Sudah dua hari panggilan Idris kepada Husna gagal ditembusi. Pagi semalam hari Sabtu ada nada dering tapi tidak berjawab. Idris fikir mungkin Husna mahu bangun lewat di hari cuti. Apabila tengah hari di waktu yang Idris agak waktu makan Husna, Idris telefon sekali lagi juga gagal dijawab dan lebih pelik panggilan terus pergi ke peti suara. Hari ini Ahad juga begitu.
Idris sudah berburuk sangka. Maklumlah dia sudah dua kali kehilangan Husna. Menjelang petang Ahad Idris sudah gagal berfikir dengan baik. Semua kerja tidak menjadi dan perbincangan dalam konvensyen juga gagal masuk ke otaknya.
Mana Husna. Husna ada masalahkah? apa? telefon hilang? telefon rosak? beg kena ragut? Husna sakitkah seperti dahulu?
Allah! Allah!
Tolong Ya Allah jagakan Husna untuknya, doa Idris dalam hati.
Adakah Husna lari lagi darinya? adakah sepanjang beberapa bulan ini Husna sekadar berlakon sahaja menerima dan memaafkan kesalahannya?. Adakah Husna menunggu sahaja peluang dia bepergian untuk mengambil tindakan menghilangkan diri lagi darinya?
Memikirkan semua kebarangkalian sahaja sudah membuat Idris rasa loya dan sakit kepala. Dia pernah mengalami kesakitan ini ketika Husna lari akibat kebodohannya menangani ulah Onn.
Menjelang malam Idris sudah tidak lalu makan. Langsung Idris mengambil telefon melayari masuk ke dalam aplikasi tempahan penerbangan untuk pulang ke tanah air. Jika dia di sini sekalipun dia tidak mungkin mampu berfungsi.
Sehingga pagi Idris rasa dia hanya tidur-tidur ayam sahaja kerana apabila memejam sahaja mata dia mimpikan yang tidak-tidak tentang Husna.
Selepas sahaja solat subuh Idris sudah terpacak di Lapangan Terbang Narita Tokyo Jepun. Walau penerbangannya yang telah ditempah hanya akan berlepas pada waktu tengah hari.
Idris masuk ke sebuah kafe dan paksa dirinya makan sebuku roti dan secawan coklat susu panas buat mengalas perut bimbang dia diserang gastrik yang teruk seperti dahulu apabila dia berada dalam keadaan tertekan.
Kemudian sementara menunggu panggilan penerbangannya Idris duduk di bangku menunggu dengan telefon di tangan. Tidak henti-henti dia cuba menelefon Husna berulang kali.
Husna, tolong Sayang. Jangan dera Abang macam ni. Husna di mana?
*******************
Idris sampai di tanah air sekitar jam enam petang. Hujan turun lebat membasahi bumi Kuala Lumpur.
Idris baru sahaja bercadang mahu terus ke Kajang tapi cuaca yang sangat buruk sehingga beberapa kawasan di landa banjir kilat membantutkan hasrat Idris.
Bagaimana? Bermakna dia hanya akan dapat mencari Husna pada hari Selasa esok.
Tenang Idris, belajar besabar. InsyaAllah Husna baik-baik sahaja.
Idris memujuk hatinya sendiri. Dia mengalami panik attack seperti ketika Husna menghilangkan diri selama lima tahun. Sampai sahaja di rumah Idris muntah teruk kerana sakit kepala yang amat dan perutnya sangat sakit kerana gastrik yang menyerang akibat terlalu stress.
***************
Pagi Selasa sekitar jam sepuluh Idris telefon Encik Rizal, pembantu peribadi pengurus besar. Meminta bantuan lelaki itu untuk masuk ke dalam system maklumat pekerja.
Idris memang bodoh macam batu.
Sepanjang Husna pulang kepangkuannya dia tidak pernah meminta alamat tempat tinggal isterinya itu.
Dia percaya bila Husna kata tinggal di asrama pekerja syarikat di sebuah apartment di Kajang berdekatan dengan pejabat. Setiap kali hari Isnin dan Khamis ada harinya jika mereka keluar seharian Idris akan terus hantar Husna pulang ke 'rumah'. Husna minta Idris turunkan Husna setakat di perhentian bas. Kata Husna bimbang rakan seasrama nampak mereka dan Idris percaya.
Pagi tadi pukul tujuh setengah pagi Idris sudah terpacak di hadapan pintu unit apartment yang menjadi asrama pekerja wanita. Kedatangannya hanya mengundang jeritan teruja penghuni asrama yang tidak sangka dia akan datang ke situ.
Malangnya Husna yang dicari diberitahu pekerja lain tidak tinggal di situ sebaliknya kemungkinan besar di Bangi dan tiada siapa mengetahui alamat yang tepat.
Dia terlalu percayakan Husna yang meminta dia untuk memberi ruang dalam perhubungan mereka. Husna minta masa, dia beri masa. Husna minta dia tunjukkan kesungguhan bukti dia menerima segala baik buruk isteri itu dia ikut juga. Husna minta Idris tidak cemburu buta dan menuduhnya yang tidak-tidak Idris cuba lakukan perlahan-lahan.
Malangnya dia bodoh!
Sepatutnya dia ada plan B. Bukan percaya bulat-bulat seperti itu. Sekarang alamat tempat tinggal Husna pun dia tidak ketahui.
Memang kau bodoh macam batu Idris!
**************
"Okay! Encik Idris ni alamat Husna."
Cepat pantas Idris menuju kepada Encik Rizal di hadapan komputer syarikat.
Idris siap dengan telefon untuk mengambil alamat Husna di dalam sistem maklumat pekerja di komputer di hadapan Encik Rizal.
Eh!
Ni alamat rumah Husna. Rumah yang dulunya milik Bong dan sudah Idris beli dan pindah milik nama rumah kepada Husna. Mesti Husna main tibai guna alamat rumah itu ketika memohon pekerjaan. Lagipula Idris belum sempat bercerita kepada Husna tentang rumah itu yang sudah ditukar nama pemilikan kepada nama isterinya.
Idris rasa perutnya menjerut dan pedih. Gastriknya menyerang lagi. Dia sudah dapat mengagak seolah-olah tiada harapan di situ kerana rumah itu memang tiada siapa diami. Hanya apabila saudara mara dari Muar berkunjung ke Kuala Lumpur Idris beri izin mereka tinggal percuma di rumah itu.
"Husna tak datang kerja semalam. Miss Lim kata dia pun cari Husna."
"Encik Idris ada urusan apa cari Husna?"
Idris diam sahaja. Dia sangat stress dan tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Adakah patut dia teruskan rahsia ini atau beritahu Encik Rizal dan minta lelaki ini tolong carikan Husna.
Melihat raut wajah Idris yang sangat kusut dan ketat Encik Rizal tidak bertanya lagi. Bimbang sedang menjolok sarang tebuan. Dia sudah boleh keluar dari senarai peminat Husna. Tidak akan boleh gagak di rimba seperti dia mahu bersaing dengan merak kayangan seperti Encik Idris.
Lagipula paras kedua mereka bagai pinang dibelah dua. Sangat sepadan kerana ke dua-duanya berwajah campuran. Walau dia nampak sekarang ini Husna bagai tidak melayan kerana sudah hilangkan diri tapi baik jangan terlibat. Monolog Encik Rizal di dalam hati.
****************
Menjelang petang selepas waktu makan tengah hari, selepas Idris berpusing ke seluruh Kajang dan Bangi dengan fikiran yang kusut sekali lagi Idris panggil Encik Rizal datang ke bilik pejabatnya.
Idris minta Encik Rizal tanyakan sesiapa yang nampak Husna pada hari Jumaat jika ada yang pelik pada isterinya.
Encik Rizal yang sekarang terlebih pelik dengan boss baru ini akur sahaja dengan arahan Idris kerana tumpang bimbang dengan keadaan Idris yang bagai kucing kehilangan anak.
Encik Rizal pergi berjumpa dengan beberapa orang kakitangan pembersihan jika-jika mereka ada cerita tentang Husna dan mereka yang sempat ditanya semua menggelangkan kepala.
"Tapi kan Encik Rizal..."
Encik Rizal tidak jadi terus melangkah. Di pusing tubuhnya menghadap si empunya suara.
"...hari Jumaat pagi tu... saya nampak Husna bertekak dengan Fadzlin. Saya tak tahu apa cerita, cumanya Fadzlin bercakap garang dengan Husna. Tapi Husna bantai gelak aje... mungkin sebab itu Fadzlin marahkan Husna... main-mainkan cakapnya."
"Cuba Encik Rizal tanya pada Fadzlin?"
Alamak! seram pulak Encik Rizal mendengar nama Fadzlin. Kalau boleh dia tidak mahu berurusan dengan gadis perkasa itu.
Tapi Encik Rizal rasa dia memang tiada pilihan.
*****************
"Encik Idris cari saya?"
Sambil bertanya Idris, Fadzlin jeling wajah Encik Rizal yang takut-takut mengerling memandangnya. Biar lelaki tu takut! berani-berani dia menuduh Fadzlin seperti itu.
Cis! bedebah sungguh. Tak ada salam tak ada sapaan tiba-tiba menyergahnya dengan tuduhan dia sudah berbuat apa pada Husna sehingga Husna hilang tidak dapat dikesan.
Bila Fadzlin buka langkah jurusnya menaikkan oktaf ton suaranya baru tahu takut dan meminta maaf. Barulah reti untuk bersapa dahulu kemudian bercerita masalah duduk perkara.
"Ye, saya cari awak. Awak ada nampak Husna?"
Keruh sungguh wajah Encik Idris bertanya. Mujur sahaja wajahnya kacak jadi tidaklah buruk benar kelihatannya.
"Last saya nampak dia masa dia keluar surau hari Jumaat minggu lepas. Saya nak tunjal bahu dia... dia elak, lepas tu ketawa dan larikan diri."
"Kenapa? Awak bergaduh dengan dia ke?"
"Tidak! itu cara kami bergurau."
"Semua orang cakap awak rapat dengan dia. Husna ada beritahu awak apa-apa."
Fadzlin pandang wajah Encik Idris. Apa cerita sebenarnya hingga big Boss mencari Husna. Adakah apa yang dia tahu ini ada kaitan dengan kehilangan Husna sekarang. Patutkah dia ceritakan atau tunggu Husna pulang dan cerita sendiri kepada Husna.
"Fadzlin... awak kena tolong saya. Saya bimbang Husna dalam bahaya."
Idris memujuk Fadzlin bila dilihatnya Fadzlin sedang berfikir-fikir untuk menjawab soalannya.
"Apa jaminan yang kalau Husna dalam bahaya Encik Idris memang sedang dalam usaha menolong kawan saya tu."
Fuh! tiba-tiba Fadzlin perasan dirinya bagai peguam dalam bilik perbicaraan.
"Please Fadzlin. Tolonglah!"
Idris raup muka dan terus hempas badannya bersandar ke belakang bangku kerja. Idris raup muka berulang-ulang kali. Kusut dan putus asa!
Tiba-tiba Fadzlin jatuh kasihan kepada Encik Idris. Fadzlin tarik nafas dan lepas kasar. Dia harap dia buat tindakan yang tepat. Sebab subjek seorang lagi dalam cerita ini memang mangkuk ayun dan dia benci perempuan itu. Cumanya dia bimbangkan keselamatan Husna. Adakah kebimbangan dia selari dengan kebimbangan Encik Idris?
"Hari Jumaat pagi tu saya tengah ngular dengan Husna. Lepas semua kerja pagi dari start lapan tu dah siap saya ajak Husna pergi ngeteh kat mamak seberang jalan sana."
"Balik tu tengah berjalan masuk balik, si Sheila tu panggil Husna. Dia cakap dengan muka belagak dia tu lepas tu suara menengking-nengking macam hantu suruh Husna jumpa dia pukul 5:30 petang kat office dia."
"Mula-mula saya fikir hal kerja. Tapi serius saya cakap Encik Idris saya benci gila dengan Sheila tu sebab aritu ada barang dalam office dia hilang dia tuduh saya ambil. Rupanya dia tertinggal kat meeting room. Dah tu bukan reti nak minta maaf."
"Saya pun fikir inilah masanya saya nak kenakan mak lampir tu. Saya tahu mesti ada dia nak kenakan Husna sebab budak tu kan benak sikit lurus macam tiang."
"Waktu rehat tu saya pasang kamera intip dalam bilik perempuan tu."
"Dan ini yang saya dapat... saya bimbang bukti ni boleh menyebabkan Husna di timpa masalah sebab tu saya diamkan dulu semalam hari Isnin". "Saya fikir nak tunjuk pada Husna dulu kalau Husna mahu guna untuk report polis perempuan tu ugut dia. Saya tak tahu siapa suami Husna yang mak lampir tu maksudkan."
Share this novel