"Good morning boss"
Ehsan yang sedang berjalan segera mendongak kepala yang tunduk membaca laporan kerja di dalam ipad di tangan, memandang Sheila yang tersenyum manis menyambut ketibaannya.
"Good morning to you too" jawab Ehsan memandang setiausahanya yang cantik dalam persalinan pejabat, skirt lurus paras atas buku lali berwarna maroon dan berkemeja merah jambu.
"I dah sediakan surat tawaran kerja untuk jawatan tea lady tu, I dah letak atas meja you" sambil bersuara Sheila angkat cawan kopi di atas mejanya dan segera bergerak menyaingi langkah pantas Ehsan untuk masuk ke ruang pejabat CEO.
Ehsan perlahankan langkah ketika tiba di muka pintu supaya Sheila melangkah masuk ke biliknya terlebih dahulu "lady first" sepatah Ehsan bersuara sambil tersenyum.
Semakin lebar senyuman manis di bibir Sheila yang bergincu merah jambu. Cepat-cepat dia mendahului Ehsan dan meletakkan cawan kopi di atas meja kerja Ehsan. Kemudian berdiri di tepi meja memberikan ruang Ehsan duduk dan menyelesakan diri untuk memulakan kerja.
"Pagi ni you tak ada apa-apa appointment sebab Mr. Cheng dari Shining Jubin canceled their meeting with you. They asked to change the meeting next week on tuesday. Can I proceed to the new date?".
"Sure. Next?"
"After lunch Encik Salim kata dia nak hantar dokumen legal untuk you signed and...account department already received TT from your nephew about the said amount"
"lagi?"
"I dah cari semua maklumat berkenaan pekerja bawah umur. Memang tidak bersalahan dengan akta pejabat buruh selagi kita follow term and condition. Semua dah I terangkan dalam surat tawaran kerja tu. Tapi you tak rasa dia muda sangat ke boss?" Sheila menerangkan dan kemudian menyoal pelik tentang calon tea lady pilihan Ehsan.
"Dia yatim piatu... atok dia paralyzed" sambil membaca surat tawaran kerja itu Ehsan menjawab perlahan.
"Oh! ye ke? Kesiannya kan... cantik tak?"
Ehsan yang sedang tunduk membaca surat tawaran kerja mendongak kepala memandang Sheila "Don't tell me you're jealous miss Sheila. She's only fifteen"
Sheila senyum tawar memandang Ehsan yang sudah menunduk kembali menyambung baca surat tawaran kerja itu.
Hampir setahun Sheila berkerja di syarikat yang menjalankan perniagaan pengangkutan ini. Bertugas sebagai setiausaha kepada CEO syarikat. Ketika menerima surat tawaran berkerja Sheila membayangkan akan berkerja di bawah seorang boss yang tua, botak dan gendut.
Hari pertama berkerja Sheila sudah senyum gembira dan sangat yakin dia akan berkerja lama di syarikat ini.
Boss yang gentleman. Gelaran untuk Ehsan daripada kakitangan wanita di syarikat ini.
Mereka yang bekerja di syarikat ini tahu Ehsan hanyalah CEO yang dilantik dan Sheila kenal dan sudah beberapa kali bertemu muka dengan pemilik sebenar syarikat pengangkutan ini yang sememangnya sangat muda dan kacak. Tapi Sheila pujuk hati perempuannya untuk tidak tamak kerana tahu daripada penampilan wajah , potongan badan dan pembawakan diri lelaki itu dia hanya setara tapak kasut anak saudara Ehsan itu sahaja.
Cukuplah dia memujuk mata hatinya untuk merasa bertuah jika dapat memiliki Ehsan.
Walaupun di atas bibir Ehsan ada parut menegak sehingga ke lubang hidungnya tetap tidak menghilangkan raut kacak dan manis pada wajahnya. Kerana parut itu tidak ketara kelihatan. Menurut Ehsan parut itu kerana beberapa siri operasi untuk membetulkan masalah sumbingnya.
Ehsan juga mempunyai kecacatan di jemari tangan kirinya. Kerana itu Ehsan selalu menyeluk tangan kirinya ke dalam kocek seluar. Cara jalan Ehsan juga sedikit capek kerana kaki kiri dan kanan Ehsan yang tidak sama panjang dan perlu memakai kasut khas supaya masalah itu tidak kelihatan ketara.
Sheila tidak peduli semua itu. Dia sudah jatuh sayang dan angau dengan Ehsan. Selepas lebih setengah tahun berusaha barulah Ehsan menunjukkan perhatian kepada dirinya. Perhatian dan perlakuan manis mula Ehsan tunjukkan seperti keluar makan tengah hari bersama, membawanya untuk bertugas ke luar daerah, membelikan hadiah-hadiah penghargaan atau buah tangan dari mana-mana tempat yang Ehsan pergi bersamanya atau tanpa dirinya.
Cuma satu perkara yang Sheila pasti apabila membaca karekter Ehsan dia sejenis lelaki yang tidak suka dikongkong. Ya, Sheila sangat pasti, jika tidak kenapa Ehsan yang nampak lengkap pakejnya masih tidak berkahwin. Kerana itu Sheila memperlahankan keterujaannya untuk memiliki Ehsan supaya burung di tangan tidak terbang menjauh meninggalkannya.
Lagi pula sejak dua bulan kebelakangan ini Sheila semakin terasa angin perubahan sikap Ehsan yang seolah sudah mahu kembali kepada melayannya biasa-biasa sahaja seperti di awal kedatangannya. Sheila juga pasti perubahan itu bermula apabila Ehsan kerap menyebut nama budak perempuan yang bakal Ehsan ambil bekerja sebagai tea lady.
Oleh sebab itu perasaan ingin tahu tentang perempuan yang Ehsan kata 'she's only fifteen' itu sangat menebal. Sepertinya Sheila tidak sabar menunggu bulan baru tiba supaya segera dia dapat melihat saingannya itu. Namun sebahagian lagi perasaannya bagai tidak sanggup ketika membayangkan dia bakal kalah ditangan budak berusia 15 tahun yang akan hanya berjawatan tea lady syarikat. Tapi dia tahu perkara itu tidak mustahil jika dilihat pada karekter Ehsan.
No! best woman win. Sheila tak akan beralah. Muktamad.
"Sheila!"
"Sheila!"
"Sheila!"
Ketika Sheila memandang Ehsan terlihat kerutan pelik di wajah lelaki itu. Fikiran yang tidak-tidak sebentar tadi meletup-letup hilang bagai belon buih.
Sheila kelip-kelipkan matanya supaya fikiran rasional kembali ke otaknya dan berfungsi dengan segera. Merah pipi Sheila tertangkap mengelamun jauh seperti itu. Sudahlah hatinya risau Ehsan semakin jauh dari tertarik kepada dirinya.
"Are you okay?"
"Yes sure... anything else boss"
"No. You can dismissed" Ehsan tayang senyum segaris untuk Sheila.
Sheila melangkah laju ke pintu pejabat Ehsan. Meluru laju ke ruangan kerjanya dalam sebuah kubikel sederhana besar di hadapan bilik Ehsan. Menampar-nampar perlahan kedua belah pipinya yang terasa hangat kerana memalukan diri sendiri.
Ketika Sheila memandang ke arah Ehsan di dalam pejabatnya di sebalik dinding kaca lelaki itu sedang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Arghhh! malu gila duh
*********
Ehsan renung surat tawaran kerja sebagai tea lady untuk Husna di atas meja. Mengetuk-ngetuk jemarinya di atas meja. Ehsan rasa tidak perlu dia membawa surat itu kepada Husna. Dia yakin Husna akan menerima tawarannya.
Gadis kecil itu tiada banyak pilihan dalam hidupnya. Sejak bertemu Husna ada sesuatu yang meramas-ramas hatinya. Sesuatu yang selama ini seolah-olah dia sengaja memilih untuk tidak melakukannya. Rasa bersyukur!
Ya. Ehsan sedar dia melalui setiap ujian dalam perjalanan hidupnya tanpa rasa bersyukur.
Husna itu lahir hidupnya sentiasa malang dan walang. Tapi bagaimana gadis muda itu menerima ujian hidupnya dengan sikap sangat positif seperti itu.
Jauh di sudut hatinya kini ada rasa malu yang mula terbit. Ehsan pilih untuk mempertikai kekurangan fizikal dirinya tanpa sedar terlalu banyak nikmat lain yang Allah berikan kepadanya. Bukan tanpa sedar, dia sedar tapi...
Sedari kecil dia tidak pernah hidup susah. Dia tidak perlu mengais dahulu di pagi hari seperti Husna untuk mencari makan untuk malamnya. Dia mendapat segala perkara utama dalam hidup. Tempat tinggal yang sempurna, makanan yang lengkap nutrisi, peluang belajar, peluang beriadah, tabungan dan kasih sayang yang tidak bertepi.
Hidupnya penuh ihsan. Sangat sesuai dengan namanya seperti yang dipilih arwah Haji Hassan dan Hajjah Hassanah ibu dan bapa angkatnya.
Ehsan tidak pernah mengenali kedua ibu bapa kandungnya. Mengikut cerita keluarga angkat Ehsan, dia diambil dari sebuah rumah kebajikan. Hajjah Hassanah seorang guru yang bersara awal kerana masalah kesihatan selepas bersalin anak bongsu kembar ketika usianya 40 tahun sepatutnya tidak lagi menguruskan anak kecil kerana umurnya ketika itu sudah 50 tahun. Semua anaknya yang seramai lima orang sudah besar. Mereka ada pilihan untuk hidup santai-santai sahaja.
Tapi kerana kasihan dengan keadaan Ehsan yang mempunyai berbagai masalah kesihatan mereka angkat Ehsan menjadi anak yang ditatang. Umpama anak sendiri. Tiada beza antara dia dan adik beradik angkatnya yang lain. Umpamanya Ehsan itu anak bongsu yang ditunggu kelahirannya. Kakak dan abang angkatnya menyayanginya sepenuh dan seikhlas hati.
Merenung perjalanan usia dewasanya, Ehsan sedar dia bergerak di luar landasan. Dia menyalahkan kekurangan fizikal dirinya untuk segala perkara negatif yang dilakukannya. Bodohnya dia!
Ehsan sedang berfikir-fikir dia harus berubah. Wajib berubah. Belajar untuk bersyukur untuk segala banyak benda dan perkara yang dia ada bukan kekurangan yang sedikit.
Perkara pertama yang dia harus lakukan adalah berhenti berpura-pura. Ya! hidupnya terlalu banyak berlakon baik berlakon naif sedangkan hakikat sebenarnya malaikat kirinya pasti tidak berhenti menulis.
Cerita Husna adalah titik mula. Pertama kali dia menolong seikhlas hati tanpa niat mendapat untung untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun duit yang digunakan seperti biasa adalah milik Idris tapi urusan mula dari A hingga Z adalah dari usahanya.
Terbit sedikit rasa bangga dalam hatinya. Mudah-mudahan ini permulaan untuk dia mengangkat kakinya ke arah yang baik.
Share this novel