"Jom la! Dah tua masih tak guna... kot tak boleh function" Denis bersuara cuba membakar reaksi Idris. Geram betul Denis melihat Idris yang berwajah selamba mengelap rambutnya yang basah dengan tuala berwarna putih.
"Ok la kau tak payah cakap apa-apa kau ikut je. tiba sana kalau kau tak nak ke tak ada selera ke kau blah je. Ni stand by aku bagi kau siap-siap. kot la kau jumpa yang kena dengan selera kau nanti" Denis rodok masuk dalam kocek tracksuit Idris dua peket kecil aluminum foil.
"Jumpa malam nanti" Denis tepuk sekali bahu Idris dan berjalan keluar dari bilik persalinan gym apartment yang mereka diami. Idris hantar Denis keluar hanya dengan pandangan mata. Malas melayan yang sebenarnya. Denis lelaki keturunan sino kadazan itu kawan seuniversiti Idris di UK. Tanpa dirancang mereka membeli unit di apartment yang sama di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Denis terkenal dengan perangai kasanovanya sejak dari zaman universiti dan tidak pernah lelah memancing Idris mengikut jejak langkahnya itu. pada pendapat Denis sementara muda inilah patut diguna wajah yang kacak dan tubuh yang tegap untuk berseronok sepuasnya. Tiba masa yang sesuai barulah settle down dan membina keluarga.
Denis hanya kenal Idris sepuluh tahun yang lepas di zaman universiti sebagai lelaki yang menjaga batas dan tingkah laku. Masa yang kehadapan selepas zaman universiti itu yang Denis tidak tahu tentang Idris.
Idris bangun dari duduk. Memandang jam di pergelangan tangan. Setengah jam lagi ke pukul sembilan pagi. Idris mula awal exercise pagi tadi. Lepas sahaja solat subuh 6:30 pagi Idris dah turun berjoging di trek yang disediakan untuk penghuni apartment. Lepas berjoging baru dia masuk ke gym untuk sesi cool down dan bertembung pula dengan Denis.
Hari ni sengaja Idris siap bawa bekalan baju untuk disalin selepas beriadah kerana di rumahnya ada tukang cuci yang di panggil untuk mengemas rumah. Walaupun Idris sudah biasa dengan Makcik Zainab yang memang akan dicarinya untuk urusan mengemas rumah tapi dia segan untuk berada di dalam rumah ketika makcik Zainab sedang berkerja. Sepertinya dia tak percayakan perempuan tua itu pula.
Dia baru pulang daripada urusan perniagaan di Penang selama tiga hari pada waktu maghrib semalam. Masuk sahaja ke dalam rumah Idris di sapa dengan bau yang sangat meloyakan. Rupanya berlaku kerosakan di suis peti sejuk. Segala bahan mentah di dalam peti sejuk rosak dan tak boleh digunakan lagi. Segera Idris menelefon makcik Zainab untuk menolongnya membersihkan peti sejuk dan rumah sekali. Tapi makcik Zainab hanya dapat datang pada pagi ini.
Idris berkira-kira masa. Kalau ikut kata makcik Zainab semalam dia mesti sampai awal dalam pukul 7:00 pagi kerana harus ke hospital selepas itu. Anaknya sudah ditahan di wad hospital untuk melahirkan anak sulung. Makcik Zainab memang telah Idris berikan kad akses khas dan kunci untuk masuk ke rumahnya. Ikut pengiraan Idris pasti makcik Zainab sudah selesai mengemas unit kediamannya. Rumah dia bukanlah kotor. Lantai sahaja ada robot vakum khas. Vakum itu boleh di hidupkan dengan sambungan melalui telefon pintarnya.
Kalau pengiraan Idris tepat masuk sahaja ke dalam rumah dia tinggal membayar upah makcik Zainab atas pertolongannya membersihkan peti sejuk dan rumahnya itu. Selepas itu Idris bercadang keluar sebentar untuk bersarapan yang pastinya sebagai makan tengah hari sekali. kemudian balik untuk menyambung tidur. Tidurnya malam semalam tidak lena dek kerana bau dari peti sejuk yang mula menyebar ke seluruh ruang rumah.
Tawaran Denis memang tidak ada dalam perancangan hujung minggunya. Dia sudah masak dengan perangai Denis yang memang akan memujuknya untuk keluar berlibur jika bertembung dengannya. Idris juga pasti Denis juga sudah masak dengan perangainya yang akan buat tidak layan dengan tawaran yang sebegitu.
Denis tahu Idris seorang yang sangat menjaga kesihatan dan kebersihan. Ketika mereka sama-sama di universiti bertemu Idris di tempat-tempat liburan seperti itu suatu yang pelik. Biasanya dia hadir jika meraikan sambutan hari lahir teman itupun sebentar cuma.
Bunyi dentingan alarm kedengaran ketika Idris membuka pintu rumahnya. Pasti dapat memberitahu makcik Zainab bahawa dia telah pun pulang ke rumah. Bau lavender yang kuat tapi menyegarkan menyapa deria bau Idris. Idris senyum senang. Setelah semalaman pening kepala dek bau dari peti sejuk bau lavender ini benar-benar membuatkan Idris senyum suka.
Kelibat makcik Zainab tidak kelihatan di ruang tamu dan ruang makan yang pastinya akan terus nampak jika melangkah masuk ke apartmentnya itu. Idris bergerak ke ruang dapur yang terlindung di sebalik dinding. Masih juga tidak kelihatan makcik Zainab di ruangan dapur. Idris lihat pintu bilik air yang tertutup dan bunyi lantai sedang diberus. Pasti makcik Zainab di dalamnya. Sementara menunggu makcik Zainab selesai urusan di dalam bilik air Idris ke dapur semula membancuh Milo dan oat untuk bersarapan ringkas.
Selesai mengalas perut Idris bergerak ke ruangan tamu kemudian menolak buka sliding door untuk keluar ke balkoni. Angin pagi yang agak sejuk buru-buru masuk ke ruang rumah mengibar langsir di pintu. Cuaca agak sejuk kerana hujan berlanjutan sejak dua tiga hari kebelakangan ini di Kuala Lumpur. Unit kediamannya pula di tingkat 20 makanya kesejukan itu benar-benar terasa di kulitnya yang sudah mandi di bilik persalinan gym apartment sebentar tadi.
Idris menoleh ke ruangan dalam apabila terdengar bunyi bersin seseorang. Pasti makcik Zainab sudah siap keluar dari bilik air. Idris melangkah ke dalam. Bunyi bersin kedengaran lagi dari ruang hadapan bilik air di sebalik dinding. Tiba di hadapan pintu bilik air Idris mati langkah dan mati kata begitu juga individu di hadapannya. Masing-masing terdiam untuk beberapa ketika.
"Well well well... look who's here" Idris membuka bicara setelah terkedu untuk beberapa ketika. Memandang atas bawah individu di hadapannya. Lawan bicaranya terdiam tak bergerak dengan warna kulit wajah yang mula hilang darah. "Saya minta maaf... saya tak tau ni rumah tuan. Makcik Zainab minta tolong saya ganti dia sebab hospital panggil datang. Anak dia dah bersalin malam tadi ada masalah dengan kelahiran cucu dia. Sumpah saya tak tau ni rumah tuan" Si pemilik suara menerangkan dengan terketar ketar mengawal gemuruh dan rasa takut yang meraja.
"Siti Husna Binti Abdullah" Idris senyum lebar ketika menyebut sebaris nama itu.
Senyum yang pemilik nama gerun ketika melihatnya suatu masa dahulu. Sebutan sebaris namanya seperti itu pasti berakhir dengan suatu yang tidak baik untuk dirinya. "Sungguh tuan saya tak tau ni rumah tuan". Husna bersuara membela diri dengan tubuh yang mula mengeletar.
"Saya balik dulu" Husna sambung ayat dia tahu dia harus segera keluar dari rumah Idris jika mahu selamat seperti lima tahun terakhir ini.
"Boleh saya tumpang lalu... beg saya kat dapur" Husna bersuara dalam getar. Idris tak bergerak dan tidak terfikir untuk bergerak dari laluan sempit di hadapan bilik air itu. Matanya tetap memandang Husna atas bawah. Banyak yang sudah berubah pada wanita di hadapannya ini. Sudah bertudung dan susuk tubuhnya lebih berisi dari lima tahun yang lepas. Pasti hidup gembira. Dahulu wanita ini sangat kurus.
"Dah terlanjur jumpa ni... apa kata kita duduk berbincang hal kita" Idris bersuara merenung tepat ke mata Husna. Menambah debar Husna. Ya Husna tahu mereka memang harus berbincang. Tapi Husna tahu lelaki ini. Husna kenal sangat cara Idris yang dulu dia tidak akan ada kuasa untuk berkata tidak atau berkata ya. Husna hanya boleh menurut.
"Come... kita duduk depan" Idris beralih sedikit memberi Husna laluan agar maju ke ruangan hadapan. Husna jalan laju hampir terlanggar bucu dinding dek kerana terlalu takut dan kalut. Sampai di ruang hadapan Husna berdiri bersandar di dinding. Idris tuju ruang makan menarik satu bangku dan hanya dengan pandangan mata mengarahkan Husna duduk. Husna tahu seperti dahulu jika dia menurut sahaja keadaan akan lebih baik bagi pihak dirinya.
Idris tarik keluar sebuah lagi bangku untuk dirinya dan duduk menyelesakan diri. Renungan tajam tetap Idris berikan buat Husna. Dia tahu ketakutan wanita itu dengan tingkahnya. Sejak dulu begitu dan dia suka. "Duduk mana sekarang?" Soal Idris memulakan bicara. Husna kering tekak tiba-tiba. Untuk menjawab soalan semudah itu memerlukan dia untuk berfikir panjang.
Dum!
Idris hentak tapak tangan atas permukaan meja. Husna terlompat dan terjerit kecil. Dia benar-benar terperanjat dan rasa takut naik berganda-ganda daripada tadi.
"Kampung Baru... Kampung Baru" bergetaran hebat suara Husna menjawab soalan mudah Idris. "Tolonglah tuan... maafkan saya. Saya tahu saya salah. Hutang tuan nanti saya bayar sikit-sikit. Lepas ni saya bayar tiap-tiap bulan". Husna bersuara dalam gigil.
"Kau rasa aku boleh percayakan kau ke?. Kalau kita tak terserempak macam ni ada tak dalam kepala hotak kau untuk cari aku dan pulangkan semula semua duit aku?" Idris menyoal dengan renungan tajam ke mata Husna.
Husna larikan pandangan mata. Menunduk memandang tangan yang bertaut rapat jari jemarinya. Dia gerun. Tiada jawapan dapat Husna beri. Kerana memang benar selama lima tahun ini dia menyembunyikan diri daripada Idris.
"Penipu macam kau ni memang tak boleh diberi peluang". Idris bersuara keras menunjukan rasa geram yang membuku dalam dada. Tangannya di atas meja dikepal kuat menahan rasa sabar. Hari ini benar-benar memeranjatkan. Rezeki terperanjat sebab berjumpa semula dengan Husna. Lima tahun lepas dia sehingga terpaksa mengupah penyiasat persendirian untuk mencari keberadaan Husna.
"Kali ni siapa kau perdaya. Jantan bodoh mana" Idris panah lagi soalan yang membuatkan Husna bungkam tak bersuara. Renungan Idris atas kepala Husna yang tertunduk rapat di bucu meja seakan boleh membakar hangus kepala yang berbalut tudung bawal putih itu.
Idris tetap merenung Husna walau dia tau wanita itu tidak akan berani mengangkat wajahnya. Dia sedang merangka cara untuk memastikan Husna tidak akan dapat lari lagi darinya. Lebih tepat tidak akan dapat lari dari membayar hutang atas kesilapan yang dilakukannya. Dasar pisau cukur!
Idris bangun dari duduk. Berdiri sebentar kemudian bergerak pula ke belakang bangku yang diduduki Husna. Idris memerhati belakang tubuh Husna yang gigil bergetaran. Idris cengkam dan meramas kasar bahu Husna. Terloncat sedikit tubuh kecil itu kerana aksinya yang tiba-tiba tapi Husna tetap duduk. Seolah-olah mengharapkan bangku yang didudukinya boleh menolongnya menghilangkan diri dari situasi genting dalam apartment mewah Idris itu.
"Aku tanya lagi sekali... ada jantan mana bela kau?" Idris bersuara satu-satu butirnya dan keras di cuping telinga Husna yang bertutup bawal putih yang lusuh.
"Tak de tuan... saya keje macam-macam sejak keluar dari rumah tuan dulu. Saya kerja warung, kerja cleaner". Husna jawab perlahan dalam gigil yang bergetaran dan juraian air mata. "Sumpah! Demi Allah!"
Idris berdiri tegak semula dan menyeluk tangan ke dalam kocek tracksuit yang dipakainya. Tiba-tiba Idris tersenyum kecil apabila tangannya tersentuh sesuatu di dalam kocek tersebut.
"Pergi mandi!" Idris mengarah ringkas.
"Saya nak balik!" sambil melompat dari bangku yang didudukinya Husna terjerit menjawab. Husna menangis sayu. Dia dengar jelas arahan Idris tadi dan dia pasti ke mana jalan ceritanya.
Idris maju ke arah Husna kemudian sebelah tangannya mencengkam rahang Husna menyebabkan wajah Husna terdongak memandang Idris yang tinggi lampai. Sebelah lagi tangan Idris mencengkam kuat lengan Husna. Mana mungkin Husna yang bersaiz kecil itu mampu bergerak lagi dengan susuk Idris yang sasa memperlakukan dia sebegitu.
"Pergi mandi!". Idris ulang lagi arahan satu-satu dengan nada suara yang lebih keras. Wajah Idris yang merah padam menahan marah hanya seinci dari wajah Husna yang pucat dan berjuraian air mata. Wajah yang tidak boleh di toleh ke kiri atau ke kanan kerana berada di dalam cengkaman tangan lebar Idris.
"Saya dah mandi masa cuci bilik air tadi" Husna jawab dalam esak tangis yang sayu. Ya, memang Husna terpaksa terus mandi ketika mencuci bilik air kerana baju dan seluar yang dipakainya terkena air busuk ketika membersihkan peti sejuk tadi. Memang menjadi tabiat Husna membawa sepasang baju ganti jika mendapat tawaran membersihkan rumah pelanggan sebagai persediaan untuk disalin jika kotor.
"Good" Idris puji meleret. "Now masuk bilik aku and get ready macam dulu". Idris lepaskan cengkaman di wajah Husna kemudian menepuk nepuk perlahan pipi putih Husna yang comot dengan linangan air mata.
"Tuan... tolonglah. Lepaskan saya. Saya janji saya bayar hutang tuan bulan-bulan. Saya janji tak lari lagi". Husna merayu lagi mencuba nasib.
"Aku tak nak cakap banyak. Hutang tu cerita lain, kau tetap kena bayar. Sekarang masuk bilik aku dan get ready". Idris cengkam lengan Husna dan mendorong tubuh kecil Husna masuk ke dalam biliknya.
Husna tau dia tiada pilihan lain. Hari ini hari malangnya. Dia yakin dia telah sangat berhati-hati agar tidak berjumpa semula dengan Idris. Seperti dahulu jika dia tidak menurut kehendak Idris nasibnya akan lebih teruk lagi.
Masuk sahaja ke dalam bilik yang mewah itu Husna memandang sayu katil bersaiz king di hadapannya. Dia mesti pulang. Walaubagaimana sekalipun dia harus pulang ke tempat tinggal dia selama lima tahun ini.
Husna kalut semula apabila terdengar tombol pintu dipulas. Kemudian terasa susuk sasa Idris menapak di belakangnya. Husna tahan nafas, gerun yang teramat. Terasa seluruh romanya meremang.
Idris paut pinggang kecil Husna dari belakang, melepaskan tudung bawal putih lusuh dari kepala Husna. Idris cabut pula getah yang mengikat rambut hitam lebat Husna, terlerai rambut separas bahu yang wangi. kemudian membelai lembut bahu Husna hingga ke lengan. Diulang-ulang perbuatannya. Suka merasa tubuh kecil Husna bergetaran hebat dalam pelukan dan belaiannya.
Nafas Husna tertahan-tahan. Dia tidak boleh menangis apabila tiba peringkat ini. Dia sangat maklum peraturan yang satu itu. Idris tak suka babak air mata ketika Idris mahukan dirinya.
Jari-jemari Idris bergerak ke kolar bajunya kemudian membelai pula lehernya. "Aku suruh get ready kau tak nak kan?". Idris berbisik ke telinga kanan Husna kemudian tangan yang tadinya membelai lembut Husna tiba-tiba mencekak kolar baju membuatkan Husna yang sedang berdiri terjengket kakinya mengikut kekuatan cengkaman tangan Idris.
"Argggghhhh!" Husna paut tangan Idris yang mencekak lehernya. Husna cuba tarik tapi tak berdaya melawan kekuatan cengkaman tangan Idris. Dia benar-benar tercekik dan putus nafas.
Idris lepas cengkaman apabila kulit wajah putih Husna berubah warnanya. Husna terbatuk batuk kuat. Terbongkok bongkok Husna tapi tidak melorot ke bawah kerana sebelah lagi tangan Idris masih memaut kuat pinggangnya.
Apabila nafas Husna kembali stabil barulah dia dapat berdiri tegak kembali. Idris tiada reaksi. Sekuman pun tiada tanda simpati Idris pada Husna atas apa yang baru dilakukannya.
"So macam mana? dah fikir? Aku buka atau kau nak siap-siap sendiri?". Selamba Idris menyoal.
Jari-jemari Husna yang menggigil segera menuju ke butang kemeja lengan panjang yang dipakainya. Satu-satu butang itu dibukanya sehingga habis. Husna pejam mata rapat-rapat ketika dia melorot jatuhkan kemeja itu ke lantai. Sesudah itu Husna tanggalkan pula baju dalamnya.
Kemudian tangannya turun pula ke getah seluar panjang hitam berserta seluar kecilnya menolak turun keduanya serentak jatuh ke hujung kakinya.
Idris pusing tubuh Husna menghadapnya. Pandangan mata Idris turun atas bawah tubuh Husna yang tergigil berdiri di depannya itu. Menelan liur kesat. Tubuh Husna itu sedikit berisi berbanding dahulu. lebih menarik dengan warna kulitnya yang semakin gebu dan putih melepak. Idris senyum suka. Rezeki!
Idris lalukan jari telunjuk dan jari tengahnya ke wajah Husna yang gigil menunduk. Berhenti di bibir seulas limau Husna yang pucat. Kemudian jari itu turun lagi ke dagu kemudian ke tulang dada. Lama jari itu terhenti di situ mengelus dalam pusaran. Liur Idris semakin kesat.
Idris tidak bertangguh lagi ditolak tubuh kecil Husna jatuh terlentang ke atas katil bersaiz king di belakang Husna. Idris segera menanggalkan tshirt yang disarungnya. Sebelum menanggalkan tracksuitnya Idris keluarkan dulu dua peket kecil aluminum foil pemberian Denis pagi tadi.
Tubuh sasa Idris yang sempurna dengan kegagahannya yang berdiri tegak di hadapan Husna membuat perut Husna bergetaran hebat. Husna pejam mata menahan pelbagai rasa yang bertandang. Dia sempurna sebagai wanita yang mempunyai perasaan.
Mana mungkin dia boleh lupa nikmat yang pernah Idris beri kepadanya. Tapi nikmat itu kerap diberi berlebihan dari keperluan tubuhnya. Idris itu terlalu sasa untuk tenaga Husna yang biasa-biasa sahaja. Mengingat itulah yang membuatkan Husna sangat takut tika Idris meminta.
Idris hempap tubuh kecil Husna yang baring terlentang. Mencium perlahan segenap wajah putih Husna. Kemudian mencicip lembut ulas bibir Husna. Husna pejam mata menahan rasa yang mula menjalar tubuhnya.
Idris telah terlalu lama berpuasa. Hari ini benar-benar rezekinya.
Apabila gerak gempur Idris beralih ke arah lembah dia tersenyum senget. Lembah itu telah terlalu bersedia untuk kegagahannya. Idris maklum dengan tubuh Husna tubuh itu tidak pernah dapat melawan kehendaknya. Idris capai aluminum foil pemberian Denis di atas meja dan menyarungnya. Idris bersedia untuk memberi hentakan padu. Hadiah buat Husna yang berani lari darinya.
****************************************************
Husna terjaga tika terdengar bunyi pintu di tutup rapat. Husna toleh lambat-lambat mengamati situasi sebenar di dalam bilik mewah Idris. Dia baring di atas katil yang berselerak cadar dan selimut. Dia tidak lupa cerita yang telah terjadi. Bunyi curahan air kedengaran dari bilik air di dalam bilik besar Idris. Jadi dia pasti Idris sedang mandi di dalamnya.
Husna bangun cepat-cepat tapi terhenti di birai katil meringis kesakitan. Husna pekap kedua tapak tangan ke bawah perut. Teringat aksi hangat Idris atas tubuhnya. Idris mendatangi dirinya dalam keadaan tanpa ihsan.
Husna tarik nafas panjang dalam-dalam kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Diulang perbuatannya tiga kali. Apabila tubuhnya mula mengimbangi rasa sakit itu Husna segera mengutip pakaiannya di atas lantai dan menyarungnya dengan segera.
Sesudah itu Husna segera keluar dari bilik itu menuju ke ruangan dapur. Beg dari material kanvas miliknya di atas kabinet dapur Husna capai pantas. Berlari anak dalam keadaan terjengket-jengket seperti pencuri menuju pintu utama.
Husna capai tombol pintu cepat-cepat. Terdengar dentingan alarm pintu berbunyi menandakan pintu itu telah terbuka. Husna tutup segera dan berlari laju menuju ke lif.
Idris sedang menutup pili air ketika dia seakan terdengar bunyi dentingan alarm pintu rumah. Segera Idris buka pintu bilik air dan menjenguk ke ruangan dalam bilik. Sah! Husna telah melarikan diri.
Idris cepat-cepat mengelap ringkas tubuhnya. Rambutnya masih basah dengan lelehan air. Idris tidak peduli. Dia harus segera mengejar Husna. Idris merengus marah. Perempuan itu cukup berani. Dia harus ajar Husna cukup-cukup supaya menurut kata seperti sebelum lima tahun lepas.
Idris capai tracksuit dan tshirt di atas lantai. Sesudah menyarung tracksuit Idris sarung tshirt sambil berlari ke pintu utama. Idris keluar dan meluru laju mengejar lif. Walau dia pasti Husna telah sampai ke aras lobi dia tetap mahu cuba memintas Husna.
Ketika Idris sampai di aras lobi tiada kelibat sesiapa di ruang legar lobi itu. Idris tuju pondok pengawal bertanya susuk Husna. Pengawal bertugas memberitahu dia nampak Husna telah pergi menaiki sebuah grab.
Idris meraup kasar rambutnya yang basah. Idris sangat marah. Dalam hatinya bertekad dia tidak akan membiarkan Husna terlepas lagi kali ini. Akan dicari Husna hingga ke lubang cacing!
****************************************************
Dalam pada itu Husna yang telah tiba di aras lobi berjalan menuju ke pondok pengawal. Ketika di pondok pengawal Husna mengawal nafasnya yang termengah-mengah agar tidak nampak mencurigakan.
Selesai sahaja Husna melepasi pondok pengawal segera dia berlari menuju jalan besar. Husna nampak seorang lelaki cina yang baru keluar dari sebuah kereta tertulis Grab berwarna hijau. Husna tidak pernah menaiki Grab tapi Husna tau kereta itu umpama teksi.
Husna buka pintu yang lelaki cina itu baru keluar darinya. Masuk ke dalam kereta dan kemudian menutup pantas.
"Opocot mak aku rugged!". Latah si pemandu, seorang wanita pertengahan umur.
"Eh! eh! kenapa ni? Nak naik grab kena order dulu". Si pemandu yang memusing badan memandang Husna memberitahu dengan nada terperanjat.
"Maaf kak, ada orang kejar saya. Tolong saya kak. Boleh akak jalan cepat" Husna yang separuh terbaring di tempat duduk belakang menerangkan dalam gigil.
Si pemandu sepertinya kasihan melihat Husna yang nampak tidak terurus tudung dan pakaiannya segera menukar gear kepada mod pandu dan menekan pedal minyak.
"Awak kenapa? Ada orang nak buat tak baik ke? Ni sekarang nak ke mana? Balai polis ke?" Akak pemandu grab bertanya dengan nada perihatin. Simpati melihat Husna yang menggigil ketakutan.
"Tak jangan!... Akak turunkan je saya kat mana-mana masjid" Husna menjawab sayu.
"Kalau ada orang nak buat tak senonoh kat awak baik awak report polis" Akak grab memujuk Husna.
Husna kemam bibir menahan tangis yang mengombak di dada. "Tak boleh kak" Husna jawab perlahan sambil meramas jari-jemarinya.
"Kenapa?" Akak grab menyoal pelik
"Sebab dia suami saya" Husna menjawab dalam linangan air mata.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Author Note
Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Ini adalah percubaan pertama saya menulis.
Share this novel
menarik jalan ceritanya..