Bab 40

Drama Series 136190

Idris berfikir-fikir lagi jika dia ada terlupa sesuatu. Sabun basuh baju, pencuci pinggan, ubat gigi, shampoo, sabun mandi, Panadol, minyak angin, ubat batuk dan ubat selsema.

Stok makanan kering dan basah sudah penuh di peti sejuk dan kabinet, cukup untuk keperluan empat bulan. Air mineral yang cukup banyak jika berlaku putus bekalan air. Tidak lupa juga beberapa biji lampu suluh. Idris juga sudah membayar lebih bill api dan air sebagai langkah berjaga-jaga jika dia terlupa atau mungkin pulang lebih lewat dari empat bulan yang dijangkakan.
(Ketika menulis perenggan ni saya teringat arwah suami. Ini sikap arwah suami kalau dia nak tinggalkan saya dan anak-anak yang masih baby dan masih kecil waktu itu untuk kerja outstation. AlFatihah untuk arwah suami. Alhamdulillah Allah hadiahkan saya pengganti sebaik arwah suami, yang dapat terima saya dan anak-anak yatim saya seikhlasnya. Kepada kawan-kawan jangan lupa ucap terima kasih kepada suami walau untuk sekecil-kecil perkara. Mungkin itu ucapan terima kasih terakhir kita untuk mereka).

Idris lakukan sendiri semuanya supaya dia berpuas hati telah menyediakan segala keperluan Husna secukupnya.

"Kalau kau demam ke sakit ke pergi klinik panel syarikat, yang sederet dengan office tu. Kalau kena warded nanti doktor klinik tu inform aku. Aku dah cakap dengan doktor klinik tu."

"Ni aku letak rm1k dalam laci ni. rm1k lagi dalam laci bilik air. Dalam peti sejuk tempat sayur ada lagi rm1k aku letak dalam mangkuk tipuware tutup hijau." Idris berpesan pada Husna yang duduk diam sahaja di birai katil. Melihat Idris menyediakan semuanya untuk kemudahan Husna.

"Kau jangan gunakan duit tu untuk lari pulak dari aku. Siap kau kalau cuba lari. Aku dapat kau memang aku hantar kau pergi Thailand!. Dengar tak!?

Husna angguk-angguk kepala. Dia sedih akan ditinggalkan Idris.

"Kalau tak ada apa-apa urusan jangan keluar rumah. Aku dah budget semua barang cukup untuk lebih empat bulan. Lagipun kau makan bukan banyak. Kau pun bukan jenis suka makan luar."
"Pastikan bila aku ada masa telefon... kau terus jawab. Tapi kau tak payah telefon aku. Kalau penting sangat macam nak mati baru telefon aku. Pastikan juga handphone sentiasa cas ada bateri!"

Husna hanya mampu terkebil-kebil matanya memandang wajah Idris yang sedang meninggalkan pesan.

Idris duduk sebelah Husna. Memegang wajah Husna dengan ke dua tangan kemudian terus memagut dan melumat bibir Husna lama. Sudah di bibir Idris gomol seluruh wajah dan leher Husna hingga ke dada. Belum bertolak pergi dia sudah rindukan Husna. Malam ini dia bercadang mengerjakan Husna secukupnya buat bekalan untuk empat bulan.

"Empat bulan tak lama lah... lagipun aku tau kau suka aku tak ada kan!?.

"Tuan jangan buang saya ye. Jangan tinggalkan saya. Kalau Tuan sudah ada isteri lain pun saya sanggup jadi orang gaji... tak payah bayar gaji pun tak apa." Bergenang air mata ketika Husna menuturkan kata-kata itu.

"Tak payah nak drama sangat! kau tau aku pilih kau sebab aku tak suka perempuan melawan, menjawab! Lagipun kau tu hamba aku!"
Hati Idris rasa sakit dengan kata-katanya sendiri. Dia nafikan sesuatu tentang Husna tapi dia tidak boleh hilang Husna, dia boleh mati.

***************

Bagasi sudah Idris letak di depan pintu. Hanya sebuah kerana pakaiannya banyak di London. Di dalam bagasinya yang ada ini lebih banyak barang makanan kering dan makanan Malaysia 'ready cook'.

Idris sudah solat Asar. Penerbangannya pada jam sembilan malam tapi dia harus bertolak sekarang ke KLIA bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Husna sedang memerhatikannya memeriksa beberapa perkara terakhir. Segala dokumen penting sudah diperiksa berada di dalam beg silang miliknya.

"Pastikan kunci rumah, kad akses semua letak sini. Jangan letak merata nanti lupa!"
Idris tunjuk meja kecil sebelah pintu utama.
"Aku ada kunci sendiri, yang tu kau punya. Jaga baik-baik! Jangan hilang!"
"Sini!"

Husna memang menunggu sahaja Idris memanggilnya. Langsung Husna masuk ke dalam pelukan Idris. Hilang Husna yang hanya separas tulang dada Idris. Erat Husna peluk Idris. Dan pelukan Idris yang sasa itu lebih lagi.

Husna takut kehilangan lagi walau janji Idris hanya empat bulan.

"Jaga diri! Ingat ye... jangan cuba lari dari aku! Aku cakap betul ni, kau lari je aku dapat kau semula aku jual kau kat Thailand! Dengar tak?"

Dalam dakapan, Idris rasa Husna yang terangguk-angguk kepalanya. Idris rasa juga Husna yang sedang tersedu-sedu menahan tangis.

Idris cengkam lengan Husna supaya dapat menolak menjarakkan isteri itu dari pelukan. Basah baju di dadanya. Lencun wajah Husna dengan air mata.

Idris buka pintu apartment. Husna sudah menyarung selipar mahu menghantar Idris ke bawah untuk menunggu Grab yang dipesan.

"Tak payah turun. Duduk dalam rumah je. Assalamualaikum! Bye!"

Idris tolak Husna masuk semula ke dalam rumah. Dia kunci pintu dari luar.

***************

Husna bangun dan duduk di birai katil. Sudah seminggu fajar subuh tanpa Idris. Idris yang pelik kerana garang tapi menyediakan segala kemudahannya. Memakinya tapi memeluknya erat dengan berlemah lembut.

Husna rasa sedikit pening. Mungkin kerana sepanjang seminggu ini tidurnya berteman air mata dahulu baru dia terlelap.

Dapat sahaja berdiri Husna rasa mual. Tekaknya bagai di jolok dari dalam. Husna berlari ke bilik air. Husna muntah pertama, muntah ke dua air yang berwarna kuning dan berbuih. Aduh... kenapa ni. Janganlah sakit.

Selepas muntah Husna rasa sedikit lega. Husna gagahkan diri untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Lepas solat Husna ambil Al Quran dan mula mengaji sampai waktu solat dhuha. Kemudian barulah Husna keluar dari bilik menyediakan sarapan ringkas.

Harinya berlalu dengan tiada aktiviti penting. Husna sekadar menjaga tanaman dalam pasu di balkoni rumah. Sebelum pergi Idris ada membelikan peralatan menjahit dan mengait apabila dia tahu Husna pandai kerja tangan begitu. Jadi Husna habiskan harinya yang pening lalat dengan mengait.

Waktu Zuhur Husna akan mengaji sehingga tiba waktu Asar. Zuhurnya tidaklah awal sangat kerana selepas makan Husna biasanya tidur sekejap. Begitu juga bila tiba waktu Maghrib selepas solat Husna akan mengaji sehingga masuk waktu Isyak. Sudah sahaja solat Isyak Husna terus masuk tidur. Begitulah Husna menghabiskan harinya sepanjang ketiadaan Idris.

Husna selalu memujuk hatinya bahawa keadaan begini lebih baik daripada dia berada di luar sana yang kerap kali melibatkan seorang Siti Husna dengan masalah.

Alhamdulillah.

****************

Hari ke tiga Husna masih pening lalat. Hari ke tiga juga Husna muntah kuning berbuih yang pahit.
Tolonglah Ya Allah janganlah sakit. Dia takut kerana dia berseorangan.

Hari ini peningnya lebih daripada semalam. Selepas rutin pagi yang biasa dan sehingga waktu sarapan sakit kepalanya tidak hilang dan bertambah. Semalam Idris menelefon tapi Husna tidak memberitahu masalahnya kerana Idris bercerita kerjanya yang menimbun dan bergaduh dengan masa.

Dia tidak mahu menyusahkan fikiran Idris dengan masalahnya pula. Syukur Idris sudah menumpangkannya di apartment mewah dan selesa ini dan Idris yang garang dapat menerimanya walau melayannya kasar.

Husna berfikir-fikir jika lebih baik untuk dia ke Klinik Kesihatan Kerajaan jadi dia tidak akan menggunakan banyak duit yang Idris tinggalkan.

***************

"Sakit apa?"

"Saya pening kepala sampai saya muntah tiap-tiap pagi."

"Belajar atau sudah bekerja?"

"Dah tak sekolah tapi sekarang saya belum bekerja."

"Sudah berkahwin?"

"Ye sudah."

"Bila last period?"

"Saya lupa... rasanya bulan lepas tak period. Rasanya dah dua bulan saya tak period."

"Awak ambil botol ni pergi toilet belakang. Air kencing mesti lebih separuh dari botol ni. Ada satu tingkap kecil di jalan masuk toilet letak botol urine dekat situ. Pergi sekarang."

Husna ikut arahan doktor bertugas. Selesai semua Husna duduk di bangku, menunggu nombornya naik sekali lagi untuk keputusan daripada air kencing.

*****************

"Awak tak ada tanda kalender ke bila awak period? Awak kahwin dah berapa bulan?"

"Tak... saya kahwin dah empat bulan."

"Ambil kad ni, bawa kat Klinik Ibu dan Anak cakap nak buat buku pink. Awak mengandung ye. Rasanya sekitar tiga bulan. Nanti dekat Klinik Ibu dan Anak mereka akan cek details."

Husna rasa seperti mahu pengsan.

******************

Husna usap perlahan perutnya yang rata. Perasaannya libang libu. Teruja, sedih, gembira, takut dan macam-macam lagi. Selepas cerita malam pertama dan di tahan di hospital, Idris tarik Husna berbincang.

Idris tidak mahu Husna menggunakan pil perancang kerana takut kesan sampingan yang mungkin berlaku seperti apa yang berlaku dengan kapsul perangsang. Idris nampak serik dengan ubatan begitu. Idris kata dia tidak mahu Husna mengandung kerana awal lagi dan dia tidak percayakan Husna. Idris kata Husna akan mengambil kesempatan atas dirinya.

Jadi Idris kata dia akan merancang sendiri. Dia telah mencari maklumat dari sumber bacaan yang dapat membantu dan keputusannya Idris akan 'buang luar' setiap kali bersama. Husna tidak faham maksud cakap Idris tapi Husna mengikut sahaja.

Dan hari ini... inilah hasilnya 'usaha' Idris. Sekarang bagaimana? patut atau tidak dia memberitahu Idris tentang kandungannya ini. Tapi Idris sudah memberitahu Husna dia belum bersedia memiliki anak apatah lagi dengan Husna yang diragui.

Bagaimana?
Bagaimana?
Bagaimana?

Husna sudah hilang semua saudara. Suaminya itu juga bukan miliknya. Dia mahukan anak ini. Ini sahaja yang dapat disayangi oleh dirinya yang memang miliknya.

Husna berfikir-fikir lagi.

Keputusannya dia akan miliki anak ini. Idris ke London selama empat bulan. Kandungannya sudah berusia tiga bulan. Menjelang Idris pulang kandungannya sudah tujuh bulan. Idris sudah tidak boleh berbuat apa-apa dengan kandungannya.

Masa itu kalau Idris kata dia tidak mahu anak ini dia akan lari tinggalkan Idris.

Apa nak jadi... jadilah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience