Bab 7

Drama Series 136190

Sudah dua bulan berlalu sejak dari peristiwa hutang Tok Udin.

Tok Udin sudah keluar hospital tapi hanya tinggal sahaja di dalam bilik sewa. Taraf kesihatannya merosot sejak dibelasah teruk oleh kumpulan lintah darat itu. Serangan angin ahmar yang menyebabkan Tok Udin lumpuh sebelah badan tidak membolehkan dia banyak bergerak. Sama ada Tok Udin baring sahaja atau duduk sahaja di atas kerusi roda yang dihadiahkan oleh Ehsan.

Kalau dahulu duit gaji Husna di asingkan untuk minuman keras dan hutang judi Tok Udin sekarang bahagian tu pergi ke ubatan, lampin pakai buang, susu khas dan kos membawa Tok Udin ke hospital. Husna terpaksa meminta pertolongan Aunty Mary tuan punya rumah yang Husna sewa bilik ini dan anak lelakinya, kerana apalah dayanya untuk membawa turun dan naik Tok Udin ke bilik sewanya di tingkat lima jika seorang diri.

Aunty Mary itu berketurunan Serani manakala mendiang suaminya berketurunan India, tapi ihsan mereka kepada Husna seolah-olah Husna itu saudaranya sendiri. Walaupun Husna mendapatkan pertolongan itu bukanlah dengan tangan kosong, tapi apalah erti punya duit jika tuan punya kudrat tidak mahu menolong. Husna bersyukur Allah datangkan orang baik disekelilingnya untuk menghadapi ujian dunia.

Hubungan Husna dengan Ehsan dan Firdaus menjadi rapat kerana kisah lintah darat itu. Mereka pula mula menjadikan restoran Mek sebagai tempat melepak yang baharu.

Dalam seminggu, dua atau tiga malam mesti ada Ehsan. Apabila ada Ehsan pastinya ada Firdaus. Mereka juga mengajak beberapa teman lain ke restoran Mek. Walaupun untuk baki masa yang sekejap tapi Mek sangat bersyukur.

Husna sedar sejak kebelakangan ini nasibnya bertambah baik. Tiada lagi ketakutan yang tidak-tidak menghentam hati dan fikirannya. Jika dulu aktiviti kegemaran Tok Udin itu meletakkan dirinya dalam situasi bahaya. Bila-bila masa sahaja bukan setakat lintah darat tapi akan ada yang datang meminta duit darinya, kononnya Tok Udin meminjam duit mereka atau Tok Udin yang mabuk merosakkan atau mengganggu perniagaan atau barangan mereka.

Kerisauan Husna sekarang cuma satu, tarikh pernikahan Mek semakin hampir. Masanya akan tiba untuk hari Husna berpisah dengan Mek yang umpama ibunya itu.

Dahulu Mek berjiran bilik dengan arwah ibu Husna. Daripada sebelum arwah ibu Husna berkahwin. Ketika itu Mek isteri kepada Badrul seorang bonzer di sebuah kelab malam. Isteri yang kasihan kerana Badrul seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Kisah cinta arwah ibu Husna dan bapa kandung Husna juga penuh drama. Bapa kandung Husna dari cerita arwah ibu dan Mek, ialah seorang warga Pakistan yang bekerja di kedai menjual karpet di jalan Tuanku Abdul Rahman. Kedai tersebut milik keluarga bapa kandung Husna.

Cinta mereka berakhir dengan perkahwinan tanpa restu dari keluarga bapa Husna dan Tok Udin sendiri. Pernikahannya berlangsung di Narathiwat Thailand.

Sekembalinya mereka ke Malaysia sebulan dua pertama keadaan awalnya baik-baik sahaja sehinggalah bapa kandung Husna terpaksa pulang ke Pakistan untuk urusan perniagaan, sejak itu tiada khabar berita diperolehi lagi. Kedai karpet juga telah bertukar pemilik. Arwah Ibu Husna pula tiada satu dokumen maklumat pun berada ditangannya berkenaan suami yang dinikahi.

Keadaan bertambah rumit apabila arwah ibu Husna disahkan mengandung. Tok Udin sangat marah ketika itu. Apabila Husna lahir terpaksa Husna berbinti Abdullah kerana perkahwinan tanpa bukti dokumen dari Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Marah Tok Udin padam bila melihat si kecil Husna. Anak dari perkahwinan campur yang sangat cantik. Darah Pakistan dan Melayu Kemboja menjadikan Husna lahir dengan mata coklat gelap yang sangat cantik, kulit putih melepak dan rambut lebat coklat kehitaman.

Sejak itulah Tok Udin terlalu bersemangat mahu menjadi kaya. Dia tidak dapat menyediakan kehidupan yang baik untuk arwah ibu Husna jadi dia mahu si kecil Husna mendapat seluruh kebaikan dunia.

Semangatnya mungkin terlebih sangat. Tanpa mengira halal dan keberkatan dalam rezeki yang dicari Tok Udin tersilap langkah dia ditipu sahabat baik. Habis wang di tangan dan terpaksa pula meminjam di sana sini. Sejak itu Tok Udin memusuhi diri sendiri, ada sahaja masalah akan menimpa Tok Udin satu persatu. Sikap Tok Udin itu umpama air lautan adakalanya tenang-tenang sahaja tapi jika ada silapnya geloranya mampu membunuh.

Sedari kecil arwah ibu Husna sentiasa dalam ketakutan. Hidup susah ditambah dengan sikap Tok Udin yang sebegitu, sangat menekan emosi arwah.

Tapi Husna tetap cuba berada di sisi Tok Udin dalam keadaan buruk dan baik kerana Husna tahu Tok Udin sayangkan dirinya dengan caranya tersendiri. Itu juga pesan arwah ibu sebelum meninggal kerana sakit batuk kering. Arwah ibu pergi ketika Husna berusia lapan tahun.

Dari titik itulah peranan Mek dalam hidup Husna. Sedangkan Mek sendiri berhadapan dengan suami yang zalim. Mek pula ketika itu berkerja sebagai tukang masak di restoran.

Oleh kerana peranan Tok Udin tenggelam timbul ketika Husna membesar, Mek menjadi tempat Husna bergantung kasih dan perhatian. Tapi kerana ego dan rasa tercabar Tok Udin tidak mahu memberikan hak secara rasmi penjagaan Husna kepada Mek.

Ketika Tok Udin berkata putus Husna tak akan ke sekolah menengah walau Mek menangis melutut di depan Tok Udin tidak juga dapat Mek menolong Husna meneruskan pelajaran.

Nasib Mek berubah baik kerana pada suatu hari suaminya ditangkap polis kerana mengedar dadah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sebelum ke penjara suami Mek hadiahkan talak yang 'terindah' buat Mek.

Restoran tempat Mek bekerja milik seorang anggota polis yang asalnya bertugas di Bukit Aman. Oleh kerana isterinya sakit dia minta ditukarkan ke Sabah kampung halaman isterinya itu. Restoran itu diamanahkan sepenuhnya kepada Mek.

Apabila isterinya meninggal baru-baru ini anggota polis itu yang namanya Bahari meminang Mek. Mek terima dengan berbelah bahagi, puncanya kerana selepas nikah Bahari meminta Mek berpindah ke Labuan kerana dia mahu tinggal di sana sahaja selepas pencen.

Mek tidak mahu meninggalkan Husna tetapi Tok Udin melarang Mek membawa Husna ke Labuan Sabah.

Mek tiada pilihan dia juga ingin merasa bahagia. Semoga suatu hari nanti Husna dapat menyusulnya ke Labuan Sabah. Husna juga terpaksa beralah dengan perasaannya. Mek itu telah banyak berjasa dan bekorban untuk Husna. Sudah tiba masanya Husna melakukan yang sama demi kebahagiaan Mek.

********************

Jam menunjukkan waktu sekarang pukul 11:15 malam.

Sambil berjalan Husna capai sehelai kain lap dan penyembur pembersih di atas rak berdekatan. Husna tuju ke meja yang abang Man baru sahaja angkat pergi pinggan dan gelas yang pelanggan telah gunakan.

Pelanggan tidak berapa ramai dan mula berkurangan kerana esok hari berkerja, di tengah minggu dan di tengah bulan. Rutin biasa.

Husna tadinya pulang sebentar ke bilik sewa kerana Aunty Mary menelefon Mek supaya memberitahunya Tok Udin buang air besar. Selepas selesai mengurus kan Tok Udin, Husna kembali semula ke restoran.

Di meja luar di kaki lima kedai Ehsan, Firdaus dan Mek duduk berbual. Setelah memastikan tiada kerja rutin yang perlu dilakukan, Husna ke meja depan menyertai mereka.

"Tok Udin ok?" soal Ehsan menyambut Husna yang menarik sebuah bangku untuk duduk.

"Ok".

"Ehsan kata dia boleh tolong kau masuk kerja kat tempat dia" Mek capai jemari Husna sambil menggenggam perlahan.

Ehsan di depan Husna angguk-angguk dua tiga kali. Firdaus di depan Mek seperti biasa sedang 'berperang'.

"Husna boleh ye jadi tea lady" Ehsan bertanya sopan. Risau juga dia kalau Husna tak sudi menjadi tukang bancuh air dan tukang cuci. Tapi Husna itu hanya berkelulusan darjah enam, hanya jawatan itu yang Ehsan pasti sesuai di pejabatnya.

"Boleh bang... Alhamdulillah abang tolong saya" pasrah sahaja bunyi jawapan Husna. Dia tahu hidupnya tiada peluang besar untuk memilih. Minggu hadapan bulan baharu dan tarikh nikah Mek. Restoran ini juga sudah bertukar pemilik pada masa itu.

Tuan punya lot kedai ini tidak mahu lagi menyewakan lot kepada orang lain. Mereka mahu berniaga sendiri jadi restoran ini akan menjadi restoran makanan cina.

Husna juga tidak boleh bekerja terlalu jauh dari bilik sewanya. Dia harus memikirkan masa-masa kecemasan untuk menguruskan Tok Udin. Seperti sebentar tadi ketika Tok Udin buang air besar dalam lampin pakai buangnya. Husna harus segera pulang, kasihan Tok Udin jika tidak diuruskan kebersihannya segera.

Husna juga tidak banyak pilihan kerana faktor umurnya.

Seperti diberitahu Ehsan pejabatnya tidak jauh dari sini. Husna hanya perlu berjalan kaki sekitar 10 ke 15 minit untuk ke lot bangunan syarikat Ehsan.

Ramasan genggaman tangan Mek yang sedikit kuat pada jemari Husna menyedarkannya kembali ke dunia nyata. Husna sua senyum tawar. Mek balas dengan senyum sedih. Dia rasa apa yang Husna rasa ketika ini.

Seperti Husna, Mek juga tidak banyak pilihan. Keluarganya bergantung kuat di bahunya. Ibu bapanya telah tua dan tidak bekerja. Sukri adiknya itu berbadan besar tapi sebenarnya seorang orang kelainan upaya lembam. Sangat sukar mendapatkan pekerjaan. Mek sendiri tidak berkelulusan tinggi. Hanya lepasan PMR tingkatan tiga. Kemahiran yang Mek ada hanyalah kebolehannya memasak makanan Siam.

Dahulu ketika bersuamikan Badrul si kaki pukul Mek selalu tidak berduit. Ke sana sini mencari pekerjaan tanpa kelulusan dan pengalaman, hinggalah dia bertemu arwah isteri Bahari yang menawarkan pekerjaan sebagai tukang masak di restorannya. Dari pihak Mek dia sebenarnya menerima Bahari kerana banyak terhutang budi dengan banyak pertolongan buat dirinya dan keluarganya.

"Mek jangan risau... insyaAllah saya tolong tengokkan Husna" Ehsan cuba menyenangkan hati dua orang perempuan di hadapannya.

Tiada kata yang dapat keluar dari mulut Mek, sebaliknya hanya lelehan air mata sayu mengalir di pipi Mek. Bukti terlalu besar terima kasih yang mahu Mek ucapkan. Husna juga memandang sedih wajah Mek dan Ehsan silih berganti dengan lelehan air mata seperti Mek.

Semoga satu hari nanti Husna dapat bersama dengan Mek lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience