Bab 49

Drama Series 136351

"Abang dah cakapkan... jauhkan diri dari Onn!, elakkan diri dari tinggal berdua dengan Onn!. Susah sangat ke nak buat benda simple macam tu! Abang banyak kerja Na. Sepanjang Na sakit berapa lama Abang tak masuk office! Do you know how many work I have to delayed because of you!"
"Jangan nak menyusahkan Abang boleh tak!?"
"Ke Na suka Onn kejar-kejar Na macam tu!?"
"Miang? nafkah batin Abang bagi kat Na tak cukup!?"
"Rasa diva! rasa famous!? jantan crush kat Na?!" Suka!!?

Husna hanya tundukkan kepala. Duduk keras di hujung sofa ketika Idris marahkannya kerana Encik Onn.

Bagaimana Idris tahu Husna kurang maklum. Rasanya cerita di pantry siang tadi hanya dia, Encik Onn dan Cik Sheila sahaja yang tahu. Tak mungkin dua orang itu yang mengadu kepada Idris.

Idris pulang lewat hari ini. Lama lepas Azan Isyak berkumandang baru Idris tiba di rumah. Husna sudah solat Isyak, sudah mengaji rutinnya setiap malam dan sudah bersedia untuk naik ke katil untuk tidur barulah Idris tiba di rumah. Awalnya tiba dengan wajah tegang dan diam tidak berbunyi.

Husna gerun dengan raut ketat yang sebegitu tapi diberanikan juga hatinya menegur Idris jika mahu makan malam. Husna mahu memanaskan kari ayam yang telah disimpannya ke dalam peti sejuk, kerana Idris yang lambat pulang mungkin sahaja sudah makan di luar pada fikiran awalnya sebelum kepulangan Idris tadi.

Sapaannya hanya mengejut amarah Idris hingga menengking-nengkingnya sebegitu.

Sudah lama Idris tidak tunjukkan wajah yang sebegini pada Husna. Sudah lama Idris tidak meninggikan dan mengeraskan suaranya kepada Husna. Sudah lama sejak Husna sakit. Adakah sakit, sedih dan tidak gembira itu sahaja yang sesuai untuk dirinya. Baru sahaja hatinya mahu berbahagia merasakan kasih Idris tapi rupanya kegembiraannya itu hanya tipu-tipu.

Boleh tak Husna mahu minta sakit sahaja jadi barulah dia layak untuk kecap sedikit bahagia dunia.

Husna terhiris. Hatinya sedang menangis berdarah.

Lama Husna duduk di sofa mengeluh nasib diri. Hanya sahaja selepas Idris yang sudah mandi dan solat Isyak datang tanpa bunyi dan dengan gerakkan badan sahaja menjemputnya masuk ke dalam bilik tidur, kemudian mengerjakan Husna bersungguh-sungguh sehingga Husna tidak sedar sampai ke subuh.

Hanya sahaja itu yang belum berubah tentang Idris.

***************

Husna letak di atas meja secawan air suam. Di hadapan Idris terhidang tiga keping lempeng di dalam pinggan saiz sedang dan semangkuk kecil kari ayam untuk di cicah dengan lempeng.

Cepat pantas Idris raih tangan Husna sebelum kekasih hatinya bergerak jauh. Idris yang sedang duduk, separas dengan dada Husna yang sedang berdiri. Idris benam wajah ke dada Husna, menghidu bau tubuh kesayangannya. Idris menyesal menengking Husna malam tadi. Hatinya cemburu teruk melihat Onn yang mengejar-ngejar Husna begitu.

Dia tahu Husna sekarang sedang takut dengannya. Badan Husna yang tegang dalam pelukan membuktikannya.

Idris dudukkan Husna ke ribanya. Mencedok kari ayam ke dalam pinggan yang telah Idris isi sekeping lempeng, mencubit sedikit kemudian menyuap mulut comel Husna yang mugil. Melihat bibir mugil itu Idris teringat arwah bayinya Ahmad. Idris cium pipi Husna sekali.

Idris keraskan hati. Tidak mahu memujuk Husna dengan kata-kata bimbang Husna tidak memberatkan amarannya tentang Onn.

Seumur hidup Idris dia tidak pernah jatuh cinta. Walau cinta monyet. Zaman remajanya penuh dengan aktiviti berfaedah. Walau yang datang secantik miss universe dia tidak pernah kecundang. Ketika di universiti, ramai yang datang menjual cinta dan tidak kurang yang mahu menyerah batang tubuh dengan rela, tetap tembok iman Idris kukuh berdiri.

Dia malas mahu membuang masanya dengan hubungan sebegitu. Idris susun satu satu pecapaian dalam hidupnya. Lepas satu sasaran ke satu sasaran. Tentang jodoh dia letak ke tepi dahulu, cadangnya jika umurnya 30 tahun barulah dia akan meminta Umminya mencarikan dirinya teman hidup. Itu target Idris.

Tapi dia tidak tahu bagaimana hatinya boleh menderhaka kepadanya. Tiba-tiba dari rasa yang sepatutnya dendam bertukar menjadi rasa cinta yang tak bertepi. Husna yang sentiasa cemas, yang takut-takut, yang lurus ini boleh membuat dia tersasar dari aturan hidup yang telah disusun. Mungkinkah dia sama seperti Bong terikut meluntur dengan kecantikan, kelembutan dan keayuan Husna.

Maka jangan ditanya kenapa dia tidak pandai memujuk rayu, bermadah madah dengan perempuan. Dia 'zero knowledge' tentang itu semua. Dia tidak akan memujuk Husna. Idris tidak menidakkan Husna tidak pernah mengingkari kata-katanya. Cuma sahaja kali ini cerita Onn hal yang serius. Dia berharap Husna akan ambil peduli sepenuhnya kata-katanya jika dia sedikit berkeras.

Dia tidak mahu mewujudkan apa-apa cerita panas di pejabat sebelum keberangkatannya dan Husna ke London. Tinggal sedikit masa sahaja lagi. Dia hanya menunggu visa Husna siap untuk berhijrah. Untuk itu dia tidak mahu Husna mendekati atau didekati Onn. Selepas pemergiannya tahulah dia mengajar Onn!.

****************

Mereka keluar apartment bersaing untuk ke pejabat. Pagi ini perjalanan mereka senyap sahaja. Jika tidak, ada juga yang mereka bualkan. Biasanya Idris yang suka bercerita kisah-kisah dia di universiti atau di kota London. Husna pula biasanya hanya mendengar, tersenyum dan ketawa dengan cerita Idris.

Tapi pagi ini memang Idris kunci sahaja mulutnya. Dia mahu Husna tahu dia sedang marah kerana Husna berduaan dengan Onn di pantry semalam. Biar Husna serik dan tidak mengulangi lagi melanggar arahannya walau dia tahu cerita semalam bukan Husna yang bersalah tapi dia mahu Husna sentiasa bersedia jika-jika ada ulah yang dirancang Onn.

Apabila hampir sampai ke pejabat Husna singgah di hadapan sebuah kedai serbaneka bersebelahan sebuah restoran mamak. Husna akan menolong seorang Aci India bernama Selvi membuka gerainya menjual beraneka jenis kacang dan manisan.

Idris pula akan terus ke pejabat. Dia tahu Husna setiap hari akan menolong perempuan tua India itu menyusun segala jenis jualannya kemudian barulah Husna pula bergerak ke pejabat. Dengan cara itu tidaklah mereka bersaing masuk ke bangunan pejabat.

Tidak lama lagi semua ini. Hanya menunggu visa Husna siap.

*****************

"Hari ni teh tarik ke kopi Na?"

"Teh tarik..."

"Kau bertanya... macamlah kau boss bayar gaji ye."

"Tanya je. Tak dapat jadi, dapat macam pun kira okaylah tu."
"Ada makan-makan tak Na? Tak sempatlah beli sarapan tadi"

"Amboi!"
"Amboi..."
"Amboinya... hahaha."

"Alah aku test je, kot ada rezeki... haha"

Mereka yang baru sampai berkumpul di pantry untuk menyempat sarapan pagi. Keluar awal dari rumah tapi masa terbuang di atas jalan kerana tersangkut kesesakan. Nasib mereka yang bekerja di bandaraya besar.

"Ada atas kabinet tu. Lempeng dengan kari ayam." Husna yang sedang mengacau secawan kopi susu meminta kepada yang bertanya mengambil sendiri bekalan yang dibawanya.

"Husna the bestlah Na!"

"Rezeki!"
"Alhamdulillah!"
"Sayang Na!"

Riuh ruang pantry dengan gurau senda di pagi hari. Ramai yang berharap sarapan pagi daripada Husna. Tiap-tiap pagi ada sahaja yang Husna bawa. Nasi goreng, mi goreng, bihun goreng atau cekodok atau apa sahaja juadah pagi yang disediakan untuk suaminya akan Husna buat lebih untuk dijamu kepada kawan-kawan.

"Self service ye. Na nak hantar kopi pada Boss."

"Alright Na!"

Husna ketuk dua kali pintu bilik Idris. Bila terdengar arahan masuk barulah Husna pulas tombol pintu. Dalam bilik Idris di tepi meja kerja berdiri Cik Sheila yang sedang menerangkan sesuatu kepada Idris. Sudut kegemaran Cik Sheila sejak zaman Ehsan.

Cik Sheila yang sedang membongkok rapat dengan Idris menjeling tajam kepada Husna kerana mengganggu masa emasnya bersama Idris yang kacak.

Husna letak cawan kopi di atas meja kerja Idris bersama segelas air suam.

"Necktie baru ke Boss. Padan dengan you."

Tiba-tiba sahaja Cik Sheila memegang dada Idris dan mengelus tali leher baru yang Husna pakaikan pagi tadi. Bederau darah Husna. Sakitnya... cemburukah dia?

Ye! dia cemburu Idris itu suaminya walau tiada perkataan yang sesuai untuk pernikahan mereka. Walau Idris melayannya umpama ombak di laut adakala lembut membelai dan satu masa yang lain ganas menghempas.

Husna melangkah keluar, hatinya berdarah.

*****************

Idris tolak tangan Sheila yang mengelus tali lehernya di dada. Malangnya Husna sudah berpaling laju menonong mengejar pintu.

"Don't do that again!" keras suara Idris.

"Sorry Boss." Sheila menjawab kecut perut. Dia sekadar mahu konon-konon di hadapan Husna walau dia tahu akibatnya dari Idris. Mahu menunjuk pada budak pengemis itu kalau Husna boleh dapat Ehsan dia lagi hebat boleh dapat Idris. Sedangkan hakikatnya dia tahu Idris bukan level dirinya. Lelaki itu tidak pernah makan godaan. Pelanggan perempuan yang lebih hebat mencuba nasib dengan Idris sejak dahulu lagi pun tidak dilayan lelaki itu.

******************

Hari ini sangat sibuk.

Kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan di kaunter hadapan bahagian ruang kerja Kak Jun. Jadi ruang dalam juga terkena tempias kerana kakitangan yang masuk dan keluar memijak lantai menjadi kotor. Berapa kali Husna terpaksa mengemop ruang kerja di sebelah dalam dan mevakum kawasan yang berkarpet.

Selepas waktu makan tengah hari Husna terduduk keletihan. Dia baru sudah membersihkan lantai yang kotor buat kali yang ke empat untuk hari ini. Penat!

Husna bangun mencapai sebiji cawan menekan mesin air berpenapis. Kemudian duduk kembali untuk minum. Bangku di sebelahnya ditarik dan terasa susuk badan yang tinggi dan besar duduk di situ. Semerta Husna bangun berdiri kerana bau rokok yang kuat itu dia kenal tanpa perlu menoleh gerangannya.

Onn rentap tangan Husna supaya terduduk semula di bangku sebelahnya. Husna meronta-ronta mahu melepaskan diri. Onn paut bahu Husna masuk ke dalam pelukannya supaya dapat menghentikan rontaan Husna.

Sebelah lagi tangannya menutup mulut Husna supaya tidak menjerit.

"Aku ada gambar kau dalam bilik air! Baik kau diam! kalau tak aku sebarkan gambar kau tu!" Onn bisik kuat ke telinga kiri Husna yang sudah tidak boleh meronta kerana dikunci dalam pelukannya.

Tiba-tiba Husna rasa badannya condong ke kiri dan pelukan Onn ke tubuhnya melonggar. Onn terdiri apabila Idris mencekak lehernya dan memiuh tangannya ke belakang. Abang Bob yang lebih besar daripada Onn menumbuk muka dan perut Onn bertubi-tubi. Masuk tumbukan yang ke tiga Onn melorot jatuh dan pengsan.

Husna masih tergigil dengan babak yang tidak disangkanya. Melihat muka Idris yang merah padam dan nafasnya yang merengus kasar gigilan Husna semakin kuat. Malam semalam Idris telah mengingatkannya dengan kemungkinan sikap Onn dan hari ini benar-benar berlaku.

Husna buka kabinet di bawah sinki mengambil beg kanvesnya kemudian berlari keluar daripada bangunan pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience