bab 2

Drama Series 136190

Ehsan menyanyi perlahan mengikut lagu dari corong radio. Dia peminat nombor satu Jamal Abdillah. Kawan-kawan rapat Ehsan sering menyakatnya dengan gelaran Ehsan Old Skool tapi dia tak kisah. Dia tertawa sendirian mengingat gurauan mereka.

Walaupun suasana kelihatan masih terang kerana cahaya dari lampu jalan, bangunan dan lampu di kaki lima premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur waktu sebenarnya sudah awal pagi.

1:47am kelihatan di jam dashboard kereta Ehsan.

Ehsan baru pulang bertemu kawan-kawannya. Mereka berkumpul kerana meraikan seorang kawan yang akan menamatkan zaman bujang. Tidak sedar waktu semakin lewat kerana seronok dapat berkumpul seperti zaman belajar.

Ehsan memperlahankan kenderaan ketika melintasi sebuah perhentian bas bersebelahan sebuah pam minyak. Beberapa orang sedang berkumpul. Tidaklah Ehsan bermaksud untuk menyibuk sekadar melihat aktiviti beberapa orang itu pada waktu selewat ini.

Seorang budak perempuan dan seorang lelaki tua sedang dikelilingi empat orang lelaki dewasa bertubuh besar yang tegap.

Apabila pemanduannya melepasi mereka hati Ehsan merasa tidak senang dengan situasi yang dilihat. Sepertinya sangat mencurigakan.

Hampir tiba di lampu isyarat Ehsan ambil lorong paling kanan untuk membuat pusingan U tetapi pemanduan Ehsan terhenti seketika kerana lampu bertukar merah.

Ehsan keluarkan telefon mendail nombor kawannya "Daus! kau dah sampai rumah ke? Kat mana?... Kau tolong pusing jap kat bas stop sebelah pam minyak yang ada kopi Stabak... "

"Ye.. ye.. tak jauh dari tempat kita makan tadi".

Lampu trafik bertukar hijau, Ehsan paut stereng ke kanan membuat pusingan U. Ehsan cari lagi simpang untuk dia membuat pusingan U ke kanan sekali lagi.

Kereta yang Ehsan pandu mengambil lorong kiri dan memperlahankan kenderaan apabila sampai ke pam minyak. Dari jauh dia nampak situasi agak genting kerana lelaki tua itu telah terbaring di atas lantai perhentian bas sambil melindungi mukanya dari tumbukan bertubi-tubi seorang daripada lelaki berbadan besar itu.

Budak perempuan itu pula sedang memeluk tiang perhentian bas dengan erat sambil menangis. Seorang lagi lelaki cuba menarik tangan budak perempuan itu supaya melepaskan tiang tersebut.

Ehsan mencongak masa untuk Firdaus tiba ke situ dari tempat Firdaus maklumkan dia berada tadi.

Ehsan pandu lagi dan berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas. Semua yang berada di situ menoleh pandang ke keretanya.

Keluar dari kereta Ehsan seluk tangan kiri ke dalam kocek seluar dan melangkah perlahan ke arah mereka.

Kelihatan lelaki tua itu sudah terbaring tidak bergerak manakala budak perempuan itu yang rambutnya kusut masai dalam genggaman tangan lelaki yang cuba menariknya supaya melepaskan pelukan ke tiang sedang menangis teresak-esak.

"Kau nak apa!? Nak menyibuk! Blah sana!" jerit salah seorang dari lelaki bertubuh besar itu.

"Relax la bro... benda boleh bincang baik-baik buat apa gaduh" Ehsan cuba berdiplomasi dengan tenang.

Ayat Ehsan disambut dengan ketawa mengejek yang membingitkan telinga.

"Mende kau! bincang..." dan mereka sambung ketawa mengejek.

"Orang tua ni berhutang dengan aku tak nak bayar. Kitorang tak kisah sebab cucu dia ni boleh bayar. Tapi bulan ni ada masalah pulak... dia tak boleh bayar sebab atok dia yang tahi judi ni dah tambah hutang, dia nak bayar jumlah yang sama macam bulan lepas... tak dapat dik..." sambil bercakap lelaki itu meludah ke arah orang tua yang terbaring tidak bergerak itu kemudian sempat menyepak kaki lelaki tua itu.

Melihat budak perempuan yang teresak-esak itu hati Ehsan jatuh kasihan. Budak lagi tu, berapa umur budak perempuan itu agaknya.

"Berapa banyak dia hutang?" soal Ehsan.

"Alamak abang kacak hero Malaya nak bayar la" Salah seorang dari mereka menganjing soalan Ehsan, kemudian mereka berempat ketawa terbahak-bahak.

Ehsan kekalkan airmuka tenang dan cuba bersabar sedang dalam hati mendidih marah.

"Yang penting hutang tu berbayar kan" sambung Ehsan.

"Kalau aku bagitau kau jangan lari pulak... rm63K!!!" terjongket bibir lelaki itu tersenyum sinis mengejek Ehsan

"Tak dapat bayar tak pe bro... adik manis ni boleh bayar. Aku letak budak ni kat club cukup setahun hutang mesti habis bayar..." sambung lelaki itu tersengih-sengih sambil mencuit dagu budak perempuan itu yang terdongak kerana rambutnya digenggam lelaki seorang lagi.

"63k!... ok aku bayar" Putus Ehsan.

"Wow! manyak dasyat ye lu bro" terangkat kening lelaki itu menyengih menampakkan giginya yang kotor kekuningan.

"Dik... mari sini kat saya" Ehsan gamit tangan kanan meminta budak perempuan itu datang kepadanya.

"Hei! nanti dulu... banyak cantik perangai lu bro. Kau ingat dia ni pinjam duit dari jiran sebelah rumah lu ke hah!?. Lelaki tadi menyergah Ehsan.

"Apa jaminan kau akan bayar hutang tua kutuk ni? soal lelaki itu lagi dengan garang

Ehsan terdiam seketika. Di tangannya tiada duit tunai sekarang ini. Tiba-tiba Ehsan teringat sesuatu kemudian berpaling menuju ke pintu kereta sebelah penumpang. Ehsan buka pintu dan menarik laci dashboard mengeluarkan seutas jam tangan.

"Rolex Ori limited edition. Kat pasaran rm15k aku letak buat cagaran" Ehsan hulur jam tangan itu pada lelaki yang paling banyak bercakap.

"Kau ni reti congak ke tidak rm15k nak pergi rm63K tu jaaaaaauuuh sangat la!" tempelak lelaki itu bengis.

"Kau dengar tak aku cakap aku letak buat cagaran. Aku mesti datang bayar sebab jam ni arwah bapa aku yang hadiahkan kat aku" pintas Ehsan dengan nada menyampah.

Lelaki itu buat tak dengar kata-kata Ehsan, dia sibuk mengambil gambar jam tangan tersebut dan berbalas pesanan. Suasana sunyi seketika yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan yang sesekali melintasi perhentian bas itu.

"Nombor telefon!" sergah lelaki itu tiba-tiba sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ehsan.

Ehsan sambut dengan tangan kanan dan menekan nombor telefonnya kemudian menghantar panggilan. Kedengaran bunyi telefon bimbitnya berbunyi dari dalam kereta kerana pintu sebelah penumpang yang tidak bertutup.

"Esok aku roger kau untuk setting tempat. Pastikan duit tu dah ready. Kalau tak... kau di alu-alukan untuk datang ke club merasmikan budak perempuan ni" Lelaki itu ketawa terbahak-bahak diikuti rakan-rakannya yang lagi tiga orang.

Skreeettt...

Semua mereka yang berada di situ memandang ke arah jalan. Sebuah kereta Audi berwarna putih berhenti mengejut di belakang kereta Ehsan. Firdaus terburu-buru keluar dari kereta mendapatkan Ehsan.

"Uuuuuu... panggil back up" Mereka berempat ketawa terbahak-bahak lagi.

Sambil ketawa mereka berjalan melepasi Ehsan dan Firdaus lalu lelaki yang berunding dengan Ehsan menepuk bahu Firdaus dua tiga kali "Lu lambat bro".

Firdaus tepis tangan lelaki itu sambil merengus marah. Mereka berempat sekadar ketawa kemudian melintasi jalan menuju ke arah lot kedai di seberang sana jalan.

Mereka alih pandangan daripada empat jahanam itu apabila terdengar suara budak perempuan itu yang menangis memanggil atuknya yang masih terbaring tidak sedarkan diri.

Ehsan dan Firdaus segera menuju ke arah budak perempuan dan lelaki tua itu. Firdaus letak jari di leher untuk mengesan nadi.

"Ok!?" Tanya Ehsan cemas. Budak perempuan itu juga memandang Firdaus dengan raut wajah yang cemas. Bibir dan tubuhnya mengeletar.

"Ok... tapi lebih baik call ambulance" jawab Firdaus.

"Tak payahlah... baik kita je yang bawak. Nak tunggu ambulance lambat" cadang Ehsan. Budak perempuan itu sekadar diam kerana masih trauma hanya matanya sahaja sekejap memandang ke arah Ehsan dan Firdaus yang berbincang.

"Macam mana nak angkat?. Badan dia besar... aku sorang tak larat la" jawab Firdaus yang sudah berdiri tegak memandang lelaki tua yang terbaring.

"Ooo... ok ok kau call ambulance sekarang" pantas Ehsan membalas.

Firdaus tidak berkata apa-apa lagi segera menyeluk kocek seluar mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor kecemasan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience