Dan sekarang Husna di sini menikmati makanan yang sangat diharapkannya. Nasi putih lauk tomyam campur dan telur dadar. Bukan dia yang memesan makanan ini tapi majikannya.
Setelah didesak Idris supaya turun daripada kereta. Husna tiada pilihan. Dia menurut sahaja arahan Idris. Husna fikir apa nak jadi, jadilah. Selepas makan pasti dia sudah lebih bertenaga jadi dia akan minta tuan punya restoran membenarkan dia mencuci pinggan untuk membayar harga makanan yang dipesan.
Idris juga memesan makanan yang sama. Dia mahu menjimatkan masa. Idris tahu Husna sangat lapar. Sepanjang perjalanan mereka, dia asyik mendengar perut Husna yang berkeriut berbunyi.
Dia sangat marah dengan gadis ini tapi sekarang dia lebih marah dengan dirinya yang asyik terbit rasa kasihan kepada musuhnya.
"Aku nak bincang satu perkara dengan kau."
Husna yang telah sudah makan sebelum ini hanya tunduk memandang pinggan. Dia dengar suara Idris tapi dia segan untuk menoleh kiri dan kanan. Dia perasan banyak mata memandang mereka. Husna rasa ianya kerana rupa paras majikannya ini yang sangat kacak tapi ditemani olehnya yang sangat comot.
Tiba-tiba Idris memanggil pelayan.
"Kira semua dik."
Barulah Husna angkat kepala memandang Idris. Dia cuma ada lima ringgit.
"Bayar kat dalam bang. Bill kat cashier."
"Boleh awak tolong? Abang malaslah nak masuk dalam."
"Sekejap ye." Budak lelaki remaja itu masuk ke dalam restoran dan keluar semula dengan sekeping kertas kecil.
"Semua rm33.50 bang. Saya ingat Abang Omputeh tadi. Macam Cristiano Ronaldo muka Abang, badan Abang."
Idris sekadar ketawa. Dia hulur remaja lelaki itu sekeping not rm50.
"Sekejap ye bang. Saya ambil baki."
"Tak pe dik. Baki awak punya."
"Ye ke bang. Terima kasih bang... Yang comel ni adik ke? Boleh minta nombor telefon?"
Berubah air muka Idris dengan soalan remaja itu. Tangkai hatinya rasa ngilu. Kenapa ada rasa begitu. Adakah dia terlalu nampak tua apabila bergandingan dengan Husna. Mereka 'cuma' berbeza umur sepuluh tahun.
"Sorry bang. gurau aje. sorry ye bang." remaja lelaki itu juga perasan dengan perubahan air muka Idris.
Husna sudah takut. Angin taufan sudah menghentam majikannya. Semua kerana remaja lelaki tadi. Husna kejar langkah panjang Idris ke kereta. Dia sangat takut jika Idris meninggalkannya di situ. Dia tidak tahu jalan pulang dari kawasan ini.
Idris sudah masuk ke perut kereta. Husna takut-takut membuka pintu dan meloloskan tubuh kecilnya ke dalam kereta mewah Idris.
"Kita kahwin!"
Husna terperanjat besar. Hampir sahaja dia tersedak air liur sendiri. Hampir sahaja dia terus putus nafas. Husna salah dengarkah?.
"Sekarang Atok kau dah meninggal. Untuk mengelakkan kau lari tak bayar hutang, ini sahaja caranya untuk ikat kau."
"Habis puasa ni. Seminggu raya kita kahwin!".
Husna keras terdiam. Akalnya automatik hilang daya untuk berfikir.
Idris sudah menghidupkan enjin kereta. Keluar perlahan dari petak meletak kenderaan kemudian meluncur laju meninggalkan restoran tomyam.
***************
Lagi seminggu sudah satu Syawal. Husna risau. Bukan risaukan dirinya yang tidak berbaju baru dia risaukan tarikh nikah yang semakin hampir.
Sebelum 'merisik' dirinya Idris sudah mengambil semua maklumat dirinya kemudian mengisi borang permohonan nikah secara dalam talian. Dan selepas itu juga mereka sudah dipanggil temuduga kerana pernikahan bawah umur 18 tahun.
Ketika temuduga Idris sungguh pandai berkata-kata. Alasan pernikahan kerana Husna sebatang kara. Kerana Husna tiada waris selain Idris yang bertindak mahu melindungi. Husna sekadar diam tidak berani menyampuk kerana telah diberi amaran awal oleh Idris supaya menjawab yang perlu sahaja. Ujian HIV juga sudah selesai diuruskan.
Idris juga memberi amaran keras kepadanya supaya pernikahan itu kekal rahsia. Tiada siapa boleh tahu tentang pernikahan mereka. Terutama keluarga besar Idris. Husna tahu Idris itu anak saudara Ehsan maka Idris itu cucu Tok Ibu. Tapi dia anak siapa. Adakah anak Ummi Hasiah atau anak Mak Ngah Azni atau Mak Uda Hasidah. Tak mungkin anak Acu Hasry atau Acu Hairy kerana Husna tahu anak mereka berdua paling besar baru darjah enam dan tingkatan satu.
Kenapa jalan hidupnya harus begini.
Tapi bila difikirkan semula jika dia tidak menerima pernikahan ini juga akan membawa masalah kepadanya. Sejak akhir-akhir ini Rock kerap memunculkan diri di mana tempat Husna berada. Husna takut. Sangat takut. Dia tahu lelaki itu sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi keinginannya.
"Nah Kak Na."
Faiz sudah berdiri di hadapan Husna yang duduk di port kesukaannya di ruang dapur itu. Tangan terhulur ke atas meja meletakkan mangkuk tipuware. Di dalamnya berisi kuih muih kampung. Faiz baru pulang dari solat Terawih memakai baju T-shirt jersi bola dan berseluar panjang kotak-kotak.
"Kak Na dah kurus sangat sekarang. Nanti tak cantik."
"Amboi!"
"Ye... Betul! orang perempuan tak boleh kurus sangat nanti tak cantik." sambung Faiz menekan suaranya.
Husna tertawa. Sudah lama dia terlupa untuk ketawa. Kata-kata yang keluar dari mulut Faiz benar-benar mencuit hatinya.
"Siapa ajar Faiz ni?"
"Mama."
Husna ketawa lagi.
"Lama tak nampak Kak Na ketawa. Kak Na cantik... tak mahulah sedih-sedih."
Husna pandang wajah Faiz. Budak lelaki berumur sebelas tahun yang sangat berbakti kepada Ibunya. Pandai pula budak ini mengambil hatinya.
"Faiz jadi ke balik kampung?" satu lagi kerisauan Husna.
"Jadi. Mak Tok cakap hari Khamis dengan Jumaat ponteng je. Tak payah sekolah. Mak Tok cakap balik cepat tak jam."
"Kak Na nak ikut kitaorang? Nanti Faiz bagitau mama."
Husna berfikir-fikir. Tak mungkin dia mengikut Kak Badriah sekeluarga pulang ke kampung mereka di Melaka. Kak Badriah bukan orang senang nak menampung dirinya lagi. Di tangan Husna ada rm37 baki selepas dia membayar sewa bilik. Makan sahaja dia menumpang surau ketika berbuka puasa. Besahur jika ketika berbuka puasa dia mendapat makanan yang boleh dibawa pulang.
Gajinya tidak berbaki bulan ini. Idris mengotakan kata-katanya. Sebulan dipotong rm500. Bulan lepas pula dia banyak mengambil cuti tanpa gaji. Maka ketika orang lain seronok mahu beraya kerana mendapat bonus dan gaji Husna pula langsung tidak berbaki gajinya.
"Tak pelah Faiz. Akak duk sini je. Akak tolong jaga rumah."
Faiz pandang muka Husna lama. Budak ini memang baik. Dia tahu Husna risau dan sedih.
"Nanti Faiz dah besar... Faiz tolong jaga Kak Na." itu yang keluar dari mulut Faiz. Dia mahu menenangkan Kakak Husnanya yang lebih kasihan hidupnya berbanding dirinya dan adik-adiknya. Kerana mereka masih ada Mama dan Mak Tok.
"Janji!... terima kasih Faiz"
Husna ketawa dengan kata-kata Faiz. Dia ketawa hanya untuk menyenangkan hati budak baik yang risaukan dirinya. Alhamdulillah ada Kak Badriah dan anak-anaknya. Tidaklah Husna keseorangan sangat.
"Faiz masuk dulu. Esok sekolah."
"Okay." Husna gosok kepala Faiz yang berambut pendek tercacak-cacak.
Takutnya. Semua penghuni rumah sudah Husna tahu akan pulang ke kampung atau pergi bercuti kerana cuti panjang hari raya Aidilfitri. Dia risau kalau ada yang tahu dia tidak ke mana-mana dan tinggal seorang di rumah.
Bertenang Husna. Allah ada.
Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim
*********************
"Husna!"
Terencat langkah Husna yang mahu melangkah ke tandas.
"Ye Encik Onn."
"Nah!"
"Apa ni?" Husna takut mahu menyambut beg kertas yang dihulur pegawai akaun yang tinggi lampai.
"Ada biskut raya. Baju tu sebenarnya customer wholesale bagi. Dia tanya nak baju apa? Saya... tiba-tiba teringat Husna. Saya minta baju kurung... saiz S tu. Rasanya padan dengan Na."
"Tak apalah Encik Onn." Husna takut. Husna tahu Encik Onn sudah berkahwin dan rasanya tidak manis untuk dia menerima pemberian lelaki itu.
"Husna... saya cuma nak ambil fadhilat bulan puasa. Bukan keluar duit saya pun. Customer bagi... biskut tu pun customer bagi " Manis Encik Onn tersenyum ketika memujuk Husna mengambil pemberiannya.
Husna hulur tangan lambat-lambat menyambut pemberian Encik Onn. Pelanggan syarikat yang beri bukan Encik Onn. Mungkin tak mengapa jika begitu. Mungkin juga dengan baju dan biskut ini rayanya yang berseorangan akan sedikit gembira. Husna tiada apa-apa persiapan untuk menyambut hari raya kali ini.
"Terima kasih Encik Onn." Husna sua senyum tipis dan lemah.
"Sama-sama. Senang hati saya Na terima. Tengok senyum Na lagi buat saya senang hati. Lama tak nampak Na senyum. Na sekarang senyap aje. Na kalau ada apa-apa masalah nak share... saya ada untuk Na... Na jangan salah faham. Niat saya baik tau."
Panjang ayat Encik Onn beri kepadanya. Ayat yang buat dia diserang sayu tiba-tiba. Sudah lama Husna tidak disapa sesiapa di dalam pejabat ini kecuali Kak Jun dan Ijal. Kak Siti juga sudah berubah sikapnya dengan Husna.
"Terima kasih Encik Onn."
"Sama-sama. Saya buat kerja dulu ye."
Husna angguk lemah. Berdiri di situ sehingga Encik Onn hilang di sebalik dinding. Ketika berpaling Husna terperanjat besar sehingga terlepas penyapu, penyodok dan beg kertas berisi biskut dan baju kurung. Laju jantungnya berdegup kerana di hadapannya ada Idris yang melihatnya bagai mahu menelan hidup-hidup.
Susuk Idris yang tinggi sasa dan lebih besar daripada Husna umpama tembok berdiri menghalangi langkah Husna. Husna terundur selangkah ke belakang. Idris paut pinggang Husna dengan sebelah tangan dan sebelah lagi mencengkam lengan Husna agar statik berdiri.
"Betullah kau ni memang murah. Tak malu ye minta barang dengan orang. Apa kau offer dia? peluk? cium? atau atas katil?"
"Takkk!!! saya tak minta. Dia yang bagi dia kata customer bagi." Tergigil-gigil Husna bersuara membela dirinya.
Idris kuatkan cengkaman di lengan Husna. Dia sangat marah ketika melihat Onn daripada Jabatan Akaun menghulur pemberian kepada Husna. Sangat marah hingga dia merasakan mahu mencakup bibir yang bergetaran tergigil itu.
Astagfirullah al Azim!.
Apa kena dengan aku ni! Idris menjerit dalam hati. Idris lepaskan cengkaman dan meninggalkan Husna tergigil seorang di tengah kaki lima menuju ke tandas itu.
Share this novel