"Tapi Tuan kan ada."
"Office dah tak boleh tinggal. Dah lama sangat cuti, kena masuk kerja." Idris pujuk Husna selembut mungkin supaya menerima Ustazah Radiah.
"Puan Husna... boleh ye saya kerja sini. Sementara saya cari kerja lain."
Husna serba salah. Kenapa meminta pendapatnya dia bukan sesiapa. Dia cuma mahu Idris ada bersamanya ketika fikirannya bercelaru. Tapi kasihan makcik ni. Dia perlu pekerjaan.
"Okay." perlahan sahaja bunyi suara Husna.
"Alhamdulillah." Ucap Ustazah Radiah.
Idris tarik Husna ke dalam pelukannya dan mencium pelipis kepala Husna. Gembira Husna dapat menerima orang lain selain dirinya selepas peristiwa kehilangan bayi mereka.
*****************
"Sedap tak?"
"Sedap!"
"Nama dia apa tadi Acik?."
"Nama dia Daisy Bua Loy. Tapi tulah..."
"Jenuh!"
"Jenuh!"
Ustazah Radiah dan Husna serentak berkata kemudian tertawa bersama.
"Macam nak kematu jari Na mengentel tepung tadi Acik." Husna ketawa lagi mengadu betapa lecehnya mahu membuat manisan yang katanya berasal dari Thailand.
"Ye... Acik masa mula-mula belajar dulu cakap dalam hati ni la sekali aku buat lepas ni tak hinginlah!" Mereka ketawa lagi bersama dengan ayat Ustazah Radiah.
Dia membahasakan dirinya sebagai Acik, supaya Husna dapat menerima dirinya santai-santai sahaja.
"Tapi sebab sekarang Acik ada junior assistant... bolehlah Acik gunakan assistant Acik". mereka ketawa lagi.
Husna semakin ramah dengan Ustazah Radiah. Bukan ramah. Semakin mesra. Apa yang dapat di simpulkan Ustazah Radiah budak cantik manis ini kesunyian di dalam hatinya. Kehilangan orang yang tersayang berturut-turut melukakan hatinya. Dan apabila kehilangan bayinya, memburukkan perasaan Husna yang telah terluka parah.
"Simpankan untuk Tuan." Husna masukan manisan ke dalam peti sejuk sambil tersenyum manis.
Satu yang Ustazah Radiah kasihan dengan pasangan sama cantik ini ialah Husna memanggil suaminya Tuan. Tapi Idris sudah menerangkan apa yang berlaku. Dia yakin Husna ada satu perasaan rendah diri yang melampau. Salah satu punca kesakitan perasaannya.
"Esok kita pergi pasar Chow Kit."
"Na boleh pergi ke?"
"Apa pulak tak boleh. Acik dah tanya Tuan... dia kata okay." pada Ustazah Radiah ini caranya untuk menyembuhkan perasaan Husna. Dia akan menyibukkan Husna sehingga tiada masa melayan kesedihannya.
"Ye ke. Bestnya. Na tak pernah sampai ke belah sana."
"Sana best Na. Boleh cuci mata. Tak dapat beli dapat tengok pun dah seronok tau."
"Acik..."
"Ye."
"Terima kasih sebab jadi kawan Na".
Ustazah Radiah pegang jemari Husna. Menjawab sama-sama hanya dengan gerakkan bibir. Husna peluk Ustazah Radiah erat.
****************
Selepas Idris pergi kerja sekitar jam 7:30 pagi, Ustazah Radiah akan membawa Husna ke masjid berdekatan dengan apartment. Masjid di mana Idris berkenalan dengan Ustazah Radiah.
Di masjid ini Ustazah Radiah mengajar mengaji Al Quran kepada muslimat dan anak-anak kecil dan besar yang tinggal berdekatan. Dari jam lapan pagi sehinggalah ke jam sepuluh pagi.
Oleh kerana Husna pandai mengaji Ustazah Radiah melantik Husna membantunya mengajar anak-anak kecil belajar Iqra. Husna menerimanya dengan senang hati.
Jika masjid yang dekat ini menganjurkan ceramah agama Ustazah Radiah akan memberitahu Idris dan mereka bertiga akan bersama-sama menghadirinya. Idris amat berterima kasih kepada Ustazah Radiah dengan cara pendekatan Ustazah Radiah memulihkan semangat Husna.
Hari lahir Husna yang ke 17 tahun mereka sambut di sebuah madrasah untuk anak-anak yatim dan asnaf di Kuala Selangor. Dari raut wajah Husna sahaja sudah tahu jiwa dan perasaan Husna telah pulih.
Alhamdulillah.
******************
"Boleh ye Ustazah?"
"Boleh Ris." Ustazah Radiah sekarang sudah dihalang Idris daripada memangginya tuan.
"Terima kasih Ustazah. Saya akan cari masa yang saya rasakan sesuai untuk bawa Husna balik kampung sebagai isteri saya. Sekarang Tok Ibu selalu tak sihat saya risau lagi panjang cerita sebab Husna baru baik sakit. Sakitnya Husna pula bukan sakit pening biasa kan."
Idris meminta Ustazah Radiah menemankan Husna sepanjang dia pulang beraya ke Muar Johor. Taraf kesihatan Tok Ibu yang merosot menyebabkan Idris membatalkan hasrat awalnya untuk mengenalkan Husna sebagai isteri kerana mereka baru kehilangan bayi sulung mereka hingga menyebabkan Husna jatuh sakit dan baru sahaja pulih. Dia bimbang penerimaan Tok Ibu akan semakin memudaratkan kesihatan wanita kesayangannya itu.
"Kalau Ris rasa macam tu yang terbaik. Sebab Ris lagi kenal dan faham keluarga Ris. Tapi tulah... Acik terima tawaran kerja dari madrasah kat Kuala Selangor tu. Lepas raya ni InsyaAllah Acik pergi. Lagipun Acik nampak Husna tu dah banyak baiknya. Jadi Acik minta maaflah sampai lepas raya aje Acik dapat menemankan Husna."
"Ye saya faham Ustazah. Husna memang dah nampak sihat sangat. Terima kasih banyak-banyak kat Ustazah sebab bantu pulihkan semangat Husna."
******************
"Kalau si Syukran, Acik masak ayam merah ni sekali makan tak cukup seketul. Suka sungguh dia."
Husna memanjang tersenyum apabila Ustazah Radiah bercerita tentang ahli keluarganya. Dari cerita Ustazah Radiah nampak jelas keluarga Ustazah Radiah yang rapat dan penuh kasih sayang.
"Acik Syukur pun sama. Senang cerita sama naiklah orang berdua tu. Syurah tak suka ayam merah dia suka daging rendang dengan sambal kacang."
Mereka tinggal berdua di pagi raya. Idris pulang ke Muar meraikan Syawal dengan keluarganya. Selepas pulang dari solat raya di masjid berdekatan mereka duduk makan berdua sambil berbual.
Ustazah Radiah suka bercerita tentang keluarganya kepada Husna.
"Na minta maaf ye Acik."
"Kenapa?"
"Sebab nak temankan Na... Acik tak dapat beraya dengan keluarga. Abis tu diaorang beraya kat mana ni Acik tak ada?"
"Tak apalah... diaorang pergi bercuti."
"Oh ye ke? Maaf ye Acik. Kesian Acik tak dapat joint diaorang."
"Belum giliran Acik lagi."
Santai sahaja Ustazah Radiah menjawab. Husna pelik.
"Acik tak cukup budget ke? Kenapa Acik tak cakap? Na boleh tolong cakapkan kat Tuan."
Ustazah Radiah pegang tangan Husna. Memeluk Husna kejap dan melepaskan kemudiannya.
"Keluarga Acik semua dah tak ada. Kemalangan."
"Masa tu kami dalam perjalanan nak hantar Syukran sekolah tahfiz. Suka sungguh dia dapat masuk sekolah tu walaupun umur dia baru sepuluh tahun."
"Acik tertidur masa kemalangan. Sedar-sedar dah kat hospital. Bila Acik tanya mana semua keluarga Acik, hospital cakap semua dah meninggal Acik aje yang selamat."
Allahuakbar!
"Na minta maaf. Na tak tau."
"Tak pe la Sayang. Dah 17 tahun cerita ni."
"Kuatnya semangat Acik."
"Kuat? Acik masuk hospital mental kat Tampoi tau. Dekat setahun Acik kat sana." Ustazah Radiah tertawa menjawab. Tenang sahaja.
"Na tau kan Acik tak ada keluarga sama macam Na. Acik dengan Acik Syukur kan dari rumah anak yatim. Jadi itulah keluarga yang Acik harap-harapkan dari kecil. Keluarga impian."
"Sebab tu kita jangan terlalu memegang istilah ini aku punya. Aku nak macam tu nak macam ni. Semua yang ada kat kita ni pinjaman."
"Boleh ada cita-cita tapi jangan terlalu berkuat pada sesuatu perkara."
"Kuat betul semangat Acik boleh sihat dan boleh bagi semangat pula kat orang lain."
"Dengan izin Allah Na. Bukan sebab Acik."
"Entah dah berapa lama Acik kat Tampoi tu mengutuk diri, ada satu malam tu Acik mimpi Acik Syukur datang bawa anak-anak."
"Nampak Acik Syukur dengan anak-anak baik-baik aje kat satu kawasan yang cantik tapi muka diaorang sedih.Sedih sangat"
"Sejak kemalangan itulah pertama kali Acik mimpikan diaorang."
"Malam ke dua pun gitu juga."
"Malam ke tiga pun sama."
"Malam ke empat... Acik kan sejak accident tu terus mengutuk diri terus tak sihat tak betul memang tak adalah nak hadiahkan diaorang apa-apa ayat suci... tapi!... malam tu sebelum tidur Acik baca Al Fatihah hadiah untuk diaorang."
"Malam ke empat tu Acik mimpi Syukran dan Syurah makan aiskrim, Acik Syukur pun muka ada senyum sikit."
Husna yang sudah basah dengan air mata turut tersenyum apabila Ustazah Radiah yang berlinangan airmata bercerita sambil tersenyum mengingat mimpi malam ke empat.
"Malam ke lima Acik baca lagi surah Al Fatihah dengan empat Qul. Anak-anak dengan Acik Syukur main kejar-kejar kat taman cantik tu."
"Hari ke enam Acik cakap dekat nurse bangun subuh Acik nak solat. Semua kat situ terkejut, tapi diaorang tolong makcik solat subuh. Hari ke enam tu cukup lima waktu Acik solat, malamnya Acik mimpi diaorang gembira sangat."
"Tujuh malam mimpi macam tu, yang malam ke tujuh siap pakai baju cantik"
"Tak ada malam ke lapan. Acik dah tak mimpikan diaorang, tapi Acik balik pada Allah. Solat taubat sebab Acik tersasar. Mempertikaikan ujian Allah."
Ustazah Radiah peluk Husna dan sama-sama teresak-esak menangis.
"Na kuat ye. Sepanjang Na sakit kesian mereka yang sayangkan Na tu kan. Tak ada siapa nak doakan diaorang."
"Mereka pergi dulu itu janji mereka dengan Allah. Kita nanti pun macam tu juga."
"Na muda lagi. InsyaAllah ada rezeki Na. Rezeki bukan bermaksud semua yang terbaik dalam hidup. Kita baik-baik aje menangani ujian pun rezeki. Kita boleh sabar pun rezeki"
Alhamdulillah untuk rezeki bersahabat dengan Ustazah Radiah.
Share this novel