Bab 38

Drama Series 136280

Akibat terlalu panik dia pada awalnya ke hospital Acu Hasry dan Acu Hairy bekerja. Sebab itu dia sedikit lambat ke hospital yang ini. Sekarang Husna masih di dalam bilik rawatan kecemasan. Sudah lebih setengah jam Husna masuk ke dalam namun belum ada sesiapa yang keluar mencarinya membawa berita.

Idris memang panik apabila merasa badan Husna yang sebegitu panas. Di tambah dengan tergigil dan matanya naik ke atas. Mudah-mudahan Husna baik-baik sahaja. Sekarang dia sudah risau, janganlah kehilangan mereka yang rapat dengan Husna berturut-turut hari ini giliran Husna pula. Ada satu perasaan aneh di tangkai hatinya dengan lintasan fikiran sebegitu.

"Pembawa Cik Siti Husna Abdullah! pembawa Cik Siti Husna Abdullah!" Intercom bersuara kuat memanggil Idris supaya masuk ke dalam bilik rawatan. Idris tolak pintu sliding kaca, nampak Husna terbaring masih tidak sedar. Di kekura tangannya sudah bercucuk jarum dan satu tiub panjang bersambung dengan satu beg air di tiang besi tinggi.

Di sebelah katil Husna berdiri seorang doktor perempuan yang Idris agak umurnya muda sepuluh tahun daripada Ummi.

"Encik waris Cik Siti Husna ke?"

"Ye"

"Umur dia 16 tahun kan."

"Ye"

"Saya rasa apa yang jadi pada Cik Siti boleh jadi kes polis. Saya suspect dia diperkosa... Selaput dara dia koyak."

Idris sudah cuak.

"Tanda-tanda pada badannya dan alat sulitnya menunjukkan berlaku hubungan sex yang agak ganas. Laporan darah juga menunjukkan ada penggunaan bahan perangsang untuk sex."

Doktor itu memberitahu Idris laporan pemeriksaannya dengan tegas dan serius. Berpeluh Idris mendengar dan tekaknya terasa kering.

Patut atau tidak dia menelefon peguam peribadinya.

Idris seluk kocek seluar mengeluarkan dompet duitnya. Dari dalam dompet itu dia keluarkan sehelai kertas berlipat-lipat. Idris hulur kepada doktor perempuan itu.

"Kami baru nikah hari Selasa. Ada sedikit salah faham tentang ubat yang isteri saya ambil atas cadangan kenalan. Mohon sangat atas budi bicara doktor memahami masalah saya. Kami baru berkahwin dan sama-sama tiada ilmu hubungan suami isteri."

Idris tunjuk raut muka paling ikhlas dan menyesal dan bersedih atas perkara yang telah terjadi. Sempat juga Idris lihat biasan dirinya di kaca pintu. Adakah tanduk di dahinya boleh kelihatan.

Doktor perempuan yang daripada tanda namanya bertulis Asliza itu memandang lama wajah Idris. Seolah membaca dan menimbang tara cerita Idris. Sekali lagi doktor itu tunduk membaca surat nikah sementara yang di keluarkan Pejabat Agama Daerah Gombak itu kemudian menghulur kembali kepada Idris.

"Saya akan tunggu Cik Siti bangun untuk saya ambil keterangan daripada dia dahulu. Sementara ini kita akan masukan Cik Siti ke wad dahulu sebab suhu badan dia amat tinggi."

"Baik doktor. Saya faham. Terima kasih banyak-banyak doktor sebab tolong kami." Idris cuba lagi keluarkan segala ayat-ayat baik.

Setengah jam kemudian Husna sudah ditempatkan di bilik wad satu katil hospital swasta ini.

Idris renung wajah Husna yang pucat. Sekarang dia benar-benar menyesal kerana menggunakan kapsul itu untuk mendajjalkan Husna. Syukur dia pilih untuk pulang ke rumah apabila Kak Jun gagal mendapatkan Husna dengan panggilan telefon. Jika terjadi perkara tidak baik kepada Husna, sekarang ini pasti dialah orang yang paling ralat.

***************

Sudah dua malam Husna di hospital. Dua malam juga Idris tidur menyelit di katilnya walaupun ada sebiji sofa yang selesa untuk penjaga baring dan tidur. Idris akan menyelit di katilnya kemudian memeluknya seterusnya menepuk-nepuk punggungnya seperti seorang ibu menidurkan anak. Husna yakin Idris tidak sedar ketika berbuat begitu.

Sepanjang bersamanya Idris tetap tidak banyak bercakap dan apabila bercakap kata-katanya tetap sama iaitu berbisa di telinga.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam doktor."

"Siti rasa macam mana hari ni?"

"Lebih sihat doktor."

"Encik Idris macam mana? sihat?"

"Alhamdulillah." Agak canggung Idris menjawab kerana teringat cerita malam Husna mendapat rawatan awal Puan doktor. Dia malu dengan Doktor Asliza.

"Okay! saya tak nak banyak cakap. Saya dah dengar keterangan daripada Cik Siti. Jadi... sebelum discharged ni saya cuma nak bagi nasihat, lepas ni tolong berlemah lembut. You all muda lagi. Please slow and steady. Nak advance sangat buat apa?. Enjoy your love adventure slowly."
"One more thing Encik Idris. Look at yourself... your frame aje almost two times more big than your wife. If you not do it slowly you might hurts her like now... again!"
"Please you all young couples... behave okay."

Baik Husna mahupun Idris sudah merah telinga kerana malu. Semua ini salah Idris bisik hati Husna.

****************

Idris letak ganggang telefon kembali ke tempatnya. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada Syeikh Hussein daripada Dubai yang memberitahunya urusan kerjasama untuk perniagaan membekalkan makanan sejuk beku halal di sekitar Eropah sudah ke peringkat seterusnya.

Idris tunduk memusing-musing pen di jari. Perkahwinan yang telah berlangsung selama empat bulan ini menyebabkan dia sedang mabuk cinta dengan Siti Husna. Dia tidak mahu Husna mengetahui perasaannya kerana janjinya untuk membela Bong. Bagaimana dia mahu meninggalkan isteri itu untuk satu tempoh yang agak panjang. Dia harus berada di London sekurang-kurangnya selama empat bulan untuk menyelesaikan urusan peringkat seterusnya perniagaan baru ini.

Satu bulan selepas kes kapsul, Idris sudah punya cara untuk membawa Husna ke biliknya. Isteri dendam itu menurut sahaja. Satu yang Idris perasan sejak kes malam pertama mereka Husna sekarang hanya menurut tidak menjawab. Dia tahu Husna takut dengannya. Itu yang dia mahu. Memiliki Husna dalam masa yang sama mendera dengan caranya.

Dia sendiri tidak faham perasaannya kepada Husna. Ada satu sudut dalam hatinya marahkan isteri itu tapi ada sebahagian pula tidak dapat menidakkan rasa tidak boleh ketiadaan isteri itu dalam hidupnya lagi. Setiap hari perasaan itu menjadi semakin besar dan besar. Mengebu-gebu perasaannya.

Sekarang dia tidak boleh jika tidak menghidu bau badan isterinya itu. Ada satu bau pada Husna yang membuat dia kecanduan. Isterinya itu pula bukan berminyak wangi mahal. Dia tahu Siti Husna itu sekadar berbedak jenama Cuticura. Bau bedak itu biasa sahaja jika di hidu daripada botolnya tapi menjadi tersendiri istimewa jika di badan isterinya.

Husna juga sudah Idris larang tinggal di bilik bersebelahan dapur. Tidurnya tidak lena jika tidak menghempap dan memeluk Husna. Makan juga sudah Idris batalkan arahan awal. Dia sudah menanggung segalanya urusan makan pakai Husna.

Gaji Husna sekarang sudah Idris larang bahagian akaun untuk kreditkan ke dalam akaun Husna. Dia sendiri akan membayar tangan, alasannya kepada semua orang kerana Husna kerap kali mengambil cuti. Husna bukan lagi kakitangan tetap dia hanya berjawatan kontrak. Dengan cara itu baru Idris boleh membayar upah secara tunai secukup yang dia rasa sesuai untuk memastikan Husna tidak mempunyai duit melarikan diri.

Idris berharap dengan cara itu dia dapat mengikat Husna kerana isterinya itu tiada modal untuk terfikir lari darinya memulakan hidup baru. Entah mengapa kerap kali dia ketakutan sendiri membayangkan Husna lari meninggalkan dirinya.

Satu yang dia selalu susah hati, dia tidak boleh mengumumkan Husna itu isterinya. Husna yang cantik itu pula subjek kesukaan lelaki di dalam pejabatnya dan pejabat jiran di tingkat lebih tinggi bangunan itu.

Akibatnya dia sendiri yang sakit hati. Dia cemburu.

************

"Na dah makan?"

Terpelanting sudu yang Husna pegang. Husna beranjak ke tepi. Memberi ruang Encik Onn mengambil tin biskut kering di kabinet.

Begitulah selalu. Di mana Husna berada, barang di sudut sempit Husna berada itulah yang Encik Onn mahu capai.

"Sudah." Sepatah dan datar sahaja suara Husna menjawab. Dia takut dengan pegawai Jabatan Akaun ini. Nampak ada makna tersirat yang menakutkan.

"Na ada masalah ke? Na sekarang pendiam sangat. Na boleh share dengan Abang. I will help you." Encik Onn sudah menarik bangku dan duduk di Pantry. Husna mengeluh dia masih ada kerja mahu dilakukan di sini, tapi dia tahu jika ada si kucing miang ini di sini dia tidak boleh meneruskan kerjanya nanti dia bermasalah pula mahu menenangkan si Harimau garang.

"Tak." Sepatah juga lagi keluar dari mulut Husna.

"Hidup jangan sombong Na. Abang ni berniat baik nak menolong Na. Kalau susah lepas tu sombong rugi tau tak?" Encik Onn sudah sedikit naik marah kerana Husna tidak melayannya. Disindirnya Husna dengan suara sedikit keras. Dia fikir cara itu boleh mengertak Husna untuk memberi perhatian kepadanya.

Husna buat tak layan. Dia lebih takut dan risaukan tindakan Idris jika mengetahui dia berbual dan berduaan di dalam pantry dengan Encik Onn. Husna sudahkan kerjanya dan bergerak keluar pantry.

Encik Onn yang tercabar kerana Husna tidak mengendahkannya segera merentap tangan Husna yang cuba berlalu meninggalkan dia.

"Arghhh! sakitlah! lepas! lepas!" Husna kuatkan suaranya memarahi Encik Onn yang sudah bertindak keterlaluan.

"Kau nak berapa Na? Dulu Ehsan bayar kau berapa? Aku boleh bayarlah berapa Ehsan bayar!"

Husna sudah menangis. Sakit di tangan kerana di cengkam oleh Encik Onn dan lebih sakit di hatinya kerana dihina sebegitu.

"Onn!!! what happened here!?"

Idris berdiri bercekak pinggang dengan kulit wajah merah padam. Cuping telinganya dan sebahagian lehernya juga merah kerana marah yang amat.

Encik Onn lepaskan Husna yang segera berlari keluar daripada pantry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience