia tak silap!
Idris pandang wajah Acik Yem dan Acik Enon silih berganti mahu berkata sesuatu tapi Idris rasa kepalanya sudah hilang. Bibir bergerak bagai mulut ikan kehilangan air tapi tiada bunyi yang keluar.
Idris pandang lagi muka telefon dan...
bedebuk!
Idris black out jatuh dari bangku!
****************
Dia dengar bunyi orang bercakap berbisik-bisik. Perlahan sahaja diikuti sekali sekala esakan kecil. Dia rasa sangat letih dan mengantuk tapi ada sesuatu dalam fikiran jauhnya yang bercelaru menyuruhnya membuka mata.
Idris buka mata, kemudian pejam kembali. Cahaya yang terang menyucuk puncak kepalanya yang sedia sakit. Berkerut mukanya menyepetkan mata cuba melihat sekeliling. Sakit! Idris pejam semula.
"Ris!"
"Ris! Ris rasa macam mana?"
Idris dengar dan rasa susuk Umminya Datin Hasiah di sebelah kanan katil. Dia mahu segera menjawab panggilan Ummi tapi tekaknya terasa sangat kering dan perit.
"Mi... air Mi."
Idris terasa lagi pergerakan Umminya kemudian terasa sesuatu menyentuh bibir keringnya.
Datin Hasiah sua mulut gelas berdekat dengan bibir kering Idris dan mengacu straw yang boleh di lentur itu masuk ke mulut Idris. Idris sedut laju, hampir setengah gelas susut diminun Idris yang nampak sangat kehausan.
"Silau ke Ris?"
Idris mengangguk perlahan dengan soalan Acik Enon. Terdengar rel penyangkut langsir ditarik sedikit. Idris cuba buka mata kembali, barulah matanya boleh dicelik walaupun kuyu sahaja.
Datin Hasiah capai remote di tepi katil Idris dan katil Idris yang rata naik sedikit demi sedikit membolehkan posisi Idris yang baring menjadi seakan bersandar.
"Ris rasa macam mana? Acu Hasry kata Ris gastrik teruk sampai perut penuh ulser. Kat Jepun tak makan ke?
Idris merenung lemah dan sayu wajah Ummi. Wajah Ummi yang banyak dirahsiakan cerita besar dalam hidupnya. Kerana itu hidupnya tidak gembira sepanjang hampir tujuh tahun ini. Terlalu banyak rahsia yang akhirnya menjerut lehernya sendiri sedikit demi sedikit.
"Mi..."
Idris tidak dapat meneruskan kata-katanya lalu menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dia berdosa besar pada Ummi, Walid, arwah Tok Ibu, Husna isterinya yang kasihan dan anak-anaknya Ibrahim dan Ismail yang lebih lagi kasihannya kerana berbapakan lelaki pengecut dan tidak bertanggungjawab sepertinya.
Ummi dan Acik Enon yang berada di situ yang tidak faham kenapa Idris menangis teresak-esak seperti itu tapi turut sama menangis. Dan ke dua Ibu yang penyayang itu seolah faham Idris yang sedang tertekan dan memberi masa kepadanya untuk melepaskan apa juga kesedihan yang sedang Idris tanggung dan sembunyikan.
Setelah beberapa ketika barulah Idris mampu bertenang sendiri walau masih tidak hilang sedu sedannya kerana menangis sangat teruk sebentar tadi. Tidak pernah seumur hidupnya dilahirkan menjadi lelaki dia rasa sangat kecewa, putus asa dan malu dengan diri sendiri seperti sekarang ini.
Selama ini dia sangat berbangga menjadi dirinya yang tidak pernah terlibat dengan masalah perasaan, tidak pernah mahu mencari masalah perasaan tapi... sekali dia jatuh cinta bertapa bodohnya dia mengimbangi perasaannya dengan kehidupan sehingga menginaya isterinya Husna.
"Ris... Ummi ada buat sup ayam. Ris makan sikit ye."
Idris pujuk hatinya supaya makan sesuatu. Supaya badannya bertenaga semula. Supaya dia cepat sihat dan kuat untuk mencari Husna dan anak-anaknya Ibrahim dan Ismail. Idris angguk kepada Ummi bersetuju untuk makan.
Ummi ambil mangkuk tingkat di atas meja dan sebatang sudu. Apabila Ummi buka penutup mangkuk semerbak bau sup ayam yang sedap. Ummi sua sudu berhati-hati ke mulut Idris. Membantu anak itu menyudu sup ayam yang suam.
Sedang Idris makan masuk Walid dan Acik Yem. Di tangan Walid terjinjit sebuah beg plastik berisi buah-buahan. Acik Yem yang menyusul di belakang Walid mengepit di celah ketiaknya sehelai sejadah.
Setengah mangkuk berkurang sup itu, Idris angkat tangan memberi isyarat kepada Ummi dia sudah cukup.
"Acik Enon... dah dapat berita apa-apa?"
Soal Idris kepada Acik Enon yang duduk sugul di bangku tepi dinding memerhatikan Datin Hasiah menolong anaknya makan sebentar tadi dan sekarang Datin Hasiah sedang berkemas mangkuk tingkat di atas meja kecil.
"Belum Ris."
Perlahan dan sangat sedih bunyi suara Acik Enon. Acik Yem di sebelah Acik Enon juga sedih juga wajahnya yang risau.
"Ummi, Walid, Acik Enon, Acik Yem... Ris ada benda nak nak cerita. Sebelum tu... Ris minta ampun sangat-sangat. Tolonglah maafkan Ris."
Tegak badan keempat-empat mereka. Semua bersedia tiba-tiba dan memasang telinga untuk mendengar cerita Idris.
Lalu tanpa bertangguh Idris bercerita dari A sampailah Z.
Semuanya!
Share this novel